Wednesday, May 30, 2007

Madrasah Aljunied Alislamiah........





Masa berubah, begitu juga dirimu,
Penah dahulu, kau berdiri lesu,
menanti saat kejatuhanmu dek pembangunan
yg tidak tahu langsung mengenang jasamu....
Namun kerana usaha mereka yg begitu menyayangi dirimu,
kau di selamatkan dari tangan pemusnah,
berdiri mu kini gagah,
tidak jemu melindungi anak anak dari kedunguan itu.....

Kau mengenalkan aku alam keremajaan,
kau mengenalkan aku tentang kehidupan yg menipu,
kau mengejutkan aku dari tidur yg lena
kau mengenalkan aku siapa lawan dan siapa lawan................

terlalu banyak yg aklu pelajari dalam masa sesingkat itu,
dan kepada Tuhan aku sujud malu...........................

Satu pengorbanan 31

Wajah gadis itu asyik suram dua tiga hari ini.Puas dia memikirkan apa yang membuat wajah itu suram sekali. Hendak di tanya, dia sudah kelu lidah semenjak Hanim tahu coklat coklat itu adalah pemberiannya dan bukan seperti apa yang dia akui sebelum ini. Hendak di biarkan, hatinya menjerit jerit ingin tahu apa yang menyelubungi jiwa gadis itu. Dia jarang bermuram durja. Mesti ada sesuatu yang berlaku.Tapi apa?

“Hei! Apa yang dimenugkan tu?” terasa dirinya disergah dari belakang. Saiful Alam menoleh, hanya untuk melihat wajah orang yg menyergahnya. Ustaz Khair berdiri memandangnya dengan wajah seribu persoalan.

“Ustaz…tak ada apa-apalah. Mana ada termenung, ana cuma berfikir jer….” Saif memberi penjelasan,walaupun dia tahu ia satu penjelasan yang tidak jelas! Penjelasan yang hanya satu alas an.

Ustaz Khair menepuk nepuk bahu anak murid yang telah menjadi rakan sejawatnya itu.

Muka Saiful Alam berkerut denagn perlakuan Ustaz Khair.

“Saif…Saif..dari enta sekolah sampai dah jadi guru ni, tak berubah ubah. Macam ana tak tahu apa yang ada dalam hati tu…” kata Ustaz Khair lagi sambil mengambil tempat disebelah saiful Alam.

“Maksud ustaz?” Saiful Alam cuba bertanya.

“Lagi fikirkan Hanim bukan?” serkap Ustaz Khair memang mengena sasaran.

“Ustaz ni guru Lughah ke atau guru telek menelek…”Saiful Alam cuba bercanda, cuba merubah topic perbualan.

“Oh, mentang mentang ana belum berumahtangga, enta ingat ana tak faham semua ni.Enta lupa ke, ana pun pernah muda satu ketika dulu?” balas Ustaz Khair tersenyum. Dia sebenarnya tahu tahu apa rahsia hati bekas anak muridnya itu.

“Alaa, sekarang ni pun, ustaz masih muda lagi, baru 28 kan? Single tapi tak avalaible.Ustaz jual mahal…” usik saiful Alam. Hatinya sudah tidak tenang dengan kehadiran Ustaz Khair di situ.

Ustaz Khair menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan.Kemudian dia memandang wajah Saiful Alam.

“Tuhan jadikan manusia itu berpasang pasang, Saif. Yang kita rasa jodoh kita, mungkin bukan dalam perancangan Tuhan. Ana tahu, enta menaruh minat terhadap dia.Tapi rezeki sepupu enta untuk menjadikan dia teman hidup.Walaupun perkara itu belum berlaku lagi, kita doakan yg terbaik,Saif.Ana tahu enta seorang yang bertanggungjawab. Kalau enta betul sayangkan dia, sayangilah dia kerana Tuhan. Selepas itu, dengan siapa pun dia berumahtangga, enta tak akan kecewa.Kerana sayang enta bukan bermaksud untuk memiliki dia, tapi untuk memiliki cinta Tuhan,” tenang bicara Ustaz Khair.

Tersenyum Saiful Alam mendengar tutur kata gurunya. Tak pernah dia dengar Ustaz Khair berbual tentang cinta. Wajah tampannya tak pernah dijadikan modal untuk memikat kaum Hawa. Walaupun ramai makcik makick yg ingin menjadikan dia menantu. Siapa yang tak mahu menantu sebaik Ustaz Khair?

“Ini kali pertama ana dengar Ustaz beri tazkirah pasal hati,”gurau Saif,”InsyaAllah, Ustaz, ana tak kan bertindak bodoh. Is tu sepupu anan yg terbaik, memang elok pun dia dapat seorg isteri yang baik juga. Mereka direzekikan bersama, InsyaAllah. Tapi ustaz..ana lihat Hanim tu macam ada masalah. Kuliah malam dia belum lagik bermula, muka dia dah macam tu.Macam bermasalah sangat. Apa masalah dia?” Saiful Alam tahu sangat Hanim tidak akan memberitahu dia apa-apa pun. Tapi mungkin dengan Ustaz Khair, Hanim ada cakap sesuatu. Ustaz guru kelasnya. Dia berhak mengambil berat akan setiap murid dalam kelasnya.

Sekali lagi Ustaz Khair tersenyum,”Tadi kata tak termenung…rupanya ingatkan Hanim tu?”

Kali ini Saif tak kuasa nak berdalih. Memang apa yang dikatakan itu benar, buat apa nak tegakkan benang basah…

“Dia sedih, abangnya nak berhijrah ke Australia. Kemudian Is pula kata, dia juga bakal pergi. Kemana, Hanim pun tak tahu….” Beritahu Ustaz Khair. Saiful Alam terdiam mendengar kata kata Ustaz Khair. Kemana Is bakal pergi? Kenapa dia tak tahu? Kenapa Is tak beritahu dia?

“Syukran Ustaz. Nanti ana tanya Is saja. Selepas dia kesini kelmarin menguruskan soal hanim, ana dah tak jumpa dia. Kelmarin pun, dia tak banyak cakap…”

Saiful Alam merenung jauh. Apa masalah yang melanda sepupunya itu pula? Kalaulah dia tahu……dia punca segalanya…..

Monday, May 28, 2007

Satu pengorbanan 30

“Selepas ini, Hanim kena kerja lebih keras lagi.You have to learn to juggle both worlds,”kata kata Hisyam itu seakan memberi Hanim kekuatan untuk terus berusaha.Kepala adiknya diusap penuh sayang.Iskandar hanya memerhatikan perlakuan Hisyam terhadap adiknya.Mereka berjalan seiringan keluar dari RTRC Asia, anal syarikat NTUC yang mengendalikan kursus kursus pendidikan awal. Pagi tadi, mereka telah berjumpa mudir di madrsah hanim.seperti yang dijangkakan, Hanim tidak dibenarkan berhenti sekolah.

“Abang, Hanim takut tak boleh cope.Bukannya senang nak juggle pelajaran madrasah, nak juggle course pulak.Dah lah course tu waktu malam…”Hanim seakan merengek meminta simpati.Iskandar yang ada disisi tak diendahkan.Manja sungguh Hanim denag Hisyam.tak macam dia dan kakaknya.Ketiadaan kakaknya pun tak dirasakan.

“Kenapa abang setuju dengan idea mudir tu.Kan abang jugak yang nak Hanim berhenti sekolah…”sambung Hanim lagi.

“Hanim, you tak sanggup nak belajar banyak, atau tak sanggup hadapi kenyataan.Hanim nak lari dari masalah,kan?” tenang Iskandar mencelah.

“Siapa kata?”Hanim cuba membela diri.Memang dia nak lari dari Saiful Alam, dari situasi yang dia tak suka nak hadapi…Kalaulah dia boleh beritahu Iskandar semua itu…..

“Hanim cuma tak suka……”kata kata Hanim terhenti disitu.

“Hanim tak suka apa,dik?”soal Hisyam sambil melabuhkan punggung ke tempat duduk driver. Iskandar mengambil tempat di tempat duduk sebelah.Hanim masih lagi tercegat diluar.Fikirannya melayang entah kemana.

“Hanim, tak nak balik ke?”tanya Iskandar,”Tak sabar nak mulakan kursus kat sini?”

Hanim tersenyum hambar, sedar dia disindir tunangnya,”Taklah…awak ni tak usik tak boleh ke?”

“Hai..awak awak lagi? Kelmarin sampai nangis nanagis telefon, pandai jer panggil abang…”Hisyam pula mengusik. Sengaja mahu melihat reaksi adik kesayangannya itu.

“Dah lah kalau abang nak usik lagi, Hanim balik naik bas jer lah…”Hanim menyuarakan ketidak puasan hatinya.

‘Abang…tolong Hanim…My family…” dia teringat panggilannya tempoh hari. Terasa bodohnya dia kerana terpaksa panggil Iskandar abang.Kalau bukan Hisyam yang mengusiknya hari itu depan Mama dan Kak Shimah, tentu Hanim takkan telefon Iskandar hanya setakat mengadu.Terasa betapa bodohnya dia..Dan Hanim juga terasa malu.Dimana wibawanya selama ini? Dan Hisyam..kenapa dia tidak menegah malah dia yang melebih lebih mengusik adiknya.

“Hanim…termenung lagi? Apa jer yg dia ingat kan? Tunang ada depan mata, abang pun kat sini.Siapa lagi yg Hanim ingat?”suara Hisyam memecahm gegendang telinga.

“Hmmm, nak apa? Tak abis abis nak usik Hanim?Tak puas tengok Hanim nangis?”tanya Hanim. Iskandar tertawa kecil. Dia juga teringatkan peristiwa kelmarin.Mujur dia telefon Hisyam dahulu sebelum keluar mencari Hanim.Kalau tidak, paniknya hanya membuang masa saja…..

“Dahlah…dia dah tak nak panggil aku macam tu…,”Iskandar meluahkan apa yg terpendam dalam hati.Dia tahu bukan mudah bagi Hanim memanggilnya sebegitu.

“But she has to learn, and she will learn now,”tegas suara Hisyam.Hanim terkedu.

“Aku nak tanya, sampai bila pertunangan ni,Syah? Aku faham, kau rasakan Hanim terlalu muda, tapi aku risaulah Syah. Hari ini bolehlah aku jaga dia…esok lusa?” suara Hisyam terhenti disitu.

“Kenapa esok lusa?Abang nak pergi mana?”Hanim memintas sebelum sempat Iskandar bersuara.

“Abang dapat tawaran ke Australia.Dah dua kali abang tolak…dulu kerana kak Shimah tak sihat.Kemudian pasal pertunangan Hanim yang tak jelas…Semalam dalam meeting, boss abang cakap lagi….”beritahu Hisyam tenang.

“Abang nak tinggalkan Hanim? Berapa lama?” tersekat sekat suara Hanim bertanya.

Hisyam memerhatikan adiknya melalui visor.Mata bundar Hanim kelihatan berkaca.Ini yang paling Hisyam tak suka.Hanim mudah dengan airmata kalau menghadapi masalah perpisahan begini.

“Tak lama,lah sayang.Two years ajer.” pujuk Hisyam,”Mama kan ada…Syah pun ada jugak”

“Hisyam, betul ke ni?” soal Iskandar.

“Apa yang betul? Pasal aku suruh kau kahwin cepat cepat?” Tanya Hisyam.

“No…pasal your transfer,” balas Iskandar.

“Hey, betullah.Takkan aku bergurau pulak.I’ll be bringing my wife and girl along.Aku harap kau dapat tengok tengokkan Hanim dan mama aku,”ceria suara Hisyam.

Iskandar menoleh melihat Hanim yang sedang memandang jauh. Suram wajah gadisnya itu.

“Tapi aku….”Iskandar tidak sampai hati hendak meneruskan.

“Kau jangan kata kau tak sudi nak watch over my adik and mama pulak,Syah.” pintas Hisyam.

“Bukan tak sudi, dah jadi tanggungjawab aku, tapi aku juga bakal pergi.....”perlahan Iskandar bersuara.Dia dapat melihat airmata menitis dari kelopak mata Hanim.Tak pasti apakah Hanim menangis kerana Hisyam atau juga kerana apa yang dia katakan.




Satu pengorbanan 29

“Kau pun rajin blog juga?” tanya Iskandar sambil tangannya ligat menggerakkan tetikus di mouse pad.

“Kenapa? Zaman sekarang ni, budak kecil, remaja dewasa, sampai pakcik makcik pun ada blog, Is…”suara Saiful Alam hanya perlahan kedengaran.Dia sedang mentashih buku buku murid muridnya. Sibuk betul nampaknya sampai terpaksa bawa pulang buku buku.

“Kau…sama macam Hanimlah.Dia pun rajin blogging.Ntah apa-apa dia post kat Multiply dia….Sampai ada kawan rapat , tempat dia berbincang.Tapi dia tak pernah pun jumpa orang tu.Cuma she has her trust in that person. Peliklah aku rasa…” Iskandar meluahkan perasaan.Saiful alam hanya ketawa kecil mendengar cerita Iskandar.Sebenarnya dia tak selesa bila sepupunya menyebut nyebut tentang Hanim.Rasa bersalah tiba tiba datang bertandang.Dia hanya membiarkan Iskandar melungsuri lelaman net seorang diri.

Mata Iskandar terpaku pada satu entry didalam blog Saiful.Dia tidak pernah terbaca entri yang satu ni. Mungkin ini entri ‘private’.Terlanjur pula, memang Saiful Alam ‘sign in’ tadi dan belum ‘sign out’. Senyap senyap Iskandar membaca entri pendek itu..

“A love lost…………..Jika kita menyukai seseorang, tidak semestinya ia berakhir dengan perkahwinan. Jika kita menyintai seseorang, bukan bererti kita akan menghabis sisa hidup dgn dia…Ingatlah diri, engklau bukan untuknya……

Hanim lebih berhak mendapat cinta Iskandar ataupunmungkin dia akan mengalah seperti dulu..Is, dia sentiasa mengalah dgn aku..Apa kali ini dia akan mengalah juga kalau dia tahu, aku juga mencintai Hanim.’

Bagai mahu gugur jantung Iskandar Syah sewaktu membaca kata kata itu.Mengalah? Dia teringatkan kata kata ibunya sebelum dia bertunang dgn Hanim. Betul firasat wanita itu. Saiful menyukai Hanim.Tapi Hanim?

“Is…hei, termenung apa pulak? Apa yang kau tatap tu…?”soal Saiful, mendongak dari buku buku dihadapannya.

“Tak ada apa-apa. Saif..sejauh mana kau kenal Hanim?” entah macam mana soalan itu boleh terpacul keluar dari mulutnya.

“Entah, walaupun tiap tiap hari jumpa kat sekolah, bukannya aku berbual sangat dengan dia.Kalau Husni ke Mustazah ke, dia rapatlah jugak. Kau tanya aku pasal tunang kau ni kenapa?” soal Saiful Alam kembali.Macam ada sesuatu pulak sepupunya ini.

“Kau tahu bukan, Hanim dengan aku tak pernah bercinta. Tapi macam mana pun, aku takkan lepaskan dia pada sesiapa. Dia sungguh bermakna dalam hidup aku,”perlahan Iskandar menuturkan kata kata itu.Namun sempat menyengat hati dan perasaan sepupunya.

“Yang kau hari ni, kenapa hah? Kau datang rumah aku cuma nak bual pasal Hanim jer?” soal Saiful lagi, cuba menutup kegugupan diri.

“Tiba tiba aku teringatkan dia…and I hope its not syaitan playing pranks on me,”jawab Iskandar. Dia sengaja berkata demikian, cuba memancing reaksi Saif. Saiful Alam hanya membisu.

“Dia makan tak kat sekolah.Yang aku tahu, she always skips her meals.Aku risau dgn keadaan dia.” tanya Iskandar lagi. Kali ini Iskandar menoleh, memandang wajah sepupunya tepat.

“Semua orang tahu dia tak suka makan,”pendek jawapan yang diberi Saiful Alam.

Sekali lagi Iskandar mengeluh. Perbualan antara dia dan Saif seminggu yang lalu. Pertemuan antara dia dan Hanim semalam. Apakah salah dia memilih untuk mencari kebahagiaan dirinya sendiri? Apakah kali ini dia perlu mengalah? Walaupun kata Hisyam, elok untuk Hanim berhenti sekolah, apakah itu jalan terbaik? Iskandar membetul kaca matanya. Di picit picit pelipis matanya. Memang Iskandar sedar, dia sering mengalah dgn Saiful Alam..tapi kalau setakat majalah atau komik Archie, memang dia tak kisah.Tapi ini Hanim, tunangannya…perlukah dia mengalah juga?

Deringan handphonenya membuat dia tersentak sedikit. Dilihat sekilas skrin sebelum dia menjawab panggilan.”Hanim”

Salam diberi dan dia terdengar suara tangis dihujung talian. Dia kaget dengan suara itu.

“Hanim? Kenapa ini? Hanim…”dia cuba memanggil.

“Abang…” terisak isak suara Hanim. Iskandar masih tidak dapat menagkap tujuan Hanim menelefonnya.

“Kenapa ni Hanim?”

“Abang…tolong Hanim….” Kedenagran sayup sayup suara Hanim dihujung talian.

“Hanim, tell me what happen.Please Hanim,”pujuk Iskandar.

“My family….” Suara Hanim tersekat sekat memberitahu.Talian kemudian terputus..

Saturday, May 26, 2007

Satu pengorbanan 28

“So, dah decide nak ambil which training centre?” soal Iskandar sambil membelek belek result slip Hanim.Hanim sekadar menggeleng kepala. Memang dia sendiri pun belum terfikir untuk mengikuti kursus di training centre yang mana satu. Huluran brochures oleh Iskandar diambilnya.

“Hope these will help,”ceria Hanim memberitahu. Dia akan study satu persatu brochures yang diberi oleh Iskandar. Tunangnya ini memang nampak macam tak pernah kisah, tapi sebenarnya dia begitu prihatin.

“You really serius ke Hanim? Jangan menyesal kemudian hari,”pesan Iskandar lembut.Matanya tepat memandang Hanim yg duduk bersimpuh dilantai bertentangan dengannya.

“Teaching is not something easy.Tanggungjawabnya banyak, kerja banyak…..”sambung Iskandar bila melihat Hanim hanya menyepi.

“Kata orang, it more work, less pay.But the satisfaction is there,” lembut balas Hanim sambil tersenyum Dia teringat kata kata Hannah, rakannya di alam cyber.Memang mengajar tadika ini meletihkan, tambahan lagi gajinya yang tak seberapa itu.Tapi kepuasannya tak tertanding dengan bertugas didalam pejabat.

“Awak tak suka ke?” Tanya Hanim.Sebenarnya dia pelik dengan reaksi Iskandar.Bukankah Iskandar juga seorang guru?

“Awak?” Iskandar seolah olah tidak memahami siapa yang dimaksudkan gadis itu. Hanim menghela nafas.

“Awaklah…as in ‘you’,”jawab Hanim pendek.

Iskandar tertawa kecil. ”Bila dah pandai guna ganti nama macam ni? Persis anak anak tadika pula,”usikknya.Merona wajah Hanim diusik begitu.Kalau dulu, boleh saja dia menjawab.Tapi kini, dia sedar status Iskandar sebagai tunangnya yg perlu dia hormati.

“Bukan tak suka, Cuma Abang nak Hanim fakir masak sebelum buat apa apa keputusan. Teaching is a good job, actually. Tapi kita kena tabah Hanim.Kita tak boleh mengalah separuh jalan…”ujar Iskandar. Hanim tersedak mendengar perkataan’abang’ yg keluar dari mulut tunangnya itu. Bukan tak biasa panggil abang pada orang lain, tapi nak panggil ‘abang’ pada Iskandar….It sounds way too mushy.

“Laa…tak makan tak minum pun tersedak?” usik Iskandar lagi.

“Hanim nak ke dapur sekejap,” Dia meminta diri.Ini sahaja caranya dia melarikan diri dari situasi itu. Iskandar hanya mengikut dengan ekor mata. “Hanim, Hanim….sampai bila?”

Hanim terlanggar abangnya yang baru keluar dari dapur. Hampir terlepas pinggan yang di pegang Hisyam.

“Kenapa ni Hanim? Macam orang kena cirit birit…kalau iya pun, tak lari tandas tu dikejar…”tegur Hisyam.

“Abang ni, Hanim bukannya nak ke tandas…Hanim nak tolong kak Shimah,”perlahan suaranya memberitahu.

“Dah siap dah Hanim. Tak ada apa lagi yang nak dibuat…Ni ambik dulang air ni bawa kedepan,”sampuk si kakak ipar dari ruang dapur. Mahu tak mahu, terpaksalah Hanim menatang dulang masuk ke ruang tamu semula.

“Syah…kau dah beritahu dia?” tiba tiba Hisyam bersuara.

“Beritahu apa?” soal Iskandar.

“Pasal kau dan Saif….”tenang aja suara Hisyam.Hanim emnadang wajah kedua dua lelaki di depannya.Dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh abangnya tadi. Dia memandang wajah Isklandar.Wajah itu tetap tenang dangan segaris senyuman.

“Hanim, come, duduk sebelah abang,”panggil Hisyam.Memang terserlah kasihnya pada adiknya seorang ini. Hanim akur.Jarang dia membantah permintaan Hisyam.

“Hanim…abang dengar, Hanim sering terima chocolates.Katanya dari Is?”soal Hisyam.

Hanim hanya mengangguk.Dari mana si abang tahu cerita ni?

“Hanim…its not from me…and I am very sorry,”celah Iskandar. Hanim menggigit bibirnya. Sangkaanya memang tepat.

“Hanim tahu……”jawabnya.

“Hanim tahu, and you play along with the whole thing?”soal Hisyam tegas. Mata Hanim berkaca.Tak sangka Hisyam akan menjadi serius dan menyalahkannya.

“Syam..its not her fault. Aku yang salah,”Iskandar cuba menenagkan suasana.

“Hanim, can you tell me more?”sambung Iskandar.

“Hanim ingat lagi….awak memang ada bagi hanim chocolates.But sekali saja. Betulkan?

Tapi memang hanim selalu terima chocs.Katanya, dari awak…Hanim tak pernah bersangka buruk,sebab tu Hanim terima saja.”Hanim cuba menerangkan kedudukan sebenar.

“Lepas tu…maksud abang, mcm mana Hanim dapat rasa that its not from me?” Iskandar sengaja menekankan perkataan abang itu lagi. Hanim mencuri pandang wajah Iskandar di hadapannya. Kemudian dia memandang wajah Hisyam.

“Awak ingat tak masa awak call Hanim di sekolah? Waktu itu hanim Tanya pasal chocs, dan awak kata, awak tak ada kirim apa-apa pun.That was the time.”

“Kenapa tak beritahu abang terus terang?”Tanya Iskandar lagi. Hisyam juga setuju dengan soalan Iskandar.

“Hanim nak terus terang pada awak, tapi Hanim takut awak salah sangka pada Hanim,”jawab Hanim.”Nak beritahu abang pun, lagilah Hanim takut….”Hanim menyambung sambil memerhatikan wajah Hisyam.

Hisyam menghela nafas lega,”Abang cuma tak mahu adik abang lupa siapa diri dia.Lagipun perkara itu boleh menimbulkan fitnah.Kawan kawan Hanim tahu?”

“Yang rapat tu memanglah tahu….Hanim hampir hampir beritahu mudir…tapi Hanim tak sampai hati,”Hanim memberi penjelasan. Suasana senyap seketika. Hanim hanya bermain main dgn hujung tudungnya. Tak tahu apa yang akan dikatakan oleh abangnya.

“Hanim, abang rasa, kalau Hanim nak berhenti sekolah, abang tak akan larang. It good for you and everyone,”akhirnya Hisyam bersuara. Dia mengusap bahu adiknya itu.

“Syam, ada sesuatu yang aku nak kau tahu….”Iskandar bersuara.

“Apa dia?”

“Adik kau ni, dah pandai guna ganti nama ‘awak’ ‘saya’ dangan aku,”usik Iskandar.

“Itu pun kau nak beritahu aku?”soal Hisyam.Dia tahu bukan itu yang Iskandar nak cakap sebenarnya.

“Kalau kau belum perasan lagi, aku nak Hanim panggil aku ‘abang’. I know waktu pernikahan jauh lagi, tapi lepas apa yg berlaku, walaupun setakan chocolates, aku macam dah kehilangan tunang aku sendiri.Salah aku, pasal aku tak tunjuk keprihatinan aku terhadap Hanim,”jelas Iskandar.

Hisyam teryawa kecil,”Tadi masa kau cakap, aku dah perasan, cuma tak nak tanya aja. Kau tergugat dgn chocolates ke Syah?” Hisyam seronok mengusik.

“Kau jangan tanya aku soalan macam tu boleh? Meremang bulu roma…”pintas Iskandar.

“As long as korang masih tahu batasan syariat…..I have no problem,’Hisyam memberi green light. “dan adik abang ni, jaga akhlak selalu okay,”pesan Hisyam sambil mencubit pipi Hanim.

“Sakitlah, abang.Malu tau Hanim…”protes Hanim sambil anak matanya berlari, mencuri pandang Iskandar. Dia tahu Iskandar masih memperhatikannya.

“So bila Hanim nak jumpa mudir?” tanya Hisyam.

“Abang ikut Hanim, boleh? Hanim tahu mesti mudir tahan nanti..” pujuk Hanim.Sememangnya dia tak mampu nak berdepan dengan Ustaz Mokhsan nanti.

“Kau ikut sama, Syah? Kau kan tunang dia…..” Hisyam mempelawa Iskandar.

“Kalau jumpa on Saturday, insya Allah boleh,”Iskandar juga setuju dgn ajakan Hisyam.

“Sebenarnya dah lama aku tak jumpa Saif….boleh juga jumpa dia nanti…….”Hanim rasa tak sedap dengan kata kata yg keluar dari mulut tunangnya.



Tuesday, May 1, 2007

Satu pengorbanan 27

Result slip di tangannya digawangkan ke udara….Sarah masih lagi terpaku dihadapannya.Senyum Hanim sudah meleret dari hujung ke hujung.

“Apa result? Semua A1? ”tanya Sarah.

Hanim mula tertawa dengan pertanyaan cepu emas kawannya itu,”Ingat ana ni whiz kids ker? Cukup makan jer,lah!” Sarah cuba merampas result slip di tangan Hanim tapi ditepis oleh tuan punya slip itu.

“Eh, apa main rampas-rampas ni..Tu, mudir ada kat dalam, pergi ambil anti punya.”

“Seramlah….”Sarah bersuara.

“Amik result slip,lah bukan amik surat nikah…come, ana temankan eh?”pujuk Hanim.Sememangnya dia hendak tahu keputusan kawannya itu. Hanim menolak manja Sarah hingga ke pintu pejabat.

“Kenapa dah besar masih nak main-main mcm adik-adik Ibtidaei’ lagi?” terdengar satu suara dari belakang menegur. Pantas Sarah dan Hanim menoleh kebelakang. Ustaz Husni dan Ustaz Saiful Alam sedang berdiri di belakang mereka.

“Oh, Akhi Husni…Ana nak temankan Sarah collect result slip dia.Bukannya main-main,”Hanim membela diri,macam nak tegakkan benang yang basah.Dah masuk tujuh belas tahun, tapi masih main tolak tolak didepan pintu pejabat, memanglah tak layak dipanggil kakak-kakak kelas A’liya’.

Sarah pun dah merah padam muka, menahan malu.”Ana masuk dulu, Ustaz.,”ujarnya. Awal-awal memang macam nak terkehel lidah nak gelar senior mereka ustaz, tapi sekarang tidak lagi.Cuma Hanim saja yang masih lekat dengan panggilan Akhi kepada kedua-dua seniornya itu.

“Hanim dah dapat result? Apa keputusan?”Tanya Husni. Saiful Alam disebelah masih menelek-nelek beberapa helaian kertas di tangannya.

“Okaylah..cukup makan,”jawab Hanim pendek.

“Boleh percaya,ke? Setakat cukup makan?”Husni bertanya lagi.

“Takkan dia nak beritahu kita…Cik abang dia entah dah tahu entah belum,”celah Saiful Alam tersenyum.

“Ana dah call Mama tadi.Dia tak angkat handphone.Abang Hisyam pun sama…tak apalah, nanti balik, ana call mereka lagi,”beritahu Hanim,jujur.

“Abang lagi satu?”Husni menduga. Hanim memandang wajah seniornya itu dengan penuh tanda tanya,”Mana ada abang lagi?”

“Dah beritahu Iskandar? Tentu dia tunggu call dari Hanim tu,” Saiful Alam memberitahu maksud sebanar soalan Husni.

Wajah Hanim merona merah. Kena usik lagi, getusnya,”Dia tak suruh beritahu pun….”

“Dia tak call?”Husni bertanya,ingin tahu. Hanim memandang wajah Husni, mata mencerun mendengar soalan entah apa-apa itu.

“Nak buat apa call? Ingat dia tu apa?Hanim ni apa? Tak faham-faham syariat?”suara Hanim sedikit keras, tanda protes dengan soalan begitu.

Husni hanya tersenyum dengan reaksi Hanim. Jelas sudah, Iskandar bukan seperti yang dia fikirkan. Pandai juga Iskandar menjaga perhubungan mereka, dan Husni sebagai senior Hanim amat senang dengan cara begitu.

“Okay, nanti Hanim beritahu dia.Mungkin can just email him, YM ker, apa ker…”pesan Saiful Alam apabila melihat suasana tegang itu. Hanim menghela nafas lega.

“Akhi, maafkan ana.Terkasar bahasa tadi…”Hanim memberitahu Husni. Husni tersenyum senang.Tika itu juga Sarah melangkah keluar dari pejabat dengan wajah berseri-seri.Tentunya result Sarah amat membanggakan.Dia memang top student selalu.Tiba-tiba Hanim teringat sesuatu.

“Akhi Saif…kenapa ana dah lama tak dapat chocolates dari ‘dia’…..?” soalnya terus pada Saiful Alam. Husni dan Saif berpandangan.”Ah sudah…budak ni…”

“Dia?” Saiful Alam berlagak tidak faham akan maksud Hanim.

“Iyalah…selalunya ‘dia’ akan kirimkan chocs untuk ana,kan,” balas Hanim selamba. Sarah disisi hanya memerhatikan reaksi Saiful Alam.

“Iskandar….dia…dia sibuk. Kenapa? Enti tunggu chocolates dari dia ke?”soal Saiful Alam sedikit gugup.

“Its alright...ana cuma bertanya saja.Lagipun selalu sangat makan chocolates, naiklah badan. Ingatkan, ana nak minta health supplements jer”seloroh Hanim. Jelas terlihat perubahan riak diwajah Saiful Alam.

“Akhi Husni, Akhi Saif, kami minta diri dulu….Nak celebrate dengan Tuhan.Belum sujud syukur lagi ni,”ujar Hanim sambil menunjukkan result slip ditangannya. Dia menarik Sarah, berlalu pergi meninggalkan kedua-dua guru muda itu didepan pintu pejabat.

“Apa result enti,Sarah?” tanya Hanim.

“Enti punya?”balas Sarah. Sarah tersenyum nakal, tidak mahu memberitahu selagi Hanim tak memberitahu keputusannya. Akhirnya result slip bertukar tangan.Sarah terjerit kecil.

“B3 for History…not bad!Enti yakin sangat enti flop with an F9 remember?” jeritnya. Hanim cepat-cepat menekup mulut Sarah.

“Syyy…kelas masih berjalan,lah..nak kena tegur dengan ustazah ke?” tegurnya.

Sarah sekadar menjungkitkan bahu,”Nak buat macam mana, terperanjat betullah…”

Hanim selamba saja dengan kata-kata Sarah.

“Result enti ni, semua A1..Maths jer A2.Nnak sambung kat sini lagi ker?” Tanya Hanim. Sarah mengangguk,”Ana tak nak ke polytechniclah,Hanim.I am happy here.”

“Enti, sambung diluar eh?”soal Sarah. Kali ini Haim hanya menjungkit bahu.

Teringat bagaimana Iskandar bersungguh-sungguh mengajarnya sebelum periksa kelmarin.

“You have to study smart, bukan study hard, nak hafal satu buku ni semua. Just remember the key persons, events, and dates.You can do it,lah…trust me!” kata-kata Iskandar masih terngiang-ngiang di telinga.”Hanim nak jadi play school teacher,kan?”tanya Iskandar waktu itu. Hanim sekadar tersenyum dengan soalan mentornya.

Bahunya terasa di cubit. Hanim memandang Sarah,”Fikiran terbang ke mana?Mengelamun?”

“Mana ada…”Hanim membela diri,”Teringat kawan-kawan yg lain…Apa result diorang eh?Lambat sangat sampai,”rungutnya.

“Merungut pasal Zu dan kawan-kawan yang lain lambat sampai atau pasal ‘Dia’ tu tak kisah langsung tentang result enti?” Sarah cuba mengusik.

“Mana ada…”Dia’ pun bukannya selalu contact ana.Masa mengajar dulu, iyalah,”balas Hanim.Namun hatinya sedikit terusik dengan kata-kata Sarah.Takkan “dia’ tak tahu hari ini, Hanim dapat result. Iskandar tu seorang guru, takkan dia tak tahu?

Sewaktu melangkah kaki ke musollah, handphone Hanim berbunyi tanda ada pesanan.

“Dia ke?” usik Sarah lagi. Hanim hanya tersenyum hambar dengan usikan Sarah.

“1 new message” tertera di screen handphone Nokia miliknya.

“From Is.” Tertera di screen lagi. Wajah Hanim mula berubah riak. Hah, tadi suka buruk sangka.

“Salam,Hanim.So, how was the result? Jadi ke tukar ke sekolah swasta?See you later.”

Sujud syukur Hanim berganda syukurnya kali ini……