Airmata ZunnurAin mengalir laju. Surat itu diletakkan disisi. Dia menyandarkan di kepala katil. Anak patung beruang diraihnya lalu dipeluk erat. Tangisannya semakin tidak dapat ditahan-tahan. kenapa? kenapa dia sanggup buat macam itu? setelah hatinya dipaksa menerima kehadiran lelaki itu, dengan mudah lelaki itu menarik diri. BUkankah majlis akan di adakan mingug depan saja? Yang peliknya kenapa ayah dan ibu tidak marah? kenapa begitu tenang ayah dan ibu menerima berita itu. Sedangkan wajah mama dan papa Khyryl tadi sudah berubah riak. sedikit pun mamanya tidak senyum.papanya apa lagi, kalau bukan dirumah ZunnurAin, mungkin Khyryl sudah dikerjakannya.Dari pandangan mata Papa Khyryl saja, ZunnurAin dapat mengagak tahap kemarahan lelaki itu.
"Apa yang kau buat ni Ryl? Kau tahu tak, kau dah malukan Papa dan Mama?"bentak Mamanya, Puan Noraini. ZunnurAin yang duduk di sisi wanita itu tersentak dengan kata-kata amarahnya.
"Ryl buat yang terbaik, Ma. Papa..Ryl tahu, memang hajat mama dan Papa berbesan dengan Ibu dan Ayah. Tapi Ryl mahukan yang terbaik buat Ain.Ryl sayangkan dia. Ryl nak lihat Ain bahagia."tenang suara lelaki itu.
"Kalau Ryl sayangkan dia, kalau Ryl nak lihat dia bahagia, kenapa ajak mama dan papa kesini? Semata-mata kerana nak putuskan pertunangan Ryl dengan Ain? Dulu Ryl juga yang setuju dengan pertunangan ini."Suara Encik Murad agak tegang kedengaran. Namun sedikit pun ketenangan di wajah Khyryl tidak berubah. Dia bangun dari duduknya lalu merapati ZunnurAin.
"Ain, dah baca surat abang?"soalnya lembut, persis memujuk seorang adik yang sedang merajuk. ZunnurAin menggeleng kepala.Tidak mahu melihat wajah di hadapanya. Ibunya yang berada di kiri Ain, menggenggam erat tangan anaknya, sekadar memberi semangat.
"Ain, abang memang sayangkan Ain. Mak ayah kita berkawan lama. Walaupun abang tak pernah rapat dengan Ain, abang tahu sedikit sebanyak tentang Ain. Ain yang manja, yang keras kepala, yang berdedikasi. Ain susah nak putus asa. I like the way you look at life. Dan abang tahu, disebalik kecekalan Ain, ada seseorang. Mungkin Ain tak perasan akan hal itu.Ain...look here."Khyryl memanggil. Perlahan ZunnurAin mendongak memandang wajah Khyryl.
Sedari lepas Asar tadi Budi sudah tercongok di rumah ini. Namun Ain tetap tidak mahu keluar menemui tetamunya itu. Alasan yang diberikan, Ain malas nak bersiap. Ain letih, tak larat nak bangun. Akhirnya Zahidah mengajak Budi masuk ke kamar Ain selepas memastikan anaknya itu berpakaian rapi.
Ain masih lagi berbaring, membelakangkan Budi Aerman. Selimutnya ditarik hingga ke leher walaupun dia sudah lengkap menutup aurat. Dia sebenarnya mahu menunjukkan protesnya terhadap Budi Aerman. Budi sekadar memandang ZunnurAin dengan hambar.Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dikatakan.Lidahnya seolah-olah kelu melihat gadis itu. Surat di atas meja sisi diambil lalu dibacanya.
“Inilah surat yang Khyryl maksudkan,”detik hatinya. Dia memandang Puan Zahidah yang duduk dibelakangnya. Surat itu ditunjukkan pada guru ngajinya itu. Perlahan Puan Zahidah mengangguk, mengiyakan pertanyaan Budi. Surat itu dibaca sekali lalu kerana isinya sudah diceritakan kepadanya oleh Puan Zahidah tadi. Bahkan sewaktu Khyryl menjemputnya di Golden Mile pagi tadi pun, Khyryl sudah menceritakan semuanya. Walaupun bagi Budi, Khyryl telah melakukan satu kerja gila, dia tidak mampu menafikan andaian Khyryl terhadap keakraban dia dan Zin. Mungkin mereka salah tanggapan, itu yang Budi cuba tanamkan didalam hatinya.
Surat itu dilipat kemas dan disimpan semula didalam sampulnya.
“Zin…aku datang ni. Tak nak berbual dengan aku ke? Kau kata, kau dah lama tak ada kawan gaduh?” Budi memulakan bicara. Tiada balasan diterima tapi esakan suara ZunnurAin semakin ketara.
“Ain, tak mo lah nangis. Dari kecik, kau asyik nangis jer. Ni aku dah balik pun, kau nak nangis lagi?” Budi cuba mengawal situasi. Terasa bodoh lawak yang dibuatnya. ZunnurAin memusingkan tubuh mengadap temannya itu. Wajahnya basah dengan linangan airmata.
“Kenapa kau balik sekarang? Untuk ucapkan tahniah pada aku kerana putus tunang?” kedengan sinis suara ZunnurAin disebalik tangisnya.
“Zin…aku tak niat macam itu.” Balas Budi serius.
“Kenapa kau tinggalkan aku? Tak jawab sms aku? Pergilah…aku benci semua orang!” tinggi suara ZunnurAin menengking Budi Aerman. Pemuda itu tetap tenang.memang perkara ini sudah dijangkakan. ZunnurAin senang merasakan dirinya di perkotak katik orang sekeliling. Kalau dulu, dia percayakan Budi, kini Budi juga sudah di curigai.
“Zin, aku pun tak tahu benda ni akan berlaku. Bukan niat aku. Mungkin mereka salah faham. Aku akan beritahu Khryl. Dia salah faham, Zin. Kita boleh perbetulkan masalah ini, okay. Aku janji.”pujuk Budi Aerman.
“Tak payah. Aku takkan kahwin dengan abang Khyryl. Dia anggap aku macam adik dia.” Balas ZunnurAin lagi.
“Kau sedih pasal tu, Zin?” bergetar suara Budi menyoal. Apakah temannya ini sudah mula menerima kehadiran Khyryl sebagai bakal suami? ZunnurAin menggeleng kepala.
“Tak…aku suka pasal dia tak memaksa aku. Kau dah baca kad jemputan yang abang Khyryl buat?” Zin terus menyoal datar. Tiada reaksi diwajahnya.
Budi sekadar mengangguk. Tadi sewaktu sampai kerumah itu, Puan Zahidah telah menunjukkan kad jemputan perkahwinan ZunnurAin. Apa yang memeranjatkan, nama Khryl sudah ditukar kepada namanya sendiri. Dialah bakal pengantin lelaki yang akan di ijab kabulkan dengan Nur ZunnurAin Binti Hj. Bakhtiar. Memang dia terkesima menatap kad jemputan itu. Tidak disangka sama sekali, selama dia bersahabat dengan tunang ZunnurAin, lelaki itu cepat menganalisa keadaan. Sesekali, timbul rasa menyesal dihati Budi Aerman.
“Zin, kita lupakan tentang kad itu dulu, okay? Aku lihat wajah kau pucat.Bibir kau pecah-pecah.Makcik kata kau dah berapa hari tak makan. Kau mogok ya Zin?” Budi mengajukan pertanyaan. Risau dia melihat wajah Zin yang pucat begitu.
“Aku tak seleralah Budi.” Tangisnya sudah sedikit reda.
“Makanlah sikit.Minum Hot Chocolate ke. Janganlah biarkan perut tu kosong,”pujuk Budi lagi.
“Budi, pasal pernikahan tu…:”ZunnurAin bersuara lirih. Airmatanya bergenang lagi.
“Dahlah tu, kan aku dah kata, jangan fikirkan dulu?”
“Aku…Zin….serahkan pada Budi saja.” Terdengar helaan nafas lega dari Puan Zahidah yang sedari tadi hanya diam membisu mendengar perbualan Budi dan Ain.
“Terpulanglah kalau kau nak batalkan atau apa saja. Cuma aku nak beritahu…”suara Zin mati di situ.
“Esok, aku akan berangkat ke Pekan Baru lagi.Tiket dah aku tempah. Kau tak marah, kan Budi?” perlahan Zin bersuara. Budi Aerman terkesima mendengar kata-kata ZunnurAin. Dia nak ke Pekan Baru lagi. Bererti lagi dua bulan , baru dia akan kembali berpijak ke bumi Singapura ini. Sekali lagi dia akan kehilangan gadis itu? Berjauhan dengan gadis itu?
“Budi…kau tak marah, kan kalau aku pergi?” tanya ZunnurAin, tidak berani menatap wajah Budi seperti tadi.
“Uhh..hmm….kau berjanji akan jaga diri,kan?” soal Budi kembali. Soalan ZunnurAin dibiarkan tidak berjawab.
“Tentulah…Aunty Humairah nanti akan jaga aku kat sana. Please..Budi? Kalau engkau tak backing aku, nanti semua orang tak lepaskan aku,” ZunnurAin memujuk.
Budi sekadar memandang wajah gadis itu kosong. Kenapa pula dia meminta kebenaran aku? Bukan ayah dan ibunya? Budi saling memandang wajah ZunnurAin dan ibunya bergantian. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Majlis akan berjalan seminggu saja dari sekarang. Yang dia tahu, Khyryl sudah mula menghantar kad-kad kerumah tetamu. Memandangkan Puan Zahidah dan Pakcik Bakhtiar adalah anak jati Indonesia yang telah mendapat kerakyatan disini, keluarganya tidak akan turun ke Singapura. Hanya teman-teman dan rakan setugas saja yang akan hadir. Namun itu sudah cukup untuk membuat malu pada kedua suami isteri itu kalau pengantin perempuannya tidak ada di sini. Tetamu akan mula berkata, dan itu perkara terakhir yang Budi sanggup mendengar. Dia tidak mahu mereka menanggung malu.
“ Zin, boleh pergi..tapi bersyarat. Budi akan kenakan tiga syarat.” Tenang wajah ZunnurAin dipandang. Terserlah keceriaan diwajah gadis itu.
“Syarat apa pun, Zin tak kisah….”gadis itu cepat memintas. Budi memandang wajah Puan Zahidah yang terkejut dengan kebenaran yang dia berikan.
“First, Zin kena keluar makan. Muka tu macam anak ayam yang dah hilang mak dia aja. Second, nanti Budi nak tahu apa yang Zin pack ke sana. Third, pernikahan tetap berjalan, tanpa ZunnurAin sebagai pengantin disisi.” Budi menuturkan tanpa memandang wajah ZunnurAin didepan.
“Apa Budi cakap ni? Ain kena ada kat sini, Budi.” Puan Zahidah memprotes.
“Tak apa,lah makcik. Kenduri itu nanti, kita buat majlis kesyukuran. Makcik tak payah risau..Budi akan beritahu Khyryl.
“Kau..kau nak nikah dengan siapa, Budi?” tanya ZunnurAin. Budi memandang wajah temannya itu. Gadis itu kelihatan bingung dengan syrat ketiga tadi. Budi tertawa didalam hati.
“Entah..siapa-siapa sajalah,” jawabnya acuh tak acuh.
No comments:
Post a Comment