Budi mencapai telefon bimbitnya. Kotak inbox dibuka. Mesej dari Zin ditatap lagi.
"Zin, aku okay.Kau jangan risau. Aku balik lah...Aku pun dah berminggu tak layan kau gaduh! Rindu nak dengar kau marah-marah aku!"
Dia menekan butang.
"message sent" terpapar di skrin telefonnya. Dia yakin Zin akan membaca mesej itu.
Perjalanan dari Puduraya ke Singapura tidaklah selama mana.Perjalanan yang hanya memakan masa lebih kurang empat jam itu dirasakan amat menyesakkan. Pesanan terakhir dari Zin membuat dia terus meminta Asyraf menempahkan tiket pulang ke Singapura. Pada mulanya Budi hanya mahu pulang minggu akan datang. Namun pesanan ringkas yang diterimanya meatikan niatnya itu.
"Asyraf..kau teman aku beli tiket boleh? Aku tak sedap hatilah.macam ada sesuatu yang tak kena dengan Zin."beritahu Budi sewaktu dia sedang menjamah makan malam bersama keluarga Asyraf. Malam itu, isteri Asyraf Salsabila yang memasak. Walaupun sedap masakan isteri sahabatnya, tekak Budi seolah-olah tidak dapat menikmati kelazatan makanan yang terhidang di depannya.
"Hai, tiba-tiba saja nak balik.Tadi beriya-iya nak balik lambat. Kau ada masalah ke Budi?"soal Asyraf. Salsabila yang sedang duduk disisi suaminya pula menyampuk.
"Abang Budi tak selesa kat rumah ni, pasal Sal ada ke? Kalau gitu, Sal tumpang kat asrama sepupu Sal saja di Rawang."
Budi memandang wajah kesua suami isteri didepannya. Mak dan ayah Asyraf sekadar mendengar perbualan itu. Budi menggeleng, menafikan kata-kata Salsabila.
"Bukan..Abang Budi tak kisah pun Sal ada kat sini. Kita fahamlah, kat mana lagi tempat isteri kalau bukan di sisi suaminya. Tapi Zin....mesej yang dia hantar tu macam ada yang tak kena saja. Asyraf, aku cuba call Khyryl, tanya apa yang berlaku, tapi mamat tu relax jer. Dia kata, tak ada apa-apa." Budi senyap seketika.
"Tapi aku kenal Zin...kalau tak ada apa-apa, takkan dia mesej benda-benda macam tu...Aku ingat dia dah berubah...tapi..."kata-kata Budi terhenti disitu.
"Kau yakin kalau kau balik, kau dapat bantu ZunnurAin?" serius soalan Asyraf kepada Budi. Budi sekadar mengangkat bahu. Dia melepaskan nafas dalam-dalam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tiba-tiba rasa mahu balik dan berjumpa ZunnurAin. Sedangkan dulu dia kesini pun kerana nak elakkan diri dari gadis itu. Hatinya memaksa dia pulang menemui gadis itu.
"Maaflah kalau Sal mencelah. Sal rasa, abang Budi ini simpan perasaan pada gadis itu,lah. Kata abang, Abang Budi datang sini pasal nak tenangkan fikiran.Tapi lihat ni...siapa yang kalut sangat ni..Abang Budi,kan?" Salsabila tiba-tiba mencelah dengan pendapatnya. Asyraf cepat-cepat menepis tangan isterinya. Takut si kawan tersinggung dengan kata-kata gadis lincah itu.Salsabila mengaduh kerana tepisan itu walaupun perlahan, tetap menyengat hatinya.
"Apa abang ni, dari dulu, apa Sal buat tak pernah betul. Kita tahulah awak tak suka kita..."Salsabila seolah-olah merajuk dengan tindakan suaminya. Asyraf sudah tidak terkata apa.Dia meraih tangan isterinya lalu diusap lembut. Budi sekadar tersenyum kecil melihat telatah mereka. Tiba-tiba hatinya teringat pada ZunnurAin. Kalau Zin merajuk, hanya dia yang tahu memujuk…
"Diorang ni, memang macam ni Budi. Si Asyraf tu..tak habis-habis nak buat Salsabila merajuk.Tak tahulah makcik sampai bila nak buat perangai budak-budak macam ni.."ibu Asyraf bersuara. Budi dapat melihat wajah Salsabila merona merah. Mungkin segan ditegur gitu depan tetamunya.
"Sal ni muda lagi makcik. Yang dekat rumah tu, dah jejak dua puluh tahun pun merajuk juga. Tak lama lagi dah nak jadi isteri orang pun tak habis merajuknya."beritahu Budi Aerman.
"Budi cakap pasal siapa ni? Setahu pakcik, Budi tak ada adik beradik lain,kan?"soal Pakcik Ismail, ayah Asyraf pula.
"Err...Budi cakap pasal Zin..ZunnurAin tu,"teragak-agak Budi menjawab.
Suasana sepi seketika. Asyraf berpandangan dengan Salsabila. Macam ada yang tak kena pada hati tamu mereka itu. Budi Aerman sedang berhat galau, teka mereka.
No comments:
Post a Comment