Monday, August 11, 2008

Ikhlas mengasihimu 4

Suara Zin memberi salam dari luar pintu jelas kedengaran dari dapur.Terkocoh-kocoh Nek Som berjalan membuka pintu utama rumahnya. Zunnur Ain yang sedang berdiri didepan pintu pagar rumah tersenyum-senyum melihat orang tua itu. Di tangannya terdapat satu bekas sederhana besar.

"Masak apa pulak, kau hari ini?"tanya Nek Som sambil menarik tangan ZunnurAin masuk kerumahnya.

"Adalah...special ni, khas buat nenek,"beritahu gadis itu. Dia nampak manis dengan baju kurung Pahang warna peach serta tudung labuh dengan warna senada.

"Nak pergi mana, cucu nenek ni?"tanya Nek Som lagi. ZunnurAin sekadar tertawa kecil. Dia memepragakan bajunya didepan wanita separuh umur itu.

"Cantik tak, Nek? Zin beli semalam kat Geylang. Lawa kan warna dia?" ZunnurAin memberitahu. Nek Som mengangguk setuju. Budak tinggi lampai macam ZunnurAin, pakai baju lusuh pun nampak cantik.Cuma bila dah merajuk saja, buruk dipandang. Namun rasa hati itu tidak di perdengarkan.

"ZunnurAin.....kamu ni dah nak jadi isteri orang dah...masih manja dengan nenek...belajarlah matang sikit. Apa kata mak mertua kamu nanti,"Nek Som sudah mula sessi berleter. Sebulkan dua lagi, memang siayu didepannya akan memnjadi isteri orang, tapi manjanya maish ketara. Nek Som sebenarnya risau kalau keluarga bakal suami ZunnurAin tidak suka dengan keakraban dia dan gadis itu.Tambahan pula, dia mempunyai seorang cucu lelaki yang begitu rapat dengan ZunnurAin.


"Alah, Nek....takkan dah nikah nanti, Ain terus tak boleh datang kesini? Nenek pun nenek Ain jugak,kan?"si gadis mula mempersoalkan haknya. Nek Som hanya mengeluh kecil sambil menggeleng kepala.


"Tak boleh, Zin... Apa kata orang? Apa kata suami kau? Kat rumah ni, ada aku.Kita tak muhrim.Aku tahu, alasan kau, kita kan macam adik beradik. Aku pun tahu, kau bijak jaga diri kau, jaga syariat dan agama kau...Tapi kita kena hormat perasaan orang lain." Tiba-tiba suara Budi Aerman terdengar dari dalam kamarnya.

ZunnurAin memandang wajah Nek Som kelat. Jelas di wajahya perasaan tidak senang dengan kata-kata Budi Arman. Semenjak peristiwa di pantai itu, dan selepas Budi menyampaikan hadiah dari tunangnya, Budi seakan menjauhkan diri dari ZunnurAin. Budi sudah tidak menegur sapa, bila mereka terserempak di dalam bas. Bahkan jarang-jarang Budi mahu menghantar sms untuknya, tidak seperti selalu. Apakah dia harus dijauhi apabila sudah menjadi tunangan orang?? ZunnurAin yakin, Budi sudah tidak seperti dahulu. Mendengar kata-kata Budi itu, dia mula mahu melangkahkan kaki meninggalkan rumah itu.

Sejurus itu, Budi keluar dari kamarnya. Dia tersenyum kearah ZunnurAin lantas mengarahkan gadis itu agar duduk di ruang tamu. Budi mengambil tempat bertentangan ZunnurAin. Dia tahu, Zin terasa jauh hati dengan timdakannya. Tapi bukankah itu yang sebaik-baiknya? Dia memandang tunak kepada gadis yang sedang duduk dihadapannya.

"Dah buka hadiah dari tunang kau itu?" soalnya. Zin hanya mengangguk. Tidak sedikit pun mahu memandang wajah Budi Aerman. Kalau orang dah tak sudi, buat apa dia hendak menyua muka?

"Cubalah mengenali hati budinya. Dia sedang cuba mengenali kau, Zin. Aku tak perlu nak ajar kau.Kau lebih tahu.Aku yakin itu." ZunnurAin menoleh, memandang wajah Budi Aerman dengan renungan tajam. Bukankah pemuda itu tahu, pertunangan itu sesuatu yang dirancang? Macam mana dia nak mengenali hati budi tunangnya kalau dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku?

"Ain, dengarlah cakap Budi ya? Diakan dan macam abang Ain sendiri. Cuba terima kehadiran tunang Ain tu...Ni tidak, nak sebut nama dia pun Ain tak bagi. Nek Som tak tahu macam mana kalau Ain dah nikah nanti. Ibu Ain pun mahukan yang terbaik untuk Ain. Mana ada ibu yang nak hati dan hidup anaknya punah ranah?"Nek Som menyambung kata-kata cucunya.

ZunnurAin hanya menyepi. Tidak tahu samada mahu melawan kata-kata itu atau mengiyakan. ZunnurAin seorang gadis yang mengaamalkan syariat, mana mungkin dia terus mahu menjauhkan dirinya dari sang suami selepas menikah nanti. Tapi dia masih belum dapat menerima kehadiran lelaki itu didalam hidupnya. Terlalu drastik, baginya. Lebih-lebih lagi, bila Budi juga turut lenyap dari hidupnya, ZunnurAin bertambah bingung.

No comments: