Sudah semingu Khaulah di Tanah haram ini. Sepanjang semingu itu, dia juga sudah mula mesra dengan jemaah yang berada dikamarnya. Nek Timah, Cik Yam dan juga makcik Suminah adalah merupakan teman sekamar mereka. Ditambah dengan dia, umminya dan juga Indah sikecil itu, mereka akan berkampung dikamar itu selama sebulan gamaknya (tolak masa ke Mina dan Arafah juga ke Madinah..tak sampailah sebulan!)
Dan selama semingu itu, walidnya memang rajin membelikan dia donut dari kedai Dunkin Donut di Hotel Hilton. Bukannya Khaulah dan Indah memilih makan, tetapi mereka tak betah beratur panjang dengan jemaah yang lain di aras enam sekadar nmahu membawa makanan ke bilik hotel. Rntah apa silapnya, pihak agensdi tidak menyediakan meja dan kerusi diruang bufet itu. walidnya yang berat mulut itu malah, menegur kelemahan pihak agensi itu. Manalah nak berkatnya kalau makan, sudah meniru gaya syaitan! Apakah ketua jemaah atau lebih mesra dipanggil syeikh haji tidak menegur kesialpan pihak agensi ini? Entahlah, mahuisa..kalau mahu buat duit, apapun mereka sanggup ketepikan! Akhirnya Khaulah lebih banyak makan Donut daripada makan nasi yang disediakan pihak agensi. namun adakalnya Khaulah terpkasa turun juga menjelajah ke aras enam, kerana menemankan makcik Suminah untuk mengambil nasi buat teman sebilik yang lain.
"Kau ni, tak amakn nasi ke?" pernah makcik Suminah bertanya. Terpaksalah Khaulah menerangkan masalah makan berdiri yang diamalakan jemaah yang lain.
"Bawa naik bilik jer lah, macam makcik..Kita bayar ribu-ribu..makanlah aja lah!" beritahu Makcik Suminah. Khaulah terpisat-pisat melihat Makcik Suminah yang menuang lauk bagai tak ada orang lagi yang mahu makan. Perbuatan makcik Suminah dilihat oleh jemaah yang lain. Khaulah yang berada disisnya berasa canngung menunggu wanita itu menyelesaikan misinya.
"Ibu, banyaknya ambil lauk?"suara parau seorang lelaki kedengaran dari belakang. Pantas Khaulah menoleh. Seorang lelaki yang mungkin didalam lingkungan umur dua puluhan tahun sedang berdiri dibelakangnya. Khaulah membuang pandang ke arah lain. kalau tidak salah, itulah anak bujang Makcik Suminah yang datang bersama wanita itu untuk menunaikan rukun kelima itu. Makcik Suminah menrengkan bahawa dia bukannya makan sendiri tetapi mengambil sekali makanan untuk kawan-kawan sekamar. Sempat pula makcik Suminah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap Kkhaulah yang sudah seminggu makan donut kerana malu untuk beraur dan makan berdiri di tempat makan itu. Marah ada, malu pun ada juga kerana makcik Suminah bercerita dengan suara yang mampu didengari oleh semua yang ada di situ. Anak lelaki wanita itu sekadar memandang wajah Khaulah yang berunah riak. Memang tak boleh ank dielakkan lagi. Semasa di Singapura, wajahnya di sembunyikan disebalik purdahnya.Tetapi kini, apabila berada didalam ihram, maka wajiblah dia menanggalkan purdah nya itu.
Khaulah sedar, sejak di dalam pesawat lagi, ada jemaah yang memandangnya dengan sinis. Buruk sangat ke orang yang memakai purdah ini? namun didalam kesamaran cahaya kapal terbang itu, Khaulah tidak berasa janggal kerana tidak ramai yang sedar, dia sudah menanggalkan purdahnya. Tetapi ketika terpaksa berehat berdekatan dengan sekumpulan remaja lelaki di lapangan terbang Jeddah, terasa wajahnya seperti disimbah minyak tanah saja apabila ada jemaah yang tidak henti-henti memandang wajanya itu.
"Ya Allah, tak payahlah pandang-pandang. Muka aku sama dengan muka korang juga..bukannya ada mata terkurang atau hidung yang tersalah letak,"gumamnya.
"Sudah-sudahlah tu...orang bukannya pandang kamu. Kamu saja yang perasan."tegur Umminya sekadar mahu mengusir rasa tidak selesa dihati Khaulah.
"Eh, Lala..tolong bawakan pinggan ni naik atas." suara Makcik Suminah mengejutkan dia dari lamunan. Khaulah Khaulah..disiang hari pun masih nak mengelamun. Sedarlah kat mana kamu berada sekarang nih.
"Apasal panggil Lala, ibu?" tanya si anak bujangnya pula.
"Alah, nama dia panjang sangat. Susah ibu nak sebut." jawab ibunya pula sambil tangannya cuba mengawal pinggan nasi dari jatuh menyembah lantai.
Khaulah sekadar mendengar perbualan mereka. Dia tidak ada hati untuk masuk campur walaupun dia tahu mereka berbual tentang dirinya. Setibanya di lif, mereka terserempak dengan kumpulan tiga pemuda yang berlainan jemaah. Salah seorang dari mereka melemparkan senyuman kepada Khaulah.
"Dah makan?"soal pemuda itu. namun soalannya dibalas oleh Makcik Suminah.
"Ah'ha,lah kita nak bawak naik ke bilik, senang sikit nak makan. Dia ni kesian, haji ifrad, tak selesa makan kat ruang tu." Khaulah sedar, wanita itu sedang bercerita tentang dirinya. Memang dia dan keluarganya saja yang melakukan haji ifrad didalam rombongan itu.
Pemuda itu masih tersenyum memandang Khaulah tetapi sedikit pun Khaulah tidak membalasnya. Kenal pun tidak, nak balas senyuman maut itu buat apa? Dia melemparkan pandangan ketepi lobi. Pandangan tajam anak Makcik suminah kearahnya membuat dia terus mengarahkan mata memandang pintu lif yang belum terbuka.
Aduh......rimas sekali!
No comments:
Post a Comment