Tuesday, December 22, 2009

merging of Hanim and ZunnurAin 1

Berita yang di sampaikan oleh nenek itu agak memeranjatkan. Jadi ZunnurAin di panggil pulang oleh Pakcik Bakhtiar dan Ummi Sal kerana ada rombongan yang akan masuk meminangnya? Kalau begitu, kenapa tidak diberitahu saja duduk perkara sebenar? Kenapa harus berselindung? Kenapa beritahu gadis itu bahawa ibunya sakit?
“Bukan Budi tak tahu betapa ungkalnya budak Ain tu. Kalau di beritahu perkara sebenar, maunya dia tak nak balik ke sini.”tambah Nek Som seperti dapat membaca apa yang berlegar di fikiran cucunya.
“Siapa bakal suami Zin tu nek? Kita kenal ke?” soal Budi Aerman setelah lama dia berdiam.
“Ummi Sal kata, anak kawan baiknya masa sekolah dulu.” Balas Nek Som yang sedang tekun mengupas bawang di singki.
“Payah...”keluh Budi Aerman. Nek Som menoleh ke arah cucunya sekilas. Apa yang payah si Budi ni? Bukan dia yang kena kahwin pun.
“Harap-harap tak berlakulah benda tu.” Budi Aerman seperti berbual sendirian. Nek Som semakin pelik. Tadi payah, kini dia harap benda tak jadi.Kenapa dengan cucunya seorang ini pula? Takkan lah dia menaruh hati dengan gadis ungkal tu pulak
Wanita tua itu terus menarik kerusi dan duduk mengadap cucunya. Wajah anak muda itu direnung tajam. Sedar akan reaksi neneknya, Budi Aerman tersenyum nakal. Nenek dah salah sangka tentunya!
“Nek, ni bukan benda mudah nek..Nak arah budak keras kepala tu dengar cakap Ummi Sal dan Pakcik. Budi ni takut dia buat hal lagi. Malam malam lari dari rumah keluar entah ke mana. Passport dia tu, Ummi Sal kena simpan baik baik nek.” Budi akhirnya bersuara. Bibir Nek Som tersungging sebuah senyuman nipis. Dia menghela nafas. Sangkaannya salah rupanya. Sangkaannya tidak bertepatan dengan apa yang Budi maksudkan. Nek Som memarahi dirinya sendiri. Dengan cucu sendiri pun nak curiga? Takkanlah Budi Aerman sebegitu orangnya. Takkan Budi Aerman sanggup doakan yang tidak tidak buat guru ngajinya.
“Esok Budi jangan pergi mana-mana. Nenek nak masak sikit untuk rombongan tu. Mulut tu jangan terlepas cakap pulak kat ZunnurAin. Faham?” pesan Nek Som sebelum dia bangkit untuk menyambung kerjanya.
“ InsyaAllah nek..Hai, kalau untuk Zin, Budi selalu saja kena hadirkan diri, kan nek...”sindir Budi sebelum dia bangun meninggalkan ruang dapur itu.

Nek Som tersenyum tawar. Memang benar kata Budi, dia sentiasa ada untuk ZunnurAin. Sejak kecil lagi, kalau budak tu kena buli, dia cari Budi. Kalau dia nak ke kedai, Budi akan di paksa menemani. Sehinggakan dia sakit di sekolah menengah pun, dia akan telefon Budi untuk mengambilnya dari sekolah kalau abahnya tidak ada di dalam negeri

No comments: