Tuesday, December 22, 2009

merging of Hanim and ZunnurAin 3

“Alah, siapa suruh dia kerja sambiulan ni..Tak bestlah Ain tak ada kawan nak gaduh ni,” tawa ZunnurAin.
Encik Bakhtiar sekadar menggeleng kepala. Tidak tahu apa yang mahu di kata lagi. Dah tinggi lampai, besar panjang pun masih nak cari pasal dengan anak muda depan rumah. Tak malu ke anak daranya yang seorang ini?
“Ain, tak elok asyik cari Budi saja. Ain dengan dia bukannya siapa siapa. Tak muhrim tau. Kena jaga batasan pergaulan,” pesan Puan Salbiah sebelum meninggalkan kamar ZunnurAin.
“Apa pula..dia dengan Ain macam isi dengan kulit tau Bu. Dia kan punching bag Ain,”pantas gadis lincah itu menyanggah. Walau apa pun pakaiannya sekarang, dia tidak mahu di pisahkan dengan Budi. Budi itu punching bag ZunnurAin, guardian angelnya dan macam macam lagilah. Budi dah banyak tolong Ain, takkan Ain nak jadi kacang lupakan kulit pula! Dia mencapai tudung yang tersangkut elok di belakang pintu kamarnya. Sebelum melangkah keluar dari rumahnya, dia sempat melaungkan pesan pada ibunya yang sedang berada di dapur.
“Bu, Ain nak pergi kacau cucu orang depan ni tau!” dan seraya itu terdengar suara Ain memberi salam di rumah Nek Som.
Puan Salbiah mengeluh lagi. Entah sudah berapa kali dia ditegur oleh suaminya kerana berbuat sedemikian.
“Tak elok mengeluh macam tu.” Tegur suaminya.
“Biah risaulah bang.” Puan Salbiah mengutarakan rasa tidak sedap hatinya.
“Ain dengan Budi ke?” pantas Encik Bakhtiar meneka. Isterinya hanya menjawab melalui satu anggukan kepala. Bagaimanalah nanti kalau dia tahu dia akan di tunangkan dengan orang lain?
“Kan abang dah pesan agar Biah berbincang dengan anak kita tu dulu. Ni, Biah main terima saja permintaan orang,” Encik Bakhtiar menegur cuba berdiplomasi. Dia tidak mahu isterinya pula berjauh hati dengannya pula.
“Biah tak sampai hati nak menolak. Dia tu kawan baik Biah. Anak dia pun bukan kita tak pernah kenal.” Balas Puan Salbiah. Dia diam sejeda, kembali mengemas pinggan mangkuk yg telah kering ke dalam kabinet dapur.
“Lagipun, Biah tak pasti kalau budak budak tu ada simpan perasaan antara satu sama lain. Abang tengoklah sendiri, gaya pun macam kucing dengan anjing, cuma versi mesra saja. Biah rasa Ain tu anggap Budi macam abang dia sendiri. Dan cara Budi menegur anak kita pun, tak ubah macam seorang abang menegur adiknya. Biah pun tak mahu tolak pinangan orang, Bang. Nanti pihak sana boleh berkecil hati.” Puan Salbiah menyambung lagi. Encik Bakhtiar mengangguk tanda faham. Dia juga bersetuju dengan kata-kata isterinya itu. Ain dan Budi tidak ada apa apa diantara mereka.

No comments: