Sunday, August 23, 2009

Untitled -The ramadhan special (Part 1)

Tin kosong di tangannya, di lambung lambung ke udara. Mulutnya petes menyanyikan lagu dari kumpulan Ungu. Humairah tersenyum senang. Rambutnya yang sedikit terjuntai itu, di sebak kebalakang. Seronok berada di Pulau Ubin yang hanya berapa minit saja perlajanan dari Singapura.



”Ni lah namanya, holiday without getting your passport stamped!” hatinya berdesis.



”Eh minah! Cepatlah siapkan semua ni. Kau ingat kau seorang jer perempuan kat sini, kau boleh manja-manja eh? Lambat, lah..........” suara Hazwan menampar cuping telinga. Ketua kumpulannya itu memang tidak suka dengan kehadiran Humairah di dalam kumpulan mereka. Bukan kerana Humairah pandai curi tulang, tetapi dia juga tidak suka dengan pergaulan yang tidak kenal batas antara Humairah dengan pelajar lelaki lain. Humairah....dia bukan seorang gadis genit, bukan gadis mentel, tetapi perwatakannya yang ala-ala tomboy itu membuat dia tidak segan silu dengan pelajar lain. Tampar menampar sudah jadi lumrah buat Humairah.



”Eh mamat eksyen! Kau ingat aku ni apa? Aku tak macam perempuan lain yang kau kenal, lah...Pantang ada jantan, siaplah nak menggatal! Jaga sikit mulut kau eh!” Humairah membalas dengan satu herdikan. Pelajar pelajar yang lain menoleh ke arah kedua-dua mereka.



”Dah mula lah tu....” bisik Norman kepada Zikry. ”Perang lagi...nanti kita juga yang kena sambar dengan Mr Ong. Hazwan ni pun....”



Zikry yang sedang tekun memasang tiang khemahnya hanya menggegleng kepala. Nak di buat macam mana? Humairah memang tak suka di tegur begitu. Dia kenal dengan gadis itu sejak di bangku sekolah rendah lagi. Perwatakan Humairah memang kasar. Bahkan adakalanya, dia boleh bertindak ganas. Bukan Zikry tak pernah terlihat Humairah menyerang pelajar lelaki yang menyakitkan hatinya. Sudah dua tiga kali Zikry menjadi pendamai antara Humairah dan pelajar lelaki lain. Pernah sekali, Humairah hampir hampir bertumbuk dengan Helmy kerana mulut helmy yang bagai mulut murai itu telah menyebarkan cerita bahwa batuk Humairah disebabkan tabiatnya yang gemar merokok. Zikry masih ingat lagi bagaimana kolar baju sekolah Helmy di genggam Humairah sementara tangan kanannya hampir melayangkan satu tumbukan. Kalaulah perkara itu benar benar berlaku, memang buat malu kaum Adam saja.



“Aku memang tak feminine, Zik! Tapi aku tak buat kerja gila tu. Nak buat apa merokok? Kau ingat aku ni desperate sangat? Tak ada self confident sampai nak buat benda tu?” Humairah jelas tidak suka dengan fitnah yang tersebar. Dan sehingga helmy dikenakan hukuman di hadapan khalayak ramai, di dewan sekolah, barulah Humairah boleh menarik nafas lega.



“I want to see justice, Zik. Aku bukan pendendam.” Gumamnya ketika berjalan pulang bersama Zikry.





PAP! Tengah belakang Zikry ditampar seseorang. Tanpa menolah, Zikry tahu siapa yang menampar itu



“Zik..nanti khemah aku macam mana?”soal Humairah.





“ Hazwan kata, satu khemah kena kongsi tiga orang. Habislah aku....mana aku nak cari lagi dua minah? Zik.....”



Humairah tersenyum sumbing memandang wajah teman dihadapannya. Teman sedari sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah. Apabila Zikry menyambung pelajarannya di institusi tinggi, Humairah sekali lagi menjadi rakan sekuliahnya.



”Zik, aku ni bercakap dengan kau, bukan dengan khemah yang kau buat ni.” Humairah mendengus jengkel apabila Zikry tidak melayannya.



”Mai...aku tahu apa yang ada dalam kepala otak kau tu. Kau takut kan, tak ada khemah. Kau tak mahu share dengan siapa-siapa....”



”Hisy!! Kau gila ah! Takkan aku nak share dengan korang. Aniaya!! Tapi Zikry, aku nak tidur kat mana malam ni?“ humairah kedengaran gusar. Tahu juga takut untuk berkongsi khemah dengan mana-mana pelajar lelaki.



"Apa kata, kau share khemah dengan aku dan Hazwan? Kira okay tak?“ gurau Zikry sekadar mahu melihat reaksi teman dihadapannya.



Ranting di tangan Humairah di lontarkan ke arah Zikry. Hampir saja ranting itu mengena wajah Zikry.



”Aku ingat kau ni tak macam orang lain, tapi kau pun sama....” Humairah menengking kuat. Dia mengangkat kaki untuk beredar. Tidak mahu berbaincang lebih lanjut dengan temannya itu. Dia tahu Zikry bergurau, tetapi dia tetap tidak suka.



Suara lantang Humairah menjemput mata-mata memandang. Semua pelajar lelaki di situ akur, kalau Humairah dah naik angin, suaranya kan berubah “merdu” bak halilintar.





“Kenapa dengan minah tu?” soal Hazwan setelah mendekati Zikry.



"Aku menyakat dia. Aku kata dia share sajalah khemah dengan kita. Itu yang dia marah........“ Zikry ketawa kecil. Seronok dia melihat wajah Humairah yang merah menahan marah tadi.



"Kau pun menyakat juga? Aku ingatkan kau selalu protect dia,“ Hazwan menyindir.

Zikry hanya tersenyum kecil. Rambut yang menutupi dahi, di sebak kebelekang. Dia memandang Hazwan


”Tapi, memang dia kena share khemah dengan kita, Zik.” beritahu Hazwan sebelum bangun meninggalkan Zikry termangu mangu sendirian.

No comments: