Thursday, March 8, 2007

Mungkinkah 15

Pagi-pagi lagi, sebelum Luqman ke tempat kerja, Amierah sudah meminta izin untuk keluar sebentar.
"Nak ke mana, Mierah?" tanya Luqman.
"Library.Mierah nak pergi kat esplanade punya, boleh?" Mierah bertanya.
"Kalau abang kata tk boleh?"
"Then, I'll stay home, wait for you to come back, tolong mak masak."balas Amierah.
"Sayang, is your life very boring? Sayang bosan ke hidup dgn abang?" Luqman bertanya sambil, tangannya bermain-bermain dgn jemari isterinya. Perlahan Amierah menggenggam tangan suaminya.
"Mana ada?Mmm...tinggal kat rumah ni, macam-macam yg Mierah boleh buat. Cuma, Mierah nak keluar ni pun pasal dah lama tak pinjam buku. Itu saja..."
"Mierah nak abang temankan?"
"Emmm, its alright.Miera pergi sekejap aja...Kalau Mierah terlambat, Mierah call abang..."
Luqman pura-pura tidak faham,"Kenapa nak call abang?Nak minta izin tidur kat Library tu ke?"
"No...Mierah...nak minta.....abang pick MIerah...boleh?"
Luqman tergelak melihat betapa formal isterinya meminta izin.
"Come on lah....dear, kalau Mierah tak call pun, I'll pick you up. Abang takut ada orang bully Mierah....dan abang tak nak, bila abang balik, Mierah tak ada...rindu"
"Isyy....sekejap aje, takkan abang dah rindu?"
"Memanglah...sayang. Setiap saat abang rindu.Rindu nak peluk, cium Mierah. Kan abang cuma boleh buat setakat tu aje....."
Berubah wajah Amierah mendengar kata-kata suaminya. Dia melepaskan genggaman tangannya pada tangan Luqman. Menyedari perubahan Amierah, Luqman segera menghampiri isterinya. Dia memeluk Amierah sambil mencium pipi isterinya itu.
"Sayang, jangan salah faham, ok? I am not asking for more, tapi memang betul, everytime you are not within my reach, abang rasa sunyi. Sunyi dengan senyuman isteri solehah....."
"Abang,,,maafkan Mierah. Berilah Mierah sedikit masa lagi..."pintanya.
"Tak mengapa,sayang.Even if it takes me another 10 more years.... Abang sayang Mierah...."
"Mierah pun....I love you,"bisik Mierah.
Selepas membantu serba sedikit di dapur, Amierah meminta diri dari mertuanya untuk keluar. Sepanjang perjalanan di dalam MRT, dia hanya bertemankan sebuah buku yg di hadiahkan oleh Rusyidah sebelum dia bernikah dulu. Amierah membaca dgn khusyu'.Tanpa di sedarinya, ada mata yg memerhatikannya. Amierah meninggalkan MRT apabila ia tiba ke destinasi. Di waktu tengahari begini, agak ramai orang di LINK ini kerana ramai yg berpusu-pusu mengejar waktu lunch. Amierah memcepatkan langkahnya untuk tiba ke Esplnade.Niat di hatinya, biarlah cepat dia sampai, cepat juga dia akan pulang ke rumah. Sepasang mata tadi, masih lagi mengekori langkah Amierah. Sesusuk tubuh itu tidak mahu kehilangankelibat Amierah.Sudah lama dia tidak bertemu dengan Amierah, walaupun dia cuba menjejaki wanita itu.

Tiba di Esplanade, Amierah terus menuju ke Library yang agak lengang itu.Musim sekolah, khutubkhanah di bandar ini hanya akan terima kunjungan pelajar selepas waktu sekolah. Jadi, tidaklah payah buat Amierah untuk memilih buku-buku yang hebdak di pinjamnya. Sewaktu membelek-belek buku-buku di rak-rak yang ada, Amierah terasa seperti dirinya di ekori.Tetapi bila menioleh ke belakang, didapati hanya ada seorang pengguna di situ, yang sedang memilih bahan bacaan juga. Dia merapati pemuda Cina itu.
"Excuse me, mind if I ask you something?"tanya Amierah dgn suara yg perlahan.
"Yes?" soal pemuda itu kembali.
"I felt that someone was following me just now. But it was only you when I turned around. Do you see anything? I know I sound kind of stupid but...."kata-kata Amierah terputus di ditu.
"Oh, Miss..before I came into this lane to get this book,"pemuda itu menunjukkan buku di tangannya,"I noticed a man walking away from here."
"A man?"
"Yup, medium built, quite dark and handsome. He was wearing a cap..."
"Oh, thanks a lot.Guess, I'd better be going." Amierah mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu dan berlalu ke kaunter.
"Hey, miss! Take care and be careful.By all means,"ucap pemuda itu sebelum Amierah berlalu pergi.

Sewaktu Amierah meninggal khutubkhanah itu, dia sempat menoleh kesekelilingnya. Mana tahu, Luqman yang mengekorinya.Tapi melalui apa yang dikatakan oleh pemuda Cina itu tadi, deskripsi itu tidak menepati cir-ciri Luqman.Luqman berkulit cerah dan rendah.Manakala orang yg disebut tadi---dark and handsome-- menepati....???degupan jantung Amierah seakan-akan mahu berhenti. Dia teringat kembali kewan sekuliahnya dulu...Iskandar?Bukankah Iskandar dark and hamndsome?dan dia juga gemar memakai baseball cap.Amierah semakin tak keruan. Diharap-harap, agar janganlah Iskandar dapat menjejaknya.Hidupnya dah musnah kerana lelaki itu. Amierah terus berlari meninggalkan Esplanade.Dia tidak hiraukan orang sekeliling yang memerhatikan gelagatnya yang seperti di kejar hantu.

Tiba di tepi jalan, Amierah memandang sekeliling untuk mencari teksi. Tiba-tiba Amierah terasa bahunya di sentuh. Dia tidak berani untuk berpaling.Dia menepis tangan itu.
"Amierah...Good to see you.."terdengar suara itu.
"Please go away...jangan ganggu aku,"Amierah berkata-kata, tanpa menoleh kebelakang.
"Aku rasa, kau tahu siapa aku, Amierah.Please...aku nak berbual dgn kau."suara itu berkata lagi.
"Tolong jangan ganggu aku...."Amierah terasa seperti hendak menangis. kebetulan ada teksi kosong yg mendekatinya, Amierah terus menahannya dan masuk ke dalam perut teksi itu. Airmatanya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.
"Nak kemana, dik?"tanya pemandu teksi berkenaan.
"Maaf, encik.Boleh hantarkan saya ke Jurong?"pinta Amierah.
"Baiklah..."

Tika itu, handset Amierah berbunyi.Dia menjawabnnya.Nama Luqman tertera di skrin handphone Amierah.
"Amierah...is that you...?"terdengar suara Luqman di hujung talian.
"Ye, bang.Mierah here,"
"Why are you crying,darling?"tanya Luqman ingin tahu.
"Tak, Mierah tak nangis.Selsema sikit."Amierah cuba berbohong.
"Where are you now?"Tanya Luqman,terasa seperti ada yang tidak kena.

"Mierah dalam cab, on my way home."
"Kenapa tak call abang?"
"Mierah letih...so nak balik cepat.."
"Okay, sayang, see you."
Cepat-cepat Amierah mematikan talian. Dia tak sanggup menipu suaminya itu. Dan dia tak tahu apa yang akan berlaku kalau Luqman tahu, siapa yang dia jumpa tadi.
Setibanya di rumah, Amierah terus masuk kebilik. Ibu mertuanya yang melihat gelagatnya itu, di landa dgn pelbagai persoalan. Pintu Amierah diketuk perlahan.
"Mierah, Mierah tak apa-apa,nak?"
"Tak mak.Mierah okay.Mierah nak mandi..."jawab Mierah.Ada bunyi gusar pada jawapan itu. Orang tua itu tidak puas hati.Dia terus menelefon Luqman dan memberitahu keaddan Mierah.
Hampir satu jam kemudian, Amierah mesih tidak keluar-keluar dari biliknya.
Hati ibu mertuanya semakin tidak keruan.Selalunya, Amierah tidak pernah begitu. Penat macam mana pun, dia akan duduk bersembang menanti suaminya pulang.
"Mak.."panggil Luqman. Ibunya melepaskan nafas lega.
"Man, dari tadi dia kat dalam.Mak ketuk pintu pun, dia tak buka. Risau mak jadinya..."
Luqman mengetuk pintu biliknya,Amierah...buka pintu ni, sayang..."
"Mierah...Mierah..."Luqman cuba membuka, Laa..tak berkuncilah, mak."
Apabila Luqman membuka pintu, Amierah tiada di situ.Terdengar bunyi air mengalir dari dalam kamar mandi.Luqman menolak pintu yg hanya tertutup rapat itu. Amierah dilihat terduduk di bawah laluan air dgn pakainanya yg tidak di buka. Kaget Luqman melihat isterinya. Amierah masih lagi menangis.

"Mak...tolong Man.Mierah ni, mak..."laung Luqman.
Amierah masih lagi terbaring dikatil. Setelah menukarkan pakaian Amierah sambil di bantu oleh ibunya, Luqman mengambil kesempatan untuk menelefon Yana dan memberitahu perkara yang berlaku. Ibunya masih menangis melihat keaddan isterinya.
"Sabarlah, mak.Nak buat macam mana, Mierah masih tak bercakap. Bila Man tanya, dia hanya terus menangis."
"Mak risau,Man. Baru kali ni, dia nak keluar sendiri...Tadi hati mak berat nak lepaskan, tapi mak takut Man kata mak ni jaga tepi kain kau, suami isteri...Mak tak sangka dia jadi macam ni..."
Tiba-tiba terdengar suara jeritan Mierah dari dalam kamar...
" Jangan sentuh aku! Pergi! Pergi!" Mierah menjerit-jerit seperti di ganggu. Luqman dan ibunya berkejar kedalam.
Amierah masih terpejam, namun dari riak wajahnya, dia seolah-olah sedang mendapat mimpi ngeri.
"Janganlah...Uwais...tolong saya....Uwais......"Amierah menangis dalam tidurnya. Luqman menggenggam tangan isterinya. Dia dan ibunya saling berpandangan. Nama Uwais seperti memberitahu mereka sesuatu.

No comments: