Thursday, March 8, 2007

Mungkinkah 16

"Mak, telefon Kak Yana, minta dia dan abang Haikal datang..."pinta Luqman.
"Amierah....ni abang. Bangun sayang, you are a having a bad dream...Amierah , please wake up,"lembut suara Luqman mengejut isterinya.
Perlahan Amierah membuka matanya. Dia seolah-olah berada di alam lain. Luqman mengusap pipinya lembut.

"Sayang, what's wrong? kenapa ni?" tanya Luqman.
Amierah terus merangkul tubuh Luqman sambil menangis,"Abang, Mierah takut....Dia...Dia...Dia nak bunuh Uwais..."

Luqman memandang wajah isterinya, penuh kasih,"Siapa,Mierah?siapa yang nak bunuh Uwais..?Lagipun Uwais dah lama tak ada....Mierah mimpi apa ni, sayang?"

Sebentar kemudian, ibunya masuk membawa secawan hot chocolate untuk Mierah."Mierah, minumlah...Tadi lama Mierah dalam bilik air, mak risau.Takut Mierah sakit...Minum Mierah, panaskan badan tu..."pujuk ibu mertuanya.cawan disuakan kepada Luqman.Matanya seolah-olah memberitahu Luqman agar memujuk isterinya itu.
"Man, lepas maghrib nanti, Yana datang.Mak dah cerita dgn dia...Dia rasa budak yg dulu tu.....Mungkin Mierah terserempak dgn dia..."bisik ibunya perlahan..

Luqman mengangguk, tanda faham akan apa yang cuba di sampaikan oleh ibunya.

"Kau temankan Mierah, Man. Mak nak ke dapur,nak masak sikit-sikit buat Yana dan Haikal..Mierah, mak keluar dulu ya..." Pipi Mierah dikucupnya penuh sayang.

"Mak...." panggil Luqman.Ibunya memalingkan tubuh untuk melihat wajah Luqman.

"Apa dia..?"

"Terima Kasih.."

"Isteri kau, Man.Kebahagiaan kau, kebahagiaan mak juga...Dia menantu mak..."
Ibunya melemparkan sebuah senyuman buatnya. Terlalu tinggi pengirbanannya sebagai seorang ibu, fikir Luqman. Luqman menarik Amierah kedalam pelukannya.

"Mierah, abang tak akan biarkan Mierah seorang diri lagi....I promise sayang,"janjinya.Amierah membalas pelukan suaminya, erat...

"Abang, tolong Mierah..."jerit Amierah kepada suaminya yg berada beberapa langkah darinya.

Luqman sedaya upaya cuba mendapatkan isterinya, namun langkah dihalang oleh Iskandar. Tanpa kata-kata, Iskandar menumbuk muka Luqman. cepat Luqman menepis. Pukulan demi pikulan dihalakan kpd Luqman.Amierah hanya menatap hiba. Dia tidak mahu kehilangan suaminya sepertimana dia kehilangan Uwais. janganlah kerana dia, suaminya pula tewas di tangan Iskandar.

"Tolong! Tolong!' Amierah menjerit. sempat Iskandar menampar wajah suci itu.

"Diam kau! Tiada siapa yang dapat menolong kau lagi! Kau ingat kau selamat bila dah jadi isteri dia....persetan!"jerkah Iskandar.

Ketika itu, Amierah melihat suaminya bangkit dan cuba memukul Iskandar dgn sesuatu.....Namun Iskandar lebih cepat bertindak. Akhirnya Luqman terjelupuk ketanah.

"Abang! Jangan tinggalkan Mierah!" Amierah menangis sambil badannya dipaksa mengesot ke arah suaminya. Airmatanya tidak henti-henti mengalir.......

"Mierah, sayang...." dia terdengar suara Luqman. Ada beberapa suara lagi selain Luqman.

"Wake up,sayang.I am here." Luqman memaut tubuh isterinya, didudukkan Amierah, supaya dia membuka mata.

"Abang....Mierah mimpi...." airmata Amierah mengalir lagi. Luqman menyeka airmata isterinya.

"Hush, cry no more.It breaks my heart to see you this way...."Luqman mengelus rambut Mierah lembut.

Yana menghampiri Amierah. Kasihan dia melihat keadaan sepupunya itu. Mujur ayah Mierah sudah kembali ke Sabah. Kalau tidak, tentu dia akan marah melihat keadaan anaknya itu.Marah ayah Mierah terhadap Iskandar seakan-akan tidak pernah padam. Waktu dia pulang untuk mewalikan pernikahan Mierah pun, dia sempat tanya samada Iskandar sudah bebas atau belum....

Yana duduk di birai katil memandang Amierah yang masih lagi dalam dakapan Luqman.

"Mierah...dah okay ke? Apa yang Mierah mimpikan tadi,dik?"

Amierah memandang Yana dengan pandangan kosong.

"Iskandar....dia pukul abang Luqman. Dulu dia bunuh Uwais...sekarang, dia nak ambil Mierah dari abang Luqman. Mierah takut..." terhenjut-henjut Amierah menahan sebak.

"Come on,sayang. I am right here..Mungkin itu hanya satu igauan..."sangkal Luqman,cuba menenangkan isterinya.

Amierah menggelengkan kepala...dia menangis lagi.

"Tadi, sewaktu Mierah kat library. He was there...He followed me..."

Berubah wajah Yana mendengar pengakuan Amierah. Itulah puncanya Amierah jadi begitu....tidak keruan.

"Betul ni, Mierah?"

"Dia ekori Mierah dari Library sampai ke jalanraya. Dia sentuh bahu Mierah.Mierah rasa kotor sekali....Abang...Mierah berdosa...."

"Please, Mierah.Its not your fault. Sebab tu, Mierah tak tunggu abang ambil, dan terus pulang?"tanya Luqman.

"Mierah takut...."

"Its alright,baby...I am here." Luqman terus mendakap isterinya. terasa olehnya gedupan jantung Mierah yang amat laju.


Yana meninggalkan Luqman bersama Amierah lalu keluar ,mendapatkan suaminya di ruang tamu.

"Bang, Mierah terserempak Iskandar....itulah sebabnya dia jadi begitu."terangnya pada Haikal.

"Dia dah keluar ke?Dah bebas?"

"Dah lah tu, agaknya.Takkan dia lari dari penjara pulak.." celah ibu Luqman.

"How is she?"

Yana menggelengkan kepala,"Very bad..."

"Perlu jumpa counsellor lagi ke,ayang?"

"Ayang rasa tak perlu.Luqman will be there for her."

"Iyalah, Haikal.Mak Mah rasa biarlah Luqman yang usahakan sendiri...."



No comments: