Thursday, March 8, 2007

Mungkinkah 17

Luqman pulang kerumah dgn hati yang begitu merindui Mierah. Hampir 2 minggu, dia berada di rumah menemani isteri kesayangan.Memberi semangat dan perangsang. Dia mahu lihat Amierah yang seperti dahulu, bukan Amierah yg kian memerapkan diri di kamar, di temani airmata. Setibanya dia di depan pintu, dia terdengar suara Mierah berbual dgn ibunya.

"Pendeklah...mak..macam mana ni?"

"Biarlah...tak ada orang nampak......"

Luqman mengandai2 apa yg di bulakan oleh dua wanita itu. Apabila dia masuk kerumah, dilihatnya Amierah sedang memanjat, mengganti langsir dirumah mereka.

"Apa yang pendek, apa yang tak apa??"

Amierah hampir terjatuh dari tangga kerana terkejut dgn kemunculan suaminya yang tidak memberi salam.

" Bukannya nak beri salam...main masuk je..."tegur Mak Timah.

"Oops...rindu sangat kat Mierah ni...Tak sabar-sabar nak jumpa dia,"balas Luqman sambil menarik tangan isterinya, supaya turun dari tangga itu.

Mierah meraih tangan suaminya, dikucup tangan itu.

"Rindu abang tak?" soal Luqman.

"Isy...depan mak pun tanya macam ni,"bisik Mierah. Ibu mertuanya tersenyum melihat menantu kesayangannya.

"Mierah okay?" tanya Luqman lagi.

Amierah mengangguk,"See...mak ajar Mierah jahit langsir ni..."

Luqman membelek langsir di tangan Mierah. Memang dia tak pernah lihat langsir itu. dia memandang wajah ibunya, meminta kepastian.

Mak Mah menangguk, mengiyakan kata-kata Amierah.

"Dari kitorang duduk-duduk jer....lagipun Mierah tak ada apa-apa nak buat, dia minta mak tunjuk cara buat langsir...Esok-esok, boleh ganti tempat emak...Mak ni dah tua...."

"Oh...bisnes turun temurunlah kiranya......habis tu tadi man dengar apa yang pendek2 tu...?"

"kau ni Man, mangalahkan kita orang perempuan..."

"Abang nak air apa, Mierah buatkan..." tanya Amierah, cuba memendekkan perbualan Luqman.

"Emm....tak nak air...tapi I want you...boleh?"

Berubah wajah Mierah mendengar kata-kata Luqman, apalagi didepan ibu mertuanya.

"Abang nak Mierah duduk dgn abang....janganlah buat muka macam tu...makin sayang..."

Amierah tersenyum," Usik Mierah ye..." Amierah cuba mencubit pinggang Luqman, tapi cepat Luqman menepis. Amierah di rangkulnya.

"Mak...tolong,"terpacul dari mulut Mierah.

"Minta tolong mak? tak acilah Mierah ni..." balas Luqman.

"Dah lah tu, Man.Mierah tu baru nak sihat....Kalau rindu pun kat dia, takkan kau nak buat dia lemas macam tu...."leter ibunya.

Luqman dan Amierah tertawa dgn leteran ibunya.Luqman meneluk emaknya pula, "Cukuplah Man...rimasnya mak. Dah tua bangka masih macam ni...."

"Peluk Mmierah, takut lemas, peluk mak, mak rimas.....Nak buat macam mana ni..."keluh Luqman.

Amierah dan Mak Mah saling berpandangan.

"Ni Man...ambil langsir ni, tolong pasang. Senang hati kita berdua, ye tak Mierah?"

"Sorry, abang...bukan idea Mierah..."

"Tak apa....untuk kedua wanita yg sangat istimewa dalam hidup abang....abang pasanglah langsir ni..." rungut Luqman.

Kali ini, Mak mah dan Amierah pula yang mencium pipi Luqman...

"Mak....betul ke ni....Mak cium pipi Man...memang selalu.Tapi puteri ni tak pernak tau mak.....bertuahnya badan hari ini...." kata

Amierah masih lagi membaca buku sewaktu Luqman masuk ke bilik.

"Tak mengantuk ke Mierah...Tadi kan Mierah bertungkus lumus siapkan langsir dgn mak..."

"Mmm...nak tidurlah ni..." jawab Mierah.Bukunya diletak di side table. Amierah menarik selimut, menutupi baju tidurnya.

"Sayang, abang nak tanya something, boleh?"

"Mmm..."

"Apa yg Mierah bualkan dgn mak tadi?"

"Bual apa?"

"Entah...pendeklah...tak ada orang nampaklah...."

Mierah tersenyum malu,"Betul ke abang nak tahu?"

"Yes...for sure!" jawab Luqman.

Amierah menarik sesuatu dari laci side table lalu di beri pada Luqman.Dgn penuh tanda tanya, Luqman mengambil bungkusan itu.

"Apa ni, Mierah??" Luqman terpegun melihat isi bungkusan itu.

"Mak beli untuk Mierah...tapi pendek sangat, segan."

Luqman membelek night gown yang berada di tangannya,"Nice taste....Mahal ni..."

"Mierah simpanlah....takkan nak pakai..."kata Mierah

"Takkan nak simpan je? Sampai bila? sampai abang tua ke?" usik Luqman.
Amierah tersenyum malu.

Luqman mendekatkan dirinya dgn Mierah. Haruman mandian masih segar di tubuh Mierah.

"Tadi, Mierah cium pipi abang....Abang happy sangat. Thanks, sayang. Kalau boleh, abang nak minta lagi satu ciuman..."bisik Luqman ke telinga Amierah.

"Mmm...tak nak, malulah....tak biasa..." elak Mierah. Sebenarnya, dia sudah mula menyayangi suaminya, cuma dia tidak pasti dgn perasaanya sendiri.

"Kalau gitu, let me kiss you tonight.I want to kill your blues away..."pujuk Luqman.

Amierah terus membatu.Perlahan Luqman mencium pipi isterinya. Dia tidak mahu melulu, dia akur dgn keadaan Mierah.

Air jernih mengalir dari mata Mierah.

"Kenapa sayang? Mierah tak suka?"tanya Luqman lembut.

"Abang, terima kasih kerana menyayangi Mierah. abang buat Mierah rasa terbela...." Amierah memeluk suaminya.Lalu dia mendongak dan mengucup bibir Luqman.

" Abang sentiasa akan menyayangi Mierah...."

"Luqman...ada orang nak jumpalah..."beritahu Ain Aliya pada bosnya.

"Siapa...new applicant ke? Dah lama tak ada penghuni baru..."tanya Luqman.Matanya masih terus mengadap akhbar di meja.

"Bukanlah...Ain cakap ni,tolonglah dengar! Macam ni ke kau buat kat Mierah...Kesian Mierah..."keluh Ain.

Luqman memandang setiausahanya itu lalu ketawa,"Dengan kau tentulah aku tak layan, tapi dgn Mierah layan blues lah..."

"Tak kuasalah aku....Ni aku tanya, kau nak jumpa tetamu kat luar tu tak?"

"Lelaki ke perempuan?"

"Main tanya-tanya lagi.Lelaki lah....Kalau perempuan kenapa?"

"Kalau perempuan, kau kena temanlah...tak muhrim lah kak oi!"

"Pandai pun. Aku ingat kau masih tak faham syariat-syariat ni semua...."

"Lihat oranglah....Ni Luqmanul Hakim tau...."

"Ain rasa kredit tu sepatutnya kena bagi kat Mierah, isteri solehah tu.kau tak layak terima kredit..."usik Ain.

Luqman mencampak gumpalan kertas yang berada di atas mejanya. Gumpalan itu tepat terkena sasaran.

"Nanti kau, Man.Aku beritahu Mierah...."

Luqman tidak mengendahkan kata-kata Ain. Dia tahu Ain tak ambil hati. Walaupun Ain setahun lebih tua darinya, Ain sentiasa beralah bila mereka berbalah. Ain pun dah masak dgn perangai Luqman, dari kecil lagi sejak mereka hidup berjiran. Luqman mengemas sedikit mejanya. Gambar pengantinnya di letak rapi disisi komputer.

"Masuk,"sahut Luqman bila pintunya diketuk kecil. Seorang lelaki berkulit hitam manis, masuk membawa satu hamper kecil. mereka berjabat tangan.

"Silalah duduk. Boleh saya bantu..Encik..?" Luqman memulakan perbualan.

"Iskandar Saiful Nizam...panggil saja Is."

"Is..well, is there anything that I could help?"

Lelaki yang bernama Iskandar itu menghulurkan hamper yang di bawanya kepada Luqman.

"Ini?"

"Terimalah Encik Luqman. Dari saya, tak seberapa..."

"Sebenarnya, apa maksud yg membawa anda ke sini?"

Lelaki itu menghela nafas.....

"Amierah Kartika Syuhadah..."

"Itu isteri saya.Kami bernikah beberapa bulan yang lepas.Encik kenal dia?" tanya Luqman. Hatinya dilanda pelbagai soalan.Namun, cuba dielakkan dari pengetahuan tetamu dihadapannya.

"Saya berdosa terhadap dia....isteri Encik Luqman tu...."

"Saya tak faham maksud anda..."pintas Luqman.

"Encik Luqman, sayalah Iskandar , manusia yang telah memusnahkan hidup dia dulu. Saya banyak berdendam, saya ikutkan nafsu. Saya tahu, apa pun hukuman yang saya lalui di penjara, tidak dapat mencerahkan kembali hidup dia...Saya menyesal. tapi saya tahu, dia tak akan memaafkan saya."

Luqman terdiam mendengar kata-kata tetamunya. Di hadapannnya kini berdiri seorang lelaki yang telah merosakkan maruah permata hatinya. Luqman merenung lelaki itu tajam.

"Apa yang anda mahukan sekarang?"

"Saya nak minta kemaafan dari nya. kelmarin saya nampak dia.saya ekori dia untuk meminta maaf, tapi dia masih belum dapat terima kehadiran saya."

"Tahukan Anda, kehadiran anda tu, Is...sangat menyakitkan.Saya hampir kehilangan dia...."terus terang Luqman memberitahu lelaki itu.

Iskandar hanya tertunduk," Encik Luqman, tolonglah....Kalau dia tak maafkan saya....isteri saya akan terus dalam bahaya..."

"Maksud awak?"

"Selepas saya bebas dua tahun yang lalu,lebih cepat dari yang dijadualkan, kerana good conduct. Selepas tu saya berhijrah ke KUala Lumpur. Saya mendalami ilmu agama di sana.Saya cuba menebus dosa...Selama ni saya angkuh dgn kemewahan keluarga saya yang hakikatnya adalah milik Tuhan...Saya jauh terpesong. Di sana, saya bernikah dgn seorang gadis. Dia anak yatim, ayahnya meninggal sewaktu dia kecil.Hidup kami sederhana. Sudah dua kali isteri saya hamil,
namun bila cukup bulan, bayi itu meninggal dalam perut. Isteri saya sungguh kecewa.Hampir-hampir dia hilang ingatan akibat depression. Di KL, saya bertemu dgn seorang ustaz. Apabila dia mendapat tahu tentang isteri saya, nasihatnya ialah untuk meminta maaf kepada orang2 yang telah saya aniaya. Saya terus teringat kepada arwah Uwais dan Mierah. Merekalah yang telah saya aniaya itu. Saya benar-benar insaf, Encik Luqman."

"Bagi saya, saya tak kisah kalau Is nak bertemu keluarga Uwais untuk meminta maaf. Saya sendiri sepupunya. Tapi berlah sedikit masa untuk Amierah. Saya tak mahu kehilangan dia....Cukuplah peristiwa di Esplanade tu..Dia cukup tertekan.."

"Saya faham, Encik Luqman...Apa kata, kalau isteri saya saja yang bertemu dgn Mierah? Mungkin dia dapat menyampaikan hajat saya kepada isteri Encik Luqman..."

"InsyaAllah...Biar saya fikirkan..."

"Thanks a lot, Encik Luqman. Saya harus pergi. My wife is waiting in the car..."

"Sampaikan salam saya....Never mind, forget it." kata lelaki itu.

Mereka berjabat tangan dan Iskandar meminta diri. Luqman menghantar tetamu itu ke muka pintu rumah itu. Ada seorang wanita bertudung sedang menunggu didalam kereta.


No comments: