Thursday, March 8, 2007

mungkinkah 13

Akhirnya penantian yg sangat menyiksakan hati Luqman berakhir. Ayah Amierah menerima lamaran itu dan pernikahan diadakan dgn meriah di sebuah restoran di Taman Warisan, Kampung Glam. Walaupun Amierah menolak cadangan ayahnya untuk mengadakan majlis di situ, ayahnya tetap berkeras.

“Meirah, I.ve dine nothing much as a father, darling. In fact Papa rasa, I failed to look after you. Ini permintaan Papa.” Teringat kata Papanya sewaktu Amierah mnta diadakan majlis dirumah sahaja.

Selepas Maghrib, ketika Amierah sedang melipat sejadah, Luqman merepatinya.
"Amierah, terima kasih kerana sudi menerima saya. I'll always be my very best.To love you, to cherish you with all my heart."

"Saya...saya...awak..."lidah Amierah kelu. Dia tidak pernah bercakap mesra dengan Luqman sebelum ini. Janggal rasanya berada begitu rapat dengan lelaki itu.
"Tak tahu nak panggil apa kat saya...Why dont you call me dear ke, darling ke..."usik Luqman.
“Huh?”merona muka Amierah menahan malu.
"Ya Allah, masih malu dgn abang lagi ke? Kan dah jadi isteri yang sah. Bukan macam dulu lagi.Dulu nak lihat Amierah pandang wajah abang pun susah. Macam tuan puteri di taman larangan.Abang pulak, Cuma boleh pandang Mierah dari jauh aja..."Luqman mencuit hidung isterinya manja.
Amierah merenung wajah suaminya. Wajah itu penuh dgn kasih.Perlahan Amierah bersuara,"tapi saya bukan puteri larangan....saya seperti sampah yg terbuang."
"Never ever say that. Apa yang berlaku tentu ada hikmahnya.Tuhan tu tak zalim...bukankah Amierah pernah bercakap macam tu kat penghuni-penghuni di rumah tumpangan tu."

"Abang..."kata Amierah

"Ye, sayang.

"Abang, Mierah ada permintaan...."

"Apa permintaan tuan puteri dari taman larangan agaknya?"

Amierah tiba-tiba menangis.....Luqman kaget melihat isterinya begitu.

Amierah bangun sambil menuju ke tingkap kamar itu. Dia memandang kejauhan.Entah apa yg di lihatnya pun dia tak tahu. Apa yg dia tahu ialah tiba-tiba saja ada tangan yang melingkari pinggangnya. Dia cuba mengelak, tapi tidak berjaya.Sekali lagi airmatanya membasahi pipi.

"Kenapa ni, sayang.Is it too difficult to accept me as your husband? Abang ni tak layak buat Mierah ke?" tanya Luqman lembut. Cara Luqman jauh berbeza dari Iskandar, lelaki yg telah memusnahkan hidupnya.

Amierah memalingkan tubuhnya.Dia kini menghadap Luqman yg berdiri begitu hampir dengannya.

"Abang...."akhirnya Mierah berjaya memanggil Luqman dgn panggilan Abang.
Luqman mengelus-elus rambut isterinya.Dia terlalu sayangkan Mierah walaupun pada hakikatnya mereka tidak pernah bermesra, apa lagi bercinta.

"Mierah minta izin....untuk tidur berasingan.Mierah takut...takut sangat...." suara Amierah terlalu perlahan siselamngi tangisannya.

Luqman memeluk Amierah erat,"Amierah, I understand how you feel. I expected this to happen, sayang.Abang tak akan memaksa Amierah.Bukan kerana itu Abang menikahi Amierah. Tapi I have to say 'No' to your request.Kita suami isteri yang sah. Abang nak Mierah setiap masa disisi Abang, walaupun disaat abang tidur. But, as I promised...I wont touch you, sayang. Abang sayangkan Mierah, I wont hurt you darling,"janji Luqman. Dia sudah bersedia untuk menghadapi keadaan sebegitu.

Selepas tahajjud, Amierah masuk ke dapur. Di lihat emak mertuanya sedang menyediakan bahan-bahan untu di buat sarapan.

"Awalnya bangun, Mierah.Mak bising sangat ke?" tanya emak mertuanya.

"Taklah.Mierah dah biasa bangun waktu begini. Mierah bantu ya, Mak?"Amierah meminta izin.

"Alaa, kerja mudah aje, ni.Tapi kalau Mierah nak tolong juga, jerang kan air tu, nak."

"Mak, terima kasih kerana sudi terima Mierah." kata Amirah.

"Terima Kasih apanya, mak yg sepatutnya cakap terima kasih pada Mierah kerana sudi terima Luqman.Mak ni dah tua, Mierah.Risau Mak tengok gayanya yg tak mahu berumahtangga.Puas Mak berleter, dia buat tak tahu je...."

"Mierah pun tak tahu kenapa Abang beriya-iya nak peristerikan Mierah. Sebenarnya....."

"Sebenarnya apa, Mierah? Janganlah berahsia dgn Mak. Keluarga kita ni, hanya kita tiga orang saja. Cakaplah Mierah." pintas wanita tua itu.

"Mierah takut. Mierah masih teringat-ingat apa yg berlaku pada Mierah dulu."

Emak mertua Mierah bangun dari meja mendapatkan Mierah yg sedang berdiri di singki, mencuci cawan yg hendak digunakan.

"Mierah, sesiapa pun akan berasa macam apa yg Mierah rasakan sekarang ni.Tapi mak yakin, Mierah dapat mengatasinya. Luqman akan terus bersama Mierah."pujuk emak mertuanya.

"Terima Kasih,mak.Mak tak macam cerita mak-mak mertua yg Mierah sering dengar..."

"Mak Mertua ke , anak menantu ke, tiada bezanya,Mierah.Mesti kena ada rasa bertanggunggjawab dan saling memahami. Eh, Luqman tak bangun lagi ke? Pergilah kejutkan dia...Liat dia tu kalau di kejut, payah bangun."

Amierah tersenyum mendengar kata-kata mak mertuanya.Macam mana nak kejutkan dia ni...?

Luqman sudah sedar dari tidur, tapi masih berbaring di atas katil. Dia tersenyum bila melihat Amierah masuk ke kamar.

"Assalamualaikum..." Amierah memberi salam.Luqman menjawab salam isterinya. Hatinya pagi ini, terasa tenang. Dia menggamit Amierah supaya duduk di sisinya.

"Semalam lenyak tak sayang?"

Amierah mengangguk, tapi masih belum pandai untuk berbual mesra dgn Luqman.

"I am feeling great,saying .Akhirnya, Mierah berjaya abang jadikan permata hati, abang."
"Abang, Mierah takut kalau Mierah tak mampu live up to your expectations.

Abang, Mierah dah tak suci.....tak macam orang lain..."

Luqman meletakkan jarinya di bibir Mierah,"No.Jangan ulangi kata-kata itu, Mierah. Abang tak nak dengar. Bagi abang, Mierah adalah kasih yang paling suci buat abang.”

No comments: