Thursday, March 8, 2007

Mungkinkah 14

Tengahari itu, Amierah mengikut Luqman ke rumah Kasih sayang. Sudah dua bulan mereka bernikah, walaupun tidak pernah Luqman sentuh isterinya, dia sudah dapat melihat perubahan pada isterinya itu. Amierah semakin mudah diajak berbual dan di bawa keluar.

"Lama Mierah tak ke sini...Rindu nya."ujar Amierah.

"Rindu? Kan setiap hari abang ada bersama Mierah, takkan rindu lagi?"usik Luqman.

"Rindu pada Azierah, pada Dilla, Ain, dan puteri-puteri yang lain. Apa khabar diorang agaknya?"

"Why dont you go in there, and surprise them? Diorang nak ziarah Mierah kat rumah, cuma abang tak izinkan..."

"Tak baiknya, apa salahnya mereka jenguk Mierah kat rumah...tentu mak pun akan terhibur."

"Saja, abang tak nak izinkan.Tak nak share Mierah dgn sesiapa..Kalau boleh nak simpan Mierah dalam bilik, dengan mak pun tak nak share..."

Amierah tertunduk malu dgn kata-kata Luqman.

"Mierah masuk ke dalam, ye?"pintanya.

Apabila Amierah masuk kedalam dewan, riuh dewan dibuatnya. Rusyidah ada di situ rupanya. Mierah pergi mendapatkan puteri-puteri itu serta sahabatnya.

"Rindunya...lama tak jumpa.Setakat sms jer...dengar suara kat phone...,"kata Rusyidah sambil memeluk Amierah erat. Puteri-puteri yang lain juga melepaskan rindu mereka pada Amiera.

"Best tak jadi wife brother Luqman?" Satu soalan diterimanya.Belum sempat dia menjawab, timbul soalan-soalan yang lain. Amierah hanya tersenyum tanpa menjawab apa-apa pun soalan-soalan itu.

Akhirnya setelah dia cerita serba sedikit akan kehidupan barunya, barulah puteri-puteri itu bersurai.Itupun di atas desakan Ain, yang datang kedewan melihat apa yg dikecohkan anak-anak gadis itu.

"Senang ana lihat anti bahagia.Luqman tentu jaga anti sebaik mungkin,kan?"

"Alhamdulillah, Rusy. Mak Luqman pun sangat memahami. Baik orangnya. Nanti time anti, anti akan merasakan ni semua..."

"Sunyi bila anti tak ada kat rumah tau.Ana nak serah balik rumah tu, anti tak mahu...Akhirnya ada saja puteri yang ana pinjam dari sini untuk teman ana."luah Rusyidah.

"Tak apalah, rumah tu pun bukannya ana huni. Lagipun, kan ayah ana dah benar kan anti terus tinggal di situ sampai lepas nikah nanti pun, ayah ana suruh anti tinggal di situ."jawab Amierah.

"Baik sungguh budi anti, patutlah Tuhan kurniakan anti suami sebaik Luqman..."

"Betah tinggal dirumahnya?" tanya Rusyidah.Amierah mengangguk.

"Mak mertua ana rajin masak, tak lama lagi naiklah badan ni..dah lah tak kerja, Hmm gemuklah..."ujar Amierah.

"Naik badan gemuk ke, ada isi?"usik Rusyidah

Amierah memandang Rusyidah, "Kami tak pernah...."

"Maksud anti...dia tak pernah sentuh anti?" soal Rusyidah.

"Jangan salahkan dia, Rusy.Itu permintaan ana.Ana takut...Sakit dulu...."

"Dia redho tak?"tanya Rusyidah lagi.

"Dia kata, dia beri ana masa...tapi tak tahulah sampai bila...."keluh Amierah.

Selepas asar, barulah Luqman menjenguk ke dewan.

"Mierah...are we ready?Abang nak ke Suntec City.Ada benda nak beli..."

Azierah yang ada disitu, tersenyum," Hai..ajak isteri dating ke? Can I tag along, brother?"

"Sis, you stay here with the rest."Luqman seakan-akan menberi arahan pada adiknya.

"Allah..tak nak play gooseberry lah..."balas Azierah.

"Rusy,. are you going back?" tanya Luqman,"nak kami hantar?"

"Its out of the way,Encik Luqman. Lagipun I am visiting my sister tonight."

"We'll make a move then.."pamit Luqman. Apabila dia menghulurkan tangan pada Amierah, puteri-puteri disitu semuanya riuh rendah...Amierah menarik tangannya, malu diperlakukan begitu depan orang lain.


No comments: