Thursday, March 8, 2007

Mungkinkah 18

"Macam mana nak sampaikan berita ni pada Mierah? Boleh ke dia terima? Oh Tuhan....tolonglah...." keluh Luqman.

Selepas makan malam dan berkemas, Luqman mengajak Amierah dudk di sofa. Selalunya, Luqman akan terus mengadap laptopnya untuk menghabiskan tugas-tugas yang tidak di siapkan di pejabat. Kebetulan pula, ibunya telah ke masjid untuk kelas agama.

"Mierah, I've got something to tell you.Tapi Mierah mesti tabah.No tears, so setbacks....boleh tak sayang?" Luqman bertanya, sambil tangannya bermain-main dgn rambut Amierah. Amierah suka dilakukan begitu walaupun dia tidak menyuarakan perasaannya kepada Luqman.

"Apa yang important sangat tu sampai abang harus pesan Mierah macam tu..."tanya Amierah, matanya tepat memandang anak mata suaminya.

Luqman menarik Mierah dalam pelukannya,"Nothing more important than you...Cuma abang minta Mierah dengar saja apa yg abang nak cakap ni..."

Amierah menggenggam tangan suaminya dgn kedua tangannya. Hati kecilnya, tertanya-tanya pula apa yang hendak di sampaikan oleh suaminya itu.

"Mierah...tadi Iskandar datang kepejabat abang...." Berubah wajah Amierah mendengar nama itu....

"Mierah tak nak dengar nama dia....Apa yang dia dah cakap dgn abang?"pintas Amierah. Manik-manik jernih sudah mula menurini pipi mulusnya....

"Sayang, kan abang dah kata, dengar dulu, no tears....tak ada apa-apa..."

"Kalau tak ada apa-apa...kenapa dia datang office abang...Mierah...Mierah benci dia...."

"Tak baik kita benci sesama makhluk, sayang.Please...I want my baby to relax..Jangan emotional.Bolehkan Mierah...?" Luqman mengucup dahi Mierah.Airmata isterinya diseka dgn hujung jari, lembut.

Amierah merebahkan kepalanya kedada Luqman.Tangannya dilngkarkan ke pinggang suaminya Dia sudah mula menyayangi Luqman.Dia sudah dapat merasakan dirinya dikasihi.Janganlah Iskandar meragut kasih sayang itu darinya, doa Mierah dalam hati...jangan kemunculan Iskansar menghancurkan sekali lagi hidupnya itu.

Luqman menceritakan apa yang Iskandar katakan padanya. Amierah hanya membatu...Apabila Luqman menyebut tentang keguguran isteri Iskandar dan harapannya agar kemaafan dari Mierah dapat menyelamatkan isterinya, barulah Amierah bersuara.

"Mierah simpati dgn dia dan isterinya itu, kalau apa yang dia ceritakan itu benar.Tapi abang, apa kata kalau itu hanya muslihatnya. He's a cunning person. Anak orang kaya...semua dia boleh buat.....I'm sceptical.Mierah takut kehilangan orang yang Mierah sayang....."

Luqman mempereratkan rangkulannya terhadap Mierah. Dia cuba memujuk isterinya supaya membuang perasaan buruk sangkanya itu jauh-jauh.
"Mmm...baby abang ni, kenapa nak berburuk sangka pula,sayang? Mierah pun anak orang berada, tapi Mierah tak macam tu kan,?Abang rasa he's sincere about this.Lagipun yang akan jumpa Mierah kan isterinya.Abang pun dah nampak isterinya dalam kereta dia.Kalau dia niat jahat sekalipun, sayang, kita serahkan pada Tuhan. Kalau ditaqdirkan abang tewas macam Uwais, hanya untuk Mierah...abang redha. Siapa orang yang Mierah sayang tu, sampai takut kehilangannya?"

"Abang...Mierah tak nak abang pergi macam Uwais. Mierah tak dapat maafkan diri Mierah bila Uwais mati.Inikan pula abang....Mierah tak nak abang pergi macam Uwais..."Amierah menangis lagi....

"Oh, sayang juga Mierah kat abang yea...Ingatkan Mierah tak sayang kat abang...." Sebuah kucupan kini hinggap dibibir mungil Mierah. Amierah tidak menolak, namun tidak juga memberi respon. Ada getaran di hatinya, yang selama ini tidak pernah di rasakan.

Mierah, esok abang akan hubungi Iskandar. Kita bertemu dgn isterinya.Biar Kak Yana dan Abang Haikal saja yang bertemu dgn dia, okay..."

Mierah memandang suaminya dan mengangguk sutuju. Tiba-tiba telefon berbunyi. Luqman mencapai gagang telefon yang kebetulan berada di sisinya.

"Wa alaikum salam..Emak ke?"

"Mak tak balik? Nak tidur rumah Hajah Norsiah? Esok kuliah Subuh kat sana?
Okaylah, kalau gitu esok Man pergi office lambat sikit, tunggu Mak balik."

Gagang telefon diletak semula,"Mierah, mak kirim salam.Mak tak balik.Dia suruh abang jaga Mierah baik-baik. Sayang betul mak dgn menantu dia ni.Langsung tak tanyakn diri abang,her only son. Iri hati pula abang..."

"Abang, janganlah merajuk...Mak bukan sayang sangat, tapi concern aje.Abang anak dia, mestilah dia sayang lebih kat abang.Mierah ni menantu aje.Please abang...jangan buat Mierah serba salah."

"Mierah kena pujuk abang..."

"Pujuk? Macam mana?"

"Abang nak lihat Mierah pakai baju yang mak belikan tu.Lagipun malam ni, tinggal kita berdua saja..."

"Hah? Baju tu?"Mierah menjadi serba salah....

"Mierah, Mierah tak takut ke di laknat malaikat setiap malam kerana Mierah tak bersama abang..."

"Tapikan, malaikat hanya laknat kalau Mierah menolak permintaan abang..."

"Betul tu sayang. Tapi kita lain. Abang belum sempat buat permintaan, Mierah dah buat syarat....."

"Abang, Mierah sebenarnya...."

"Mierah, sayang, tak nak ke Mierah menerima nikmat yang Tuhan dah anugerahkan pada setiap pasangan suami isteri yang sah? Mierah masih nak lawan fitrah dan kehendak hati lagi ke,sayang? Dah berapa bulan kita bernikah, abang dapat merasakan yg Mierah dah terima kehadiran abang dalam hidup Mierah.Kenapa Mierah masih nak menafikan itu semua "

"Abang.....Mierah......malu..."

Luqman mengucup bibir isterinya lembut.Tangannya terus mengangkat Mierah dari sofa itu. Mierah menjerit kecil, terkejut dgn tindakan suaminya.

"Syy...nanti I'll do more than this,"usik Luqman.

Jam loceng di sisi katil Mierah berbunyi, memberitahu tuannya bahawa waktu tahujjud sudah tiba.

Mierah membuka matanya.Dia dapati tangan Luqman masih melingkari pinggangnya. Mierah melihat baju yang di pakainya...Dia cuba menarik selimut yang berada di sisi Luqman.

"Mmm, dah bangun Mierah?'"tanya Luqman, matanya masih terpejam.

"Mierah nak ke bilik air..."

"Baru jam empat,sayang" Luqman menarik Mierah kesisinya. Jari jemarinya bermain-main di bibir mulus Mierah.

"Mierah..."

"Mmmm?"

"I am sorry"

"Mmm?"

"Semalam..Mierah tentu marah kat abang...?"

"Tak,lah.." Wajah Amierah merona dgn soalan suaminya.

Luqman mengucup bibir Mierah,"Does it hurt,sayang?"

Mierah menggelengkan kepalanya, malu untuk menjawab soalan itu.

"Sungguh?"

Amierah meraih tangan suaminya.Di kucup tangan itu,"Abang, terima kasih kerana mengembalikan keyakinan Mierah. Tapi Mierah terkilan....."

"terkilan apa sayang?" tanya Luqman.

"Mierah dah tak virgin lagi...tak layak untuk Mierah bersama abang..."

"Please darling....no such things as that. Erase that from your mind. Siapa pun Mierah, Mierah amat berharga bagi abang...."

"Betul abang tak kisah?" tanya Mierah inginkan kepastian....

"Tak percaya?"tanya Luqman.

"Entah..."

"Kalau tak percaya, abang nak ulangi apa yang abang buat semalam...."

"Abang...."

"Tak kira...." balas Luqman. Lalu dia terus mencium Mierah penuh sayang.

No comments: