Sunday, November 14, 2010

Hadiah ramadhan 13

Adlina merempuh pintu biliknya. Puan Khadijah yang sedang berehat di ruang tamu itu tidak di hiraukan. Panggilan emaknya tidak di sahut. Adlinah sebal dengan perbuatan Alif tadi. Shahrin sendiri tidak pernah menyentuhnya sesuka hati. Jiwa Adlina sakit. Hatinya lagilah rasa tertekan. Dia berasa jijik di perlakukan sedemikian. Jahanam!!!



Puan Khadijah memanggil Shahrin yang berada di laundry room di bahagian belakang dapur. Dari sewaktu anak menantunya itu mahu keluar menjemput Hj Zakaria di masjid, dia sempat meminta Shahrin memeriksa mesin basuh mereka.



“Shahrin, Inah balik marah marah. Pergilah jenguk dia di bilik tu. Mak dengar dia menangis,” beritahu Puan Khadijah cemas. Siapa yang tidak cemas melihat perwatakan Adlina yang berubah tiba tiba. Adlina sentiasa tenang dalam apa jua keadaan sekalipun. Mana pernah dia menunjukkan amarahnya. Hakikatnya, Adlina terlalu memedam rasa, itu Puan Khadijah akur sangat. Bergegas Shahrin berlari ke kamar Adlina. Pelik juga kerana di waktu sebegini, isterinya itu sepatutnya berada di pejabat. Bukankha dia yang akan menjemput Adlina seusai solat Asar nanti?



Pili air di buka besar. Air yang terhambur keluar itu di raup ke mukanya berkali-kali. Adlina mencuci tangannya yang di sentuh Alif. Dalam tangis yang tertahan tahan, dia akhirnya jatuh terduduk di lantai kamar mandinya. Sedih, menyesal dan marah bermain di hatinya. Sedih kerana terasa di perbodohkan Shahrin. Marah kerana maruahnya dengan mudah dapat di cemari Alif. Dia memukul dirinya sendiri. Apa nasibnya Tuhan? Kenapa saat dia mahu menjadi isteri yang baik, dia di uji sedemikian. Kenapa?



Shahrin mendekati isterinya. Paip air di matikan. Nafas di tarik sebelum dia menyapa wanita di hadapannya. Adlina masih menangis, meletakkan kepalanya diantara kedua lutut yang dinaikkan. Terhinggut hinggut bahunya menahan sedih di hati.



“Lin, kenapa ni?” Shahrin bertanya lembut. Tiada balasan dari isterinya. Dua tiga kali dia menyapa namun Adlina masih membatu diri. Shahrin memberanikan diri menyentuh lengan isterinya. Perlahan bahu Adlina di goncang.

“Lin, ada masalah di pejabat ke?” dia kembali bertanya. Adlina mengangkat muka. Kosong. Tiada riak apa apa pada wajah itu. Hanya aormata yang masih setia mengalir dari tubir mata.



‘Lin,” Shahrin memanggil. Tiba tiba Adlina menolak dirinya. Shahrin yang tidak dapat menimbangkan badan, turut terduduk di lantai kamar mandi.



“Masalah itu ada pada awak. Pergi..saya tak mahu tengok muka awak lagi,” jerkah Adlina.



“Lin,” Shahrin menggapai tangan Adlina, manakala Adlina pula meronta ronta minta di lepaskan tatkala tangan sasa suaminya sudah merangkul tubuhnya yang kebasahan itu.



“Saya kata pergi! Pergi! Saya tak perlukan awak dalam hidup saya,” Adlina mengherdik. Shahrin terkesima mendengar kata kata yang terhambur.



“Lin tahu tak apa yang Lin cakap ni?” soalnya masih tenang.



Adlina memalingkan wajahnya. Tangannya menyeka airmatanya kasar.



“Kalau awak mahukan harta saya, ambillah Shahrin. Tapi tolong jangan permainkan hati saya. Saya rasa terhina. Tolong pergi dari hidup saya.”



Puan Khadijah yang menyaksikan, tidak mampu untuk terus berdiam.



“Berdosa buat suami macam tu Inah,” dia menegur lembut.



“Mak tak tahu. Mak tak pernah ambil tahu. Suruh dia pergi mak, sebelum Inah……” marah Adlina. Shahrin mengangkat tangannya, tanda dia menyerah. Tanda dia akur dengan arahan ketua syarikantnya itu.



Dia menoleh memandang wajah mertua yang sedang berdiri lesu di pintu kamar mandi.



Perlahan dia berdiri, manapak keluar dari kamar kecil itu,” Tak apalah mak. Inah tak perlukan saya dalam hidup dia. Saya bukan siapa siapa pun mak, sekadar pemandu peribadi sahaja,” jelas Shahrin terasa hati dengan isterinya. Pua Khadijah menyentuh bahu menantunya.



“Takkan kerana perkara ni, Arin nak tinggalkan Inah?” si ibu mertua bertanya. Sedih dia menyaksikan apa yang berlaku. Selama ini, walau dia sedar akan kedinginan rumahtangga anaknya, dia tidak pernah terfikir perkara sebegini akan berlaku.



Shahrin tersenyum hambar. Kalau itu yang di pinta wanita itu….



“Biarlah dia tenang dulu, mak. Kalau dengan tiadanya Arin, dia akan tenang, apa salahnya.” Perlahan Shahrin meluahkan. Susuk tubuh isterinya di pandang lama sebelum dia meninggalkan Adlina di situ. Dia mencapai pakaian dari dalam almari sebelum berlalu ke kamar tamu. Puan Khadijah mengekorinya. Harapan si ibu mertua agar Shahrin tidak meninggalkan anaknya sendirian.



“Mak, Arin tak pernah bencikan Inah. Dia pelengkap hidup Arin mak. Arin tak akan lepaskan dia. Cuma Arin nak dia sedar akan kedudukannya di sisi Arin. Mak tolonglah jaga dia. Arin belum mampu menjaga dia sebaik baiknya.” Shahrin memberitahu. Puan Khadijah tidak dapat menahan sedih. Di bulan Ramadhan, kenapalah perkara ini perlu berlaku.



“Mak, tolong uruskan isteri Arin, iya mak. Arin tak balik malam ni. Nanti Arin akan terangkan pada ayah,” dia memesan lagi. Puan Khadijah sekadar menangis dan terus menangis. Pilu hati seorang ibu melihat rumahtangga anak kesayangan di uji sedemikian.



Kakinya di bawa melangkah semula ke bilik Adlina. Adlina masih menangis di lantai kamar mandi.



“Mak tolong Inah salin pakaian ya,” Puan Khadijah bersuara. Adlina tidak menjawab. Di biarkan saja emaknya memperlakukannya persis seorang anak kecil.



“Lepas solat Asar nanti, Inah rehat ya,” Puan Khadijah memesan. Walaupun tidur lepas Asar itu makruh, boleh mewarisi gila. Rasulullah sendiri benci akan tidur selepas Asar. Tetapi melihat keadaan Adlina yang tidak stabil, hanya itu yang mampu di utarakan; agar anaknya berehat selepas Asar.





Tidur lepas solat asar.Nabi saw bersabda:من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

No comments: