Tiada banyak yang berubah saat dia kembali ke pejabat. Rahilah, setiausahnya ada memberitahu bahawa segala usrusan syarikat telah di sempurnakan oleh Hj Zakaria.
“Ayah tu, bukannya sihat sangat. Itupun masih lagi mahu ke sini,” dia memberitahu Rahilah. Wanita separuh umur itu sekadar tersenyum.
“Tuan Hj ada pembantu yang serba boleh, sebab tu dia tak kisah kembali ke syarikat,” rahilah memberitahu. Adlina memadang wajah setiausahanya; pelik.
“Pembantu apa?”
“Lambat laun, Boss akan tahu juga,” rahilah mengulum senyum. Dia mengambil semula fail yang di berikan kepada Adlina untuk di tanda tangan sebelum menapak keluar.
“Kak Rahilah,” panggil Adlina sebelum wanita itu sempat menutup pintu. Pantas Rahilan menoleh dengan kening berjungkit.
“Alif ada datang lagi tak?” Adlina berhati hati menyoal. Sepupunya yang seorang itu tidak boleh di jangka.
“Alif?” Rahilah berkira kira untuk bersuara,” Dia ada datang bertemu dengan Hj Zakaria tapi sekejap saja.”
Adlina mengangguk angguk,” Kalau dia datang, akak beritahu saya dulu okay.” Pesannya. Dia tidak mahu peristiwa kelmarin berlaku lagi. Dia ngeri melihat wajah Shahrin yang berang itu.
Tiada apa yang perlu dia lakukan di pejabat hari itu. Segalanya seperti sudah di uruskan. Lagipun syarikat kecil seperti milik Hj Zakaria ini, bisnesnya bermusim. Bukan setiap hari mereka menerima kontrak ubah suai. Adlina membuka almari, ingin mengambil tafsir AlQuran yang di simpan di situ. Tapi matanya tertancap kepada sekeping sampul surat. Seingatnya, dia tidak pernah meninggalkan apa apa sampul surat di dalam laci itu. Sampul surat itu di koyak cermat dan isinya di keluarkan. Sehelai kertas kajang bertulis tangan, di alamatkan kepadanya.
Kehadapan isteriku Adlina,
Isteri solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh. Memilikimu walau sekdar di atas kertas memberikan aku semacam penguat jiwa untuk meneruskan perjuangan ini. Seorang isteri sepertimu amat kuyakini dapat menemani aku menyusuri hari hari tuaku dengan tiada keluh kesah. Kau adalah anugerah Tuhan buatku, aku terima seadanya. Dan aku amat bersyukur.
Adlina yang di hormati,
Perkahwinan ini, walau tidak sesempurna perkahwinan orang lain, amat berharga bagiku. Kau ku anggap seorang isteri cerdik yang solehah, senyummu penyejuk mata, kata kata penghibur hati.
Adlina,
Aku bukanlah suami pilihanmu, aku akur akan perkara itu. Namun terus terang aku katakan, aku sedikit kecewa. Aku doakan agar satu hari nanti, kau akan dapat memimpin tangan ini, mencari redha Ilahi….
Dan ketahuilah olehmu wahai isteri,
Segala kesilapanmu telah ku ampunkan…Aku redha akan semua yang berlaku, kerana aku yakin tentu ada hikmah Tuhan buatku.
Aku, yang sentiasa menyayangi kamu,
Suamimu……..
Shahrin.
Bergetar bibir Adlina saat dia tiba ke penghujung. Begitu mulia hati suaminya sehinggakan semua kesilapan dirinya itu sudah diampunkan awal awal lagi. Dia saja yang menurutkan keegoannya. Tanpa sedar airmatanya mengalir di pipi. Semakin dia memikirkan, semakin dia berasa berdosa dengan Tuhan. Shahrin itu suaminya, walau siapapun dia. Dan dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Terhinggut hinggut dia menahan sedu. Ya Allah, begitu kerasnya hati seorang Adlina….Bersaksikan dinding dingin pejabatnya, Adlina berjanji pada diri sendiri untuk merubah hidupnya. Dia malu…malu pada semua…Siapa sangka ketua syarikat yang di segani rupanya membawa dosa besar setiap hari. Dia yang sopan berkerudung sebenarnya bukanlah layak mencium pintu syurga sekalipun.
No comments:
Post a Comment