Adlina melangkah lesu ke arah pejabatnya. Hanya senyuman tawar di hadiahkan kepada pekerja yang menegurnya. Dia datang ke pejabat pun atas desakan Hj Zakaria. Beriya iya ayahnya itu memaksa dia ke sini. Kata ayah, esok dah nak raya, takkan tak mahu bermaaf maafan dengan pekerja pekerja. Takkan nak tunggu pejabat buka semula baru nak bermaafan? Akhirnya, dengan nerat hati, dia memandu juga sekadar menunjukkan muka. Sejak dia tahu, Shahrin adalah antara salah seorang pemegang share syarikat ayahnya, dia sudah tidak mahu bekerja lagi. Satunya, dia berasa tertipu. Keduanya, dia berasa marah. Bukan dengan sesiapa tetapi dengan dirinya sendiri. Dia tidak pernah redha dengan suami yang di jodohkan kepadanya itu. Dia masih merasakan perbezaan mereka terlalu ketara.
“Puan Ad, saya perlukan tandatangan Puan,” seru seorang pekerja tatkala dia melabuhkan punggung ke kerusi. Adlina menggamit pekerjanya itu masuk.
“Persiapan raya macam mana,” dia bertanya Juliah, kerani amnya. Gadis muda lepasan sekolah itu hanya menjungkit bahu.
“Kenapa?” soal Adlina prihatin.
“Masa Puan tak datang itu, ayah saya masuk hospital.”
“Warded?” pintas Adlina, tidak sabar mahu tahu.
“Warded dua hari saja. Ayah jatuh tangga, tulang dia retak. Ayah kan hanya seorang tukang sapu, jadi……” Juliah tidak menghabiskan ayatnya.
“Ayah kamu sudah tak bekerja?” Adlina meneka. Dokumen yang telah di tanda tangani itu di serahkan kembali kepada Juliah. Perlahan Juliah mengangguk. Matanya sedikit berkaca mengenangkan adik adik yang masih kecil di rumah. Dia bekerja ini pun, untuk membantu ayahnya. Itu Adlina memang tahu, kerana dia dalam resume anak gadis itu, Hj Zakaria ada menulis nota.
“Tunggu sekejap,” arah Adlina ketika Juriah mahu keluar dari pejabat.
“Ada apa apa lagi yang Puan mahu saya selesaikan?” tanya Juliah tulus. Adlina memang sering meminta tolong Juliah berbanding pekerja pekerja lain dalam hal hal peribadi. Sehinggakan Juliah di beri jolokan PA Puan Adlina!
“Lepas waktu pejabat, awak ikut saya.” Adlina mengarahkan. Juliah masih tidak faham.
“Persiapan rumah awak. Kuih raya, baju raya, ada?” soal Adlina. Juliah menggeleng. Gaji ayahnya memang tidak banyak mana, di potong pula kelmarin kerana ada penduduk yang kompelin akan sampah yang tidak di bersihkan, manalah cukup nak beli semua itu. Gajinya pula di khaskan untuk membayar keperluan sekolah adik adiknya.
“Kita pergi ke Geylang, bawa adik adik awak.” Adlina tidak menunggu reaksi Juliah. “Nanti awak telefon ayah awak, minta izin dia, ya.”
Juliah yang masih terpinga pinga itu hanya mengangguk kepala. Seperti tidak percaya akan apa yang terpacul dari bibir bosnya itu. Dia akui, adlina memang baik, tapi sehingga mahu membantu dia sekeluarga yang tidak punya pertalian darah itu amat membuat dia sebak. Keluarga ayahnya sendiri tidak sudi memandang mereka. Keluarga arwah ibu pula, semuanya bukan orang senang. Kais pagi makan pagi, sama seperti ayahnya. Dia menarik pintu pejabat Adlina perlahan. Dalam hati, dia memanjatkan rasa syukur.
“Apasal nak leleh ni?” usik Rahilah yang kebetulan mahu masuk ke pejabat Adlina.
“Puan kak….” Juliah cepat cepat menyeka airmatanya. Malu pula kalau pekerja lain nampak. Tentu kena usik lagi.
“Kena marah? Tentunya tidak, kan?” Rahilah mencuit pipi Juliah. Pantas Juliah menepis, manja. Rahilah memang begitu, sayang dia pada pekerja muda itu payah di sembunyikan.
“Puan nak bawa adik adik saya pergi beli baju raya,” Juliah membisik ke telinga setiausaha Adlina itu. Tersenyum rahilah mendengar. Antara sebab dia terus bekerja dengan anak Hj zakaria itu ialah kerana Adlina mengikut jejak ayahnya. Tidak lokek. Malah dia tahu, Adlina tidak akan menggunakan wang syarikat untuk membantu Juliah, walaupun syarikat memang mengadakan dana sedelikian. Bos muda itu akan menggunakan wangnya sendiri.
“Ju, kena sujud syukur tu…” Rahilah mengingatkan sambil mengelus kepala anak gadis itu yang di litupi pashmina. Juliah hanya mengangguk, sambil mengisyaratkan yang dia mahu menelefon ayahnya.
Adlina bersandar di sofa. Sebak hatinya melihat Juliah. Pengorbanan gadis itu telah di ceritakan oleh ayahnya sewaktu dia mula mula menerajui syarikat itu. Dan dia juga akur, gadis itu di sayangi semua warga pekerja di situ. Adlina cuba merehatkan diri. Menurut Rahilah, sewaktu ketiadaan Adlina, Shahrin ada juga datang jenguk pejabat. Kepada pekerja pekerja lain, Shahrin memberitahu Adlina kurang sihat.
“Mereka dah tahu siapa dia ke kak?” tanya Adlina.
“Akak saja yang tahu. Encik Shahrin datang pun, dia selalu cakap nak ambil dokumen yang Puan perlukan,” beritahu Rahilah.
“Mereka perlu tahu kak. Mereka perlu tahu yang dia bukan saja pemandu saya, tetapi juga pemilik share syarikat ayah ni,” Adlina memberitahu.
Perbualannya dengan Rahilah masih terngiang ngiang. Rupanya lelaki itu telah banyak membantu tugasan pejabatnya. Dia semakin rasa bersalah. Menurut ayah, Shahrin memiliki lima puluh peratus share, manakala Hj Zakaria memilik empat puluh peratus dan yang bakinya telah di hadiahkan kepada pekerja pekerja. Adlina tahu tentang share yang di agihkan kepada pekerja, tetapi baru dua hari lepas dia mengetahui akan gerangan pemilik share terbesar di syarikat ayahnya. Menurut ayahnya, arwah ayah Shahrinlah orang yang banyak membantu ketika dia susah suatu ketika dulu.
Adlina meraup wajah. Terlalu banyak perkara yang dia perlu perbaiki. Ya Allah, sesungguhnya dia terlalu berdosa.
No comments:
Post a Comment