“Dah kena telan lif pun anak anak awak tu, Jah,” Hj Zakariah mengusik tatkala melihat isterinya masih lagi memandang aras lif yang sudah lengang itu. Puan Khadijah tersenyum.
“Ringan sangat beban bahu ni, bang. Tenang rasa hati. Macam hadiah hari raya yang paling besar lah kiranya,” Puan Khadijah menoleh kea rah suaminya. Terasa syahdu tatkala Adlina dan Shahtrin mendakap tubuhnya sebelum mereka keluar tadi. Kata kata minta ampun dari Adlina masih terngiang ngiang di telinga.
“Inah minta ampun kerana selama ni Inah tak nampak hikmah yang berlaku ke atas diri Inah. Inah rasa Makdan ayah abaikan Inah, biarkan Inah dengan nenek. Tapi Inah lupa, semua jasa dan pengorbanan mak. Sembilan bulan mak susah payah bawa Inah dalam kandungan. Mak, halalkan susu mak buat Inah. Izinkanlah Inah menjalankan tugas sebagai anak mak…” Airmatanya sudah merembes tatkala mendengar Adlina memohon keampunan. Terasa anaknya itu dekat di hati, terlalu dekat sangat…..
“Bukan awak saja yang rasa ringan beban, saya lagi lagi lah. Perkahwinan mereka pun saya yang beriya iya jalankan. Risau tengok anak kita itu lancar perang dingin tak henti henti. Saya risau dengan dosa dia setiap hari,” luah Hj Zakaria. Puan Khadijah mengangguk, setuju dengan kata kata suaminya.
Pintu pagar di tarik perlahan. Jam di dinding di pandang sekilas. Baru pukul 11 pagi. Pagi raya begini, dia memang tidak keluar kemana-mana. Selalunya lepas lepas Zuhur nanti adik beradik Hj Zakaria akan bertamu dan berkumpul di rumahnya. Jiran tetangga juga ada yang datang seawall raya pertama. Disebabkan seronok dengan kerenah dan keletah anak anak jiran tetangga lah Hj Zakariah tidak mahu berpindah rumah. BUkannya dia tidak mampu, tetapi dia sayang mahu tinggalkan jiran jiran yang baik itu.
“Kita dah kahwinkan anak ni, bukan sekadar kahwinkan dah boleh lepas tangan. Kena ambil tahu juga akan institusi rumahtangga mereka. Kena nasihat mana yang patut,” Hj Zakariah kembali bersuara.
“Asalkan kita tidak melebih batasan, kan bang. Adakala, saya takut dengar cerita mek mertua sihir menantu, duit gaji anak lelaki mak mertua minta tiap tiap bulan. Anak menantu tak bertegur sapa dengan mertua, sedih…” Puan Khadijah meluahkan. Dia sering terdengar cerita cerita sedemikian. Tapi dia bersyukur, Adlina masih tahu meletakkan dirinya. Shahrin masih mampu bersabar.
“Kalau nikah kerana Tuhan, apapun ujian, insyaAllah boleh di lalui dengan tabah. Mana ada rumahtangga yang tak ada ujian….” Tambah Hj Zakaria. Kemudian dia memanjangkan leher memandang pintu.
“Tengok apa?” soal Puan Khadijah
“Tunggu budak budak blok ni, lambat pulak nak sampainya,” Hj Bakhtiar memberitahu.
1 comment:
ade typing error kt last sentence tu kn...hj zakaria or bakhtiar?
Post a Comment