Syawal sudah berapa hari berlalu. Shahrin dan Adlina kerap menrrima kunjungan keluarga dan sanak saudara di rumah. Puan Khadijah tidak menang tangan melayan setiap tetamu yang menjengah. Setiap hari Puan Khadijah pastikan dia masak didalam quantity yang lebih; supaya tetamu dapat di jamu sama. Tidaklah mereka itu sekadar di hidangkan kuih raya saja. Mujur syarikat mereka bercuti panjang, maka dapatlah Shahrin dan Adlina membantu apa yang boleh.
Pekerja pekerja syarikat juga sempat datang beramai ramai; macam sudah berjanji! Tidak menang tangan keluarga Haji Zakaria melayan tetamu yang datang. Mujur pada hari yang sama, Nasuha dan Natrah datang beraya. Sempatlah Adlina memujuk kedua duanya agar membantu di situ.
"Kalau macam ni, tak payahlah buat open house untuk staff, semua dah ada hari ini," seloroh Hj Zakaria.
"Betul tu Tuan Haji, ini pun dah macam open house." sambut Rahilah. Rahilah kelihatan manis dengan baju kurung pahang kain songket berwarna Maroon.
"Tergerak pula hati makcik nak masak lauk pauk lain tadi pagi. Lauk raya semalam dah habis. Rezeki kamu lah semua ni," beritahu Puan Khadijah pula.
Riuh rendah di ruang tamu sedikit sebanyak membuat Shahrin tersenyum. Adlina yang sedang mengeluarkan ketupan air baru dari dalam ' freezer' memandang wajah suaminya penuh prihatin.
" Abang okay?" dia bertanya lembut. Shahrin menoleh, mengangguk serta tersenyum kecil.
"Alhamdulillah,"Adlina menyuarakan. Tidurnya semalam tidak tenang kerana Shahrin kelihatan sugul sekali. Mungkin terkilan dengan cara kematian Zaliah.
"Lin okay tak? Semalaman tak tidur lena,kan? Risau tentang abang?" Shahrin bertanya pula, sambil mengambil bekas ais dari tangan isterinya.
" Kesian isteri abang ni," sambungnya lagi.
Adlina menggeleng, menafikan yang dia letih.
"Lin okay as long as abang okay," dia memberitahu. Tersenyum Shahrin mendengar pengakuan itu. Pengakuan yang ti nanti nantikan. Kata kata yang menunjukkan Adlina semakin menerima dia di dalam hidup wanita itu.
Pekerja pekerja syarikat beransur pulang selepas solat Asar. Masing masing masih ada keluarga lain yang mahu di ziarahi. Natrah dan Nasuha juga meminta diri selepas membantu Adlina di dapur. Mengikut plan mereka, mereka mahu menziarah adik beradik arwah bapa mereka hari itu, namun Shahrin pula mengajak mereka berziarah bersama dia dan Adlina pada hujung minggu pula. Senang saja mereka menurut, tidak ada bantahan; taat dengan usulan yang di buat oleh Along mereka itu. Adlina sekadar memerhatikan. Di dalam hati dia memuji kedua dua adik iparnya itu. Kata orang tua, nak jaga abak dara ni bukannya senang. Lebih senang jaga kambing sekandang. Tapi bagi Adlina, mertuanya berjaya mendidik kedua dua anak daranya, walaupun tanpa sokongan suami.
" Rehat lah dulu Shahrin. Penat badan tu." Hj Zakaria menegur Sharin yang sedang membersihakan meja makan.
"Macam ni lah rumah ni kalau raya, tetamu tak putus. Penat tapi mak seronok," tambah Puan Khadijah. Di merebahkan punggung di sisi Hj Zakaria.
"Mak dengan ayah rehat lah dulu. Mana tahu nanti nanti ada tetamu lagi. Baru saja Shahrin bersuara terdengar salam dari luar pintu.
Salam di jawab. Hj Zakaria pantas bangkit untuk menjenguk tetamu di luar. Kemudian terdengar suara ceria Hj Zakaria menjemput tetamunya masuk ke dalam rumah.
"Kamu pun ada sama Alif? Lama tak nampak kamu," Haji Zakaria. Gerakan tangan Shahrin terhenti tatkala nama Alif di sebut bapa mertuanya. Pantas dia menoleh memandang Adlina yang sedang menambah kuih pada bekas bekas kuih. Adlina juga seolah olah terkedu mendengar nama itu.
"Lin tak sedap badan. Lin minta izin masuk bilik," datar suara isterinya itu. Tanpa menunggu jawaban Shahrin, Adlina meninggalkan ruang makan. Shahrin berbalas pandang dengan Puan Khadijah.
No comments:
Post a Comment