Sunday, November 14, 2010

Hadiah ramadhan 16 ii

“Jom, its time they know.” Shahrin mengajak. Pintu pejabat sang isteri di buka luas sambil dia tenang memanggil para pekerjanya berkumpul.



Rahilah dan yang lain termangu-mangu di panggil sedemikian. Shahrin yang jarang benar mahu berbual, tiba tiba saja mahu membuat pengumuman. Terkocoh kocoh para pegawai pekerja berkumpul berdekatan meja Rahilah, yang kebetulan terletak berdekatan dengan pintu pejabat Adlina.



“Sebenarnya bukan saya yang nak bercakap, tapi Puan Adlina.” Shahrin menggamit isterinya.



“Lin…”serunya lembut. Para pekerja yang masih tidak tahu akan status di antara Shahrin dan adlina memadang sama sendiri. Adlina memandang wajah pekerja pekerjanya sekilas. Mereka yang banyak membantu dirinya selama dia menerajui syarikat ayahnya itu.



Adlina berdehem kecil. Dia mengambil tempat berdekatan suaminya itu. Tatkala itu, dia merasakan sangat kerdil. Syarikat yang di terajuinya itu bukanlah milik mutlak ayahnya dan semua orang di situ perlu tahu akan hal itu.



“Saya minta maaf kalau selama saya berada di sini, saya ada mengguris perasaan sesiapa. Kelemahan saya dalam memimpin syarikat, ketidak prihatinan saya terhadap para pekerja, amat saya kesali. Sebenarnya syarikat yang anda rasa milik ayah saya, bukanlah milik mutlak ayah saya lagi.” Adlina diam seketika. Mencari kekuatan untuk terus bercakap.

“Maksud Puan?” celah Nadzirul dengan wajah yang terkejut.



“Pemegang share terbesar bagi syarikat ini ialah Encik Shahrin Aminuddin Bin Hassan.” Beritahu Adlina tenang. Semua mata tertumpu pula pada Shahrin yang tenang berdiri.



“Saya minta maaf. Saya sendiri baru saja di beritahu oleh ayah. Dan saya juga mahu kalian tahu, Encik Shahrin bukan sekadar pemandu peribadi keluarga kami seperti yang anda semua maklumkan. Tetapi dia adalah suami saya yang sah.” Di kala itu, mereka yang hadir semua terdiam. Bukan semua yang bekerja di situ mengetahui akan pernikahan mereka. Hanya Rahilah saja yang di beritahu.



“Saya tak tahu macam mana saya nak bercerita. Tapi sebagai anak, saya hanya mengikut arahan ayah. Saya minta maaf sekali lagi,” Adlina memandang wajah wajah di hadapannya. Ada yang tidak bereaksi dan ada juga yang jelas terkejut.



Shahrin memegang bahu Adlina. Lantas wanita itu menoleh ke arahnya.



“Abang sambung sikit, boleh?” dia meminta izin. Adlina menggigit bibir, serba salah apabila Shahrin meminta izin bercakap. Ini syarikat miliknya, Adlina sekadar seorang pekerja, sama seperti mereka yang lain. Adlina sekadar mengangguk. Dia mula menapak kebelakang sedikit untuk memberi tuang kepada Shahrin, namun lelaki itu pantas menariknya ke sisi. Dengan jemarinya tang menyulam jemari Adlina, Shahrin memulakan bicara.



“Saya juga mahu minta maaf atas semua yang berlaku. Bukan niat saya untuk menyamar atau menipu. Namun itu permintaan saya kepada Hj Bakhtiar agar identiti saya di rahsiakan. Ada beberapa sebab saya berbuat demikian.” Matanya meratah wajah setiap mereka yang berdiri di situ.



“Pertama sekali, saya mahu mengenali hati budi pekerja di sini. Kedua, saya tak rasa layak di gelar memilik syarikat kerana yang bertungkus lumus mengembangkan syarikat ialah bapa mertua saya. Kalau bukan ayah yang berkerja keras dengan bantuan anda semua, syarikat renovasi kita tidak akan sampai ketahap ini, apatah lagi dengan kemunculan syarikat syarikat gergasi yang lebih mantap dari kita. Maka, bagi saya, ayah saya tetaplah orang yang layak di anggap pemilik syarikat. Yang akhir, saya merahsiakan identiti saya demi Adlina.” Disaat itu, jantung Adlina bagai berhenti berdegup. Kenapa dia? Dia memandang Shahrin sekali lagi, meminta penjelasan.



“Saya tidak mahu dia merasakan kehadiaran saya didalam hidupnya adalah kerana syarikat ini.” Seperti memahami, Shahrin terus menyambung lagi. Rahilah tersenyum senang. Akhirnya teka teki yang dia sendiri tiada jawabannya sudah terungkai. Segalanya demi Adlina. Nadzirul berdehem dehem lalu melepaskan tawa kecil.



“Kau dah kenapa Rul?” soal Rahilah.



“Tak adalah Rul terfikir lah, nasib Rul tak ada umpat apa apa pasal Puan dekat Encik Shahrin..Kalau tak….naya!” Nadzirul melepaskan tawa. Rahilah dan yang lain juga turut tertawa.



“Awak tak suka saya ya Nadzirul?” usik Adlina. Pantas Nadzirul menggeleng.



“Sumpah tak ada…Puan okay jer. Cuma kadang kadang saya ada jugak nak tanya dekat Shahrin…eh, Encik Shahrin, kenapa kena panggil Puan dan bukan Cik. Kalau Puan, mana suaminya? Rupa rupanya, yang depan mata saya lah, Tuan Suami, rupanya,” sekali lagi mereka tertawa dengan kata kata Nadzirul. Adlina tersenyum senang.



“Selepas ini, saya tak tahu kalau saya masih di sini atau tak, maka saya mohon maaf atas semua keterlanjuran dan kesilapan saya pada semua. Esok hari raya, so lepas Zuhur ni, bolehlah kita semua balik ke rumah…” ujar Adlina lagi.



“Eh, Puan nak ke mana? Abis kalau Puan tak ada, siapa nak jaga syarikat ni?” Juliah bertanya jujur. Baginya, tak syioklah kalau Puannya itu ‘bersara’.



“Tuan pemilik syarikat kan ada,” Adlina membalas. Matanya mengerling Shahrin di sisi. Shahrin hanya senyum segaris.



Adlina cuba melepaskan genggaman suaminya, namun Shahrin kelihatan bersahaja menggenggam terus tangan isterinya itu. Adlina berasa kekok diperlakukan begitu, lebih lebih lagi apabila menyedari rahilah yang sedang memerhatikannya sambil tersenyum mengusik.



“Rasanya kita dah boleh bersurai kan Puan?” soal Rahilah di balas dengan anggukan Adlina.



“Okaylah kawan kawan, jom kita kemas. Lepas tu Kak ilah nak balik, nak masak….” Rahilah bersuara senang. Siapa yang tidak senang hati kalau cuti setengah hari itu di beri percuma oleh majikan!



Tatkala menyedari Juliah yang sedang berdiri di sisi Rahilah, Adlina teringat akan janjinya kedapa gadis itu. Dia menarik lengan baju Shahrin yang sudah mahu melangkah keluar.



“Lin ada janji dengan Juliah lepas Zuhur, remember?” dia mengingatkan Shahrin. “ Kita nak beli persiapan di Geylang.”



Shahrin mengangguk. Sememangnya dia tidak lupa. Tadi pun dia mahu beredar ke musolla, bukan mahu pulang ke rumah seperti yang Adlina sangkakan.



Rahilah yang mendengar perbualan Adlina mencelah perlahan, “Encik Shahrin kalau nak bawa Puan balik, biarkan akak saja yang teman Juliah.”



Adlina memandang Shahrin, menanti jawapan.



“Nak ke mana Kak Ilah?” soal Nadzirul pula. Teruna seorang ni, pantang nama Juliah di sebut, cepat saja dia mencelah.



Rahilah mencebik ke arah Nadzirul, sengaja tidak mahu menjawab. Nadzirul pula membuat muka, konon meminta simpati lah tu.



Akhirnya, Adlina tergelak juga, tidak tahan melihat kerenah pemuda itu.



“Saya dah janji dengan Juliah nak bawa dia dan adik adiknya ke Geylang. Tak sangka Encik Shahrin datang ke sini. Tapi tak apa, Encik Shahrin okay saja nak teman kami.” Beritahu Adlina setelah teknik memujuk si Nadzirul tidak berjaya.



“Kau jangan nak memandai usik anak dara orang ya Nadz,” Rahilah pula memberi amaran. “Kalau Juliah mengadu kat akak, siap kau,” Rahilah menunjukkan penumbuknya ke arah Nadzirul.



“Brutal lah akak ni. Baru tadi minta maaf kat orang, dah buat lagi,” Nadzirul selamba melepaskan komen. “Siapa nak usik anak dara orang? Nadz nak berkenalan jer dengan bakal adik adik ipar, tak boleh ke?”



Mendengar kata kata pemuda itu, Juliah pantas berlalu. Tidak mahu dijadikan bahan gurauan lagi. Takut kalau dia tersalah erti.



Tiga pasang mata mencerlung memandang Nadzirul. Anak muda itu sudah terlepas kata. Padah kalau tidak di perbaiki!



“Nadz, awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?” Shahrin bertanya serius. Nadzirul menyebak rambut. Terasa bersalah pula berterus terang. Dia mengangguk sedikit.



“I’m serious Encik Shahril..tapi saya tak tahulah yang empunya diri tu..” dia menoleh, memandang Juliah yang sedang berdiri membelakangkannya.



“Kak Ilah, tolong Nadz eh..” bantuan Rahilah memang sangat di perlukan.



“Tengoklah kalau akak ada mood,” jawab wanita itu acuh tak acuh. Adlina memandang Shahrin. Plan membawa Juliah masih belum settle lagi, dah masuk pula hal Nadzirul mahukan Juliah…..



“Macam mana plan kita ni?” soal Adlina. Tas tangan di atas meja Rahilah di capai. Dia mencari cari dompetnya.



“Biarlah akak uruskan.” Usul Rahilah pula.



“Bayran macam mana pula nanti?” Adlina mahukan kepastian. Takkan nak suruh Rahilah bayar pula?



“Guna kad akak dulu boleh? Nanti saya bayar kembali. Simpan resit macam biasa.” Shahrin mencelah. “Saya nak bawa Lin pulang.” Rahilah tersenyum penuh erti. Kedua mereka perlu masa bersama. Biarlah soal Juliah dia yang uruskan. Lagipun nak masak untuk raya bermula malam nanti.



“Saya hantar lah kak…” Nadzirul meng’offer’ diri.



“So its settled then?” Adlina menarik nafas lega. Dia memanggil Juliah ke sisi.



“Nanti Ju pergi dengan Kak Rahilah ya. Nadz nak tolong hantar. Belilah apa yang Ju rasa perlu. Kesian adik adik kamu. Kuih raya pun, jangan lupa…” dia memesan. Juliah meraih tangan Adlina. Matanya berkaca..



“Alah janganlah sedih, saya Cuma nak membantu saja,” pujuk Adlina sambil membelai pipi pekerjanya.



“Nadz, jaga anak dara orang..Drive tu elok elok. Jangan berangan awak ada kat litar pulak.” Kali ini pesananya hanya buat Nadzirul..



“Yes maam…”

No comments: