“Jadi Adlina tak tahu siapa Arin sebenarnya?” soal Makcik Hamidah sedikit terkejut. Shahrin hanya mengangguk. Tangan dibawa meraup wajah. Sudah beberapa hari dia meninggalkan rumah mertuanya, atas permintaan Adlina. Dia rindu, risau, marah bercampur baur. Rindu akan wajah polos sang isteri yang tidak tahu menahu akan siapa dirinya yang sebenar. Risau akan kesihatan dan keadaan adlina yang menurut ibu mertuanya, agak tidak stabil. Marah akan dirinya kerana terlanjur menipu isteri kesayangannya itu.
“Bila Arin nak berterus terang? Kenapa sanggup menipu? Ingat perkahwinan ni main main ke Arin?” Makcik Hamidah masih tidak faham kenapa Shahrin sanggup menyembunyikan identiti dirinya terhadap Adlina.
“Arin….Arin…Cuma tak mahu dia tahu siapa Arin Mak. Arin nak dia terima Arin, walau siapa pun Arin ni. Tapi Arin dah silap mak,” Shahrin mengeluh buat sekelian kalinya. Makcik hamidah menepuk bahu anak sulungnya. Simpati akan situasi anaknya itu.
“Arin tak nak mengalah ke? Pergilah balik jumpa dia. Dia mesti rindukan Arin,” makcik Hamidah cuba membuka jalan bagi Shahrin.
Shahrin memandang wajah emaknya, meminta simpati. Mengharap sangat agar wanita separuh umur itu memahami keadaannya.
“Arin rasa, dia bukan sekadar marah dengan rahsia yang Arin sembunyikan tetapi dia lebih marah akan gambar gambar yang dia dapat itu mak,”luahnya. Semalam Hj Zakaria dan Puan Khadijah datang ke pejabat bertemu dengannya. Sempat Hj Zakaria memberitahu dia tentang gambar yang di ambil Alif. Itupun Hj Zakaria dapat tahu apabila Adlina hampir hampir histeria tatkala alif menghantar MMS gambar itu. Menurut Hj Zakaria, Adlina hilang pertimbangan tatkala MMS itu diterimanya.
“Arin, emak ni faham sangat naluri seorang wanita. Tentunya Inah cemburu bila dia nampak gambar itu. Pergilah pujuk dia Arin. Sekeras mana pun hatinya, kalau kamu pandai ambil hati dia, lembutlah menantu emak itu.” Makcik Hamidah memberitahu. Tadi pagi sewaktu dia menelefon menantunya itu pun, dia dapat menangkap rasa rindu pada suara Adlina.
“Mak bukan menghalau, tapi janganlah tinggalkan isteri itu lama lama,” Makcik hamidah menyambung lagi.
“Tempat isteri itu di sisi suaminya, sayang,” Puan Khadijah cuba memujuk. Tiga hari berturut turut Adlina mengurung diri di kamar. Sahur dan bukanya hanya sekadar segelas air suam. Sungguh dia sedang memprotes.
“Dia tipu Inah, mak. Kenapa dia sanggup tipu Inah?” Adlina bersuara dalam tangisan.
“Dia bukannya menipu. Dia tak mahu Inah terima dia kerana terpaksa. Kerana Inah nak jaga hak dalam syarikat itu.” Puan Khadijah memberitahu. Adlina menggenggam bantal di tangannya. Terasa sakit di tipu sebegitu. Terasa seolah olah Shahrin tidak mempercayainya.
“Inah, setiap rumahtangga itu pasti dilanda badai. Itulah uian yang mendekatkan kita kepada Tuhan. Perkahwinan reality tidak sama dengan perkahwinan alam fantasi,” Puan Khadijah sekadar mengingatkan. Dia akur, anaknya itu tentunya arif akan hal sedemikian.
“mak hantar Inah balik rumah Mak Midah ya?” dia memujuk. Pantas Adlina menggeleng kepala.
“Kenapa?” soal Puan Khadijah. Mustahil adlina turut berkecil hati dengan mertuanya. Dia sendiri tahu kertuanya tidak terlibat dengan plan Shahrin.
“Shahrin kan ada si Zalia tu. Mana dia ingat kat Inah, mak!” ada rajuk pada suaranya. Puan Khadijah tersenyum sedikit.
“Inah, itu semuakan salah faham. Kan Mak Midah dah terangkan pada Inah. Alif tu dengki dengan kebahagiaan Inah. Janganlah di ikutkan hati yang marah itu, sayang.”
“Tapi Zalia……” Adlinah masih tidak yakin dengan wanita itu.
“Inah tak yakin dnegan diri Inah? Inah tak rindu Shahrin ke?” Puan Khadijah tidak mahu mengalah. Rumahtangga anaknya mesti dipertahankan. Adlina perlukan sokongannya ketika ini.
“Inah tak tahu macam mana nak berdepan dengan Shahrin, mak…”
Rambut Adlina yang terlerai dari ikatan, di perbetulkan. Wajah anaknya itu sudah tidak seceria selalu.
“Inah, Ramadhan dah nak berlalu pergi. Janganlah kita rugikan masa kita yang sedikit ini.” Pesan Puan Khadijah.
“Inah tak kuat mak…”
“Allah dan Rasul sentiasa bersama kita, nak….”
“Mak, tolong Inah…”
“Anak mak ni selalu berada dalam doa Mak…”
Puan Khadijah menarik Adlina kedalam rangkulannya. Semoga anaknya itu dapat menyelesaikan masalahnya sebelum ramadhan berlalu.
No comments:
Post a Comment