Shahrin berteleku di sejadah. Dia menarik nafas dalam dalam. Lagi seminggu, lebaran akan muncul. Namun, dia tidak terasa ceria mahu menerima kedatangan Syawal. Seperti lima belas tahun lalu saat ayahnya pergi bertemu Ilahi, Shahrin hilang ghairah mahu bersama rakan rakan menyambut Aidil Fitri. Tahun ini, di rasakan Ramadhan terlalu cepat berlalu, seolah olah, tidak mahu lama lama bertamu dengan penghuni Bumi. Ramadhan, apakah tiada peluang untuk aku bertadarrus bersama isteriku? Ramadhan, apakah engkau akan meninggalkan aku saat aku masih belum mampu mendidik isteriku. Dadanya terasa berat, perasaan sebak kian bermain di hati. Wahai isteri, akalulah engkau tahu bagaimana aku menyayangimu demi Tuhanku, apakah engkau akan turut menyayangi aku kerana Tuhanmu?
Airmatanya Shahrin bergenang. Akhirnya, dia tidak mampu untuk menahan sendu. Adlina itu seperti terlalu jauh untuk di gapai. Dan saat Adlina sudah mula mahu menerimanya, sejarah silam muncul kembali. Kenapa kini? Kenapa setelah dia bertemu dengan suri hidupnya?
“ Abang Shah sihat?” soal wanita itu. Shahrin mengangguk sedikit. Matanya tertancap pada kanak kanak yang sedang beratur untuk masuk ke kelas.
“Ada apa awak nak jumpa saya?” soal Shahrin datar. Berubah wajah Zaliah tatkala mendengar ganti nama yang di gunakan Shahrin.
“Abang dah berubah,” komennya, masih lagi tidak menjawab soalan lelaki itu.
“Apa yang awak mahukan sebenarnya?” sekali lagi Shahrin tidak mengendahkan kata kata wanita itu. Sebal. Dia sudah sebal dengan kata kata yang terluncur keluar dari bibir Zaliah.
“Lia cuma nak berbaik. Lia nak minta maaf. Lia menyesal,” lembut Zaliah memberitahu. Dia mencuri pandang lelaki di sebelahnya. Shahrin sudah banyak berubah. Penampilannya ketara berbeza. Hampir lima tahun Zaliah tidak bertemu dengan dia. Terbit rasa menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Kalaulah dia masih setia dengan lelaki ini, tentunya hidupnya kini tidak seperti ini.
Shahrin memandang wajah Zaliah sekilas. Rasa dengan kata kata maaf yang di sampaikan Zaliah.
“Abang Shah, Lia benar benar minta maaf,” pinta Zaliah. Shahrin tidak . menjawab. Sebaliknya, dia terus menyusup kedalam kereta tanpa berpamitan. Cukuplah, dia di hina keluarga Zaliah lima tahun yang lalu. Dia tidak sudi di hina lagi.
Melihat kereta yang di pandu Shahrin meluncur pergi, Zaliah tersenyum kelat. Dia akur, bukan mudah bagi keluarga Shahrin untuk memaafkannya setelah apa yang di fitnahnya keatas bekas tunangnya itu. Itu semua gara-gara seorang lelaki jahanam yang telah memujuk rayunya untuk sehidup semati.
Dari cermin kereta, Shahrin dapat melihat Zaliah yang menyeka airmatanya. Namun, rasa simpati pada gadis itu telah lenyap. Zaliah yang dia jumpa itu bukan lagi penenang hatinya…..
Shahrin mecapai Al Quran di atas katil. Hatinya terasa berat tiba tiba. Kejadian tadi di halau jauh dari kotak fikiran. Dia mahu mencari ketengan dari Tuhan.
Di pejabat, Adlina masih lagi melayan perasaan. Mahu menghubungi Shahrin, dia berasa segan. Perasaan malu terhadap suaminya kian meluap luap. Malu pada keegoaannya sendiri.
Pintu pejabatnya di buka dari luar sedang dia melayan rasa.
“Cik Ad, Encik Alif ada di luar. Dia kata ada perkara mustahak dia mahu bertemu dengan cik.” Rahilah memberitahu.
“Akak tak beritahu dia ke yang saya sibuk?” Adlina bertanya lemah. Kalau boleh, dia tidak mahu Alif bertandang lagi ke pejabatnya. Dia tidak mahu membangkitkan kemarahan Shahrin.
Rahilah melepaskan satu keluhan. Adlina memahaminya.
“Biarlah dia masuk, tapi biarkan pintu tu terbuka.”arah Adlina. Dia mengemaskan sedikit mejanya yang berselerakan dengan fail fail yang disemaknya tadi.
“Hye sayang,” sapa Alif ramah. Dia terus saja duduk mengadap Adlina tanpa di jemput.
“Apa yang you nak?” soal Adlina tegas. “Ayah kata, you dah tak ada apa apa urusan dalam pejabat ni.”
Alif tertawa lepas. Dia mencapai tangan Adlina di atas meja. Pantas Adlina menarik tangannya.
“Jaga adab kau Alif,” Adlina memberi amaran. Tangannya yang disentuh Alif di bawa ke dada. Satu relfleks semulajadi.
“I miss you darling. Sejak dah jadi isteri pemandu itu, kau sombong Adlina,” provok Alif. “Aku heranlah apa driver tu kasi kat kau ya, sayang.”
Adlina semakin menyampah mendengar kata kata Alif. Dia berdiri lalu mengarahkan sepupunya itu keluar. Shahrin sendiri tidak dia benarkan untuk berkata kata seperti itu. Inikan pula Alif! Dia bagai mahu menjerit sekuat hati. Dirasakan seperti maruahnya dipermainkan oleh lelaki itu.
“Kau berambus Alif!” nada suaranya jelas tegang. Adlina sudah tidak mampu menahan sabar. Alif masih selamba.
“Alif! Keluar sebelum aku panggil security,” sekali lagi Adlina memberi amaran. Di saat begini, dia mengharap sangat akan kehadiran Shahrin. Shahrin yang sentiasa menjaga keselamatannya, Shahrin yang menghormati maruah dirinya.
Alif bangkit dari kerusi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Okay, okay, aku akan keluar tapi I wanna show this to you darling,” dia seolah olah mengejek. Adlina menjadi rimas memandang wajah sepupunya itu.
Alif mengunjukkan telefon bimbitnya kepada sepupunya itu. Dia memang iri hati dengan layanan Hj Zakaria terhadap Shahrin. Budak hingusan entah mana yang di kutip menjadi pemandunya, dan kemudiannya di naikkan darjat menjadi menantu.
Di skrin telefon itu, Adlina dapat melihat dengan jelas Shahrin dengan seorang perempuan. Perempuan itu sedang memandang wajah Shahrin. Mereka berada dalam proksimiti yang dekat. Adlina cuba meneliti wajah perempuan itu. Tiba tiba hatinya berdetik. Perempuan itu, di dalam gambar itu, ialah Lia.
“Mana kau dapat gambar ini, Alif?” Adlina bertanya. Alif mentertawakannya.
“Relax sayang, ni bukan edited picture. Aku nampak pemandu kau tadi dekat dengan rumah dia. Kau ni bodoh tahu,” Alif manambah. Dia melarikan tangannya ke wajah Adlina. Pantas Adlina menepis. Kurang ajar!
“Saat kau berhempas pulas nak bangunkan syarikat, pemandu kau, suami kau, berseronok dengan perempuan kat luar,” suara mengejek itu menambah sakit di jiwa Adlina.
“Cukup Alif! Kalau kerana gambar ini, kau datang nak jumpa aku, lebih baik kau berambus!” kali ini Adlina sudah meninggi suara. Tidak di hiraukan stafnya yang memandang kerah mereka berdua. Kak Rahilah pantas ke pejabat ketuanya itu. Dia sudah di pesan oleh Shahrin supaya tolong ‘jaga-jagakan’ Adlina sewaktu ketiadaannya di pejabat.
“Sebenarnya, aku mahu saja email kau, atau MMS, tapi aku lebih seronok buang petrol aku pasal aku nak tengok reaksi kau!”
“Encik Alif, saya rasa elok encik beredar. Malulah sikit dengan pekerja kita,” Kak rahilah mencelah.
“Kau pun sama! Kaki ampu. Tunggulah saat share syarikat ni jatuh ke tangan aku, kau semua akan aku pecat!” Alif menjerit…Pekerja yang lain sudah bangun dari tempat duduk mereka. Sekiranya Adlina dan Rahilah di apa-apakan, mereka tidak teragak agak mengambil tindakan sewajarnya.
Rahilah menutup pintu bilik pejabat Adlina setelah Alif pergi. Dia membimbing Adlina ke sofa di hujung bilik. Dia tahu perangai Alif yang bagaikan langit dengan bumi itu. Di antara kedua dua sepupu itu memang tiada keserasian. Adlina tidak pernah suka dengan Alif. Tapi kalau mereka bertekak pun, tidaklah pernah sehingga menumpahkan airmata Adlina di khalayak ramai.
“Cik Adlina okay? Nak saya call Shahrin?” Kak Rahilah bertanya lembut setelah Adlina mula tenang.
Adlina hanya menggeleng. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa tersebut.
“Kak, tolong telefonkan teksi,” pinta Adlina lemah. Rahilah sekadar merenung wajah ketua syarikatnya.
“Kenapa tak call Shahrin saja?”
“Dia ada urusan lain,kak. Please kak, call kan teksi untuk saya,” pinta Adlina lagi.
Rahilah akur akan permintaan wanita itu. Kalau Adlina sudah berkeras, tidak perlu berlawan kata lagi.
No comments:
Post a Comment