Sunday, November 14, 2010

Hadiah ramadhan 20 ii

Sambutan raya yang sepatutnya meriah, menjadi suram sepanjang hari. Tengahari itu, Shahrin pergi menziarahi Pak hasan yang berada di rumahnya. Bukan mudah untuk memasuki kawasan Crime Scene itu. Saat Shahrin tiba, Pak Hasan pantas menerpa ke arahnya.

“Semua salah Pakcik. Shahrin. Kalaulah pakcik tak biarkan dia kawin dengan lelaki itu, dia masih hidup sekarang. Tentu dia bahagia jadi isteri kamu, Shahrin,” Orang tua itu menangis di bahu Shahrin. Shahrin terpaksa menenangkan Pak Hasan.

“Tuhan lebih sayangkan dia Pakcik. Kita yang hidup ini, kena banyak berdoa, semoga dia di terima Allah.”

Kelihatan ada dua tiga orang yang berada di rumah Pak Hasan. Shahrin tidak pernah pula melihat mereka selama ini. Seperti boleh membaca apa yang terlintas di fikiran Shahrin, Pak Hasan lantas memberitahu,” Mereka ni keluarga pakcik. Entahlah Shahrin…pakcik masih tak dapat nak terima ni semua. Dia balik sini nak tuntut cerai, tapi ini yang jadi…”



“Abang, Inah tak tahu kalau Lin sepatutnya ada kat sini. Kalau abang nak bersendirian, Inah keluar dulu ya,” teguran Adlina mengembalikan Shahrin kealam nyata. Tangan Adlina di raih, menahan wanita itu dari meninggalkan kamar mereka. Adlina kembali duduk di sisi Shahrin.

“Maafkan abang Lin, abang terbawa bawa.”

“Lin faham. She used to be someone important in your life,” balas Adlina. Dia sedar, dia tidak perlu terasa hati dengan suaminya. Tadi sewaktu dia pulang pun, Puan Khadijah sempat memesan sedemikian kepadanya. Jangan bebankan fikiran suami. Kena bantu dia, itu yang emaknya pesan tadi.

“Abang tak sangka dia terjebak dengan jenayah macam tu. Siapa sangka orang yang lembut macam dia rupanya pengedar dadah.” Shahrin meluahkan.

“Abang, she’s gone. Janganlah ungkit lagi perkara itu. Lagipun dia tertipu bang. Bukan kah abang dah dengar dari pak Hasan? Suami dia yang tipu dia. Sekali dah terjebak, memang bukan mudah nak lari dari sangkar tu,” Adlina memujuk.

“Kalaulah dia tidak nampak harta dan kekayaan,” Shahrin melepaskan keluhan. Kesal kerana arwah Zaliah memilih mengejar kekayaan sehingga terjebak menjadi runner walaupun secara terpaksa.

Adlina menggenggam jemari Shahrin. Tidak tahu apa yang sepatutnya di katakana lagi. Dia sendiri terperanjat tatkala Shahrin balik ke rumah mertuanya dan menceritakan perkara yang sebenar. Pulangnya Zaliah ke Singapura memang untuk kembali kepada Shahrin. Dia bercadang untuk membuat laporan polis akan apa yang berlaku kepada dirinya semasa tinggal di luar Negara. Rupanya, Zaliah berpindah randah dan bukanlah bermastautin di AS seperti yang semua orang sangkakan. Dia balik ke Singapura pun secara sembunyi sembunyi. Dia sebenarnya melarikan diri dari Sean, suaminya. Itu yang Pak Hasan sempat beritahu Shahrin. Zaliah tidak sangka Shahrin sudah memiliki isteri yang cantik, kata Pak Hasan lagi. Namun belum sempat dia membuat laporan polis, suaminya lebih cepat bertindak. Sean menjejakinya di rumah, dan perbalahan di antara mereka menyebabkan Sean mencekik Zaliah sehingga wanita itu tewas di tangan suaminya sendiri.

“I am disappointed Lin,” Shahrin memberitahu.

“Kita doakan semoga ruhnya di ampunkan, bang. Hanya itu yang mampu kita lakukan sekarang,” Adlina cuba memujuk.

“Glad I found you sayang,” Shahrin pantas merangkul isterinya erat. Jelas sekali Adlina sabar dengan masalahnya itu.

No comments: