Sunday, November 14, 2010

Hadiah ramadhan 17

Selepas Asar, Adlina merapati Shahrin yang sedang berehat di ruang tamu.



“Awak….” Perlahan dia menyeru suaminya. Shahrin yang sedang melayan angan menoleh sekilas. Bibirnya mengorak senyum melihat Adlina dengan Quran di tangan.



“Lin ingat lagi, awak pernah cakap yang awak teringin nak bertadarrus dengan Lin. Awak dah khatam?” berhati hati dia mengatur ayat. Pandangannya di hala pada permaidani di lantai. Malu mahu menatap wajah Shahrin. Entah apa yang sedang bermain dalam fikiran Shahrin agaknya.



“Abang dah khatam Lin, semalam.” Shahrin dapat melihat riak kecewa pada wajah Adlina. Lalu cepat dia menyambung,” Tapi boleh saja kalau kita nak mulakan semula. Lepas tu, kita teruskan sampai khatam. Lin nak?”



Lama Adlina berdiam, berkira kira untuk menjawab. Akhirnya dia mengangguk kecil. Quran di tangan di buka. Shahrin pantas membawa Adlina duduk di atas permaidani.



“Kita baca sedikit saja ya. Satu juz, lepas tu kena tolong mak kat dapur,” Shahrin memesan.



Dia mengangkat tangan membaca doa lalu dengan nada sederhana, Shahrin mengalunkan surah Alfatehah. Adlina pula menyambung dengan surah Al Baqarah. Alunan merdu suara Adlina membuat Puan Khadijah menitiskan airmata.



“Kita doakan saja mereka,” bisik Hj Zakaria yang sedang membantu isterinya mengisi kelongsong ketupat. “Ini satu permulaan. Semoga akhirnya nanti diakhirat.”



Terasa tenang di hati tatkala dia menanti giliran membaca. Adakalanya, Shahrin membetulkan bacaannya. Adlina terasa suatu perasaan asing menyelinap di dalam dirinya. Petang itu saja, dia dapat menyelesaikan dua juz bacaan sebelum Shahrin memberi isyarat membantu emaknya di dapur.



“Malam nanti kita sambung ya?” Shahrin mengusul. Adlina hanya akur. Quran di letak kembali ke tempatnya. Tudung di kepala di gantung di atas sofa. Kakinya di bawa melangkah ke dapur.



“Sedap suara Inah. Tak banyak salah pun bacaan,” puji Hj Zakariah. Adlina tersenyum.



“Banyaknya rebus ketupat ayah,” dia menegur. Selama ini pun, bukannya mereka buat ketupat tu semua. Emaknya hanya menempah dari saudara mara yang rajin membuat.



“Mak nak kasi mak mertua Inah separuh. Esok nanti bawa sekali tau. Jangan lupa,” Puan Khadijah memberitahu.



“Kita buka apa mak?” Shahrin yang baru masuk ke dapur bertanya. Kemesraannya memang terserlah, tidak di buat buat. Adlina memerhatikan suaminya yang sedang sibuk membuka tutup periuk.



“Kita makan apa yang mak dah siapkan ni sajalah,” Puan Khadijah menjawab. “ Tak sempat nak masak lauk asing asing.”



“Tak payah lah masak asing asing mak..Membazir. Kita empat orang saja. Esok lusa dah ada cucu, kenalah mak dan Lin masak banyak banyak,” seloroh Shahrin. Wajah Adlina sudah merah bak udang di bakar.



“InsyaAllah,” celah Hj Zakaria pula.



Pantas Adlina bangkit lalu berlalu keluar.



“Lin nak ke mana pula tu?” Shahrin bertanya. Tidak sedar kata katanya tadi mengusik perasaan isterinya itu. Soalan Shahrin tidak di balas, malah kaki laju saja melangkah ke kamar. Dia terduduk di birai katil. Entah kenapa, hatinya sakit mendengar gurauan Shahrin. Anak? Mana mungkin dia menimang cahaya mata kalau sayang Shahrin bukan untuknya. Dia teringat gambar di dalam handphone yang masih tidak di buang. Telefon bimbitnya di capai lesu. Dia menekan punat lalu terpaparlah gambar itu di skrin telefonnya.



Shahrin membuka pintu perlahan. Tidak mahu menggangu isterinya. Terlihat Adlina menyeka airmata. Dia melangkah senyap kearah wanita itu. Bahu Adlina di sentuh lembut.



“Abang minta maaf kalau abang menyinggung perasaan Lin.” Dia mengucapkan lembut, sambil mengambil tempat di sisi Adlina.



“Lin boleh terima kalau awak sembunyikan identiti awak sebagai pemegang share syarikat itu. Tapi jangan mainkan perasaan Lin.” Dalam sedu Adlina berbicara. Shahrin tidak dapat menangkap maksud isterinya itu.



“Siapa yang mainkan perasaan Lin? Abang faham kalau Lin tak bersedia ada anak, tapi kenapa Lin menangis macam ni?” Tubuh isterinya di tarik untuk mengadapnya. Kedua bahu Lin di pegang kejap. Adlina masih membisu, hanya airmata yang merembes keluar tanpa henti. Akhirnya Shahrin terpandang tekefon yang di pegang Adlina. Telefon bimbit itu di ambil. Dia meraup muka. Nafas di hela berat. Gambar itu…Ayah mertuanya sudah memberitahu. Sangkanya Adlina sudah melupakan.



“Lin cemburu?” soalnya. Adlina masih enggan bersuara.



“Alif kasi Lin gambar ni, kan? Dia tu yang cemburukan abang, tahu tak?” Shahrin menyambung. “Lin, waktu ni Abang nak pergi rumah mak tapi jumpa dia kat bawah blok. Kami tak sempat nak berbual apa pun.”



“Saya tak kisah pun kalau awak berbual dengan dia. Tapi saya tahu, dia yang awak sayang kan? Kenapa kerana syarikat tu, awak sanggup beristerikan saya? Kalau awak nak hak awak, saya boleh saja tinggalkan syarikat.” Datar suara Adlina menahan sebak.



“Siapa cakap abang sayang dia? Lin? Alif? Atau Lia sendiri jumpa Lin?” soal Shahrin tegas. Dia tidak suka Adlina bersaya awak dengannya.



“Abang nikahi Lin pasal abang sayangkan Lin. Abang nak lindungi Lin dari Alif. Abang nak habiskan hidup abang dnegan Lin.”



Adlina terpempan mendengar kata kata Shahrin. Lindungi dia dari Alif? Kenapa?



“Dia tahu ayah tak banyak share dalam syarikat, maka dia nak nikahi Lin dan miliki semua share ayah tu. Kononnya, dia waris utama ayah. Lin tak ada adik beradik lelaki yang menjadi pewaris utama harta ayah.” Tenang Shahrin menerangkan.



“Abang tahu semua tu pasal pernah dengar dia berbual dengan kawan dia kat café bangunan sebelah tu. Waktu tu dia tak tahu abang ni pekerja ayah. So, bila dia dah tahu pula yang ayah nikahkan kita, dia cuba nak rosakkan minda Lin.”



Adlina mengeluh, lemas dengan cerita yang di bawa Shahrin. Kenapa kerana harta yang tidak seberapa itu, Alif sanggup membuat cerita.



“Lin, abang sayang Lin dah lama. Sejak Lin kecil lagi. Lin saja yang tak tahu. Lepas Lin dah dewasa, Lin susah di dekati. Abang hampir putus asa” beritahu Shahrin.



“ Habis tu Zalia….Zalia…..”



“She was just like you. Senyap, tak banyak berbual. Macam Lin sangat. Mungkin kerana itu abang jatuh suka dengan dia. But ada seperkara yang buat dia tak sama dengan Lin.” Shahrin merenung anak mata Adlina, membuat isterinya melarikan pandangan.



“Dia tak tahu kedudukan abang yang sebenar. Dia rasa abang tak ada masa depan, so she chose the life she is leading now.” Suara Shahrin ternyata gusar. Mungkin kecewa dengan sikap gadis bernama Zalia itu.



“Lin lain, Lin sanggup ikut kata ayah. Nikah dengan pemandu peribadi ayah..” Tubuh Adlina di rangkul erat.



“Abang tak akan sia siakan hidup Lin.”janji dia pada sesusuk tubuh itu.

No comments: