Sunday, November 14, 2010

Hadiah ramadhan 16

Kereta di parkir di tempat khas untuk pekerja syarikat. Hand brake di tarik, lalu enjin di matikan. Ni yang dia suka memandu kereta spare syarikat, kereta manual; boleh tekan minyak sesuka hati pula.Kalau kena pandu kereta ayah mertuanya, terpaksa dia cermat dengan kereta auto tu. Nafas di tarik dalam. Hj Zakaria memberitahu tadi, Adlina ada di pejabat; kena paksa datang kerja. Emaknya, juga mertua mereka mengharapkan agar dia dapat berbaik dengan Adlina sebelum ramadhan. Esok, dah bukan Ramadhan lagi. Semalam, terawih yang terakhir. Dia teringat kata-katanya kelmarin. Dia ingin bertadarus dengan isterinya itu. Teringin mendengar Adlina mengaji di depannya. Dia tahu, Adlina boleh mengaji. Menurut cerita emak mertuanya, Adlina khatam Quran dua kali, di ajar oleh arwah jiran neneknya dulu.



Kaki melangkah tenang menuju pejabat syarikat. Para pekerja sudah mula mahu mengemas. Hari ini, mereka semua akan pulang selepas Zohor. Syarikat Hj Zakaria telah banyak mengubah sistem kerja sebelum dia bersara. Waktu rehat mereka berubah rubah mengikut waktu solat Zuhur, dan bukannya seperti syarikat syarikat lain. Kalau lambat masuk waktu Zohor, lambatlah mereka berehat. Kalau sebelum jam satu sudah berkumandang azan, maka mereka juga akan berehat sebelum jam satu. Dan mereka juga punya dua puluh minit rehat juga ketika waktu Asar.



“Tak mengapa, rehat bukan untuk bersenang lenang, tapi untuk jumpa Allah. Itu yang wajib,” dia di beritahu. Shahrin tidak menolak kebenaran kata kata ayah mertuanya itu dan dia juga tidak terfikir untuk mengubah sistem yang ada, walaupun dia pemegang share terbesar di situ.



“Encik Shahrin, baru datang? Puan ada kat dalam tu,” sapa Rahilah ramah. Semenjak dia tahu status Shahrin di dalam syarikat itu, panggilannya berubah. Bila teman teman bertanya, dia hanya melemparkan senyuman yang membawa seribu makna. Shahrin membuat tanda ‘OK’ namun sebelum melangkah pergi, dia membisik ke arah Rahilah.



“Doakan saya. Semogha hati dia lembut.” Serunya sambil mengenyitkan mata.





Pintu pejabat yang terbuka dari luar mengejutkan Adlina dari menungnya. Cepat cepat dia membetulkan duduknya. Saat tubuh itu berpaling memandangnya, Adlina menjadi kaku. Seolah olah masa tidak bergerak, masing masing hanya membisu memandang antara satu sama lain. Akhirnya, Shahrin tekad berjalan ke arah isterinya yang sedang gamam di sofa. Perlahan dia melabuhkan punggung mengadap Adlina.



“Maafkan abang, Lin. Things should not have happened this way,” dia memberitahu. Adlina tidak menjawab, malah dia masih lagi kaku di tempat duduk. Tangan Adlina di raih Shahrin. Wanita itu tidak menolak, juga tidak memberi sebarang respon.



“Lin,” lembut Shahrin memanggil. Matanya memandang wajah Adlina tunak. Wajah yang di rinduinya.



“Lin…”dia menyeru lagi. Tiba tiba Adlina terhinggut hinggut menahan tangis. Shahrin pantas merangkul bahu isterinya. Tidak mahu suara Adlina hinggap di telinga pekerja di luar. Sebak dia melihat Adlian sedemikian.



“Lin berdosa dengan awak, kan?” tiba tiba Adlina bersuara di antara tangisan. Shahrin menggeleng. Bukan salah isterinya.



“Ampunkan saya…” Adlina memohon, sayu. Shahrin merenggangkan rangkulannya. Airmata Adlina di seka dengan belakang tangan. Dia memerhatikan wajah sayu Adlina. Terlalu banyak yang dia mahu beritahu wanita itu. Dia mahu bawa Adlina pulang. Adlina yang di rasakan tabah itu seolah olah sudah hilang ketabahannya. Wanita itu sudah berubah ‘fragile’. Teringat akan pesanan mertuanya. Adlina seorang yang rapuh.



“Kita pulang ya Lin. You don’t look well,” ajak Shahrin. Dia sudah meahu melangkah keluar, mungkin mahu memberi ruang bagi adlina bersiap pulang. Adlina hanya berdiam. Dia sedar, kedudukan Shahrin di dalam syarikat itu kini. Dia mahu selesaikan masalah itu. Masalah perempuan bernama Zaliah itu, dia tidak mahu fikirkan dahulu.



“Awak, Lin tak boleh balik.” Tiba tiba Adlina bersuara. Shahrin sedikit terkejut. Dia berpaling memandang Adlina. Tidak sangka Adlina masih lagi berjauh hati.



“Lin ada janji dengan Juliah,” perlahan Adlina memberitahu. Matanya tunak memandang sang suami yang sudah berada di balik pintu. Seperti faham apa yang di fikirkan suaminya, dia menyambung lagi, “Lin janji nak bawa dia dan adik adiknya keluar beli persiapan raya.” Shahrin mengela nafas lega. Ingatkan apalah tadi…



“Kita pergi sama sama, ya.” Dia memberi cadangan. Shahrin hanya mahu bersama Adlina. Perkara selainnya biarkan dia selesaikan di rumah. Di pejabat ini bukan tempat paling sesuai untuk merungakaikan segala yang kusut.



“Lin…Lin…ingat nak beritahu pekerja tentang kita, tentang awak hari ini. Lin mahu mereka tahu perkara sebenar…” teragak agak Adlina memberitahu. Shahrin lama berjeda, menimbangkan usulan isterinya itu. Akhirnya dia mengangguk setuju.



“Jom, its time they know.”

No comments: