Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 9

“Mak, Shahrin tu macam mana orangnya iya?” tanya Adlina kepada ibu mertuanya ketika mereka sama sama sedang menyiapkan makanan untuk berbuka. Makcik Hamidah memandang wajah menantu yang sedang menumis rempah kari di atas dapur itu.

“Dia anak mak yang baik. Bertanggungjawab. Kenapa Inah tanya?” soal Makcik Hamidah.

“Entahlah mak. Kadang kadang Inah rasa macam Inah ni bukan isteri dia. Inah tak kenal suami Inah.” Sejujurnya Adlina memberitahu.

“Inah kan baru jer nikah dengan Shahrin. Banyak benda yang Inah kena belajar, nak,” Makcik Hamidah menasihatkan. Adlina hanya mengangguk saja.

“Inah..” panggil wanita separuh umur itu.

‘Iya mak?” Adlina pantas memandang wajah Makcik Hamidah.
Makcik Hamidah tersenyum pada menantunya.

“Kenapa inah panggil Arin dengan nama saja? Kenapa tak panggil abang?” soal makcik Hamidah berhati hati. Sudah lama dia mahu bertanya tetapi tidak punya kesempatan.

“Inah tak reti lah mak,” balas Adlina polos. Bagaimana dia mahu panggil Shahrin dengan panggilan abang sedangkan sebelum bernikah, Shahrin memanggilnya Boss kerana jawatannya di dalam syarikat.

Makcik Hamidah menghampiri Adlina. Bahu menantunya di sentuh lembut.

“Usahalah iya. Bila Inah ubah panggilan itu, tentu akan terasa didalam hati satu perasaan yang berbeza. Dia suami Inah. Mak cakap ni bukan kerana mak tak suka Inah panggil Shahrin macam itu, tapi mak nak Inah juga dapat rasakan keintiman dalam satu rumahtangga macam isteri isteri yang lain.”

Terhenti tangan Adlina dari mengacau rempah di dalam periuk. Sebak hatinya mendengar kata kata yang terluah dari mulut mertuanya itu. Dia memusing mengadap mertuanya itu. Tubuh wanita itu di raih kedalam pelukannya.

“Mak, Inah bukanlah menantu terbaik. Inah banyak kekurangan. Inah harap sangat mak bimbing Inah sampai ke akhirnya,” dia meluahkan apa yang terbuku di hati.

‘Inah jangan bimbang. Mak terima Inah seadanya. Inah isteri Arin. Mak sayang Inah macam mak sayang Natrah dan Nasuhah juga.” Makcik Hamidah merenggangkan dakapan menantunya. Airmata yang mengalir di seka penuh cermat. Enam bulan yang lalu, tatkala di datangi emah dan ayah Adlina, dia berasa berbesar hati kerana pasangan itu mempercayai anak sulungnya untuk menjadi ketua rumahtangga gadis itu. Dan tentulah saja dia bersedia membimbing wanita muda di hadapannya ini sepertimana yang di lakukan oleh arwah nenek Adlina.

“Tak mahulah nangis. Sedih lah mak tengok,” dia memujuk. “Lagipun kalau adik adik Inah nampak nanti teruk diorang soal siasat tau.”

Adlina mengangguk, akur dengan pujukan mertuanya. Dia kembali mengadap rempah kari yang di goreng. Mujur tak hangit, kalau hangit, malulah sungguh dia hendak berhadapan dengan adik adik iparnya nanti.



Rambut yang mengurai panjang itu di sisir lalu di ikat ponytail. Dia senang dengan gaya begitu kerana rambutnya tidak akan menggangu pergerakkannya. Walaupun sudah berapa kali di usik oleh Nasuhah dan Natrah, dia tetap selesa sedemikian.

“Cute lah rambut akak macam ni. Tak kena tarik dengan Along ke?” Natrah mengusik sewaktu pertama kali melihat Adlina mengikat tocang.

“Buat apa Along nak usik,” celah Shahrin waktu itu. Berderau darah naik ke muka kerana bimbang kalau Shahrin terlepas bercerita.

“Eee, akalu kita yang buat tocang, Along siap kata macam ekor kuda lah, apa lah..siap tarik sampai terlepas getah,” Nasuhah menokok pula. Adlina melihat Shahrin tertawa, tapi jantungnya waktu itu bagai berhenti berdegup.

“Kak Ad kan isteri along, takkan along nak buli dia macam along buli korang. Along suka dia ikat macam tu.”

Lega Adlina mendengar. Namun di dalam hati dia berdialog sendirian. Mana mungkin Shahrin bisa mengusiknya kalau Shahrin tidak di benarkan merapatinya?


Sewaktu sedang leka berehat di kamar mertuanya, terdengar suara memberi salam. Bergegas dia keluar melihat siapa yang bertandang. Makcik hamidah baru saja keluar mahu menghantar makanan kepada jiran di blok belakang.

Salam di jawab. Selendang di kepala, di kemaskan. Seorang wanita seusianya sedang berdiri di luar pintu.

“cari siapa?” soalnya sopan. Wanita di luar hanya tersenyum manis.

“Makcik Midah ada? Saya nak kasi dia lauk ni,” wanita itu bertanya seraya mengunjuk sebuah bekas berisi lauk.

Adlina memandang wanita itu dan bekas lauk silih berganti.

“Mak keluar pergi blok belakang. Sekejap lagi dia balik. Masuk lah dulu,” yakin yang emak mertuanya tentu mengenali wanita itu, dia memperlawanya masuk. Lagipun tiada apa yang patut di curigai tentang wanita di luar itu.

“Mak?” terdengar wanita itu bercakap sendirian. “Tak apalah, saya nak cepat. Ni untuk berbuka, saya masak lebih sikit tadi,” wanita itu memberitahu.

Belum sempat dia membuka pintu pagar, Natrah pula tiba di rumah. Natrah keliahtan terkejut melihat wanita itu.

“Eh, kak Lia. Bila balik?” soal Natrah.

“Err, Natrah. Semalam. Flight akak pagi semalam,” wanita itu memberitahu. Natrah memandang Adlina di sebalik pagar.

“Ni, isteri Along. Kalau akak belum tahu lagi lah…” datar Natrah memberitahu. Adlina tersenyum mengiyakan. Entah kenapa terasa bahagia di perkenalkan sebagai isteri Shahrin. Selama ini pun dia jarang jarang mahu memperkenalkan dirinya sebagai isteri Shahrin!

Jelas di mata Adlina perubahan riak pada wajah wanita itu.

“Oh, isteri Abang Shah. Sampai hati dia kahwin tak beritahu,” keluh wanita itu.

“Alah, sekaramg kan dah tahu. Tak ada beza, kan?” balas Natrah bersahaja. Bekas lauk bertukar tangan. Tapi bukan Adlina yang menyambutnya. Saat wanita itu mahu menyerahkan bekas kepada Adlina, pantas Natrah menyambar.

“Thanks Kak Lia. Rajin betul akak ni. Tak jet lagged eh?” soalnya sambil melangkah masuk dan merapatkan pagar. Adlina sekadar menyaksikan dengan terkulat kulat. Tidak faham kenapa gadis manja seprti Natrah boleh berubah sikap sedemikian.

Wanita yang di panggil Lia itu tidak menjawab. Dia melambaikan tangan ke arah Adlina dan menitipkan pesan agar disampaiakan salamnya kepada Shahrin.

“Dia tu siapa, Natrah?” Adlina bertanya sebaik Natrah menanggalkan tudungnya di ruang tamu.

“Dia tu pengkhianat, kalau Kak Ad nak tahu,” beritahu natrah dengan nada keras. “ Nat tak suka dia. Kak Ad jangan nak berbaik sangat dengan dia tau,” sempat Natrah memesan Adlina. Tidak mahu bertanya lanjut, Adlina hanya berdiam diri. Natrah mungkin punya seribu alasan untuk memusuhi wanita itu.

No comments: