Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 1

Adlina menolak pinggan nasi ke tepi. Dia memandang wajahnya lelaki di hadapannya tanpa perasaan. Rasa mengantuk lebih merajai jiwanya kini.

“Lain kali tak payah sibuk sibuk nak kejutkan saya bersahur.” Dia memberitahu datar. Marah sekali apabila tidurnya di ganggu. Sudahlah seharian dia terpaksa mengdap kerja yang tudak habis habis di pejabat. Pulang pula terpaksa mengadap wajah suami yang baru di nikahinya tiga bulan yang lalu.

“Awakkan puasa, sahur tu sunnah. Salah ke saya kejutkan awak?” lelaki itu bersuara tenang. Tiada sedikit riak marah terpamer di wajah. Adlina semakin jelek. Selama tiga bula dia terpaksa tinggal se bilik dengan lelaki itu.

“Shahrin, kita dah berjanji,kan?” Sejurus itu Adlina bingkas bangun dan menapak ke biliknya. Bilik yang kini menjadi tempat dia dan Shahrin melancarkan perang dingin.

Shahrin melepaskan nafas berat. Bukan kerana menyesali apa yang berlaku tetapi sekadar menahan rasa yang selama ini terjeruk di hatinya. Pernikahan mereka bukan kerana terpaksa. Adlina mengenali dirinya dan begitu juga dia. Namun perasaan cinta itu memang tidak pernah ada dalam hati masing masing. Mujur malam itu ayah dan ibu mertuanya tidak berada di rumah. Kalaulah mereka tahu keadaan sebenar dia dan Adlina, tentulah banyak masalah yang akan timbul. Pinggan nasi Adlina di tarik ke arahnya. Terasa pahit di tekak tatkala nasi itu di paksa menuruni anak tekaknya. Lauk rendang pemberian ibunya juga tidak terasa enak seperti selalu.

“Adlina, sampai bila kita harus seperti ini?”


Adlina menghempaskan diri di atas katil bibirnya di ketap rapat. Marah dengan diri sendiri. Entah kenapa, susah sangat dia mahu menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Dia sedar, hidupnya berada dalam dosa dan kemarahan Tuhan. Namun, egonya payah di tundukkan.

Dia pantas mencapai tuala di gantungan dan melangkah menuju ke tandas. Harapannya agar pancuran air dingin dapat merasionalkan fikirannya itu. Shahrin bukan lelaki jahat. Sepanjang dia mengenali lelaki itu, dia sedar, banyak kelebihan pada diri suaminya. Tetapi, dia masih tidak boleh menerima hakikat sebenar. Dia di nikahkan dengan pemandu peribadi ayahnya sendiri. Sudah kenapa dengan ayah? Lama Adlina berdiam di dalam kamar mandi. Dia hanya tersedar tatkala pintu kamar mandi di ketuk dari luar.

“Adlina, saya tunggu awak. Kita jemaah sama sama.” Shahrin lagi! Namun Adlina tidak marah. Dia tidak pernah menolak untuk berjemaah. Malah dia akan mengucup tangan Shahrin setiap kali selesai berjemaah. Tapi sekadar itu saja keintiman mereka. Di luar waktu solat, Shahrin bukan lagi imam rumahtangga yang mereka bina. Hidup mereka nafsi nafsi. Masing maisng ada agenda mereka sendiri.


Shahrin kembali duduk di tikar sembahnyang tatkala Adlina sudah melepaskan mukena dari tubuhnya.
“Mak saya ajak berbuka di sana malam ini. Awak nak ikut sama?” Shahrin bertanya tenang. Wajahnya masih tunduk mengadap sejadah putih yang terhampar itu.
Adlina yang sudah memanjat katil berpaling ke arah suara itu. Dia sekadar menjungkit bahu. Bukan dia tidak suka dengan emak mertuanya. Wanita separuh umur itu amat menyayanginya. Dan dia juga menyenangi wanita itu.

“Mak kata kalau awak sibuk, lain kali sajalah.” Shahrin bersuara lagi. Adlina yang sudah mengambil tempat di atas katil itu diam, tidak bersuara.

“Janganlah di biasakan tidur lepas Subuh. Makruh.” Adlina terdengar Shahrin menegur. Mata yang sudah mahu tertutup itu di paksa celik.

“Saya mengantuk sangat. Awak kan tahu semalaman saya berjaga nak habiskan report tu. Saya bukan macam awak,” Adlina pantas memprotes. Kerja Shahrin tidak seberat tugasnya. Shahrin banyak masa senggang sedangkan dia terpaksa mengadap komputer riba itu dari pagi hingga ke petang. Tak cukup dengan itu, kerjanya terpaksa di bawa pulang pula.

“Memanglah tak sama Adlina. Saya hanya drebar awak dan ayah saja.” Datar suara Shahrin menyapa pendengarannya.

“Shahrin, can we stop it?”

“There’s nothing to be stopped Adlina. We did not even started anything.”

Entah kenapa, kali ini, hati kecil Adlina terhiris dengan balasan kata kata Shahrin. We did not even started anything. Benar, memang benar, mereka tidak pernah memulakan apa apa. Apa yang mahu di hentikan, kalau tiada apa yang di mulakan?

Adlina menarik comforter menutupi tubuhnya. Dia menyembunyikan wajahnya di sebalik comforter itu. Tidak mahu membiarkan Shahrin melihat airmata yang entah kenapa membasahi pipinya.

Dari sebalik selimutnya, dia dapat mengagak pergerakan Shahrin. Lelaki itu ke kamar mandi, seperti mengambil wudhu. Kemudian dia merasakan Shahrin berada di sisinya.

“Saya tidak pernah dapat bertadarus dengan isteri saya. Harapan saya sebelum berakhirnya ramadhan kali ini, dapatlah saya menghabiskan malam malam terakhir sambil bertadarus dengan dia.” Kata kata itu di bisikkan ke telinga Adlina. Adlina semakin sayu. Di tahan tangisnya agar tidak tertangkap oleh Shahrin.

Selepas itu, hanya hanya suara Shahrin yang terdengar melagukan ayat ayat suci Kalamullah.

Sesekali dia menoleh ke arah gadis yang sedang kaku di pembaringan.

“Wahai Tuhan yang Maha Baik, Kau selesaikanlah masalah kami dengan berkat Ramadhan yang Kau muliakan ini.”

1 comment:

belle.talib said...

ummi...citer baru eh... ^^
sambung2.