Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 5

“So, how’s the both of you?” soal Alif sambil membelek fail ditangannya.

“Okay, so-so,” Adlina menjawab pendek. Tidak kuasa dengan soalan soalan sinis sepupunya itu.

“Tidak sangka kau sanggup kahwin dengan driver kau sendiri. Macam dah tak ada jantan lain agaknya dalam dunia ini,” sekali kali Alif cuba memprovok. Adlina yang sedang menatap screen komputer itu pantas merenung sepupunya. Tiba tiba dia menjadi marah apabila Alif memperlecehkan suaminya.

“Jantan memang ramai, Alif. Jantan macam kau bersepah kat mana mana. Tapi lelaki macam dia, sudah jarang di temui. Sekali lagi kau hina suami aku,” belum sempat Adlina menghabiskan ayatnya, Alif pantas memotong.

“Listen here lady, dia kahwin dnegan kau kerana mahukan harta kau saja. Harta ayah kau akan jatuh pada tangan kau. Share syarikat ini, akan jadi hak milik kau. Kau ingat dia tu tunggul ke sanggup biarkan kau buat apa saja. He has his agenda. Unlike me…aku tak perlukan harta kau untuk hidup, Adlina.” Alif kedengaran begitu sombong. Pen di tangannya di putar putar sambil tertawa mengejek.
Jelek dengan perilaku sepupunya, Adlina memilih untuk berdiam. Tiada guna bertikam lidah dengan anak Pak Su nya itu. Buang masa saja.

“Kalau kau tak percaya, Adlina, kau tunggulah saja.” Beritahu Alif lagi sebelum dia meninggalkan pejabat wanita itu.

Adlina menghela nafas berat. Selama ini, dia cuba untuk menolak fikiran negatif terhadap Shahrin. Bukan dia tidak pernah terfikirkan akan hal itu tetapi ayah selalu menasihatinya agar jangan berburuk sangka. Dan ayahnya selalu saja memberitahu yang mereka lebih kenal akan gerangan Shahrin.

Adlina merehatkan kepalanya di atas meja. Sudahlah dia tidak bertegur sapa lagi dengan suaminya semenjak peristiwa malam kelmarin, di tambahkan pula dengan kata kata provokatif dari Alif. Sungguh hati wanitanya tidak mampu menanggung beban itu.


“Kenapa tidur macam ni, Adlina?” terdengar suara Shahrin sayup sayup menegurnya. Kemudian dia terasa tubuhnya di goyangkan. Adlina memaksa diri membuka mata. Terpisat pisat dia memandang wajah ayah dan Shahrin silih berganti.

“Mana Alif, ayah?” soal Adlina saat dia mendapati sepupunya itu tiada di pejabatnya. Shahrin memandang Adlina tepat.

“Alif datang sini?” soalnya sambil mendekati isterinya itu. Dia memusingkan kerusi Adlina menghadapnya.

“Dia buat apa dekat sini?” soalnya lagi, tidak menghiraukan ayah mertuanya yang berada di dalam pejabat itu.

“Dia datang nak semak fail. Ayah yang suruh, katanya,” balas Adlina sambil memicit micit lehernya. Posisi tidur yang tidak sempurna tadi telah membuat lehernya terasa sengal.

Haji Zakaria berdehem sedikit sebelum bersuara. Wajahnya mempamerkan riak tidak senang.

“Ayah tidak ada pun pesan apa apa pada dia. Seharian ayah sibuk dengan Shahrin. Lagipun, ayah dah serahkan semuanya pada Ina. Tak perlulah ayah nak sibuk sibuk masuk campur hal pengurusan lagi. Lama ke dia dekat sini?”

Adlina berfikir sejenak. Dia memandang wajah Shahrin yang masiih lagi bertinggung mengadapnya. Tiba tiba dia di datangi rasa bersalah pada Shahrin.

“Dia….dia ada dalam ofis ni dalam dua jam, ayah,” perlahan Adlina memberitahu. Terdengar Shahrin merengus marah. Shahrin menumbuk dinding di sisinya. Perbuatan Shahrin membuat Adlina bertambah tidak keruan. Dia memberanikan diri memandang lelaki itu.

“Awak, dia tak buat apa apa pada saya.” Adlina memberitahu dalam takut. Takut kalau Shahrin melampiaskan marahnya kepadanya pula.

“He will be dead meat if he dare do anything to you,” balas Shahrin datar.

“Arin, jangan ikutkan amarah tu. Ramadhan ni sepatutnya banyakkan bersabar,” tegur Haji Zakaria pula. Shahrin tidak membalas. Hanya genggaman tangannya memberitahu dia masih belum puas hati. Adlina memberanikan dirinya mencapai genggaman Shahrin.

“Awak, saya okay. Awak janganlah marah macam ni,” dia sebenarnya semakin takut melihat Shahrin sedemikian. Sepanjang pernikahan mereka, baru kinilah dia melihat kemarahan lelaki itu. Perlahan dia cuba merungkaikan genggaman tangan Shahrin, kemudian dia pula yang menggenggam jemari lelaki itu.

“Bawalah Adlina balik Shahrin. Biar dia rehat,” arah Hj Zakariah selepas itu.

Akur dengan arahan ayahnya, Adlina pantas mengemas apa apa yang patut sebelum bersalaman dengan orang tua itu.

“Ina balik dulu ayah,” dia mengucup tangan ayahnya sebelum melangkah keluar dari pejabat. Sebentar kemudian, Shahrin menurut langkahnya namun lelaki itu tetap bungkam.

“Shahrin, are you okay?” Adlina bersuara penuh hati hati.

“No. Adlina, sebagai suami awak, saya nak awak tangguhkan semua temu janji awak esok. Ayah kata awak tak perlu ke pejabat sehingga minggu depan.” Tegas suara Shahrin memberi arahan.

“Uh….huh..okay,” hanya itu yang mampu keluar dari bibir Adlina.

No comments: