Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 4

Semenjak pulang dari rumah ibu mertuanya, Adlina merasakan dia seolah olah sedang belajar menerima Shahrin dalam hidupnya. Walau bukan sebagai suami tetapi sebagai rakan karib, teman berkongsi cerita dan yang utama teman movie marathon. Walaupun baru sekali mereka berbuat demikian, tetapi bagi Adlina sudah cukuplah untuk memberitahu Shahrin bahawa dirinya itu semakin di terima.

“Kenapa pilih untuk jadi drebar peribadi?” soalnya pada satu malam ketika Shahrin menemankan dia menghabiskan tugasan pejabat.

“Kenapa? Tak boleh?” soal Shahrin.

“Selalunya orang muda macam awak lebih suka jadi mat despatch.” Balas Adlina.

“Awak ingat saya ni mat rep?” Shahrin bersoal lagi.

“Mat rep?” Adlina tidak faham apa yang di maksudkan lelaki itu.

“Mat motor, jenis bawa minah sana sini…” Shahrin menerangkan. Dia sedikit gelihati kerana isterinya itu tidak begitu terbuka dengan frasa sedemikian. Adlina sekadar mengangguk, tidak pula mahu bersoal lebih lanjut.

“Awak belum jawab soalan saya,” Adlina mengingatkan lagi. Kini suaranya tegas sedikit.

Tiba tiba Shahrin yang sedang duduk di birai katil menghampirinya. Dia melatkakkan kedua tangan di bahu Adlina, sepertinya dia lupa akan janjinya pada perempuan itu.

“Awak, kita ada dekat rumah, bukan dekat pejabat. Kalau awak nak berbual dengan saya pun, tak perlulah guna nada suara macam itu. Di rumah ni, saya suami. Awak lupa ke?” shahrin sengaja membisikkan peringatan itu di telinga Adlina.

Adlina tidak berani memalingkan wajah kerana dia tahu Shahrin berada begitu hampir dengannya. Namun begitu, tidak pula dia mahu menjerkah lelaki itu kerana sudah melanggari janji. Dia cuba menepis tangan lelaki itu tatkala Shahrin mulai berani membelai rambutnya yang di biarkan lepas. Melihat tindakan Adlina, Shahrin bersuara lagi.

“Adlina Binti Zakaria, saya yakin awak faham akan hak saya ke atas awak. Tapi saya yang tak yakin Adlina. Saya tak yakin kalau awak mempercayai saya. You want us to be friends and yet you don’t trust me.” Datar bunyi suara Shahrin. Dia melangkah menuju ke tingkap. Geriji tingkap di pegang erat sepeerti menahan amarah yang sedang bermain di dalam hati.

“Its not that Shahrin,” Adlina cuba mempertahankan dirinya. Dia tidak mahu Shahrin berfikiran yang bukan bukan ke atas dirinya.

“Kita dah sah jadi suami isteri lebih dari seratus hari. And within that hundred days, did I ever touch you?” Shahrin semakin galak bersuara. Adlina terasa seperti mahu bangun mendapatkan Shahrin tetapi ada sesuatu di dalam dirinya yang menahan.

“Berbalik kepada soalan awak tadi, saya memilih kerjaya ini kerana awak. Saya tahu awak rasakan bahawa saya tiada masa depan. Sebab itu, awak tak mahu anak awak berayahkan seorang pemandu kereta. Saya faham Adlina. Tapi yakinlah, saya buat semua ini kerana awak.”

Perlahan Adlina menoleh memandang Shahrin yang masih lagi merenung kelamnya malam.

“Saya?”

“Iya, awak. Sudahlah Adlina. Tak usah awak fikirkan. Awak tidak akan faham.” Shahrin menoleh ke arah isterinya yang kelihatan bingung itu.

“Tidurlah..awak tu letih.” Dia mencapai selimut di atas katil lalu membentangnya di lantai. Adlina hanya memandang kosong. Tidak tahu apa yang patut dia buat.

“Please wake me up for sahur, will you?” terdengar suara Shahrin.

No comments: