Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 6

Adlina tidak betah berkurung di rumah. Semua yang cuba di lakukannya di rasakan canggung. Mahu menolong emaknya, dia tahu Puan Khadijah lebih senang buat kerja sendirian. Sedari kecil pun dia bukannya rapat sangat dengan Puan Khadijah. Emaknya itu tidak berapa sihat, amak dia di titipkan dengan datuk dan neneknya. Bila dah dewasa begini, dia tidak reti mahu memulakan topik perbuakan dnegan emaknya sendiri. Akhirnya dia hanya duduk menonton televisyen setelah selesai membantu membuat kerja kerja rumah yang lain. Puan Khadijah pula suka menyendiri membaca kitab kitab di waktu senggangnya. Maka berada di rumah membuat Adlina berasa bosan yang amat sangat.

“Awak da khatam Ramadhan ni?” soal Shahrin tenang sewaktu Adlina kompelin mengatakan yang dia bosan di suruh berkurung di rumah. Mendengar soalan Shahrin, Adlina hanya mampu menggeleng kepala. Dia bukannya tidak tahu mengaji tetapi dia tidak seperti Shahrin yang tekun mahu mengkhatam di bulan Ramadhan.

“ Ini pun dah nak dekat masuk sepuluh malam terakhir, kalau nak khatam, memanglah tak sempat, tapi kalau nak join saya tadarrus, boleh saja, kan?” seperti selalu Shahrin tidak jemu mempelawa. Bukan Adlina tidak suka mengaji, tetapi dia tidak mahu tembok yang dia bina diantara dirinya dan suaminya itu roboh. Perjanjian mesti di ikuti. Itupun, dia sudah melanggar perjanjian yang dia buat sendiri sewaktu Shahrin naik radang di pejabatnya kelmarin. Entah kenapa dia menggenggam jemari suaminya itu, dia sendiri tidak pasti. Yang dia pasti, saat Shahrin membalas genggaman itu, dia berasa selamat berada dekat dengan lelaki itu. Namun perasaan itu cepat cepat dia buang jauh.

“ Kenapa ayah tak izinkan saya ke pajabat?” soal Adlina mahu tahu. Shahrin hanya tersenyum mendengar soalan itu. Buat masa ini, Adlina tidak perlu tahu. Itu yang ayah mertuanya katakan pada dia awal awal lagi.

“Shahrin…saya tanya awak, tapi awak cuma tahu senyum saja. Sakit hati saya tahu..” protes Adlina.

Shahrin yang sedang bersiap siap mahu menghantar Hj Zakaria ke pejabat menoleh ke arah isterinya yang sedang duduk di birai katil. Wajah cemberut Adlina di amati dalam dalam. Dia memang sayang pada wanita itu namun, sayang, hanya dia seorang saja yang berperasaan begitu.

“Kalau awak sakit hati, saya lagi sakit hati bila dengar ada lelaki lain yang sewenang wenangnya masuk dalam pejabat isteri saya. Saya cemburu, awak tahu?” balas Shahrin tenang. Adlina terdiam mendengar luahan hati Shahrin. Mahu tidak mahu, dia akur, suami mana yang tidak marah sekiranya sang isteri berada dalam proksimiti yang dekat dengan lelaki lain, walaupun hanya kerana bertugas.

“Kalau boleh, saya mahu isteri saya ni, duduk rumah saja. Biarkan saya yang urus semuanya. Tapi apakan daya, suami kepada isteri saya ni, hanya seorang drebar peribadi,” Shahrin seolah olah berjauh hati. Kata kata Shahrin membuat Adlina tidak keruan. Walaupun dia tidak intim dengan lelaki itu, tetapi dia tidak suka apabila kerjaya Shahrin di bangkitkan. Adakalnya, dia terasa seperti di sindir.

Shahrin mencapai kunci kereta dari meja sisi sebelum memulas tombol pintu.

“Shahrin, take care. Saya tunggu awak balik.” Beritahu Adlina.

Shahrin tertawa kecil mendengar pesanan isterinya. Tak pernah pernah…

“Awak takut rindu ke?” usiknya bersahaja. “Saya memang selalu rindukan awak.”

Pantas Adlina menggeleng kepala. Mahu menafikan apa yang bermain di dalam hati.

“Mana ada. Saya bosan lah tak ada kawan nak bergaduh.” Saya memang tunggu awak balik, kata hatinya pula.

“Okay, kalau ayah izinkan saya balik temankan awak. Maklumlah saya kan PA awak juga,” seloroh Shahrin sebelum melambai kearah Adlina yang masih tercongok di birai katil.


“Ina tak bising ke kena duduk dekat rumah sampai hujung minggu ni?” soal Hj Zakaria sewaktu mereka berada di dalam perut kereta. Shahrin tertawa kecil. Tidak kompelin? Berbakul si adlina tu merungut!

“Dia merungut lah juga. Tapi sangkaannya yang seperti kita jangkakan. Dia ingat kerana dia di ganggu si Alif tu lah kita mahu dia duduk di rumah.” Shahrin memberitahu.

“Ayah sayangkan dia. Sayangkan apa yang ayah bina selama ini. Ayah tahu apa yang ayah buat ni.” Hj Zakariah meluahkan. Shahrin memandang wajah mertuanya yang sedang duduk di tempat penumpang.

“Dia anak yang taat ayah. Arin yakin dia akan memahami maksud emak dan ayah kelak.” Nada suara Shahrin memberitahu Hj Zakaria bahawa anak muda itu yakin dengan perancangan mereka.

“Ayah harap Arin jaga dia baik baik. Jaga dia macam mana Arin jaga emak dan adik adik Arin,”pesan Hj Zakaria lagi.

Shahrin yang sedang tekun memandu hanya menganggukkan kepala. Itu memang tekadnya. Mahu menjaga Adlina sebaik mungkin hingga ke nafasnya yang terakhir.

No comments: