Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 2

Selepas Asar, pantas Adlina bersiap siap seadanya. Skirt tier yang di beli dari Sabrina dari Xcess fix itu di padankan dengan blaus warna biru firus dan tudung Ariani saja. Dia lebih cenderung berpakaian simple. Purse yang di kait oleh rakan karibnya di masukkkan ke dalam travelling bagnya.

“Awak nak ke mana, Adlina?” soal Shahrin yang baru masuk ke kamar. Seusai solat asar tadi, dia telah keluar sebentar entah ke mana. Melihat Shahrin tiada, Adlina fikir lelaki itu sudah ke rumah emaknya.

Adlina terpempan mendengar soalan Shahrin. Bukan kah dia yang mengajak tadi Subuh?

“Awak kata, emak awak ajak berbuka sama?” soal Adlina, tidak puas hati. Shahrin memandang isterinya dari atas ke bawah.

“Awak nak ke rumah emak dengan beg ni kenapa?” dia masih tidak dapat mencerna. Sedari pagi tadi, Adlina hanya membisu sahaja. Bangun dari tidur, dia terus membuat kerja rumah tanpa bersuara. Rumah lima bilik milik Encik Zakaria akan berubah menjadi rumah mayat kalau hanya Adlina dan Shahrin yang berada di dalamnya.

“Dalam itu ada telekung saya,lah. Saya tak nak susahkan mak. Nanti dia mesti ambil telekung bersih untuk saya,” Adlina memberitahu. Walau dia tidak intim dengan anaknya, tetapi dengan emak Shahrin dan adik beradik Shahrin yang lain, Adlina mudah menyesuaikan diri. Hal itu Shahrin sendiri akui. Dia sendiri tidak faham dengan isterinya itu.

“Awak nak singgah mana mana?” soal Shahrin sambil mencapai dompet dan kunci kereta. Kunci kereta itu di gawang di hadapan Adlina.

“Awak drive, boleh?” soal Adlina. Dia tidak terasa mahu memandu lexusnya hari itu.

“Awak letih?”

“Saya…..tak ada apa apalah.” Entah kenapa, kata kata Shahrin pagi tadi seakan akan menghantui jiwanya. Sepanjang hari, dia tidak berasa tenang apabila teringat kata kata suaminya itu. Suami?? Suami hanya pada sekeping surat nikah.

Tatkala dia mahu melangkah keluar, terasa tangannya di tarik Shahrin. Pantas dia cuba melepaskan genggaman lelaki itu di pergelangan tangannya.

“Kalau awak tak sihat, kita tak payah pergi. Mak tentunya akan faham. Menantu dia banyak kerja.”

Dia jeda seketika, sedikit terasa dengan kata kata lelaki itu. Di telinganya, kata kata Shahrin seolah olah menyindirnya.

“Saya tak cakap pun saya tak sihat,” pintasnya sebelum meleraikan pegangan Shahrin.
“And Shahrin, saya kan dah pesan, no physical contact.” Tegasnya sebelum meninggalkan lelaki itu di kamar.

No comments: