Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 3

Wajah Makcik Hamidah kelihatan berseri seri melihat Adlina dan Shahrin di muka pintu. Tengahari tadi, dia menerima panggilan dari Shahrin menyatakan Adlina kurang sihat. Terkilan hati tuanya tatkala mendengar \khabar yang di sampaikan oleh anak sulungnya. Namun melihat pasangan itu terpacak di hadapan rumahnya, dia kembali ceria. Malam itu, cukuplah semua ahli keluarganya berkumpul. Sudah hampir dua minggu berpuasa, barulah dia dapat berbukan dengan menantunya itu.

“Tadi Arin kata Ina tak sihat.” Dia memberitahu menantunya.

“Ina sihat mak, tapi letih sedikit. Banyak sangat tugasan pejabat yang terpaksa Ina bawa balik selepas ayah serahkan tanggungjawab dia pada Ina,” beritahu Adlina. Shahrin di sisi hanya berdiam saja. Iyalah, tadi apabila melihat adlina bungkam sewaktu di ajak ke situ, dia terus saja mengambil keputusan menelefon emaknya memberitahu yang Adlina tidak sedap badan.

“Kesian menantu emak ni… Kalaulah Arin boleh tolong kan bagus,” luah Makcik hamidah sambil melabuhkan punggung di sebelah Adlina. Pasangan itu bertukar pandang tatkala mendengar kata kata emak mereka.

“Arin bukannya tak…” kata kata Makcik hamidah segera di pintas Shahrin.

“Arin bantu doakan dia mak..siang malam. Iyalah, ada isteri yang jadi tunggak syarikat ni, suami kena banyak bagi perangsang, kan Mak?”

“Tahu tak apa, kamu jangan asyik nak goyang kaki saja,” usik emaknya sebelum bangkit ke dapur.

Adlina turut bangkit sama. Shahrin menelan air ludah yang tertahan tadi. Mujur emaknya tidak sempat menghabiskan ayat.




“Tidur sini ke Arin?” soal Makcik hamidah setelah mereka selesai berjemaah di ruang tamu rumah itu.

“Tak lah mak.”

“Ina nak tidur sini lah mak.” Serentak jawaban mereka membuat wanita separuh umur itu semakin pelik. Sudahlah sepanjang berbuka tadi shahrin asyik berbalas mesej sahaja. Apabila di tanya dia hanya memberitahu kawannya mencari.
“Korang berdua ni kenapa? Satu kata tak, satu kata ya,” soal makcik Hamidah pelik.

“Ina dah letih sangat. Tadi makan terlebih. Mata macam tak boleh nak buka,” beritahu Adlina sambil melipat mukenanya telatin. Shahrin hanya memerhatikan telatah isterinya. Dia duduk menyandar pada kusyen besar yang tersedia di ruang itu.

“Kan saya yang drive,” Shahrin bersuara. Adlina terkilan dengan kesungguhan Shahrin. Apakah Shahrin tidak suka dia bermesra dengan ahli keluarga di sini.

“Along ni lame betul. Kak Ad nak tidur sini pun dia banyak spelling,” sindir Nasuhah, anak kedua Makcik Halimah.

“Entah apa apa saja Along ni. Bukan selalu Kak Ad boleh tidur sini. Entah lepas ni bilalah Kak Ad dapat tidur sini lagi,” Natrah pula menyampuk. Shahrin menyebak rambut kebelakang. Songkok yang di pakainya di hulurkan kepada Adlina.

“Simpankan dalam beg awak,” dia memberitahu. Adlina sekadar mengikut arahan. Songkok di tangan suaminya di ambil dan di letakkan di sisi begnya.

Makcik Halimah kemudiannya menyuruh anak anak gadisnya mengemaskan kamar mereka untuk kegunaan Adlina. Rumah tiga biliknya hanya mempunyai dua kamar tidur.

“Tak payahlah mak. Ina nak baring dekat hall saja. Nak tengok televisyen,” tolak Adlina berhikmah ketika di suruh berehat di bilik adik adik iparnya.

“Kak Ad, malam ni mak nak buat kuih bangkit tau. Nanti Kak Ad tak boleh nak tidur lenyak pasal mak pasang semua lampu,” beritahu Natrah.

Adlina tersenyum, dia memang senang dengan Natrah dan Nasuha. Dua gadis itu tidak banyak kerenah. Taat pada emak dan abang mereka, tidak macam dia.

“Tak apalah. Kak Ad tidur dekat hall saja. Shahrin tentu tolong mak, kan?” dia berpaling pada Shahrin. Shahrin hanya mengangguk. Matanya tajam merenung gadis itu.

“Kalau Kak Ad nak tidur kat hall ni, kita join lah sekaki,” cadang Nasuha pula.” Kak Ad nak buat movie marathon tak?”

“Huh?” Adlina kurang faham akan apa yang di beritahu tadi.

“Alah, kita dua orang, kalau tak sekolah, siaplah buat movie marathon.”beritahu Natrah.” Along tak pernah ajak akak buat marathon ke?” Adlina hanya tersenyum.

“Err..arrr..mana sempat. Kerja akak tak pernah selesai,” dia memberitahu akhirnya.


“Kenapa dengan awak hari ini?” soal Shahrin sewaktu mereka sedang sendirian di kamar Natrah/ Nasuha.

Mencerun mata Adlina memandang Shahrin.

“Salah ke? Mak dengan ayah tak ada di rumah. Saya tak selesa tinggal sendirian dengan awak saja,” dia memberitahu sejujurnya.

“Awak takut saya apa-apakan awak?” datar Shahrin bersuara apabila mendengar pengakuan Adlina. Sangkanya Adlina sudah mahu berbaik.

Adlina menggeleng kepala. Dia tahu Shahrin tidak akan berbuat sedemikian.

“Saya, saya takut dengan diri saya sendiri,” akhirnya dia memberitahu. Baju yang di pakainya tadi di gantung kemas di penyangkut baju. Adlina kemudiannya duduk di birai katil.

Shahrin mengambil kesempatan mendekati gadis itu. Namun dia tetap menjarakkan dirinya. Takut kalau Adlina menuduhnya mengambil kesempatan.

“Awak ada masalah ke Adlina?” soalnya prihatin. Sekali lagi Adlina menggeleng.

“Kalau ada masalah, beritahu saya. Saya ni drebar yang berpengalaman tau,” Shahrin sengaja berseloroh. Mendengar perkataan drebar, Adlina pantas mengangkat wajah menentang wajah suaminya.

“Kalau awak tahu awak tu drebar saya, tolong jangan masuk campur hal saya, boleh tak?” ada nada tidak puas hati pada getaran suara Adlina.

Shahrin mengangkat tangan tanda mengalah. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang isterinya lalui kini.

“Peace?” soalnya. Dan Adlina sekadar mengangguk.

“Shahrin, can we be friends?” soal gadis itu tatkala shahrin mahu bangkit dari duduknya.

“Sure, till eternity.” Balas lelaki itu.

No comments: