Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 8

Mereka melangkah keluar dari kereta tanpa kata. Sedari dia di jemput Shahrin, Adlina tidak berkutik sedikit pun. Sudah semalaman juga dia berdiam diri. Membisu tatkala semua di meja galak bercerita.

Dia mengambil tempat di sebuah bangku kosong yang menghadap ke laut. Pada hari hari biasa seperti ini, memang tidak ramai pengunjung di Pantai Changi. Shahri hanya menuruti. Dia sedar akan perubahan sikap Adlina sejak kebelakangan ini. Sekejap ceria, sekejap lagi muram. Dan dia bertindak untuk tidak menegur sikap isterinya itu. Dia mahu beri ruang untuk Adlina berfikir.


“Baguskan kalau hati kita boleh jadi setenang lautan,” tiba tiba Adlina bersuara. Shahrin memanggung kepala, memandang si isteri yang manis dengan shawl pashmina dan dress panjang. Tanpa perlu bersolek pun Adlina kelihatan ayu.

“Bila laut tenang macam ni, kita semua suka. Tapi bila dia sudah bergelora, menjadi ganas seperti tsunami, semua akan rasa gerun Adlina,” balas Shahrin perlahan.

“Shahrin, saya tak tahu nak cerita pada siapa. Saya bukannya rapat dengan mak ayah saya sendiri. Awak pun tahu, kan?” Adlina mula membuka cerita. Adlina tidak tinggal dengan mak dan ayahnya sewaktu kecil. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan arwah nenek dan datuknya. Sedari kecil, dia suka memencilkan diri, suka bersendirian. Hidupnya cukup sekadar dnegan bahan bahan bacaan. Saat sepupu sepupunya girang bermain di taman, dia lebih suka duduk terperuk di sudut ruang tamu dengan buku di tangan. Semua orang akur akan peribadinya itu. Dan sehinggalah kedua datuk dan neneknya meninggal, Adlina tidak pandai bergaul dengan sesiapa pun.

“Adlina, saya kan suami awak. Awak boleh cerita pada saya. Masalah awak adalah masalah saya. Its true, kita bukan pilihan hati awak. Tapi sebagai suami saya wajib tunaikan tanggung jawab saya terhadap awak,” Shahrin memberitahu lembut. Hj Zakaria pernah memberitahunya bahawa walaupun Adlina kelihatan kuat, sebenarnya dalamannya rapuh. Dia terlalu fragile dan payah untuk mendapat kekuatan jiwa.

“Tapi kita….” Adlina seperti kehilangan kata kata.

“Lupakan lah tentang kita dahulu. Apa yang terpendam dalam hati awak itu yang lebih mustahak,” Shahrin memujuk. Desiran angin sepoi sepoi bahasa menyamankan dirinya. Dia melihat Adlina membetulkan pasmina yang di tiup angin. Kalaulah dia boleh memiliki hati seorang Adlina. Namun dia akur, pekara itu sukar berlaku, walaupun tiada yang mustahil.

Lama Adlina berdiam. Hanya kicauan burung dan deswiran ombak menjadi melodi telinga mereka.

“Adlina, care to share? You want us to be friends, remember?” Shahrin bersuara setelah sekian lama menanti adlina membuka bicara. Adlina akhirnya hanya mengangguk.

“Lin…Lin banyak salah kan? Pada awak?” Shahrin dapat menagkap perubahan ganti nama yang Adlina sebut itu. Tiada lagi perkataan saya. Dia membahasakan dirinya Lin. Seperti yang dia guna kalau berbual dengan arwah nenek dan atoknya.

“Maksud Lin?” Shahrin sengaja mengikut gaya bahasa isterinya. Dia kembali memandang laut. Semoga di limpahi dengan rahmat Tuhan.

“Apa yang Lin buat selama ni, berdosakan? Lin salah kerana buat macam macam pada awak. Lin dah jadi isteri derhaka, kan?” soal Adlina bertubi tubi. Adlina merubah posisi duduknya sehingga dia menghadap Shahrin. Namun lelaki itu sekadar berdiam diri. Adlina resah. Bukan dia tidak pernah dengar kisah suami isteri yang bercerai setelah kontrak pernikahan mereka selesai. Saat hati sudah mula menyayangi, mereka terpaksa berhadapan dengan keegoan masing masing. Tapi dia juga sedar yang pernikahannnya itu tidak di sertakan dengan kontrak apa apa pun. Sekadar satu pernikahan bersyarat.

“Shahrin….” Adlina memanggil lagi. Dia menggerakkan lengan lelaki itu. Cemas apabila lelaki itu tidak membalas kata katanya.

Perlahan Shahrin menoleh kearah isterinya. “Lin tak berdosa. Saat saya menikahi awak, saya tahu perkara sebegini akan berlaku dan saya sudah maafkan semua kesalahan awak, Lin.” Dia memberitahu. Adlina terpempan mendengar pengakuan Shahrin. Dia rupanya sedar akan masalah yang bakal dia hadapi bersama Adlina dan dia mampu memaafkan. Sedangkan dia berhak berbuat apa pun terhadap Adlina.

“Cuma saya nak tanya,” kemudiannya Shahrin bersuara lagi.

“Is our agreement null and void?” dia memadang jemari Adlina yang masih memaut lengannya. Adlina tertunduk malu. Malu dengan kesilapannya sendiri. Dia yang membuat agreement, dia juga yang melanggarnya!


“Ayah nampak Inah macam dah ceria sikit.” Komen hj Zakaria semasa mereka sama sama berada di dalam perut kereta.

Shahrin tersenyum sambil mengiyakan. Pulang dari pantai kelmarin, Adlina di lihatnya mudah melemparkan senyuman.

“Dia nak jadi isteri yang lebih baik ayah. Dia dah mula nak bercerita dengan saya,” beritahu Shahrin jujur. Hj Zakaria menoleh ke arah Shahrin yang sedang tekun memandu.

“Selama ni, kamu berdua tak berbual?” soal Hj Zakaria yang cepat menangkap maksud anak menantunya.

“Selama ini, dia belum bersedia nak berkenalan dengan saya, pun.”

Hj Zakariah mengeluh kecil. Terasa bersalah kerana dia yang beriya iya menyuruh Shahrin menikahi Adlina.

“Maafkan ayah,” ucapnya penuh kesal,” Ayah yang susahkan Shahrin.”

“Ayah tak susahkan sesiapa pun. Shahrin yang bersedia untuk jadi suami Adlina,” Shahrin membalas.

“Ayah doakan rumahtangga kamu berkekalan. Ayah yakin Arin boleh membimbing dia.”

“Arin pohon doa semua orang ayah.”

No comments: