Sunday, November 14, 2010

Hadiah ramadhan 21(END)

" I am truly sorry, Adlina. I bertindak di luar kawalan dat day." Alif bersuara datar. Matanya di hala ke karpet yang di bentang. Adlina hanya membisu. Dia keluar bertemu dengan Paklongnya sekeluarga pun kerana Shahrin yang memujuk. Bukan memujuk tapi lebih kepada memaksa saja baginya.

"Pak long menyesal atas apa yang berlaku, Adlina. Paklong tak sangka Alif ni sanggup buat semua tu kerana harta." Paklong Osman mencelah pula. Adlina mengangguk sedikit, memberi respon pada kata kata orang tua itu.

"Alif ni, silap didikan paklong sendiri. Paklong mengaku. Kalaulah dulu Alif pun Paklong serah pada arwah nenek untyk di jaga, tentu dia jadi macam Ad." Paklong Osman menyuarakan rasa terkilan.

"Shahrin, aku mengaku, memang aku sulakan Adlina. Tapi dia memang dingin terhadap aku. Dari masa arwah nenek jaga dia lagi. Bila dia terima kau sebagai suami, aku rasa tercabar. Not knowing who you are. Aku memang nak hancurkan kau. Aku takut harta keluarga jatuh pada kau," Alif mengaku. Puan Khadijah memandang Alif dengan reaksi yang sukar di tafsir. Terkilan, kerana anak saudaranya itu sanggup menganiaya orang lain kerana harta.

"Aku rasa jijik selepas apa yang kau lakukan pada aku. Suami aku yang nerhak ke atas aku pun tahu menghormati isteri dia." keras Adlina bersuara. Marahnya masih ketara.

"Kau kata kau sukakan aku sejak arwah nenek jaga aku lagi?" Adlina sinis bertanya. Apabila tidak menerima apa apa balasan dari sepupunya itu, dia terus menyambung kata kata," cuba beritahu aku, siapa yang selalu ganggu aku, berkasar dengan aku, mengata aku di depan anak-anak didik nenek dulu?"

Adlina merengus kecil. Meluat mendengar kata kata Alif tadi. Suka? Sukakan Adlina sampai sanggup beritahu semua orang bahawa dia itu adalah anak buang. Anak yang di buang oleh mak ayah sendiri? Mujurlah waktu itu ada seorang murid nenek yang akan memujuk. Siapa 'abang' itu, Adlina pun tak pasti. Tapi dia selalu beritahu Adlina bahawa dia yakin mak ayahnya bukanlah jenis yang tidak berhati perut.

Terasa bahunya di sentuh. Pantas dia menoleh. Di sisinya, Shahrin sedang memandangnya tunak. Pandangan mata Shahrin mengingatkan dia pada 'abang' itu.
"Apa salahnya kita maafkan sesama insan? Sedangkan Rasul pun tidak pernah berdendam dengan perempuan Yahudi yang menabur najis di hadapan rumah baginda setiap hari."Shahrin memujuk lembut. Lagipun, kalau boleh, dia mahu perkara itu selesai segera.

"Inah sebal. Sebal dengan kelakuan dia yang tak habis habis nak jatuhkan maruah Inah," Adlina memandang Alif. Tajam anak matanya memanah anak mata Alif yang turut memandangnya.

"Please Adlina, I am sorry. Janji, I wont repeat that again," rayu Alif. Hj Osman telah cukup memarahinya sewaktu Pak Ngahnya menelefon memberitahu tentang apa yang terjadi.

" Kenapa kau nak sangat harta ayah aku?" soal Adlina, masih tidak puas hati. Alif kelihatan gusar. Gusar dengan soalan itu.

"So, you are not telling? Fine. Aku takkan maafkan apa yang dah berlaku, Alif. Bahkan aku boleh buat laporan polis. Its better late than never." tegas suara Adlina menyatakan syaratnya. Shahrin sendiri terlopong melihat ketegasan Adlina itu.

"Adlina, aku aku...." Alif terhenti. Kemudian dia memandang semua yang ada di situ.
Dia menarik nafas dalam dalam.

"I am in bad debt. I berhutang, its all because of you." rendah suara Alif menyampaikan.

" What do you mean by that? Wife aku? Apa kena wife aku dengan hutang kau?" kali ini Shahrin pula meninggi suara. Dia saling bertukar pandang dengan Hj Bakhtiar.

"Pak Ngah rasa baik kamu terangkan duduk perkara sebenar," celah Hj zakaria. Masalah dah menjadi semakin rumit. Sebolehnya dia tidak mahu tahu aib orang, tetapi kalau ianya membabitkan ahli keluarganya, dia terpaksa juga.

"Aliff betting dengan kawan kawan kat pub tu. Kami bertaruh untuk melihat kalau Adlina berjaya Alif tundukkan." Ada bunyi penyesalan pada nada suara itu. Alif meraup wajahnya. Kusut; dia berasa sangat kusut pada ketika itu.

"Berapa?" soal Hj Osman pula.

" Lima puluh ribu. Sepuluh seorang." datat suara Alif menjawab soalan ayahnya.

Adlina tersandar mendengar pengakuan Alif. Kerja bodoh! Alif memang bodoh! Jerit hatinya. Rasa macam mahu di tampar tampar saja wajah Sepupunya itu.

" Scoundrel! Your ego has got the better of you, Alif!" Adlina merengus. Marah sekali kerana dirinya di jadikan bahan taruhan Alif dan kawan kawannya di tempat maksiat itu.

"I am sorry. I betul betul menyesal..." hanya itu yang mampu Alif katakan.

Shahrin pantas menguasai suasana memandangkan wajah Hj Osman pun sudah macam singa lapar. Dengan penuh hikmah dia mencadangkan perkara perkara yang sepatutnya di ambil agar Alif dapat melangsaikan hutang bodohnya itu.

"Nasib lah ada kamu, Shahrin. Kalau tak.... Dah arwah si Alif tu Paklong kerjakan tadi," Hj Osman memberitahu sebelum dia dan Alif meminta diri. Memang orang tua itu berasa malu yang amat akan perbuatan keji anaknya. Namun Hj Zakaria dan Puan Khadijah sudah memaafkan.

"Berilah dia peluang untuk berubah,Pak Long," balas Shahrin. Wajah Alif di pandang tajam.

"Aku boleh saja pukul kau atas apa yang kau lakukan pada isteri aku. But aku tak layak menghukum. Bertaubatlah Alif. Kita bukan baru kenal. Dari kecik lagi," Shahrin memberitahu. Alif mengangguk. Memang dia menyesal. Memang dia mahu bertaubat.

"InsyaAllah..."



Badan di rebahkan di atas katil. Letih memikirkan perkara yang berlaku tadi siang. Begitulah kalau manusia tidak di didik dengan asas agama yang kukuh. Macam macam boleh berlaku.

"Abang dah tidur?" sapa Adlina yang baru masuk ke bilik.
Shahrin memusingkan tubuhnya.
"Belum sayang... "
"Boleh tak abang ceritakan tentang wanita Yahudi dengan Rasulullah tu?"
"Kenapa Lin?"
" Kisah Rasullah tu reminds me of someone dear to me," beritahu Adlina.
Sharin tersenyum. Lalu di gamit isterinya ke sisi.

"Akhlak Rasulullah itu mampu membuat seseorang beriman Lin, abang pun berdoa semoga di kurniakan akhlak seperti baginda."

" Assalamualaika Ya Rasulullah...." Shahrin mengucapkan salam. Perasaan syahdu menyelubungi mereka.

Tiba tiba Adlina menarik tangan Sharin agar mengadapnya.

"Abang?"
Di meneliti wajah Shahrin. Mata itu! Kata kata tadi!

" Abang orang yang sama yang selalu pujuk Lin masa kecil tu? Kan?" soal Adlina mahu tahu. Hatinya berdebar debar menanti jawaban Shahrin.

Shahrin hAnya tersenyum. Di raih Adlina ke dalam rangkulan

"Adik tak mahu sedih sedih,ya. Kita doakan Alif tu berubah. Adik jangan takut, abang akan jaga adik sampai bila bila." tiba tiba Shahrin bersuara.
Adlina mengeratkan dakapAnnya. Wajahnya di sembamkan ke dada Shahrin. Orang yang berjanji akan menjaganya sampai bila bila sudah ada di depan mata! Terima Kasih Tuhan.....




Ended sudah cerita yg ntah apa apa ini... Semoga di ampunkan dosa saya akan semua kekurangan :-)

Hadiah ramadhan 21 i

Syawal sudah berapa hari berlalu. Shahrin dan Adlina kerap menrrima kunjungan keluarga dan sanak saudara di rumah. Puan Khadijah tidak menang tangan melayan setiap tetamu yang menjengah. Setiap hari Puan Khadijah pastikan dia masak didalam quantity yang lebih; supaya tetamu dapat di jamu sama. Tidaklah mereka itu sekadar di hidangkan kuih raya saja. Mujur syarikat mereka bercuti panjang, maka dapatlah Shahrin dan Adlina membantu apa yang boleh.
Pekerja pekerja syarikat juga sempat datang beramai ramai; macam sudah berjanji! Tidak menang tangan keluarga Haji Zakaria melayan tetamu yang datang. Mujur pada hari yang sama, Nasuha dan Natrah datang beraya. Sempatlah Adlina memujuk kedua duanya agar membantu di situ.

"Kalau macam ni, tak payahlah buat open house untuk staff, semua dah ada hari ini," seloroh Hj Zakaria.

"Betul tu Tuan Haji, ini pun dah macam open house." sambut Rahilah. Rahilah kelihatan manis dengan baju kurung pahang kain songket berwarna Maroon.

"Tergerak pula hati makcik nak masak lauk pauk lain tadi pagi. Lauk raya semalam dah habis. Rezeki kamu lah semua ni," beritahu Puan Khadijah pula.

Riuh rendah di ruang tamu sedikit sebanyak membuat Shahrin tersenyum. Adlina yang sedang mengeluarkan ketupan air baru dari dalam ' freezer' memandang wajah suaminya penuh prihatin.

" Abang okay?" dia bertanya lembut. Shahrin menoleh, mengangguk serta tersenyum kecil.

"Alhamdulillah,"Adlina menyuarakan. Tidurnya semalam tidak tenang kerana Shahrin kelihatan sugul sekali. Mungkin terkilan dengan cara kematian Zaliah.

"Lin okay tak? Semalaman tak tidur lena,kan? Risau tentang abang?" Shahrin bertanya pula, sambil mengambil bekas ais dari tangan isterinya.

" Kesian isteri abang ni," sambungnya lagi.
Adlina menggeleng, menafikan yang dia letih.

"Lin okay as long as abang okay," dia memberitahu. Tersenyum Shahrin mendengar pengakuan itu. Pengakuan yang ti nanti nantikan. Kata kata yang menunjukkan Adlina semakin menerima dia di dalam hidup wanita itu.


Pekerja pekerja syarikat beransur pulang selepas solat Asar. Masing masing masih ada keluarga lain yang mahu di ziarahi. Natrah dan Nasuha juga meminta diri selepas membantu Adlina di dapur. Mengikut plan mereka, mereka mahu menziarah adik beradik arwah bapa mereka hari itu, namun Shahrin pula mengajak mereka berziarah bersama dia dan Adlina pada hujung minggu pula. Senang saja mereka menurut, tidak ada bantahan; taat dengan usulan yang di buat oleh Along mereka itu. Adlina sekadar memerhatikan. Di dalam hati dia memuji kedua dua adik iparnya itu. Kata orang tua, nak jaga abak dara ni bukannya senang. Lebih senang jaga kambing sekandang. Tapi bagi Adlina, mertuanya berjaya mendidik kedua dua anak daranya, walaupun tanpa sokongan suami.

" Rehat lah dulu Shahrin. Penat badan tu." Hj Zakaria menegur Sharin yang sedang membersihakan meja makan.

"Macam ni lah rumah ni kalau raya, tetamu tak putus. Penat tapi mak seronok," tambah Puan Khadijah. Di merebahkan punggung di sisi Hj Zakaria.

"Mak dengan ayah rehat lah dulu. Mana tahu nanti nanti ada tetamu lagi. Baru saja Shahrin bersuara terdengar salam dari luar pintu.

Salam di jawab. Hj Zakaria pantas bangkit untuk menjenguk tetamu di luar. Kemudian terdengar suara ceria Hj Zakaria menjemput tetamunya masuk ke dalam rumah.

"Kamu pun ada sama Alif? Lama tak nampak kamu," Haji Zakaria. Gerakan tangan Shahrin terhenti tatkala nama Alif di sebut bapa mertuanya. Pantas dia menoleh memandang Adlina yang sedang menambah kuih pada bekas bekas kuih. Adlina juga seolah olah terkedu mendengar nama itu.

"Lin tak sedap badan. Lin minta izin masuk bilik," datar suara isterinya itu. Tanpa menunggu jawaban Shahrin, Adlina meninggalkan ruang makan. Shahrin berbalas pandang dengan Puan Khadijah.

Hadiah ramadhan 20 ii

Sambutan raya yang sepatutnya meriah, menjadi suram sepanjang hari. Tengahari itu, Shahrin pergi menziarahi Pak hasan yang berada di rumahnya. Bukan mudah untuk memasuki kawasan Crime Scene itu. Saat Shahrin tiba, Pak Hasan pantas menerpa ke arahnya.

“Semua salah Pakcik. Shahrin. Kalaulah pakcik tak biarkan dia kawin dengan lelaki itu, dia masih hidup sekarang. Tentu dia bahagia jadi isteri kamu, Shahrin,” Orang tua itu menangis di bahu Shahrin. Shahrin terpaksa menenangkan Pak Hasan.

“Tuhan lebih sayangkan dia Pakcik. Kita yang hidup ini, kena banyak berdoa, semoga dia di terima Allah.”

Kelihatan ada dua tiga orang yang berada di rumah Pak Hasan. Shahrin tidak pernah pula melihat mereka selama ini. Seperti boleh membaca apa yang terlintas di fikiran Shahrin, Pak Hasan lantas memberitahu,” Mereka ni keluarga pakcik. Entahlah Shahrin…pakcik masih tak dapat nak terima ni semua. Dia balik sini nak tuntut cerai, tapi ini yang jadi…”



“Abang, Inah tak tahu kalau Lin sepatutnya ada kat sini. Kalau abang nak bersendirian, Inah keluar dulu ya,” teguran Adlina mengembalikan Shahrin kealam nyata. Tangan Adlina di raih, menahan wanita itu dari meninggalkan kamar mereka. Adlina kembali duduk di sisi Shahrin.

“Maafkan abang Lin, abang terbawa bawa.”

“Lin faham. She used to be someone important in your life,” balas Adlina. Dia sedar, dia tidak perlu terasa hati dengan suaminya. Tadi sewaktu dia pulang pun, Puan Khadijah sempat memesan sedemikian kepadanya. Jangan bebankan fikiran suami. Kena bantu dia, itu yang emaknya pesan tadi.

“Abang tak sangka dia terjebak dengan jenayah macam tu. Siapa sangka orang yang lembut macam dia rupanya pengedar dadah.” Shahrin meluahkan.

“Abang, she’s gone. Janganlah ungkit lagi perkara itu. Lagipun dia tertipu bang. Bukan kah abang dah dengar dari pak Hasan? Suami dia yang tipu dia. Sekali dah terjebak, memang bukan mudah nak lari dari sangkar tu,” Adlina memujuk.

“Kalaulah dia tidak nampak harta dan kekayaan,” Shahrin melepaskan keluhan. Kesal kerana arwah Zaliah memilih mengejar kekayaan sehingga terjebak menjadi runner walaupun secara terpaksa.

Adlina menggenggam jemari Shahrin. Tidak tahu apa yang sepatutnya di katakana lagi. Dia sendiri terperanjat tatkala Shahrin balik ke rumah mertuanya dan menceritakan perkara yang sebenar. Pulangnya Zaliah ke Singapura memang untuk kembali kepada Shahrin. Dia bercadang untuk membuat laporan polis akan apa yang berlaku kepada dirinya semasa tinggal di luar Negara. Rupanya, Zaliah berpindah randah dan bukanlah bermastautin di AS seperti yang semua orang sangkakan. Dia balik ke Singapura pun secara sembunyi sembunyi. Dia sebenarnya melarikan diri dari Sean, suaminya. Itu yang Pak Hasan sempat beritahu Shahrin. Zaliah tidak sangka Shahrin sudah memiliki isteri yang cantik, kata Pak Hasan lagi. Namun belum sempat dia membuat laporan polis, suaminya lebih cepat bertindak. Sean menjejakinya di rumah, dan perbalahan di antara mereka menyebabkan Sean mencekik Zaliah sehingga wanita itu tewas di tangan suaminya sendiri.

“I am disappointed Lin,” Shahrin memberitahu.

“Kita doakan semoga ruhnya di ampunkan, bang. Hanya itu yang mampu kita lakukan sekarang,” Adlina cuba memujuk.

“Glad I found you sayang,” Shahrin pantas merangkul isterinya erat. Jelas sekali Adlina sabar dengan masalahnya itu.

Hadiah ramadhan 20 i

Telefon bimbit Shahrin berbunyi tatkala dia sedang memandu di PIE menuju ke Kallang. Dia mengisyaraykan Adlina agar memasangkan headset ke telefonnya itu. Seusai headset di pasangkan, dia pantas menjawab panggilan.



“Haah, Along dalam kereta ni Suha. Dalam perjalananlah ni.” Dia memberitahu. Kemudian wajah ceria Shahrin berubah suram. Adlina sekadar menjadi pemerhati. Bertanya tidak, mencelah pun tidak.

Shahrin mematikan talian. Earpiece di tarik dari telinganya. Dia mengeluh kecil. Kemudian dia menoleh kea rah isterinya sekilas.

“Zaliah…She just passed away,” dia memberitahu datar.

“Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun…” hanya itu yang terkeluar dari bibir Adlina. Zaliah, wanita yang sangat sangat dia mahu jumpa, telah terlebih dahulu pergi.

“Bila?” hanya itu yang dia mampu tanya.

“Pagi tadi…sebelum solat sunat raya pun…” beritahu Shahrin.

“Uh-huh…”

Secara refleks, dia mengeluarkan Iphone dari tas tangan. Applikasi Yasin di sentuh dan dengan suara yang rendah, dia mengalunkan bacaan itu, dihadiahkan buat arwahnya.

------------------------------------------
Makanan titipan dari emknya di letakkan di atas meja. Walaupun dia gembira dapat bertemu dengan mertua dan ipar iparnya, namun hati tetap di pagut sayu akan berita yang mereka terima tadi.

“Semalam Kak Lia datang hantar kuih tat ni,” beritahu Natrah sambil tangannya mengambil sebuah botol kuih di atas meja dapur. Kuih tat pemberian Zahlia itu belum sempat lagi di alihkan ke bekas kuih pun.

“Dia kelihatan ceria sangat. Dia sempat kirim salam pada Kak Ad dan Along. Dia nak sangat jumpa Kak Ad, nak minta maaf pasal dia ada berbual dengan Along dekat tempat parkir kereta sikit hari dulu. Dia kata, ada orang lelaki jumpa dia lepas Along pergi. Lelaki itu tanya hubungan dia dengan Along. Tapi dia tak cakap apa-apa, pasal dia ingat lelaki itu kawan suami dia.” Cerita Natrah lagi.

“Tak sangka semalam itu adalah kali terakhir kita jumpa dia,” Nasuha pula mencelah. Masih terbayang di matanya wajah ceria Zahlia malam semalam. Wanita itu hadir dengan sepasang baju kurung putih susu. Cantik sekali kelihatannya. Terasa pelukan erat Zahlia sebelum dia meninggalkan rumah mereka. Nasuha mengeluh kecil. Siapa sangka, di sebalik senyuman itu, dia sebenarnya menyimpan seribu penderitaan.

“Siapa yang beritahu mak tentang dia,” akhirnya Shahrin bersuara. Wajahnya muram sedikit.

“Tadi Kak Rima rumah bawah tu datang beritahu. Dia kata dia nampak dua tiga buah kereta polis dekat blok belakang. Di ajaknya Suha dengan Nat ke sana.” Balas Makcik Hamidah.

“Masa kami sampai, mayat dah kena tutup. Polis dah kepung kawasan rumah Kak Lia pun. Tapi Kak Rima sempat tanya ayah Kak Lia. Pak Hasan kata, dia tengah bersiap siap nak pergi masjid. Dari dalam rumah, dia dengar orang ketuk pintu. Lepas itu dengar suara Kak Lia marah marah. Dia dengar juga suara orang lelaki. Masa dia nak keluar dari bilik dia, dia dengar Kak Lia menjerit. Dia bergegas ke pintu….” Natrah tidak mampu menghabiskan cerita.

“She was unconscious when Pak Hasan reached the gate,” Nasuhah pula mencelah. “Jiran jiran sempat call amubulance and the police. Paramedics yang pronounced her dead.”

Shahrin meraup muka. Dia memandang Adlina di sebelah. Adlina hanya membalas pandangan mata Shahrin, tidak tahu bagaimana dia boleh membantu lelaki itu. Dia akur, walaupun Zaliah sudah tiada, sedikit sebanyak Zaliah pernah berada di dalam kehidupan suaminya.

Shahrin memandang Cik Hamidah yang duduk berhadapan dengannya.

“Siapa yang lakukan itu mak?” dia bertanya lagi.

Makcik Hamidah memandang Natrah dan Nasuhah silih berganti. Lama dia berkira kira samada untuk memberitahu atau tidak.

“Mak?” Shahrin memanggil wanita separuh umur itu.

“Kata Pak Hasan, suami Lia yang punya kerja….”

Adlina melihat Shahrin menggeleng kepala. Dia mencapai tangan Shahrin, seolah olah ingin memberi kekuatan.

“Abang okay?”

“Sorry sayang,” hanya itu yang di balas Shahrin.

Hadiah ramadhan 19 ii

“Dah kena telan lif pun anak anak awak tu, Jah,” Hj Zakariah mengusik tatkala melihat isterinya masih lagi memandang aras lif yang sudah lengang itu. Puan Khadijah tersenyum.

“Ringan sangat beban bahu ni, bang. Tenang rasa hati. Macam hadiah hari raya yang paling besar lah kiranya,” Puan Khadijah menoleh kea rah suaminya. Terasa syahdu tatkala Adlina dan Shahtrin mendakap tubuhnya sebelum mereka keluar tadi. Kata kata minta ampun dari Adlina masih terngiang ngiang di telinga.

“Inah minta ampun kerana selama ni Inah tak nampak hikmah yang berlaku ke atas diri Inah. Inah rasa Makdan ayah abaikan Inah, biarkan Inah dengan nenek. Tapi Inah lupa, semua jasa dan pengorbanan mak. Sembilan bulan mak susah payah bawa Inah dalam kandungan. Mak, halalkan susu mak buat Inah. Izinkanlah Inah menjalankan tugas sebagai anak mak…” Airmatanya sudah merembes tatkala mendengar Adlina memohon keampunan. Terasa anaknya itu dekat di hati, terlalu dekat sangat…..

“Bukan awak saja yang rasa ringan beban, saya lagi lagi lah. Perkahwinan mereka pun saya yang beriya iya jalankan. Risau tengok anak kita itu lancar perang dingin tak henti henti. Saya risau dengan dosa dia setiap hari,” luah Hj Zakaria. Puan Khadijah mengangguk, setuju dengan kata kata suaminya.

Pintu pagar di tarik perlahan. Jam di dinding di pandang sekilas. Baru pukul 11 pagi. Pagi raya begini, dia memang tidak keluar kemana-mana. Selalunya lepas lepas Zuhur nanti adik beradik Hj Zakaria akan bertamu dan berkumpul di rumahnya. Jiran tetangga juga ada yang datang seawall raya pertama. Disebabkan seronok dengan kerenah dan keletah anak anak jiran tetangga lah Hj Zakariah tidak mahu berpindah rumah. BUkannya dia tidak mampu, tetapi dia sayang mahu tinggalkan jiran jiran yang baik itu.

“Kita dah kahwinkan anak ni, bukan sekadar kahwinkan dah boleh lepas tangan. Kena ambil tahu juga akan institusi rumahtangga mereka. Kena nasihat mana yang patut,” Hj Zakariah kembali bersuara.

“Asalkan kita tidak melebih batasan, kan bang. Adakala, saya takut dengar cerita mek mertua sihir menantu, duit gaji anak lelaki mak mertua minta tiap tiap bulan. Anak menantu tak bertegur sapa dengan mertua, sedih…” Puan Khadijah meluahkan. Dia sering terdengar cerita cerita sedemikian. Tapi dia bersyukur, Adlina masih tahu meletakkan dirinya. Shahrin masih mampu bersabar.

“Kalau nikah kerana Tuhan, apapun ujian, insyaAllah boleh di lalui dengan tabah. Mana ada rumahtangga yang tak ada ujian….” Tambah Hj Zakaria. Kemudian dia memanjangkan leher memandang pintu.

“Tengok apa?” soal Puan Khadijah

“Tunggu budak budak blok ni, lambat pulak nak sampainya,” Hj Bakhtiar memberitahu.

Hadiah ramadhan 19 i

“Abang nak rendang atau nak udang?” tanya Adlina sambil mencedok nasi beriyani ke dalam pinggan Shahrin.

“Both, tapi sikit sikit saja. Takut perut buat hal nanti waktu khatib baca khutbah. Abang nak jamah saja ni. Nanti balik abang sambung betul betul,” beritahu Shahrin sambil melabuhkan punngung ke kerusi. Dia sudah siap berpakaian indah untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Matanya meratah semua sajian yang terhidang. Seawal empat pagi tadi mertuanya sudah bangun menyiapkan hidangan untuk pagi itu.

“Sempat mak masak semua ni,”sapanya pada Puan Khadijah yang baru keluar dari dapur membawa seteko air.

“Masak awal sikit hari ini. Lepas tahajjud tadi mak dah mula masak.” Puan Khadijah membalas.

“Abang tak makan dulu ke?” Puan Khadijah bertanya Hj Zakaria yang sekadar menikmati sedikit kuih raya. Haji Zakaria menggeleng.

“Tak apa, balik nanti baru makan. Tapi saya dah meratah rendang awak awal tadi kat dapur.” Tertawa Puan Khadijah mendengar akuan dari suaminya. Dia arif sangat, Hj Zakaria memang hantu rendang Padangnya. Mahu suaminya itu merajuk kalau dia masak rendang Melaka di pagi Syawal. Bagi Hj Zakaria, resepi rendang Padang turun temurun arwah ibunya itulah yang paling sesuai di sediakan di pagi Syawal. Kalau nak makan rendang Melaka, esok esok ziarah rumah orang lain pun boleh saja merasa. Anak saudaranya di Lidya tu, raya atau tak, memang suka sangat masak rendang Melaka.

“Abang nak ke rumah mak bila?” tanya Adlina saat dia menyerahkan segelas air kepada Shahrin. Pantas Puan Khadijah mencuit lengan baju Hj Zakaria. Dia menaikkan kening sambil bibirnya menjuih kearah Adlina yang sedang memandang Shahrin. Hj Zakaria membalas mengangkat kening juga sambil tersenyum lebar.

“Nanti lepas abang balik solat kita ziarah mak pula.” Shahrin menjawab. Melihatkan ada bekas sambal di pipi Shahrin, Adlina pantas mengelap dengan ibu jarinya. Secara refleks, Shahrin mengelak.

“Alahai, sayang……”keluh Shahrin. Adlina berubah riak. Salah ke perbuatannya tadi. Dia sekadar mahu membantu membersihkan sambal di pipi Shahrin saja. Melihat wajah Adlina yang berubah muram, pantas Shahrin memberitahu,

“Abang dah ambil wudhu lah sayang. Batal wudhu abang dah….”dia tersenyum. Adlina tersenyum kecil, malu pula kerana sudah berburuk sangka tadi. Shahrin kemudian mencuit hidung Adlina dengan tangan kanan yang masih ada sisa sambal itu.

“Eeh, abang…” Adlina terkedu di perlakukan begitu di depan ayah dan emaknya. Malu kerana mereka belum tahu akan pakatan berdamai mereka.

“Cantik muka Lin kan mak…” Shahrin selamba menutur. Kemudian dia tertawa lepas.

Hj Zakaria dan Puan Khadijah juga ikut tertawa.

“Dah berabang, dan bersayang sayang ni, kiranya…dah berdamai lah anak menantu ayah, ya?” soal Hj zakaria merenung anak mata Adlina. Adlina membuang pandang. Malu di soal sedemikian.

“Perang dingin dia tak segan segan, dah berdamai, dia segan nak beritahu kita,” usik Puan Khadijah pula.

Shahrin memandang wajah mertuanya silih berganti. Sinar matanya memberitahu tekaan mereka itu tepat. Dia bersyukur, dan dia mahu mereka bergembira dengan berita busyrah itu.

“Macam tu lah mak, ayah. Doakan Shahrin banyak banyak.” Dia memohon restu. Haji Zakaria mengangguk angguk. Puan Khadijah tersenyum senang.

“Mak, ayah…..” Adlina tidak tahu bagaimana mahu menafikan.

Mahu menafikan benda baik lagi?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

*Ar Rahmaan ayat 13

Hadiah ramadhan 18

Selepas solat, dia merapati suaminya yang sedang sujud syukur. Sepanjang malam, dia menantikan saat ini. Dia mahu minta ampun atas setiap kasalahan dirinya. Dirinya yang ego, yang penuh rasa bangga. Dia banyak dosa terhadap tersuaminya. Takut sangat dia kalau dia tidak dapat meminta ampun.

Tangan Shahrin diraih lalu di kucupnya. Terasa syahdu dapat melakukan itu seikhlas hati.

“Lin nak minta ampun atas semua kesilapan Lin pada awak. Lin sedar, Lin bukanlah isteri yang baik, Lin abaikan tanggungjawab Lin sebagai isteri. Lin tak hormati awak sebagai suami. Lin tolak kemahuan awak. Lin banyak dosa….” Belum sempat dia menyambung, Shahrin sudah menariknya ke dalam dakapan.

“Sudah sayang, semua silap Lin pada abang, abang dah ampunkan. Lin tak bersalah. Lin confused. Abang juga mahu minta maaf kerana membuat Lin rasa tertipu. Tapi bukan niat abang nak menipu Lin, sayang. I just don’t want to lose you. Abang tunggu lama untuk saat ini. Untuk saat Lin jadi isteri abang.” Belakang isterinya di usap lembut, penuh kasih. Sesekali ubun ubun yang masih di tutupi telekung itu di ciumnya. Adlina sudah menangis di dada Shahrin. Perasaan bersalah terhadap suami dan tuhan semakin membuak di hati.

“Lin bersalah pada abang,” dia memberitahu di dalam sendu.

“We were both in the wrong darling,” pujuk Shahrin. Kemudia dia merenggangkan rangkulannya. Airmata yang merembes itu di seka dengan ibu jari.

“Kita betulkan niat, kita cari jalan untuk mencapai apa yang Allah mahukan dalam sesebuah rumahtangga ya sayang?” Shahrin merenung ke dalam mata isterinya. Tanpa sedar Adlina membalas renungan suaminya. Tangannya mencapai tangan Shahrin lalu di kucup sekali lagi.

“Lin, sayap kiri abang. I would never ignore you, my love,” seru Shahrin. Perlahan Adlina mendongak. Wajah suami di tatap lama. Masa seolah berhenti bergerak, membenarkan dua hati itu berbicara.

“Tuhan, dia adalah tulang rusukku, maka bantulah aku menjaga maruahnya. Tuhan, ia adalah hadiah Ramadhanku kali ini, aku berharap padaMu agar Kau kekalkanlah hadiahku ini hingga ke akhir hayat.”

“Tuhan, kalau dia ini suami yang Kau telah jodohkan kepadaku, dan kiranya melaluinyalah aku dapat memasuki syurga dengan mana mana pintu yang aku mahukan, maka hadiahkanlah sedikit rasa cintaMu agar aku mampu belajar mencintai suamiku.

Adlina merebahkan kepalanya ke dada Shahrin. Terasa tenang berbuat demikian.

“Abang, didiklah Lin jadi isteri yang baik.”

“InsyaAllah sayang,” terasa hangat kucupan di pipinya

Hadiah ramadhan 17

Selepas Asar, Adlina merapati Shahrin yang sedang berehat di ruang tamu.



“Awak….” Perlahan dia menyeru suaminya. Shahrin yang sedang melayan angan menoleh sekilas. Bibirnya mengorak senyum melihat Adlina dengan Quran di tangan.



“Lin ingat lagi, awak pernah cakap yang awak teringin nak bertadarrus dengan Lin. Awak dah khatam?” berhati hati dia mengatur ayat. Pandangannya di hala pada permaidani di lantai. Malu mahu menatap wajah Shahrin. Entah apa yang sedang bermain dalam fikiran Shahrin agaknya.



“Abang dah khatam Lin, semalam.” Shahrin dapat melihat riak kecewa pada wajah Adlina. Lalu cepat dia menyambung,” Tapi boleh saja kalau kita nak mulakan semula. Lepas tu, kita teruskan sampai khatam. Lin nak?”



Lama Adlina berdiam, berkira kira untuk menjawab. Akhirnya dia mengangguk kecil. Quran di tangan di buka. Shahrin pantas membawa Adlina duduk di atas permaidani.



“Kita baca sedikit saja ya. Satu juz, lepas tu kena tolong mak kat dapur,” Shahrin memesan.



Dia mengangkat tangan membaca doa lalu dengan nada sederhana, Shahrin mengalunkan surah Alfatehah. Adlina pula menyambung dengan surah Al Baqarah. Alunan merdu suara Adlina membuat Puan Khadijah menitiskan airmata.



“Kita doakan saja mereka,” bisik Hj Zakaria yang sedang membantu isterinya mengisi kelongsong ketupat. “Ini satu permulaan. Semoga akhirnya nanti diakhirat.”



Terasa tenang di hati tatkala dia menanti giliran membaca. Adakalanya, Shahrin membetulkan bacaannya. Adlina terasa suatu perasaan asing menyelinap di dalam dirinya. Petang itu saja, dia dapat menyelesaikan dua juz bacaan sebelum Shahrin memberi isyarat membantu emaknya di dapur.



“Malam nanti kita sambung ya?” Shahrin mengusul. Adlina hanya akur. Quran di letak kembali ke tempatnya. Tudung di kepala di gantung di atas sofa. Kakinya di bawa melangkah ke dapur.



“Sedap suara Inah. Tak banyak salah pun bacaan,” puji Hj Zakariah. Adlina tersenyum.



“Banyaknya rebus ketupat ayah,” dia menegur. Selama ini pun, bukannya mereka buat ketupat tu semua. Emaknya hanya menempah dari saudara mara yang rajin membuat.



“Mak nak kasi mak mertua Inah separuh. Esok nanti bawa sekali tau. Jangan lupa,” Puan Khadijah memberitahu.



“Kita buka apa mak?” Shahrin yang baru masuk ke dapur bertanya. Kemesraannya memang terserlah, tidak di buat buat. Adlina memerhatikan suaminya yang sedang sibuk membuka tutup periuk.



“Kita makan apa yang mak dah siapkan ni sajalah,” Puan Khadijah menjawab. “ Tak sempat nak masak lauk asing asing.”



“Tak payah lah masak asing asing mak..Membazir. Kita empat orang saja. Esok lusa dah ada cucu, kenalah mak dan Lin masak banyak banyak,” seloroh Shahrin. Wajah Adlina sudah merah bak udang di bakar.



“InsyaAllah,” celah Hj Zakaria pula.



Pantas Adlina bangkit lalu berlalu keluar.



“Lin nak ke mana pula tu?” Shahrin bertanya. Tidak sedar kata katanya tadi mengusik perasaan isterinya itu. Soalan Shahrin tidak di balas, malah kaki laju saja melangkah ke kamar. Dia terduduk di birai katil. Entah kenapa, hatinya sakit mendengar gurauan Shahrin. Anak? Mana mungkin dia menimang cahaya mata kalau sayang Shahrin bukan untuknya. Dia teringat gambar di dalam handphone yang masih tidak di buang. Telefon bimbitnya di capai lesu. Dia menekan punat lalu terpaparlah gambar itu di skrin telefonnya.



Shahrin membuka pintu perlahan. Tidak mahu menggangu isterinya. Terlihat Adlina menyeka airmata. Dia melangkah senyap kearah wanita itu. Bahu Adlina di sentuh lembut.



“Abang minta maaf kalau abang menyinggung perasaan Lin.” Dia mengucapkan lembut, sambil mengambil tempat di sisi Adlina.



“Lin boleh terima kalau awak sembunyikan identiti awak sebagai pemegang share syarikat itu. Tapi jangan mainkan perasaan Lin.” Dalam sedu Adlina berbicara. Shahrin tidak dapat menangkap maksud isterinya itu.



“Siapa yang mainkan perasaan Lin? Abang faham kalau Lin tak bersedia ada anak, tapi kenapa Lin menangis macam ni?” Tubuh isterinya di tarik untuk mengadapnya. Kedua bahu Lin di pegang kejap. Adlina masih membisu, hanya airmata yang merembes keluar tanpa henti. Akhirnya Shahrin terpandang tekefon yang di pegang Adlina. Telefon bimbit itu di ambil. Dia meraup muka. Nafas di hela berat. Gambar itu…Ayah mertuanya sudah memberitahu. Sangkanya Adlina sudah melupakan.



“Lin cemburu?” soalnya. Adlina masih enggan bersuara.



“Alif kasi Lin gambar ni, kan? Dia tu yang cemburukan abang, tahu tak?” Shahrin menyambung. “Lin, waktu ni Abang nak pergi rumah mak tapi jumpa dia kat bawah blok. Kami tak sempat nak berbual apa pun.”



“Saya tak kisah pun kalau awak berbual dengan dia. Tapi saya tahu, dia yang awak sayang kan? Kenapa kerana syarikat tu, awak sanggup beristerikan saya? Kalau awak nak hak awak, saya boleh saja tinggalkan syarikat.” Datar suara Adlina menahan sebak.



“Siapa cakap abang sayang dia? Lin? Alif? Atau Lia sendiri jumpa Lin?” soal Shahrin tegas. Dia tidak suka Adlina bersaya awak dengannya.



“Abang nikahi Lin pasal abang sayangkan Lin. Abang nak lindungi Lin dari Alif. Abang nak habiskan hidup abang dnegan Lin.”



Adlina terpempan mendengar kata kata Shahrin. Lindungi dia dari Alif? Kenapa?



“Dia tahu ayah tak banyak share dalam syarikat, maka dia nak nikahi Lin dan miliki semua share ayah tu. Kononnya, dia waris utama ayah. Lin tak ada adik beradik lelaki yang menjadi pewaris utama harta ayah.” Tenang Shahrin menerangkan.



“Abang tahu semua tu pasal pernah dengar dia berbual dengan kawan dia kat café bangunan sebelah tu. Waktu tu dia tak tahu abang ni pekerja ayah. So, bila dia dah tahu pula yang ayah nikahkan kita, dia cuba nak rosakkan minda Lin.”



Adlina mengeluh, lemas dengan cerita yang di bawa Shahrin. Kenapa kerana harta yang tidak seberapa itu, Alif sanggup membuat cerita.



“Lin, abang sayang Lin dah lama. Sejak Lin kecil lagi. Lin saja yang tak tahu. Lepas Lin dah dewasa, Lin susah di dekati. Abang hampir putus asa” beritahu Shahrin.



“ Habis tu Zalia….Zalia…..”



“She was just like you. Senyap, tak banyak berbual. Macam Lin sangat. Mungkin kerana itu abang jatuh suka dengan dia. But ada seperkara yang buat dia tak sama dengan Lin.” Shahrin merenung anak mata Adlina, membuat isterinya melarikan pandangan.



“Dia tak tahu kedudukan abang yang sebenar. Dia rasa abang tak ada masa depan, so she chose the life she is leading now.” Suara Shahrin ternyata gusar. Mungkin kecewa dengan sikap gadis bernama Zalia itu.



“Lin lain, Lin sanggup ikut kata ayah. Nikah dengan pemandu peribadi ayah..” Tubuh Adlina di rangkul erat.



“Abang tak akan sia siakan hidup Lin.”janji dia pada sesusuk tubuh itu.

Hadiah ramadhan 16 ii

“Jom, its time they know.” Shahrin mengajak. Pintu pejabat sang isteri di buka luas sambil dia tenang memanggil para pekerjanya berkumpul.



Rahilah dan yang lain termangu-mangu di panggil sedemikian. Shahrin yang jarang benar mahu berbual, tiba tiba saja mahu membuat pengumuman. Terkocoh kocoh para pegawai pekerja berkumpul berdekatan meja Rahilah, yang kebetulan terletak berdekatan dengan pintu pejabat Adlina.



“Sebenarnya bukan saya yang nak bercakap, tapi Puan Adlina.” Shahrin menggamit isterinya.



“Lin…”serunya lembut. Para pekerja yang masih tidak tahu akan status di antara Shahrin dan adlina memadang sama sendiri. Adlina memandang wajah pekerja pekerjanya sekilas. Mereka yang banyak membantu dirinya selama dia menerajui syarikat ayahnya itu.



Adlina berdehem kecil. Dia mengambil tempat berdekatan suaminya itu. Tatkala itu, dia merasakan sangat kerdil. Syarikat yang di terajuinya itu bukanlah milik mutlak ayahnya dan semua orang di situ perlu tahu akan hal itu.



“Saya minta maaf kalau selama saya berada di sini, saya ada mengguris perasaan sesiapa. Kelemahan saya dalam memimpin syarikat, ketidak prihatinan saya terhadap para pekerja, amat saya kesali. Sebenarnya syarikat yang anda rasa milik ayah saya, bukanlah milik mutlak ayah saya lagi.” Adlina diam seketika. Mencari kekuatan untuk terus bercakap.

“Maksud Puan?” celah Nadzirul dengan wajah yang terkejut.



“Pemegang share terbesar bagi syarikat ini ialah Encik Shahrin Aminuddin Bin Hassan.” Beritahu Adlina tenang. Semua mata tertumpu pula pada Shahrin yang tenang berdiri.



“Saya minta maaf. Saya sendiri baru saja di beritahu oleh ayah. Dan saya juga mahu kalian tahu, Encik Shahrin bukan sekadar pemandu peribadi keluarga kami seperti yang anda semua maklumkan. Tetapi dia adalah suami saya yang sah.” Di kala itu, mereka yang hadir semua terdiam. Bukan semua yang bekerja di situ mengetahui akan pernikahan mereka. Hanya Rahilah saja yang di beritahu.



“Saya tak tahu macam mana saya nak bercerita. Tapi sebagai anak, saya hanya mengikut arahan ayah. Saya minta maaf sekali lagi,” Adlina memandang wajah wajah di hadapannya. Ada yang tidak bereaksi dan ada juga yang jelas terkejut.



Shahrin memegang bahu Adlina. Lantas wanita itu menoleh ke arahnya.



“Abang sambung sikit, boleh?” dia meminta izin. Adlina menggigit bibir, serba salah apabila Shahrin meminta izin bercakap. Ini syarikat miliknya, Adlina sekadar seorang pekerja, sama seperti mereka yang lain. Adlina sekadar mengangguk. Dia mula menapak kebelakang sedikit untuk memberi tuang kepada Shahrin, namun lelaki itu pantas menariknya ke sisi. Dengan jemarinya tang menyulam jemari Adlina, Shahrin memulakan bicara.



“Saya juga mahu minta maaf atas semua yang berlaku. Bukan niat saya untuk menyamar atau menipu. Namun itu permintaan saya kepada Hj Bakhtiar agar identiti saya di rahsiakan. Ada beberapa sebab saya berbuat demikian.” Matanya meratah wajah setiap mereka yang berdiri di situ.



“Pertama sekali, saya mahu mengenali hati budi pekerja di sini. Kedua, saya tak rasa layak di gelar memilik syarikat kerana yang bertungkus lumus mengembangkan syarikat ialah bapa mertua saya. Kalau bukan ayah yang berkerja keras dengan bantuan anda semua, syarikat renovasi kita tidak akan sampai ketahap ini, apatah lagi dengan kemunculan syarikat syarikat gergasi yang lebih mantap dari kita. Maka, bagi saya, ayah saya tetaplah orang yang layak di anggap pemilik syarikat. Yang akhir, saya merahsiakan identiti saya demi Adlina.” Disaat itu, jantung Adlina bagai berhenti berdegup. Kenapa dia? Dia memandang Shahrin sekali lagi, meminta penjelasan.



“Saya tidak mahu dia merasakan kehadiaran saya didalam hidupnya adalah kerana syarikat ini.” Seperti memahami, Shahrin terus menyambung lagi. Rahilah tersenyum senang. Akhirnya teka teki yang dia sendiri tiada jawabannya sudah terungkai. Segalanya demi Adlina. Nadzirul berdehem dehem lalu melepaskan tawa kecil.



“Kau dah kenapa Rul?” soal Rahilah.



“Tak adalah Rul terfikir lah, nasib Rul tak ada umpat apa apa pasal Puan dekat Encik Shahrin..Kalau tak….naya!” Nadzirul melepaskan tawa. Rahilah dan yang lain juga turut tertawa.



“Awak tak suka saya ya Nadzirul?” usik Adlina. Pantas Nadzirul menggeleng.



“Sumpah tak ada…Puan okay jer. Cuma kadang kadang saya ada jugak nak tanya dekat Shahrin…eh, Encik Shahrin, kenapa kena panggil Puan dan bukan Cik. Kalau Puan, mana suaminya? Rupa rupanya, yang depan mata saya lah, Tuan Suami, rupanya,” sekali lagi mereka tertawa dengan kata kata Nadzirul. Adlina tersenyum senang.



“Selepas ini, saya tak tahu kalau saya masih di sini atau tak, maka saya mohon maaf atas semua keterlanjuran dan kesilapan saya pada semua. Esok hari raya, so lepas Zuhur ni, bolehlah kita semua balik ke rumah…” ujar Adlina lagi.



“Eh, Puan nak ke mana? Abis kalau Puan tak ada, siapa nak jaga syarikat ni?” Juliah bertanya jujur. Baginya, tak syioklah kalau Puannya itu ‘bersara’.



“Tuan pemilik syarikat kan ada,” Adlina membalas. Matanya mengerling Shahrin di sisi. Shahrin hanya senyum segaris.



Adlina cuba melepaskan genggaman suaminya, namun Shahrin kelihatan bersahaja menggenggam terus tangan isterinya itu. Adlina berasa kekok diperlakukan begitu, lebih lebih lagi apabila menyedari rahilah yang sedang memerhatikannya sambil tersenyum mengusik.



“Rasanya kita dah boleh bersurai kan Puan?” soal Rahilah di balas dengan anggukan Adlina.



“Okaylah kawan kawan, jom kita kemas. Lepas tu Kak ilah nak balik, nak masak….” Rahilah bersuara senang. Siapa yang tidak senang hati kalau cuti setengah hari itu di beri percuma oleh majikan!



Tatkala menyedari Juliah yang sedang berdiri di sisi Rahilah, Adlina teringat akan janjinya kedapa gadis itu. Dia menarik lengan baju Shahrin yang sudah mahu melangkah keluar.



“Lin ada janji dengan Juliah lepas Zuhur, remember?” dia mengingatkan Shahrin. “ Kita nak beli persiapan di Geylang.”



Shahrin mengangguk. Sememangnya dia tidak lupa. Tadi pun dia mahu beredar ke musolla, bukan mahu pulang ke rumah seperti yang Adlina sangkakan.



Rahilah yang mendengar perbualan Adlina mencelah perlahan, “Encik Shahrin kalau nak bawa Puan balik, biarkan akak saja yang teman Juliah.”



Adlina memandang Shahrin, menanti jawapan.



“Nak ke mana Kak Ilah?” soal Nadzirul pula. Teruna seorang ni, pantang nama Juliah di sebut, cepat saja dia mencelah.



Rahilah mencebik ke arah Nadzirul, sengaja tidak mahu menjawab. Nadzirul pula membuat muka, konon meminta simpati lah tu.



Akhirnya, Adlina tergelak juga, tidak tahan melihat kerenah pemuda itu.



“Saya dah janji dengan Juliah nak bawa dia dan adik adiknya ke Geylang. Tak sangka Encik Shahrin datang ke sini. Tapi tak apa, Encik Shahrin okay saja nak teman kami.” Beritahu Adlina setelah teknik memujuk si Nadzirul tidak berjaya.



“Kau jangan nak memandai usik anak dara orang ya Nadz,” Rahilah pula memberi amaran. “Kalau Juliah mengadu kat akak, siap kau,” Rahilah menunjukkan penumbuknya ke arah Nadzirul.



“Brutal lah akak ni. Baru tadi minta maaf kat orang, dah buat lagi,” Nadzirul selamba melepaskan komen. “Siapa nak usik anak dara orang? Nadz nak berkenalan jer dengan bakal adik adik ipar, tak boleh ke?”



Mendengar kata kata pemuda itu, Juliah pantas berlalu. Tidak mahu dijadikan bahan gurauan lagi. Takut kalau dia tersalah erti.



Tiga pasang mata mencerlung memandang Nadzirul. Anak muda itu sudah terlepas kata. Padah kalau tidak di perbaiki!



“Nadz, awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?” Shahrin bertanya serius. Nadzirul menyebak rambut. Terasa bersalah pula berterus terang. Dia mengangguk sedikit.



“I’m serious Encik Shahril..tapi saya tak tahulah yang empunya diri tu..” dia menoleh, memandang Juliah yang sedang berdiri membelakangkannya.



“Kak Ilah, tolong Nadz eh..” bantuan Rahilah memang sangat di perlukan.



“Tengoklah kalau akak ada mood,” jawab wanita itu acuh tak acuh. Adlina memandang Shahrin. Plan membawa Juliah masih belum settle lagi, dah masuk pula hal Nadzirul mahukan Juliah…..



“Macam mana plan kita ni?” soal Adlina. Tas tangan di atas meja Rahilah di capai. Dia mencari cari dompetnya.



“Biarlah akak uruskan.” Usul Rahilah pula.



“Bayran macam mana pula nanti?” Adlina mahukan kepastian. Takkan nak suruh Rahilah bayar pula?



“Guna kad akak dulu boleh? Nanti saya bayar kembali. Simpan resit macam biasa.” Shahrin mencelah. “Saya nak bawa Lin pulang.” Rahilah tersenyum penuh erti. Kedua mereka perlu masa bersama. Biarlah soal Juliah dia yang uruskan. Lagipun nak masak untuk raya bermula malam nanti.



“Saya hantar lah kak…” Nadzirul meng’offer’ diri.



“So its settled then?” Adlina menarik nafas lega. Dia memanggil Juliah ke sisi.



“Nanti Ju pergi dengan Kak Rahilah ya. Nadz nak tolong hantar. Belilah apa yang Ju rasa perlu. Kesian adik adik kamu. Kuih raya pun, jangan lupa…” dia memesan. Juliah meraih tangan Adlina. Matanya berkaca..



“Alah janganlah sedih, saya Cuma nak membantu saja,” pujuk Adlina sambil membelai pipi pekerjanya.



“Nadz, jaga anak dara orang..Drive tu elok elok. Jangan berangan awak ada kat litar pulak.” Kali ini pesananya hanya buat Nadzirul..



“Yes maam…”

Hadiah ramadhan 16

Kereta di parkir di tempat khas untuk pekerja syarikat. Hand brake di tarik, lalu enjin di matikan. Ni yang dia suka memandu kereta spare syarikat, kereta manual; boleh tekan minyak sesuka hati pula.Kalau kena pandu kereta ayah mertuanya, terpaksa dia cermat dengan kereta auto tu. Nafas di tarik dalam. Hj Zakaria memberitahu tadi, Adlina ada di pejabat; kena paksa datang kerja. Emaknya, juga mertua mereka mengharapkan agar dia dapat berbaik dengan Adlina sebelum ramadhan. Esok, dah bukan Ramadhan lagi. Semalam, terawih yang terakhir. Dia teringat kata-katanya kelmarin. Dia ingin bertadarus dengan isterinya itu. Teringin mendengar Adlina mengaji di depannya. Dia tahu, Adlina boleh mengaji. Menurut cerita emak mertuanya, Adlina khatam Quran dua kali, di ajar oleh arwah jiran neneknya dulu.



Kaki melangkah tenang menuju pejabat syarikat. Para pekerja sudah mula mahu mengemas. Hari ini, mereka semua akan pulang selepas Zohor. Syarikat Hj Zakaria telah banyak mengubah sistem kerja sebelum dia bersara. Waktu rehat mereka berubah rubah mengikut waktu solat Zuhur, dan bukannya seperti syarikat syarikat lain. Kalau lambat masuk waktu Zohor, lambatlah mereka berehat. Kalau sebelum jam satu sudah berkumandang azan, maka mereka juga akan berehat sebelum jam satu. Dan mereka juga punya dua puluh minit rehat juga ketika waktu Asar.



“Tak mengapa, rehat bukan untuk bersenang lenang, tapi untuk jumpa Allah. Itu yang wajib,” dia di beritahu. Shahrin tidak menolak kebenaran kata kata ayah mertuanya itu dan dia juga tidak terfikir untuk mengubah sistem yang ada, walaupun dia pemegang share terbesar di situ.



“Encik Shahrin, baru datang? Puan ada kat dalam tu,” sapa Rahilah ramah. Semenjak dia tahu status Shahrin di dalam syarikat itu, panggilannya berubah. Bila teman teman bertanya, dia hanya melemparkan senyuman yang membawa seribu makna. Shahrin membuat tanda ‘OK’ namun sebelum melangkah pergi, dia membisik ke arah Rahilah.



“Doakan saya. Semogha hati dia lembut.” Serunya sambil mengenyitkan mata.





Pintu pejabat yang terbuka dari luar mengejutkan Adlina dari menungnya. Cepat cepat dia membetulkan duduknya. Saat tubuh itu berpaling memandangnya, Adlina menjadi kaku. Seolah olah masa tidak bergerak, masing masing hanya membisu memandang antara satu sama lain. Akhirnya, Shahrin tekad berjalan ke arah isterinya yang sedang gamam di sofa. Perlahan dia melabuhkan punggung mengadap Adlina.



“Maafkan abang, Lin. Things should not have happened this way,” dia memberitahu. Adlina tidak menjawab, malah dia masih lagi kaku di tempat duduk. Tangan Adlina di raih Shahrin. Wanita itu tidak menolak, juga tidak memberi sebarang respon.



“Lin,” lembut Shahrin memanggil. Matanya memandang wajah Adlina tunak. Wajah yang di rinduinya.



“Lin…”dia menyeru lagi. Tiba tiba Adlina terhinggut hinggut menahan tangis. Shahrin pantas merangkul bahu isterinya. Tidak mahu suara Adlina hinggap di telinga pekerja di luar. Sebak dia melihat Adlian sedemikian.



“Lin berdosa dengan awak, kan?” tiba tiba Adlina bersuara di antara tangisan. Shahrin menggeleng. Bukan salah isterinya.



“Ampunkan saya…” Adlina memohon, sayu. Shahrin merenggangkan rangkulannya. Airmata Adlina di seka dengan belakang tangan. Dia memerhatikan wajah sayu Adlina. Terlalu banyak yang dia mahu beritahu wanita itu. Dia mahu bawa Adlina pulang. Adlina yang di rasakan tabah itu seolah olah sudah hilang ketabahannya. Wanita itu sudah berubah ‘fragile’. Teringat akan pesanan mertuanya. Adlina seorang yang rapuh.



“Kita pulang ya Lin. You don’t look well,” ajak Shahrin. Dia sudah meahu melangkah keluar, mungkin mahu memberi ruang bagi adlina bersiap pulang. Adlina hanya berdiam. Dia sedar, kedudukan Shahrin di dalam syarikat itu kini. Dia mahu selesaikan masalah itu. Masalah perempuan bernama Zaliah itu, dia tidak mahu fikirkan dahulu.



“Awak, Lin tak boleh balik.” Tiba tiba Adlina bersuara. Shahrin sedikit terkejut. Dia berpaling memandang Adlina. Tidak sangka Adlina masih lagi berjauh hati.



“Lin ada janji dengan Juliah,” perlahan Adlina memberitahu. Matanya tunak memandang sang suami yang sudah berada di balik pintu. Seperti faham apa yang di fikirkan suaminya, dia menyambung lagi, “Lin janji nak bawa dia dan adik adiknya keluar beli persiapan raya.” Shahrin mengela nafas lega. Ingatkan apalah tadi…



“Kita pergi sama sama, ya.” Dia memberi cadangan. Shahrin hanya mahu bersama Adlina. Perkara selainnya biarkan dia selesaikan di rumah. Di pejabat ini bukan tempat paling sesuai untuk merungakaikan segala yang kusut.



“Lin…Lin…ingat nak beritahu pekerja tentang kita, tentang awak hari ini. Lin mahu mereka tahu perkara sebenar…” teragak agak Adlina memberitahu. Shahrin lama berjeda, menimbangkan usulan isterinya itu. Akhirnya dia mengangguk setuju.



“Jom, its time they know.”

Hadiah ramadhan 15

Adlina melangkah lesu ke arah pejabatnya. Hanya senyuman tawar di hadiahkan kepada pekerja yang menegurnya. Dia datang ke pejabat pun atas desakan Hj Zakaria. Beriya iya ayahnya itu memaksa dia ke sini. Kata ayah, esok dah nak raya, takkan tak mahu bermaaf maafan dengan pekerja pekerja. Takkan nak tunggu pejabat buka semula baru nak bermaafan? Akhirnya, dengan nerat hati, dia memandu juga sekadar menunjukkan muka. Sejak dia tahu, Shahrin adalah antara salah seorang pemegang share syarikat ayahnya, dia sudah tidak mahu bekerja lagi. Satunya, dia berasa tertipu. Keduanya, dia berasa marah. Bukan dengan sesiapa tetapi dengan dirinya sendiri. Dia tidak pernah redha dengan suami yang di jodohkan kepadanya itu. Dia masih merasakan perbezaan mereka terlalu ketara.



“Puan Ad, saya perlukan tandatangan Puan,” seru seorang pekerja tatkala dia melabuhkan punggung ke kerusi. Adlina menggamit pekerjanya itu masuk.



“Persiapan raya macam mana,” dia bertanya Juliah, kerani amnya. Gadis muda lepasan sekolah itu hanya menjungkit bahu.



“Kenapa?” soal Adlina prihatin.



“Masa Puan tak datang itu, ayah saya masuk hospital.”



“Warded?” pintas Adlina, tidak sabar mahu tahu.

“Warded dua hari saja. Ayah jatuh tangga, tulang dia retak. Ayah kan hanya seorang tukang sapu, jadi……” Juliah tidak menghabiskan ayatnya.



“Ayah kamu sudah tak bekerja?” Adlina meneka. Dokumen yang telah di tanda tangani itu di serahkan kembali kepada Juliah. Perlahan Juliah mengangguk. Matanya sedikit berkaca mengenangkan adik adik yang masih kecil di rumah. Dia bekerja ini pun, untuk membantu ayahnya. Itu Adlina memang tahu, kerana dia dalam resume anak gadis itu, Hj Zakaria ada menulis nota.



“Tunggu sekejap,” arah Adlina ketika Juriah mahu keluar dari pejabat.



“Ada apa apa lagi yang Puan mahu saya selesaikan?” tanya Juliah tulus. Adlina memang sering meminta tolong Juliah berbanding pekerja pekerja lain dalam hal hal peribadi. Sehinggakan Juliah di beri jolokan PA Puan Adlina!



“Lepas waktu pejabat, awak ikut saya.” Adlina mengarahkan. Juliah masih tidak faham.



“Persiapan rumah awak. Kuih raya, baju raya, ada?” soal Adlina. Juliah menggeleng. Gaji ayahnya memang tidak banyak mana, di potong pula kelmarin kerana ada penduduk yang kompelin akan sampah yang tidak di bersihkan, manalah cukup nak beli semua itu. Gajinya pula di khaskan untuk membayar keperluan sekolah adik adiknya.



“Kita pergi ke Geylang, bawa adik adik awak.” Adlina tidak menunggu reaksi Juliah. “Nanti awak telefon ayah awak, minta izin dia, ya.”



Juliah yang masih terpinga pinga itu hanya mengangguk kepala. Seperti tidak percaya akan apa yang terpacul dari bibir bosnya itu. Dia akui, adlina memang baik, tapi sehingga mahu membantu dia sekeluarga yang tidak punya pertalian darah itu amat membuat dia sebak. Keluarga ayahnya sendiri tidak sudi memandang mereka. Keluarga arwah ibu pula, semuanya bukan orang senang. Kais pagi makan pagi, sama seperti ayahnya. Dia menarik pintu pejabat Adlina perlahan. Dalam hati, dia memanjatkan rasa syukur.



“Apasal nak leleh ni?” usik Rahilah yang kebetulan mahu masuk ke pejabat Adlina.



“Puan kak….” Juliah cepat cepat menyeka airmatanya. Malu pula kalau pekerja lain nampak. Tentu kena usik lagi.



“Kena marah? Tentunya tidak, kan?” Rahilah mencuit pipi Juliah. Pantas Juliah menepis, manja. Rahilah memang begitu, sayang dia pada pekerja muda itu payah di sembunyikan.



“Puan nak bawa adik adik saya pergi beli baju raya,” Juliah membisik ke telinga setiausaha Adlina itu. Tersenyum rahilah mendengar. Antara sebab dia terus bekerja dengan anak Hj zakaria itu ialah kerana Adlina mengikut jejak ayahnya. Tidak lokek. Malah dia tahu, Adlina tidak akan menggunakan wang syarikat untuk membantu Juliah, walaupun syarikat memang mengadakan dana sedelikian. Bos muda itu akan menggunakan wangnya sendiri.



“Ju, kena sujud syukur tu…” Rahilah mengingatkan sambil mengelus kepala anak gadis itu yang di litupi pashmina. Juliah hanya mengangguk, sambil mengisyaratkan yang dia mahu menelefon ayahnya.





Adlina bersandar di sofa. Sebak hatinya melihat Juliah. Pengorbanan gadis itu telah di ceritakan oleh ayahnya sewaktu dia mula mula menerajui syarikat itu. Dan dia juga akur, gadis itu di sayangi semua warga pekerja di situ. Adlina cuba merehatkan diri. Menurut Rahilah, sewaktu ketiadaan Adlina, Shahrin ada juga datang jenguk pejabat. Kepada pekerja pekerja lain, Shahrin memberitahu Adlina kurang sihat.



“Mereka dah tahu siapa dia ke kak?” tanya Adlina.



“Akak saja yang tahu. Encik Shahrin datang pun, dia selalu cakap nak ambil dokumen yang Puan perlukan,” beritahu Rahilah.



“Mereka perlu tahu kak. Mereka perlu tahu yang dia bukan saja pemandu saya, tetapi juga pemilik share syarikat ayah ni,” Adlina memberitahu.



Perbualannya dengan Rahilah masih terngiang ngiang. Rupanya lelaki itu telah banyak membantu tugasan pejabatnya. Dia semakin rasa bersalah. Menurut ayah, Shahrin memiliki lima puluh peratus share, manakala Hj Zakaria memilik empat puluh peratus dan yang bakinya telah di hadiahkan kepada pekerja pekerja. Adlina tahu tentang share yang di agihkan kepada pekerja, tetapi baru dua hari lepas dia mengetahui akan gerangan pemilik share terbesar di syarikat ayahnya. Menurut ayahnya, arwah ayah Shahrinlah orang yang banyak membantu ketika dia susah suatu ketika dulu.



Adlina meraup wajah. Terlalu banyak perkara yang dia perlu perbaiki. Ya Allah, sesungguhnya dia terlalu berdosa.

Hadiah ramadhan 14

“Jadi Adlina tak tahu siapa Arin sebenarnya?” soal Makcik Hamidah sedikit terkejut. Shahrin hanya mengangguk. Tangan dibawa meraup wajah. Sudah beberapa hari dia meninggalkan rumah mertuanya, atas permintaan Adlina. Dia rindu, risau, marah bercampur baur. Rindu akan wajah polos sang isteri yang tidak tahu menahu akan siapa dirinya yang sebenar. Risau akan kesihatan dan keadaan adlina yang menurut ibu mertuanya, agak tidak stabil. Marah akan dirinya kerana terlanjur menipu isteri kesayangannya itu.



“Bila Arin nak berterus terang? Kenapa sanggup menipu? Ingat perkahwinan ni main main ke Arin?” Makcik Hamidah masih tidak faham kenapa Shahrin sanggup menyembunyikan identiti dirinya terhadap Adlina.



“Arin….Arin…Cuma tak mahu dia tahu siapa Arin Mak. Arin nak dia terima Arin, walau siapa pun Arin ni. Tapi Arin dah silap mak,” Shahrin mengeluh buat sekelian kalinya. Makcik hamidah menepuk bahu anak sulungnya. Simpati akan situasi anaknya itu.



“Arin tak nak mengalah ke? Pergilah balik jumpa dia. Dia mesti rindukan Arin,” makcik Hamidah cuba membuka jalan bagi Shahrin.



Shahrin memandang wajah emaknya, meminta simpati. Mengharap sangat agar wanita separuh umur itu memahami keadaannya.



“Arin rasa, dia bukan sekadar marah dengan rahsia yang Arin sembunyikan tetapi dia lebih marah akan gambar gambar yang dia dapat itu mak,”luahnya. Semalam Hj Zakaria dan Puan Khadijah datang ke pejabat bertemu dengannya. Sempat Hj Zakaria memberitahu dia tentang gambar yang di ambil Alif. Itupun Hj Zakaria dapat tahu apabila Adlina hampir hampir histeria tatkala alif menghantar MMS gambar itu. Menurut Hj Zakaria, Adlina hilang pertimbangan tatkala MMS itu diterimanya.



“Arin, emak ni faham sangat naluri seorang wanita. Tentunya Inah cemburu bila dia nampak gambar itu. Pergilah pujuk dia Arin. Sekeras mana pun hatinya, kalau kamu pandai ambil hati dia, lembutlah menantu emak itu.” Makcik Hamidah memberitahu. Tadi pagi sewaktu dia menelefon menantunya itu pun, dia dapat menangkap rasa rindu pada suara Adlina.



“Mak bukan menghalau, tapi janganlah tinggalkan isteri itu lama lama,” Makcik hamidah menyambung lagi.













“Tempat isteri itu di sisi suaminya, sayang,” Puan Khadijah cuba memujuk. Tiga hari berturut turut Adlina mengurung diri di kamar. Sahur dan bukanya hanya sekadar segelas air suam. Sungguh dia sedang memprotes.



“Dia tipu Inah, mak. Kenapa dia sanggup tipu Inah?” Adlina bersuara dalam tangisan.



“Dia bukannya menipu. Dia tak mahu Inah terima dia kerana terpaksa. Kerana Inah nak jaga hak dalam syarikat itu.” Puan Khadijah memberitahu. Adlina menggenggam bantal di tangannya. Terasa sakit di tipu sebegitu. Terasa seolah olah Shahrin tidak mempercayainya.



“Inah, setiap rumahtangga itu pasti dilanda badai. Itulah uian yang mendekatkan kita kepada Tuhan. Perkahwinan reality tidak sama dengan perkahwinan alam fantasi,” Puan Khadijah sekadar mengingatkan. Dia akur, anaknya itu tentunya arif akan hal sedemikian.



“mak hantar Inah balik rumah Mak Midah ya?” dia memujuk. Pantas Adlina menggeleng kepala.



“Kenapa?” soal Puan Khadijah. Mustahil adlina turut berkecil hati dengan mertuanya. Dia sendiri tahu kertuanya tidak terlibat dengan plan Shahrin.



“Shahrin kan ada si Zalia tu. Mana dia ingat kat Inah, mak!” ada rajuk pada suaranya. Puan Khadijah tersenyum sedikit.



“Inah, itu semuakan salah faham. Kan Mak Midah dah terangkan pada Inah. Alif tu dengki dengan kebahagiaan Inah. Janganlah di ikutkan hati yang marah itu, sayang.”

“Tapi Zalia……” Adlinah masih tidak yakin dengan wanita itu.



“Inah tak yakin dnegan diri Inah? Inah tak rindu Shahrin ke?” Puan Khadijah tidak mahu mengalah. Rumahtangga anaknya mesti dipertahankan. Adlina perlukan sokongannya ketika ini.



“Inah tak tahu macam mana nak berdepan dengan Shahrin, mak…”



Rambut Adlina yang terlerai dari ikatan, di perbetulkan. Wajah anaknya itu sudah tidak seceria selalu.



“Inah, Ramadhan dah nak berlalu pergi. Janganlah kita rugikan masa kita yang sedikit ini.” Pesan Puan Khadijah.



“Inah tak kuat mak…”



“Allah dan Rasul sentiasa bersama kita, nak….”



“Mak, tolong Inah…”



“Anak mak ni selalu berada dalam doa Mak…”



Puan Khadijah menarik Adlina kedalam rangkulannya. Semoga anaknya itu dapat menyelesaikan masalahnya sebelum ramadhan berlalu.

Hadiah ramadhan 13

Adlina merempuh pintu biliknya. Puan Khadijah yang sedang berehat di ruang tamu itu tidak di hiraukan. Panggilan emaknya tidak di sahut. Adlinah sebal dengan perbuatan Alif tadi. Shahrin sendiri tidak pernah menyentuhnya sesuka hati. Jiwa Adlina sakit. Hatinya lagilah rasa tertekan. Dia berasa jijik di perlakukan sedemikian. Jahanam!!!



Puan Khadijah memanggil Shahrin yang berada di laundry room di bahagian belakang dapur. Dari sewaktu anak menantunya itu mahu keluar menjemput Hj Zakaria di masjid, dia sempat meminta Shahrin memeriksa mesin basuh mereka.



“Shahrin, Inah balik marah marah. Pergilah jenguk dia di bilik tu. Mak dengar dia menangis,” beritahu Puan Khadijah cemas. Siapa yang tidak cemas melihat perwatakan Adlina yang berubah tiba tiba. Adlina sentiasa tenang dalam apa jua keadaan sekalipun. Mana pernah dia menunjukkan amarahnya. Hakikatnya, Adlina terlalu memedam rasa, itu Puan Khadijah akur sangat. Bergegas Shahrin berlari ke kamar Adlina. Pelik juga kerana di waktu sebegini, isterinya itu sepatutnya berada di pejabat. Bukankha dia yang akan menjemput Adlina seusai solat Asar nanti?



Pili air di buka besar. Air yang terhambur keluar itu di raup ke mukanya berkali-kali. Adlina mencuci tangannya yang di sentuh Alif. Dalam tangis yang tertahan tahan, dia akhirnya jatuh terduduk di lantai kamar mandinya. Sedih, menyesal dan marah bermain di hatinya. Sedih kerana terasa di perbodohkan Shahrin. Marah kerana maruahnya dengan mudah dapat di cemari Alif. Dia memukul dirinya sendiri. Apa nasibnya Tuhan? Kenapa saat dia mahu menjadi isteri yang baik, dia di uji sedemikian. Kenapa?



Shahrin mendekati isterinya. Paip air di matikan. Nafas di tarik sebelum dia menyapa wanita di hadapannya. Adlina masih menangis, meletakkan kepalanya diantara kedua lutut yang dinaikkan. Terhinggut hinggut bahunya menahan sedih di hati.



“Lin, kenapa ni?” Shahrin bertanya lembut. Tiada balasan dari isterinya. Dua tiga kali dia menyapa namun Adlina masih membatu diri. Shahrin memberanikan diri menyentuh lengan isterinya. Perlahan bahu Adlina di goncang.

“Lin, ada masalah di pejabat ke?” dia kembali bertanya. Adlina mengangkat muka. Kosong. Tiada riak apa apa pada wajah itu. Hanya aormata yang masih setia mengalir dari tubir mata.



‘Lin,” Shahrin memanggil. Tiba tiba Adlina menolak dirinya. Shahrin yang tidak dapat menimbangkan badan, turut terduduk di lantai kamar mandi.



“Masalah itu ada pada awak. Pergi..saya tak mahu tengok muka awak lagi,” jerkah Adlina.



“Lin,” Shahrin menggapai tangan Adlina, manakala Adlina pula meronta ronta minta di lepaskan tatkala tangan sasa suaminya sudah merangkul tubuhnya yang kebasahan itu.



“Saya kata pergi! Pergi! Saya tak perlukan awak dalam hidup saya,” Adlina mengherdik. Shahrin terkesima mendengar kata kata yang terhambur.



“Lin tahu tak apa yang Lin cakap ni?” soalnya masih tenang.



Adlina memalingkan wajahnya. Tangannya menyeka airmatanya kasar.



“Kalau awak mahukan harta saya, ambillah Shahrin. Tapi tolong jangan permainkan hati saya. Saya rasa terhina. Tolong pergi dari hidup saya.”



Puan Khadijah yang menyaksikan, tidak mampu untuk terus berdiam.



“Berdosa buat suami macam tu Inah,” dia menegur lembut.



“Mak tak tahu. Mak tak pernah ambil tahu. Suruh dia pergi mak, sebelum Inah……” marah Adlina. Shahrin mengangkat tangannya, tanda dia menyerah. Tanda dia akur dengan arahan ketua syarikantnya itu.



Dia menoleh memandang wajah mertua yang sedang berdiri lesu di pintu kamar mandi.



Perlahan dia berdiri, manapak keluar dari kamar kecil itu,” Tak apalah mak. Inah tak perlukan saya dalam hidup dia. Saya bukan siapa siapa pun mak, sekadar pemandu peribadi sahaja,” jelas Shahrin terasa hati dengan isterinya. Pua Khadijah menyentuh bahu menantunya.



“Takkan kerana perkara ni, Arin nak tinggalkan Inah?” si ibu mertua bertanya. Sedih dia menyaksikan apa yang berlaku. Selama ini, walau dia sedar akan kedinginan rumahtangga anaknya, dia tidak pernah terfikir perkara sebegini akan berlaku.



Shahrin tersenyum hambar. Kalau itu yang di pinta wanita itu….



“Biarlah dia tenang dulu, mak. Kalau dengan tiadanya Arin, dia akan tenang, apa salahnya.” Perlahan Shahrin meluahkan. Susuk tubuh isterinya di pandang lama sebelum dia meninggalkan Adlina di situ. Dia mencapai pakaian dari dalam almari sebelum berlalu ke kamar tamu. Puan Khadijah mengekorinya. Harapan si ibu mertua agar Shahrin tidak meninggalkan anaknya sendirian.



“Mak, Arin tak pernah bencikan Inah. Dia pelengkap hidup Arin mak. Arin tak akan lepaskan dia. Cuma Arin nak dia sedar akan kedudukannya di sisi Arin. Mak tolonglah jaga dia. Arin belum mampu menjaga dia sebaik baiknya.” Shahrin memberitahu. Puan Khadijah tidak dapat menahan sedih. Di bulan Ramadhan, kenapalah perkara ini perlu berlaku.



“Mak, tolong uruskan isteri Arin, iya mak. Arin tak balik malam ni. Nanti Arin akan terangkan pada ayah,” dia memesan lagi. Puan Khadijah sekadar menangis dan terus menangis. Pilu hati seorang ibu melihat rumahtangga anak kesayangan di uji sedemikian.



Kakinya di bawa melangkah semula ke bilik Adlina. Adlina masih menangis di lantai kamar mandi.



“Mak tolong Inah salin pakaian ya,” Puan Khadijah bersuara. Adlina tidak menjawab. Di biarkan saja emaknya memperlakukannya persis seorang anak kecil.



“Lepas solat Asar nanti, Inah rehat ya,” Puan Khadijah memesan. Walaupun tidur lepas Asar itu makruh, boleh mewarisi gila. Rasulullah sendiri benci akan tidur selepas Asar. Tetapi melihat keadaan Adlina yang tidak stabil, hanya itu yang mampu di utarakan; agar anaknya berehat selepas Asar.





Tidur lepas solat asar.Nabi saw bersabda:من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Hadiah ramadhan 12

Shahrin berteleku di sejadah. Dia menarik nafas dalam dalam. Lagi seminggu, lebaran akan muncul. Namun, dia tidak terasa ceria mahu menerima kedatangan Syawal. Seperti lima belas tahun lalu saat ayahnya pergi bertemu Ilahi, Shahrin hilang ghairah mahu bersama rakan rakan menyambut Aidil Fitri. Tahun ini, di rasakan Ramadhan terlalu cepat berlalu, seolah olah, tidak mahu lama lama bertamu dengan penghuni Bumi. Ramadhan, apakah tiada peluang untuk aku bertadarrus bersama isteriku? Ramadhan, apakah engkau akan meninggalkan aku saat aku masih belum mampu mendidik isteriku. Dadanya terasa berat, perasaan sebak kian bermain di hati. Wahai isteri, akalulah engkau tahu bagaimana aku menyayangimu demi Tuhanku, apakah engkau akan turut menyayangi aku kerana Tuhanmu?


Airmatanya Shahrin bergenang. Akhirnya, dia tidak mampu untuk menahan sendu. Adlina itu seperti terlalu jauh untuk di gapai. Dan saat Adlina sudah mula mahu menerimanya, sejarah silam muncul kembali. Kenapa kini? Kenapa setelah dia bertemu dengan suri hidupnya?


“ Abang Shah sihat?” soal wanita itu. Shahrin mengangguk sedikit. Matanya tertancap pada kanak kanak yang sedang beratur untuk masuk ke kelas.


“Ada apa awak nak jumpa saya?” soal Shahrin datar. Berubah wajah Zaliah tatkala mendengar ganti nama yang di gunakan Shahrin.


“Abang dah berubah,” komennya, masih lagi tidak menjawab soalan lelaki itu.


“Apa yang awak mahukan sebenarnya?” sekali lagi Shahrin tidak mengendahkan kata kata wanita itu. Sebal. Dia sudah sebal dengan kata kata yang terluncur keluar dari bibir Zaliah.


“Lia cuma nak berbaik. Lia nak minta maaf. Lia menyesal,” lembut Zaliah memberitahu. Dia mencuri pandang lelaki di sebelahnya. Shahrin sudah banyak berubah. Penampilannya ketara berbeza. Hampir lima tahun Zaliah tidak bertemu dengan dia. Terbit rasa menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Kalaulah dia masih setia dengan lelaki ini, tentunya hidupnya kini tidak seperti ini.


Shahrin memandang wajah Zaliah sekilas. Rasa dengan kata kata maaf yang di sampaikan Zaliah.


“Abang Shah, Lia benar benar minta maaf,” pinta Zaliah. Shahrin tidak . menjawab. Sebaliknya, dia terus menyusup kedalam kereta tanpa berpamitan. Cukuplah, dia di hina keluarga Zaliah lima tahun yang lalu. Dia tidak sudi di hina lagi.


Melihat kereta yang di pandu Shahrin meluncur pergi, Zaliah tersenyum kelat. Dia akur, bukan mudah bagi keluarga Shahrin untuk memaafkannya setelah apa yang di fitnahnya keatas bekas tunangnya itu. Itu semua gara-gara seorang lelaki jahanam yang telah memujuk rayunya untuk sehidup semati.



Dari cermin kereta, Shahrin dapat melihat Zaliah yang menyeka airmatanya. Namun, rasa simpati pada gadis itu telah lenyap. Zaliah yang dia jumpa itu bukan lagi penenang hatinya…..


Shahrin mecapai Al Quran di atas katil. Hatinya terasa berat tiba tiba. Kejadian tadi di halau jauh dari kotak fikiran. Dia mahu mencari ketengan dari Tuhan.



Di pejabat, Adlina masih lagi melayan perasaan. Mahu menghubungi Shahrin, dia berasa segan. Perasaan malu terhadap suaminya kian meluap luap. Malu pada keegoaannya sendiri.


Pintu pejabatnya di buka dari luar sedang dia melayan rasa.


“Cik Ad, Encik Alif ada di luar. Dia kata ada perkara mustahak dia mahu bertemu dengan cik.” Rahilah memberitahu.


“Akak tak beritahu dia ke yang saya sibuk?” Adlina bertanya lemah. Kalau boleh, dia tidak mahu Alif bertandang lagi ke pejabatnya. Dia tidak mahu membangkitkan kemarahan Shahrin.


Rahilah melepaskan satu keluhan. Adlina memahaminya.

“Biarlah dia masuk, tapi biarkan pintu tu terbuka.”arah Adlina. Dia mengemaskan sedikit mejanya yang berselerakan dengan fail fail yang disemaknya tadi.


“Hye sayang,” sapa Alif ramah. Dia terus saja duduk mengadap Adlina tanpa di jemput.


“Apa yang you nak?” soal Adlina tegas. “Ayah kata, you dah tak ada apa apa urusan dalam pejabat ni.”



Alif tertawa lepas. Dia mencapai tangan Adlina di atas meja. Pantas Adlina menarik tangannya.


“Jaga adab kau Alif,” Adlina memberi amaran. Tangannya yang disentuh Alif di bawa ke dada. Satu relfleks semulajadi.


“I miss you darling. Sejak dah jadi isteri pemandu itu, kau sombong Adlina,” provok Alif. “Aku heranlah apa driver tu kasi kat kau ya, sayang.”


Adlina semakin menyampah mendengar kata kata Alif. Dia berdiri lalu mengarahkan sepupunya itu keluar. Shahrin sendiri tidak dia benarkan untuk berkata kata seperti itu. Inikan pula Alif! Dia bagai mahu menjerit sekuat hati. Dirasakan seperti maruahnya dipermainkan oleh lelaki itu.


“Kau berambus Alif!” nada suaranya jelas tegang. Adlina sudah tidak mampu menahan sabar. Alif masih selamba.


“Alif! Keluar sebelum aku panggil security,” sekali lagi Adlina memberi amaran. Di saat begini, dia mengharap sangat akan kehadiran Shahrin. Shahrin yang sentiasa menjaga keselamatannya, Shahrin yang menghormati maruah dirinya.


Alif bangkit dari kerusi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Okay, okay, aku akan keluar tapi I wanna show this to you darling,” dia seolah olah mengejek. Adlina menjadi rimas memandang wajah sepupunya itu.


Alif mengunjukkan telefon bimbitnya kepada sepupunya itu. Dia memang iri hati dengan layanan Hj Zakaria terhadap Shahrin. Budak hingusan entah mana yang di kutip menjadi pemandunya, dan kemudiannya di naikkan darjat menjadi menantu.


Di skrin telefon itu, Adlina dapat melihat dengan jelas Shahrin dengan seorang perempuan. Perempuan itu sedang memandang wajah Shahrin. Mereka berada dalam proksimiti yang dekat. Adlina cuba meneliti wajah perempuan itu. Tiba tiba hatinya berdetik. Perempuan itu, di dalam gambar itu, ialah Lia.


“Mana kau dapat gambar ini, Alif?” Adlina bertanya. Alif mentertawakannya.


“Relax sayang, ni bukan edited picture. Aku nampak pemandu kau tadi dekat dengan rumah dia. Kau ni bodoh tahu,” Alif manambah. Dia melarikan tangannya ke wajah Adlina. Pantas Adlina menepis. Kurang ajar!


“Saat kau berhempas pulas nak bangunkan syarikat, pemandu kau, suami kau, berseronok dengan perempuan kat luar,” suara mengejek itu menambah sakit di jiwa Adlina.


“Cukup Alif! Kalau kerana gambar ini, kau datang nak jumpa aku, lebih baik kau berambus!” kali ini Adlina sudah meninggi suara. Tidak di hiraukan stafnya yang memandang kerah mereka berdua. Kak Rahilah pantas ke pejabat ketuanya itu. Dia sudah di pesan oleh Shahrin supaya tolong ‘jaga-jagakan’ Adlina sewaktu ketiadaannya di pejabat.


“Sebenarnya, aku mahu saja email kau, atau MMS, tapi aku lebih seronok buang petrol aku pasal aku nak tengok reaksi kau!”


“Encik Alif, saya rasa elok encik beredar. Malulah sikit dengan pekerja kita,” Kak rahilah mencelah.


“Kau pun sama! Kaki ampu. Tunggulah saat share syarikat ni jatuh ke tangan aku, kau semua akan aku pecat!” Alif menjerit…Pekerja yang lain sudah bangun dari tempat duduk mereka. Sekiranya Adlina dan Rahilah di apa-apakan, mereka tidak teragak agak mengambil tindakan sewajarnya.


Rahilah menutup pintu bilik pejabat Adlina setelah Alif pergi. Dia membimbing Adlina ke sofa di hujung bilik. Dia tahu perangai Alif yang bagaikan langit dengan bumi itu. Di antara kedua dua sepupu itu memang tiada keserasian. Adlina tidak pernah suka dengan Alif. Tapi kalau mereka bertekak pun, tidaklah pernah sehingga menumpahkan airmata Adlina di khalayak ramai.


“Cik Adlina okay? Nak saya call Shahrin?” Kak Rahilah bertanya lembut setelah Adlina mula tenang.


Adlina hanya menggeleng. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa tersebut.


“Kak, tolong telefonkan teksi,” pinta Adlina lemah. Rahilah sekadar merenung wajah ketua syarikatnya.


“Kenapa tak call Shahrin saja?”


“Dia ada urusan lain,kak. Please kak, call kan teksi untuk saya,” pinta Adlina lagi.


Rahilah akur akan permintaan wanita itu. Kalau Adlina sudah berkeras, tidak perlu berlawan kata lagi.

Hadiah ramadhan 11

Tiada banyak yang berubah saat dia kembali ke pejabat. Rahilah, setiausahnya ada memberitahu bahawa segala usrusan syarikat telah di sempurnakan oleh Hj Zakaria.



“Ayah tu, bukannya sihat sangat. Itupun masih lagi mahu ke sini,” dia memberitahu Rahilah. Wanita separuh umur itu sekadar tersenyum.



“Tuan Hj ada pembantu yang serba boleh, sebab tu dia tak kisah kembali ke syarikat,” rahilah memberitahu. Adlina memadang wajah setiausahanya; pelik.



“Pembantu apa?”



“Lambat laun, Boss akan tahu juga,” rahilah mengulum senyum. Dia mengambil semula fail yang di berikan kepada Adlina untuk di tanda tangan sebelum menapak keluar.



“Kak Rahilah,” panggil Adlina sebelum wanita itu sempat menutup pintu. Pantas Rahilan menoleh dengan kening berjungkit.



“Alif ada datang lagi tak?” Adlina berhati hati menyoal. Sepupunya yang seorang itu tidak boleh di jangka.



“Alif?” Rahilah berkira kira untuk bersuara,” Dia ada datang bertemu dengan Hj Zakaria tapi sekejap saja.”



Adlina mengangguk angguk,” Kalau dia datang, akak beritahu saya dulu okay.” Pesannya. Dia tidak mahu peristiwa kelmarin berlaku lagi. Dia ngeri melihat wajah Shahrin yang berang itu.



Tiada apa yang perlu dia lakukan di pejabat hari itu. Segalanya seperti sudah di uruskan. Lagipun syarikat kecil seperti milik Hj Zakaria ini, bisnesnya bermusim. Bukan setiap hari mereka menerima kontrak ubah suai. Adlina membuka almari, ingin mengambil tafsir AlQuran yang di simpan di situ. Tapi matanya tertancap kepada sekeping sampul surat. Seingatnya, dia tidak pernah meninggalkan apa apa sampul surat di dalam laci itu. Sampul surat itu di koyak cermat dan isinya di keluarkan. Sehelai kertas kajang bertulis tangan, di alamatkan kepadanya.







Kehadapan isteriku Adlina,



Isteri solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh. Memilikimu walau sekdar di atas kertas memberikan aku semacam penguat jiwa untuk meneruskan perjuangan ini. Seorang isteri sepertimu amat kuyakini dapat menemani aku menyusuri hari hari tuaku dengan tiada keluh kesah. Kau adalah anugerah Tuhan buatku, aku terima seadanya. Dan aku amat bersyukur.



Adlina yang di hormati,



Perkahwinan ini, walau tidak sesempurna perkahwinan orang lain, amat berharga bagiku. Kau ku anggap seorang isteri cerdik yang solehah, senyummu penyejuk mata, kata kata penghibur hati.



Adlina,



Aku bukanlah suami pilihanmu, aku akur akan perkara itu. Namun terus terang aku katakan, aku sedikit kecewa. Aku doakan agar satu hari nanti, kau akan dapat memimpin tangan ini, mencari redha Ilahi….



Dan ketahuilah olehmu wahai isteri,



Segala kesilapanmu telah ku ampunkan…Aku redha akan semua yang berlaku, kerana aku yakin tentu ada hikmah Tuhan buatku.



Aku, yang sentiasa menyayangi kamu,





Suamimu……..



Shahrin.





Bergetar bibir Adlina saat dia tiba ke penghujung. Begitu mulia hati suaminya sehinggakan semua kesilapan dirinya itu sudah diampunkan awal awal lagi. Dia saja yang menurutkan keegoannya. Tanpa sedar airmatanya mengalir di pipi. Semakin dia memikirkan, semakin dia berasa berdosa dengan Tuhan. Shahrin itu suaminya, walau siapapun dia. Dan dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Terhinggut hinggut dia menahan sedu. Ya Allah, begitu kerasnya hati seorang Adlina….Bersaksikan dinding dingin pejabatnya, Adlina berjanji pada diri sendiri untuk merubah hidupnya. Dia malu…malu pada semua…Siapa sangka ketua syarikat yang di segani rupanya membawa dosa besar setiap hari. Dia yang sopan berkerudung sebenarnya bukanlah layak mencium pintu syurga sekalipun.

Hadiah ramadhan 10

“Nampak sedap lauk lemak cili padi mak. Bila masa mak sempat masak ni?” Shahrin bertanya sewaktu dia mencedok lauk lemak cili padi yang di beri oleh Lia itu. Natrah yang duduk bertentangan Adlina hanya memerhatikan. Sesekali matanya menyorot wajah kakak iparnya yang kelihatan tenang menikmati hidangan iftar mereka malam itu.

“Bukan mak yang masak itu,” Nasuhah memberitahu saat Shahrin sudah menyuap nasinya ke mulut.



“Kalau bukan mak,siapa yang masak?” dia memandang Adlina pula, seolah olah mengharapkan isterinyalah gerangan yang memasak lauk itu. Adlina menoleh ke ke kiri lalu tersenyum.



“Bukan Lin yang masak. Mana Lin tahu masak macam tu, sedap sedap,” Adlina merendah diri. “Awak pun tahu Lin tak tahu masak.”



Shahrin berhenti mengunyah. Kalau bukan emaknya, bukan pula isterinya, siapa pula yang mahu memberi ikan kurau di masak cili api itu? Adik adiknya mana sempat mahu memasak. Mereka kalau sampai ke rumah pun hampir menjelang ke senja.



“Lia kasi tadi.” Makcik Halimah mencelah dengan suara datar.



“Lia mana pula. Mak cakap macamlah Arin kenal semua penduduk daerah sini,” Shahrin masih lagi mahu bergurau. Dia memandang wanita wanita yang mengelilingi mejanya.



Natrah tiba tiba menarik pinggan nasi Shahrin dari abangnya itu. Tindakannya mengejutkan bukan sahaja shahrin, amlah seisi rumah.



“Kau kenapa Nat?” soal Nasuhah pelik. Pelik dengan perangai adiknya itu.



“Tak payahlah makan lauk ni. Bukannya sedap pun. Biar nanti Kak Ad cedokkkan nasi lain. Yang ini biar Nat makan,”tingkah laku Natrah membuat Adlina terhenti makan. Kenapa begitu marah sekali dia dengan wanita bernma Lia itu?



Shahrin mencerlung memandang Natrah. Kemudian dia beralih kepada Nasuhah pula, meminta penerangan.



“Lauk tu,” Nasuhah menjuihkan bibir ke arah lauk di dalam bekas Tupperware di hadapan Shahrin,” Lia yang masak.”



Shahrin semakin tidak berpuas hati dengan jawaban yang di dengarnya. Dari tadi mereka hanya memberitahu, lauk itu Lia masak. Tetapi siapa Lia sehingga Natrah tidak mahu dia memakan lauk pemberian orang iah agak itu.



“Lia mana ni?” suaranya sudah agak meninggi sedikit. Makcik Hamidah berdehem sedikit.



“Zaliah, anak Pakcik Hasan.” Akhirnya Makcik Hamidah memberitahu.



Adlina perasan akan riak wajah suaminya yang berubah.



“Dia datang waktu emak pergi hantar lauk kat rumah Kak Idah. Kak Ad saja yang ada dekat rumah ni. Mujur Nat balik awal. Kalau tak, tak tahulah apa yang dia nak cerita pula,” Natrah membebel tidak puas hati. Nasi di pinggan Shahrin langsung tidak di jamah. Adlina semakin bermain teka teki dengan perbualan anak beranak itu.



“Along ni okay tak okay?” soal Nasuhah pula apabila Shahrin hanya membisu mendengar apa yang Natrah sampaikan. Zaliah, gadis yang hampir menjadi isterinya.



“Huh, Along okay jer.” Shahrin membalas gugup. Kemudian dia mencuit lengan Adlina.” Lin solat dengan adik adik ya. Lepas magrib, saya nak keluar ke masjid.” Adlina hanya mengangguk. Urusan Shahrin selama ini pun bukannya menjadi urusannya. Dia tidak pernah tanya ataupun mahu ambil tahu akan setiap pergerakan Shahrin pun.



“Arin tak terawih dengan kami sekali?” soal Makcik Hamidah. Lazimnya mereka anak beranak akan berjemaah dengan Shahrin yang mengimamkan solat mereka. Shahrin sekadar menggeleng. Makcik Halimah mendengus kecil, walau tidak ketara, tetapi sempat didengari oleh Adlina.







Telekungnya di lipat kemas dan di sangkutkan di belakang pintu. Dia memicit leher yang terasa sengal. Adlina dapat merasakan keadaan tubuhnya yang tidak begitu sihat. Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu sejak kebelangan ini. Sebentar hujan, dan sebentar lagi, panas. Malah adakalanya baru sehari hujan, sudah mampu membanjirkan sebuah kawasan.



“Harap sangat Along tak berubah hati. Aku kesiankan Kak Ad. Dia baik.”terdengar suara Natrah berbual rendah.



“Kau ni merepeklah sangat. Along takkan berubah hati lah. Aku tahu dia sayang sangat dengan Kak Ad.” Bantah Nasuhah pula.



“Meluat aku tengok muka Kak Lia tadi,” terdengar Natrah mengomel. “Duly, dia juga yang tolak Along. Ikutlah lelaki mat saleh tu. Kononnya mat saleh tu dah Islam.”



Belum sempat Natrah menghabiskan ayatnya, Adlina menolak pintu bilik itu. Kedua dua beradik itu terkedu melihat kakak ipar mereka yang sangka mereka sudah tidur.



“Tolong beritahu kakak, siapa gerangan wanita tadi,” Adlina merayu perlahan. Walaupun di antara dia dan Shahrin masih belum terlerai apa apa perjanjian, namun jauh di sudut hatinya, dia mahu tahu apa yang berlaku sebelum Shahrin menikahinya. Natrah dan Nasuha berbalas pandang. Tidak pasti samada tindakan mereka itu betul atau salah.



“Suha, Nat, akak ni perampas ke?” soal Adlina, sengaja mahu mengorek cerita dari adik iparnya.



“Of course not!” serentak mereka menjawab. Dan kemudiannya Natrah membuka kisah.





Shahrin berjalan perlahan menuju ke rumah emaknya. Tidak sangka pula dia akan berpapasan dengan Pak hasan dan anaknya. Dia langsung tidak menyapa wanita itu. Tidak ada keperluan pun untuk berbual dengannya. Namun sempat pula Pak Hasan memberitahu, Lia kini sudah kembali seorang. Jodohnya tidak panjang dengan lelaki dari Barat itu. Shahrin hanya mengangguk. Tidak tahu harus berkata apa. Mujur juga selepas berwidhu, dia terpisah dengan Pak Hasan, maka tidak perlulah dia mendengar kisah tragis Lia.



Tiba di rumah, adik adiknya sedang menonton televisyen. Emaknya pula sudah masuk berehat di biliknya. Adlina tidak kelihatan di mana mana.



“Kak Ad mana?” dia bertanya Nasuhah.



“Dalam bilik kitorang. Malam ni Along tidur bilik kita lah. Kita nak tengok TV. Dah ajak Kak Ad, tapi dia macam tak sihat.” Nasuhah memberitahu. Matanya masih melekat di kaca TV.



“Nat dah kasi dia painkiller. Shes wearing my jacket. Tak sempat nak check temperature dia, tapi she doesn’t look well to me.” Natrah menyampuk pula.



Mendengar kata kata Natrah, pantas Shahrin berlalu ke bilik adik adiknya. Lampu bilik di padamkan, digantikan dengan lampu tidur yang suram. Adlina tidak betah tidur dengan lampu terang benderang. Dia menghampiri isterinya yang sedang tidur di atas katil. Dahi Adlina di pegang dengan belakang tapak tangan. Tidak begitu panas. Dia menghela nafas. Lega. Selimut Adlina di betulkan. Dia menyibak rambut isterinya yang menutup muka. Perbuatannya membuat Adlina terjaga. Wanita itu terpisat pisat melihat dirinya.



“Adik adik kata Lin tak sihat,” dia memberitahu. Takut tindakannya di salah ertikan. Adlina mengangguk lemah.



“Letih sikit. Tak larat nak stay up dengan diorang,” Adlina memberitahu. Shahrin mengangguk. Kalau dah letih, tak perlu di paksa diri nak marathon movie apa apa. Nak baca Quran pun tak habis, nak marathon movie?



“Lin rehatlah. Esok kalau tak kebah, saya bawa pergi klinik,” Shahrin mengarah lembut. Wajah isterinya di pandang tunak.



Adlina mengangguk, tanda akur. Dia membaringkan semula tubuhnya di katil. Kemudian, dia berpaling memandang Shahrin.



“Adik adik kata, Zalia itu bekas tunang awak. Cantikkan dia?” Terpempan Shahrin mendengar kata kata Adlina.



“Dia tu sejarah yang berlalu, Lin.” Tenang Shahrin memberitahu.



“Dan Lin tak tahu pun Shahrin ada sejarah sebegitu menarik.”

Sunday, August 29, 2010

Hadiah Ramadhan 9

“Mak, Shahrin tu macam mana orangnya iya?” tanya Adlina kepada ibu mertuanya ketika mereka sama sama sedang menyiapkan makanan untuk berbuka. Makcik Hamidah memandang wajah menantu yang sedang menumis rempah kari di atas dapur itu.

“Dia anak mak yang baik. Bertanggungjawab. Kenapa Inah tanya?” soal Makcik Hamidah.

“Entahlah mak. Kadang kadang Inah rasa macam Inah ni bukan isteri dia. Inah tak kenal suami Inah.” Sejujurnya Adlina memberitahu.

“Inah kan baru jer nikah dengan Shahrin. Banyak benda yang Inah kena belajar, nak,” Makcik Hamidah menasihatkan. Adlina hanya mengangguk saja.

“Inah..” panggil wanita separuh umur itu.

‘Iya mak?” Adlina pantas memandang wajah Makcik Hamidah.
Makcik Hamidah tersenyum pada menantunya.

“Kenapa inah panggil Arin dengan nama saja? Kenapa tak panggil abang?” soal makcik Hamidah berhati hati. Sudah lama dia mahu bertanya tetapi tidak punya kesempatan.

“Inah tak reti lah mak,” balas Adlina polos. Bagaimana dia mahu panggil Shahrin dengan panggilan abang sedangkan sebelum bernikah, Shahrin memanggilnya Boss kerana jawatannya di dalam syarikat.

Makcik Hamidah menghampiri Adlina. Bahu menantunya di sentuh lembut.

“Usahalah iya. Bila Inah ubah panggilan itu, tentu akan terasa didalam hati satu perasaan yang berbeza. Dia suami Inah. Mak cakap ni bukan kerana mak tak suka Inah panggil Shahrin macam itu, tapi mak nak Inah juga dapat rasakan keintiman dalam satu rumahtangga macam isteri isteri yang lain.”

Terhenti tangan Adlina dari mengacau rempah di dalam periuk. Sebak hatinya mendengar kata kata yang terluah dari mulut mertuanya itu. Dia memusing mengadap mertuanya itu. Tubuh wanita itu di raih kedalam pelukannya.

“Mak, Inah bukanlah menantu terbaik. Inah banyak kekurangan. Inah harap sangat mak bimbing Inah sampai ke akhirnya,” dia meluahkan apa yang terbuku di hati.

‘Inah jangan bimbang. Mak terima Inah seadanya. Inah isteri Arin. Mak sayang Inah macam mak sayang Natrah dan Nasuhah juga.” Makcik Hamidah merenggangkan dakapan menantunya. Airmata yang mengalir di seka penuh cermat. Enam bulan yang lalu, tatkala di datangi emah dan ayah Adlina, dia berasa berbesar hati kerana pasangan itu mempercayai anak sulungnya untuk menjadi ketua rumahtangga gadis itu. Dan tentulah saja dia bersedia membimbing wanita muda di hadapannya ini sepertimana yang di lakukan oleh arwah nenek Adlina.

“Tak mahulah nangis. Sedih lah mak tengok,” dia memujuk. “Lagipun kalau adik adik Inah nampak nanti teruk diorang soal siasat tau.”

Adlina mengangguk, akur dengan pujukan mertuanya. Dia kembali mengadap rempah kari yang di goreng. Mujur tak hangit, kalau hangit, malulah sungguh dia hendak berhadapan dengan adik adik iparnya nanti.



Rambut yang mengurai panjang itu di sisir lalu di ikat ponytail. Dia senang dengan gaya begitu kerana rambutnya tidak akan menggangu pergerakkannya. Walaupun sudah berapa kali di usik oleh Nasuhah dan Natrah, dia tetap selesa sedemikian.

“Cute lah rambut akak macam ni. Tak kena tarik dengan Along ke?” Natrah mengusik sewaktu pertama kali melihat Adlina mengikat tocang.

“Buat apa Along nak usik,” celah Shahrin waktu itu. Berderau darah naik ke muka kerana bimbang kalau Shahrin terlepas bercerita.

“Eee, akalu kita yang buat tocang, Along siap kata macam ekor kuda lah, apa lah..siap tarik sampai terlepas getah,” Nasuhah menokok pula. Adlina melihat Shahrin tertawa, tapi jantungnya waktu itu bagai berhenti berdegup.

“Kak Ad kan isteri along, takkan along nak buli dia macam along buli korang. Along suka dia ikat macam tu.”

Lega Adlina mendengar. Namun di dalam hati dia berdialog sendirian. Mana mungkin Shahrin bisa mengusiknya kalau Shahrin tidak di benarkan merapatinya?


Sewaktu sedang leka berehat di kamar mertuanya, terdengar suara memberi salam. Bergegas dia keluar melihat siapa yang bertandang. Makcik hamidah baru saja keluar mahu menghantar makanan kepada jiran di blok belakang.

Salam di jawab. Selendang di kepala, di kemaskan. Seorang wanita seusianya sedang berdiri di luar pintu.

“cari siapa?” soalnya sopan. Wanita di luar hanya tersenyum manis.

“Makcik Midah ada? Saya nak kasi dia lauk ni,” wanita itu bertanya seraya mengunjuk sebuah bekas berisi lauk.

Adlina memandang wanita itu dan bekas lauk silih berganti.

“Mak keluar pergi blok belakang. Sekejap lagi dia balik. Masuk lah dulu,” yakin yang emak mertuanya tentu mengenali wanita itu, dia memperlawanya masuk. Lagipun tiada apa yang patut di curigai tentang wanita di luar itu.

“Mak?” terdengar wanita itu bercakap sendirian. “Tak apalah, saya nak cepat. Ni untuk berbuka, saya masak lebih sikit tadi,” wanita itu memberitahu.

Belum sempat dia membuka pintu pagar, Natrah pula tiba di rumah. Natrah keliahtan terkejut melihat wanita itu.

“Eh, kak Lia. Bila balik?” soal Natrah.

“Err, Natrah. Semalam. Flight akak pagi semalam,” wanita itu memberitahu. Natrah memandang Adlina di sebalik pagar.

“Ni, isteri Along. Kalau akak belum tahu lagi lah…” datar Natrah memberitahu. Adlina tersenyum mengiyakan. Entah kenapa terasa bahagia di perkenalkan sebagai isteri Shahrin. Selama ini pun dia jarang jarang mahu memperkenalkan dirinya sebagai isteri Shahrin!

Jelas di mata Adlina perubahan riak pada wajah wanita itu.

“Oh, isteri Abang Shah. Sampai hati dia kahwin tak beritahu,” keluh wanita itu.

“Alah, sekaramg kan dah tahu. Tak ada beza, kan?” balas Natrah bersahaja. Bekas lauk bertukar tangan. Tapi bukan Adlina yang menyambutnya. Saat wanita itu mahu menyerahkan bekas kepada Adlina, pantas Natrah menyambar.

“Thanks Kak Lia. Rajin betul akak ni. Tak jet lagged eh?” soalnya sambil melangkah masuk dan merapatkan pagar. Adlina sekadar menyaksikan dengan terkulat kulat. Tidak faham kenapa gadis manja seprti Natrah boleh berubah sikap sedemikian.

Wanita yang di panggil Lia itu tidak menjawab. Dia melambaikan tangan ke arah Adlina dan menitipkan pesan agar disampaiakan salamnya kepada Shahrin.

“Dia tu siapa, Natrah?” Adlina bertanya sebaik Natrah menanggalkan tudungnya di ruang tamu.

“Dia tu pengkhianat, kalau Kak Ad nak tahu,” beritahu natrah dengan nada keras. “ Nat tak suka dia. Kak Ad jangan nak berbaik sangat dengan dia tau,” sempat Natrah memesan Adlina. Tidak mahu bertanya lanjut, Adlina hanya berdiam diri. Natrah mungkin punya seribu alasan untuk memusuhi wanita itu.