Part 1
“Minggu depan Hamkah dah nak balik…rindu nak tengok budak tu,ye bang?”luah Mak Jijah sewaktu duduk minum petang bersama suami dan puteri tunggalnya, Nilam. Rindunya Mak Jijah pada anak sulungnya yang sudah enam tahun meninggalkan tanahair untuk menuntut ilmu di
"Dah besar panjang budak tu pun, awak nak risau dan rindu semacam,Lain kali, bila budak tu nak merantau, jangan bagi izin.Biar dia duduk bawah ketiak awak jer," usik Pak Mat melihat gelagat Mak Jijah.
"Eh, mestilah bang.Dia tu satu-satumya anak lelaki saya.Macam mana tak risau.Masa Perang Teluk tu, puas saya suruh Nilam hantar email kat dia suruh pulang,mati-mati dia nak duduk kat
"Oh, jadi Nilam ni, tak special lah mak ye?"tanya Nilam yang kebetulan ada di rumah, sedang cut semesteri.
"Tak lah macam tu. Abang kau tu..pewaris keluarga.Nilam pula akan menjadi milik orang lain.Nilam akan membantu keluarga orang lain untuk meneruskan generasi mereka," balas Mak jijah, tersenyum.
"Apalah mak ni. Kesitu rupanya yang difikirkan. Jadi mak risau kalau abang tak ada,tak ada siapa yg nak sambung salasilah keluarga ayah lah ye?"tanya Nilam lagi.
Mak Jijah hanya tersenyum sambil menjeling Nilam. Jirannya di sebelah dah pun menggendong cucu. Kamal anak Mak Timah tu pun belajar di universiti juga, tapi mendirikan rumahtangga di tahun akhir. Okay aje Mak Jijah lihat rumahtangga Kamal.
"Mak, apa yang mak menungkan tu?"sapa Nilam yang sudah berubah duduk disebelah ibunya.
"Eh, tak ada apalah.Ni, Nilam.Kamu dah telepon Kak Syifa dan beritahu yang abang kamu nak pulang?"
"Emmm...email je.Mahal lah mak nak telefon Singapura.Lagipun entah Kak Syifa ada ke tidak.Dia
"Bila kau email dia?Dah jawab ke belum?Kalau kau telefon,
"Yang emak kecoh nak beritahu Kak Syifa ni, apa halnya? Abang je yang balik, bukan putera raja mana."
"Kamu ni mana faham. Kak Syifa kau tu, banyak membantu abang kau tahu? Masa abang kamu nak pergi dulu, Kak Syifa ada beri simpanan dia pada abang kamu.Padahal, kita dgn dia bukannay ada pertalian keluarga.”beritahu Mak Jijah.
“Cuma dulu ayah pernah kerja di Singapura sewaktu bujang. Sama dengan ayah Syifa tu.Ayah kawan baik dgn dia. Tu yang berkekalan sampai sekarang. Waktu abang nak pergi
"Entah-entah Kak Syifa suka kat abang tak?"teka Nilam.
"Isy, anak dara ni..Pandainya mulut.Tapi kalau dia suka kat abang kau pun bagus juga. Sebab mak pun suka kat dia."celah Mak Jijah.
“Dah mulalah tu..Sedar lah sikit, dia tu anak orang Bandar, ada pelajaran.Kita ni orang kampong,” tegur Pak Mat.
“Ayah, kenapa ayah tak tinggal terus kat Spore tu?” tanya Nilam,”Tak lah kita jadi orang kampong.”
Pak Mat hanya mengarahkan pandangannya kepada Mak Jijah,” Abis tu..dah Mak tok suruh kahwin.Mak kamu pulak tak nak berjauhan dgn keluarga dia, ayah mengalah,lah..”
Nilam tertawa melihat wajah emaknya ynag menahn marah.Dia sebenarnya sudah tahu kisah itu, saja dia bertanya lagi.
No comments:
Post a Comment