Part 3
Selepas membantu Mak Jijah masak didapur, Syifa dan Nilam duduk di halaman rumah.Mak Jijah datang membawa keropok yang baru digoreng.Dia pun nak juga berbual dengan Syifa yang sudah tiga tahun tidak ke rumahnya.
“Mak Jijah, Syifa tak boleh lama kat sini.Cuti Syifa tak lama.Minggu depan Syifa dah kena kembali bertugas,”beritahu Syifa. Sewaktu dia meninggalkan rumah pun, ada lagi tugasan yg dia belum selesaikan. Tugas barunya sedikit mencabar kerana dia perlu menyediakan satu website untuk murid-muridnya mendalami Bahasa Melayu. Dia sedar, ramai orang Melayu yang lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris sehingga pengetahuan didalam bahasa ibunda amat menyedihkan. Dia dulu pun rajin berbahasa menggunakan bahasa penjajah itu.
“Mak Jijah faham, Syifa.Kerja guru ni bukannya mudah, tapi sesuai sangat dengan diri kamu.”
“Kak, Nilam nak tanyalah.Akak ni diet apa?Cemburu Nilam lihat badan akak,”Nilam memang suka mengusik.
Syifa menarik nafas.Dilontarkan pandangannya jauh entah kemana.Tatkala itu, Hamka pun datang menjenguk mereka.Syifa serba salah hendak bercerita.
“Alah kakak ni, itupun nak rahsia ke?”usik Nilam lagi.
“Syifa tak dietlah. Syifa mula kurus semenjak Syifa mula belajar di kolej, tiga tahun lepas. Waktu itu Syifa sering sakit kepala.Mak Jijah pun tahukan dari kecil lagi Syifa dah mula sakit kepala.Bila mama dan papa bawa Syifa kedoktor, Syifa disahkan normal.Tapi sampai sekarang, Syifa masih sakit.Mungkin itu yang buat Syifa kurus.Bila dah sakit, Syifa tak boleh bangun.Kadang-kadang sampai 2-3 hari.Tak boleh makan langsung”jelas Syifa.
“Kasihan Mak Jijah lihat kamu.Sebab tu kamu lama tak datang sini?”Mak Jijah menepuk-nepuk bahu Syifa.Syifa mengangguk sambil menyambung,
“Tapi hujung tahun ni, Syifa akan pergi umrah.Semoga Syifa dapat penawar disana. Itupun kalau umur Syifa panjang, dan kalau Tuhan izinkan Syifa jadi tetamuNya.
“Oh, mak ayah kamu pergi sekali ke?”Tanya Mak Jijah.Hamka hanya memerhatikan Syifa, tanpa berkata apa-apa. Dia tak sangka rupanya gadis ceria ni berpenyakit.Seingat Hamka, dari kecil memang Syifa selalu sakit.Kalau bercuti di rumahnya, mesti tak lupa bawa ubat yang bermacam-macam.
Syifa melihat wajah Mak Jijah sekilas,”Tak, bukan dengan Mama dan Papa, dgn Dr Khairul Amri.”
“Dr Khairul Amri?” tanya Nilam, agak pelik.
“Dia tunang akak. Khairul Amri bin Muhammad. Ikut planning, kami akan ke
Cawan di tangan Mak Jijah jatuh ke tanah.Tersentak Hamka mendengar penjelasan Syifa.Begitu juga Nilam.Dia cepat-cepat bangun membersihkan serpihan kaca yang bertabur dia atas tanah.
“Mama tak beritahu Mak Jijah ke Syifa dah tunang?Mama tunangkan Syifa dengan doctor yang rawat Syifa tu,” tanya Syifah pada Mak Jijah. Perlahan, Mak Jijah menggelengkan kepala. Dia pun pelik kenapa berita itu tidak disampaikan kepadanya.
“Mungkin tunang je, sebab tu Mama tak kecoh….” Balas Syifah. Cawan di tangannya di bawa kebibir.
Hamka bangun meninggalkan Syifa dan ibunya.Tak sanggup nak dengar penjelasan Syifa lagi. Biarlah gadis itu berbual dgn emaknya sahaja.
Apabila kelibat Hamka sudah hilang dari pandangan, Mak Jijah menceritakan niatnya kepada Syifa.Dia menggenggam tangan gadis itu.
“Abang Ham pun setuju dengan cadangan Mak Jijah. Cuma dia takut entah-entah Syifa ni dah jadi milik orang.memnag betullah, dah disunting orang.Mungkin Abang Ham tak sangka.Syifa tak kecil hati dan marah dengan Mak Jijah
“Bukan macam gitu Mak Jijah.Selama ini Syifa pun anggap Abang Ham macam abang Syifah sendiri, Cuma batasan syariat saja yang memisahkan kami.Apa yang Syifa tahu, Nilam pernah cakap kat Syifa yang Abang Ham dah bertunang dengan rakan sekuliahnya masa kat Iraq.Entah lah Mak Jijah.. doctor tu yang beriya-iya masuk meminang Syifa.Mula-mula Mama dan Papa menolak.Tapi dia bersungguh-sungguh.Mama dan Papa serba salah, sebab tu mereka terima.Syifah Cuma ikut aje,”kata-kata Syifa terhenti disitu. Matanya sayu melihat pepohojn hijau disekelilingnya. Sesekali,dia mebetulkan tudung yang ditiup angina petang.
Dia mendapatkan Mak Jijah,”Mak Jijah, orang kata kalau kita ikut kata orang tua, rumahtangga kita berkat. Mak Jijah doakan Syifah ye…”
Mak Jijah hilang kata-kata.Mak Jijah memeluk gadis itu erat.Tanpa mereka sedari, Pak Mat memerhatikan dari jauh.Namun tiada apa yang mampu Pak Mat lakukan.Ianya diluar kuasa manusia.
No comments:
Post a Comment