Part 8
Menjelang Maghrib, baru majlis kenduri selesai.Para tetamu sudah meninggalkan rumah Syifah.Sepupu2 Syifah pula ada yg membantu mengemas halaman, ada yg membersihkan dapur bersama-sama Nilam, Mak Jijah dan Mamanya.Sepupu yg lelaki pula tak kurang berbual mesra dgn Hamka.Maklumlah Syifah cucu pertama, jadi dia amat rapat dgn sepupu2nya.Syifah meminta tolong Hani membantu mengemas kamar tidurnya yg penuh dgn bunga-bungan yg bermacam warna.
"Eh, akak ni.Takkan nak buang bunga ni semua? Tak serilah nanti bilik akak ni.."protes Hani.
"Please Hani, akak tak tahan lihat banyak sangat hiasan dalam bilik ni.Akak rimas..mabuk akak tengok ni semua.Please lah Hani..."pujuk Syifah
"Okaylah...tapi jangan kemaskan semua.Mana2 yg kecil tu, kita biarkan okay."
Sedang mereka berkemas, Nilam dan mak Jijah masuk menjenguk.
"Buat apa Syifah?"tanya Mak Jijah.
"Eh, Mak Jijah...ni Kak Syifah suruh Hani kemas bunga2 ni.mabuk katanya..Boleh ke Mak Jijah.Hani takut Ummi marah,"Hani berkata.Sebenarnya dia takut perbuatan Syifah itu dimarah oleh Ummi Asmah.Bukankah ini malam pertama,tapi ruang kamar itu sudah hendak dikosongkan Syifah.
Mak Jijah tersenyum,"Tak apalah Hani.Kalau Syifa tak larat dgn perhiasan tu semua.Dari biarkan dia mabuk, elok kita kemaskan.tak apa..takkan Ummi kamu nak marah.Dia tentu faham dgn keadaan anak kesayangannya ni.Syifah nak mak tolong?"
"Eh, tak aplah Mak Jijah.."
"Apa yg Mak Jijah pula kak?Mak lah..."kacau Nilam.Syifah sempat mencubit pipi Nilam.
"Tak apalah Mak..mak dah penat kemas dgn Mama kat bawah.Biar hani je bantu Syifah.Kalau Nilam nak tolong lagi bagus.Boleh Syifa arah aje dia..."usik Syifah.
Mak Jijah meninggalkan anak-anak itu sendirian.Dia turun kebawah semula, melihat apa yg patut di bantu. Hani mengemas ruang kamar Syifah.Walaupun banyak perhiasan dah di buka dan di simpan, Hani pastikan ruang itu masih ada touch of romance.Hani memang gemar kerja begini.Nilam pun sibuk membantu.Barulah Syifah rasa lega dgn ruang kamarnya yg sudah berkurangan perhiasan akibat sentuhan wedding plannernya. Selepas selesai tugasan, hani meminta diri untuk pulang.begitu juga sepupu2yg lain. Hani mempelawa untuk menghantar mak Jijah Pak Mat dan Nilam ke rumah persinggahan.Memang disitulah tempat persinggahan setiap tetamu keluarga itu. Selepas bersalaman, Syifah meminta diri untuk kedapur.
"Abang, Syifah nak ke dapur.Abang nak Syifah buatkan air?"tanya Syifah pada suaminya itu.Hamka hanya menggelengkan kepala.Dia melabuhkan punngung ke sofa.Terasa letih, tetapi bersyukur kepada Tuhan kerana menyatukan dia dengan Syifah.Gadis yg dianggap adik itu sekarang sudah menjadi isterinya.
Tiba-tiba terdengar bunyi gelas pecah dari arah dapur.Hamka teringat pada Syifah.mamanya bergegas ke dapur, diikuti oleh Hamka.
"Ya Allah, Syifah...Hamka Syifah pengsan nak."
Puan Asmah membersihkan serpihan kaca yg bertabur disisi Syifah.Hamka mengangkat tubuh isterinya yg lesu itu.
"Bawa naik je Ham," kata Papanya.
Berhati-hati Hamka mendukung isterinya.Dibaringkan Syifah di atas katil. Encik kamal naik kemudian membawa air dan ubat Syifah.Diserahkan ubt itu kepada Hamka.Puan Asmah kelihatan serba salah.
"Hamka, mama tak sangka dia akan rebah malam ni.Dua tiga hari ni, keadaanya stabil.maafkan kami Hamka,"Puan Asmah bersuara.
"Dah lah tu Mama.Hamka pun pernah lihat Syifah sakit.Ingat tak masa dia balik kampung dulu.Hamka dah tahu keadaannya. Sabarlah mama,"Hamka
"Mama dan Papa rehatlah.Dah lewat ni.Biar Ham aje yg jaga Syifah."
Puan Asmah dan Encik Kamal meninggalkan anak dan menantunya.Pintu kamar ditutup perlahan, seperti tidak mahu mengganggu Syifah yg masih belum sedarkan diri. Hamka mengusap rambut isterinya.Rasa sayang terhadap isterinya semakin dapat dirasakan.Dia menyapukan air ke wajah isterinya.Jari jemari Syifah digenggam erat.Direnung wajah Syifah yg kelesuan itu.Melihat tiada tanda2 yg isterinya akan sedar, dia ke bilik air untuk membersihkan diri.
Apabila Hamka keluar, dilihatnya Syifah sedang
"Syifah, dah sedar? Alhamdulillah.."kata hamka.
Syifah hanya memandang Hamka sayu. Suaminya hanya berkain pelekat.Syifah segan melihat Hamka begitu.Dia memandang ke lantai.Hamka mendekati Syifah.Di ambil ubat dan disuapkan ke mulut isterinya.Syifah
"Syifah nak salin pakaian,"ujar Syifah.Hamka hanya mengangguk.Hamka membantu isterinya ke bilik air.
"Syifah, jangan kunci pintu tu, sayang.Abang takut Syifah jatuh lagi..."
Malam itu, Syifah tak dapat melelapkan mata.Katil itu ada penghuni lain. Hamka seperti tahu keriasauan isterinya.
"Syifah, tak boleh tidur ke? Syifah takut abang ganggu tidur Syifah?"
Syifah menggelengkan kepalanya.Dia
"Abang Syifah sakit kepala...Syifah nak minta mama picitkan.."
Hamka tersenyum.Anak manja ni masih perlukan Mamanya disaat dia sakit begini.
"sayang, abangkan ada.Buat apa ada abang kalau Syifah masih perlu mama uruskan sakit Syifah."
Hamka memicit kepala isterinya itu.Akhirnya Syifah terlena juga.Malam itu, Syifah tidak tidur dalam dakapan Mamanya seperti selalu ketika dia sakit.tapi dia terlelap sambil didakap suaminya.
No comments:
Post a Comment