Part 10
Selepas berjemaah Isyak bersama Mama dan Papa, Encik Kamal bertanya,
"Hamka, Papa nak tanya sikit.Lepas ni apa rancangan kamu? Papa bukan nak masuk campur, tapi sebagai orang tua, Papa rasa perlu Papa bertanya"
"Hamka ambil cuti sebulan dari mengajar dikolej tu.Lagipun, Hamka di
"So,apa plan kamu, Ham?"tanya Mamanya pula.
"Hamka nak buka kelas sendiri.tak terikat dgn mana-mana syarikat.Lagipun Syifah masih mengajar, jadi Hamka terpaksa berulang alik dari kampung ke sini."tenang dia memberitahu.
"Maksud kamu, Syifah di sini dan kamu di kampung?"
Hamka mengangguk,"Syifah
Mamanya mencelah,"Hamka, memang Syifah ni seorang je anak Mama,tapi tempat seorang isteri tu disisi suaminya.Susah, senang, isteri wajib ada bersama suami.Lagipun Mama yakin Hamka mampu menjaga Syifah dgn sempurna.Syifah yg tak nak ikut Hamka ke?"
"Tak Ma.Syifah tak tahu pun..."Syifah bersuara.Airmata mula bergenang..
"Alah kalau budak cengeng ni..Itu pun sensitif sangat,"usik Papanya.
Hamka mengenggam jemari Syifah,"Maaflah sayang, abang tak sempat beritahu sayang tentang rancangan ni...Janganlah nangis...
Malam itu, sebelum tidur, Syifah memberanikan diri bertanya Hamka, “Abang, kenapa abang sanggup nak tinggalkan Syifah di sini?"
"Habis, Syifah nak berhenti kerja ke? Abang takut kalau Syifah bosan di kampung.Kat kampong tu bukannya macam
Syifah mendekatkan dirinya pada Hamka.Direbahkan kepalanya di dada suamimya itu,"Sebenarnya Syifah dah ambil keputusan untuk berhenti kerja sewaktu kita ditunangkan.Memang Syifah minat mengajar, tapi Syifah tahu tempat Syifah di sisi abang.Cuma Syifah hanya beri resignation letter tu pada pengetua Syifah, dan Syifah di beritahu, surat itu hanya sah kalau abang decide nak bawa Syifah pulang ke kampung."
"Nanti Syifah rindu dgn Mama tak?" usik Hamka..Syifah merenung wajah suaminya lalu mencubitnya manja.
"Aduh sakitlah,"
"Biar dia sakit.Dulu pun abang selalu buat Syifah sampai Syifah nangis-nangis."
"Oh..ni balas dendam lah sayang?"
Syifah mengangguk, tersenyum...Malam itu, Hamka dapat merasakan kasih seorang isteri. Syifah dah mula kembali seperti sedia kala.Syifah yg dikenali sejak kecil dulu...
No comments:
Post a Comment