Wednesday, March 21, 2007

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya.....7

Part 7

"Dah siap Hamka?" terpacu soalan dari mulut Yassin, rakan sekampungnya,"Dari tadi aku lihat kau macam tak kena je.Menyesal ke dengan keputusan kau ni? Baju tu pun tak berbutang.kalu kau menyesal, jom kita balik kampong.Aku rasa masih sempat lagi ni.ataupun biar aje aku ganti tempat kau.Aku tak kisah…Aiman tak kisah"yasin cuba meniru iklan diradio.


Hamka terkejut dari lamuananya.Jauhnya fikiran nya melayang,"Subhanallah, apa yang kau cakap.Takkan pula aku nak menyesal,"tegasnya.


"Kalau tak menyesal, cepat-cepatlah.Kereta dah tunggu kau dari tadi,"tegur Yassin,”kalah perdana menterilah…”
Mujur sewaktu mereka sampai, masih belum ramai tetamu.Tok Qadhi pun belum tiba.Hamka bersalaman dengan tetamu yang ada.Dilihat sekelilingnya, tak ramai yang dia kenali.Sebentar kemudian qadhi pun tiba dan upacara dimulakan.

Berderau juga darah gemuruh Hamka .Qadhi bertemu dengan pengantin perempuan ditemani oleh bapa pengantin.
Kemudian tu, dia keluar semula dgn senyuman yang meyakinkan.
"Kita mula sekarang,"seru Qadhi itu lagi.Maka beristighfarlah semua yang hadir, memohon keampunan.
"Hamka Afiq bin Ahmad. Aku nikahkan dikau dengan Nur Syifah Binti Kamal dengan mas kahwinnya sebuah kitab Alquran tunai."
"Aku terima nikahnya NurSyifah Binti Kamal dengan mas kahwin sebuah kitab Al Quran, tunai."Senafas saja Hamka menyebut baris ayat yang dihafalnya sepanjang malam.Jenuh juga Yassin berlagak sebagai tok Qadhi semata-mata melayan ka=ekalutan hamkah malam tadi.
"Sah?"tanya Qadhi kepada para saksi.
"Sah!" Jawab mereka.
Selepas khutbah dan sebagainya, maka Hamka pun dibawa oleh Encik Kamal ke dalam kamar pengantin.
"Hamka, Papa serahkan anak Papa untuk Hamka jaga seumur hidup.Terimalah dia sebagai satu amanah dari Tuhan."pesan Encik Kamal.
"Terima Kasih, Papa."
"Syifah, kamu kini berada didalm tanggungan Hamka.Kamu dah jadi isteri dia yang sah.Tunaikan tanggungjawab kamu, jadi isteri yang solehah..."sayu kedengaran pesanan Papanya itu.
Berguguran airmata Syifah membasahi pipinya.
Hamkah menghulurkan tangan.Syifah menyambut, namun pandangannya masih tunduk.
"Syifah, Abang janji abang tak akan sesiakan Syifah."
Namun Syifah tetap juga menangis.Suasana menjadi suram juga.Hamka tak tahu apa yg harus dibuat.Nilam yang ada di sisi pun kaget lihat Syifah begitu.Nak panggil Cik Asmah dan ibunya, mereka ada di bahagian belakang.Payah juga.
Hamka meninggalkan Syifah dan keluar ke ruang tamu.Selepas semua tamu bersurai untuk ke dewan santapan, barulah Hamkah masuk menjenguk isterinya.Nilam meninggalkan kakak iparnya sendirian.Mungkin ada sesuatu dihati Syifah yang masih terbuku.Mungkin dia belum dapat melupakan Doktor Khairul yang telah meninggal setahun lalu.Biarlah Hamka saja yang memujuknya.
"Syifah, kita solat dulu,"ajak Hamkah.Syifah hanya mengangguk.Dia bangun untuk berwudhu.
Selepas solat berjemaah, Hamka mulakan perbualan,"Syifah, kenapa menangis? Syifah tak redho dgn pernikahan kita?"
Syifah hanya menggelengkan kepala.
"Sudahlah jangan menangis,"pujuk Hamka.Dia tak akan menggiat Syifah seperti yg selalu dilakukannya semasa mereka kecil dulu.
Hamka menyeka airmata Syifah dengan jejarinya.Tersentak juga Syifah diperlakukan begitu.
"Abang, terima kasih kerana sudi terima Syifah." Hanya itu kata-kata yg mampu keluar dari mulutnya. Dia sedar, yang duduk berdepan dengannya sekarang ialah seorang suami yang akan membimbingnya hingga ke akhir hayatnya. Hamka menarik mendekatkan Syifah lalu dipeluk isterinya itu. Syifah seperti mahu meloloskan dirinya.Dia masih segan dengan Hamka.
"Sayang, Abang akan jaga Syifa walau apa pun yang terjadi. Mungkin Abang tak mampu beri Syifah kesenangan seperti yang Syifa dapat dari orang tua Syifa.Tapi kita akan berusaha membina kebahagiaan untuk ke akhirat."
Dikucup nya dahi isteri tersayang,"Sudah lah tu.Mari kita bersiap.Tetamu masih ada diluar.Nanti mereka ternanti-nantikan kita."
Syifah merenung wajah suminya.Itulah suami yang telah dijodohkan oleh Tuhan.

No comments: