Wednesday, March 21, 2007

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya.....2

Part 2


Suasana di rumah Mak Jijah riuh apabila Hamka selamat menjejakkan kaki di rumah.Saudara maranya dari kampung sebelah turut hadir, nak melepaskan rindu padanya.Yang paling gembira tentulah Mak Jijah.Di peluk erat anak kesayangannya tu.Nilam menyambut kepulangan abangnya dengan gembira.sekarang ni tak perlulah dia risaukan ibunya lagi.Hamka dah pulang, jadi adalah orang yang akan menemankan ibunya kalau dia di asrama.Selepas kenduri kesyukuran barulah jiran-jiran dan sanak saudara bersurai pulang.Begitulah suasana di kampung, sering bergotong royong, tak kira apa pun majlisnya.


Apabaila semua tamu sudah pulang, Hamka merebahkan diri diatas sofa.Letihnya tak tertahan.Apakan tidak, belum sempat hilangkan letih duduk berjam-jam di pesawat, dah kena layan sanak saudara yang bertanya itu dan ini.


"Hai penat nampak,"usik Nilam sambil melabuhkan punggung ke sofa.Memang dua beradik ini amat rapat dgn satu sama lain. Maklumlah mereka membesar bersama.Jarak umur pun tiada jauh beza.


"Tentulah penat,adik oi!Macam nak patah pinggang abang ni. Mak pun, tak sempat-sempat nak buat kenduri,"jawab Hamka letih. Tubuhnya disandarkan ke sofa.,” nak tolong picitkan tak?”

“Tak nak lah…Adik pun penat, macam buat kenduri kahwin jer gaya mak tadi,”gumam Nilam.

“Terkejut juga abang tengok rumah ramai orang….malu sekejap.” Hamka memberitahu. Memanglah terkejut bila saja melangkahkan kaki keluar dari teksi, halaman rumah bagai nak rak riuhnya. Bila masuk kedalam pula, macam tak cukup mulut, nak menjawab pertanyaan. Rumah mereka dipenuhi sanak keluarga dari sebelah mak dan ayah mereka.


"Tahu tak apa. Kalau nak tahu, mak suruh Adik jemput Kak Syifa dan keluarganya.Adik cuma email dia je.Sampai sekarang dia belum jawab email adik." Balas Nilam acuh tak acuh. Badannya dipusingkan kekana dan kekiri. Letih melayan tanu sepanjang hari.


"Syifa?Anak Cik Asmah ke?Budak cengeng tu, puteri airmata tu? Selalu ke Nilam email dia?"tanya Hamka. Teringat pula pada si cengeng dari Singapore tu.Sikit sikit nangis.


"Selalu juga,Tak baik panggil dia puteri airmata. Sekarang ni,dia dah bekerja di sebuah sekolah rendah nasional. Dia mengajar Bahasa Melayu.Nak jadi Guru Bahasa katanya.Nak memartabatkan Bahasa Melayu di Singapura. Dah tak nangis-nangis lah kot..Awat tanya ni?”soal Nilam sambil kepalanya disandar kebahu abangnya.


"Emm.Tak ada apa-apalah, Cuma pelik sikit. Dulu punyalah terseliuh lidah dia nak cakap BM" Hamka tertawa kecil.,”isy, Nilam ni, sanalah sikit.badan abang sakitlah…”

Nilam menjelirkan lidah,tanda marah dgn abangnya,”Eksyenlah tu…Maklumlah baru balik overseas….”katanya.


"Dah malam dah, pergilah tidur.Esok berbual lagi,"tegur Mak Jijah yang baru masuk ke ruang tamu.


"Eh, Nilam.Syifa ada jawab email kamu ke tidak?"Nilam menggeleng kepala,"Takkan dia tak baca kot."

"Komputer dia rosak agaknya, atau dia tak sempat buka mail, pasal sibuk kerja. Mungkin juga dah ada buah hati, asyik YM dgn cik abang, takkan sempat nak bukak mailbox.. ," Nilam cuba cari alasan untuk senangkan hati Mak Jijah.

"Pandai buat cerita,”ngomel Mak Jijah.

“Entah,entah, dia dah berpengalaman,mak.Iyelah duduk kat hostel, mana kita tahu,kan,”Hamka menambah lagi minyak keatas api…

“Hey…tak mainlah pakwe-pakwe ni.Nilam tunggu mak piliohkan je,abis cerita,”balas Nilam.

“Iye ke, abang boleh percaya ke?”soal Hamka lagi. Rambut adiknya ditarik manja.

Nilam menepis tangan Hamka,”Sakitlah,tak habis-habis nak buli adik.Nilam masuk tidur lah mak.Mak bual lah dengan anak kesayangan mak ni ye,"

Belum sempat Nilam melangkah ke bilik, telefon rumah berdering, menjerit minta dijawab. Nilam mencapai telefon di atas meja kecil. Salam dijawab, kemudian mukanya berubah ceria.

"Hei, Kakak rupanya.Apasal tak jawab email Nilam? Komputer akak down ke?Apa?Oh patutlah...sekejap eh, Nilam panggilkan." Macam berteh goreng jer Nilam bertutur.


"Mak, teka siapa yang call ni,"muka Nilam berseri-seri.Apabila dilihat emaknya masih duduk lagi di sofa, dia menyambung,"Cepatlah, Kak Syifa. Dia nak cakap dengan Mak."


Secepat kilat Mak Jijah mengambil gagang telefon dari Nilam.Setelah berbual beberapa ketika, Mak Jijah pun meletakkan gagang telefon kembali.


"Kak Syifa tak nak cakap dengan abang ke?"tanya Nilam.Mak Jijah tersenyum panjang.


"Dia tu ada di Larkin.Nak naik bas menuju kesini.Sebab tu dia telefon malam-malam.Lepas Subuh sampailah tu.Dia pesan tak payah jemput dia kat stesen Shah Alam.Nanti dia naik teksi,"cerita Mak Jijah.


"Mmm, tak tidur malamlah orang tu..."seloroh Nilam,"Nilam tidur lah mak. Esok ada banyak benda nak bual dgn kak Syifa."Setelah bersalam dengan Mak Jijah dan Hamka, Nilam meminta diri.

Sebenarnya dia tahu, Mak Jijah ada hal nak dicakapkan dgn abangnya tu.Pak Mat pula masih membersihkan halaman belakang.Tak kuasa dia nak mendengar perbualan isterinya.

“Mak, apasal dia berhenti kat Shah Alam.Dulu,kan selalunya kat Pudu?”tanya Hamka,ingin tahu.

“Pergi dgn kawan dia.Si kawan tu pulak rumah abangnya dekat Seksyen 17 je tu,dekatlah.” Jawab Mak Jijah.Dia tak berminat nak bercerita tentang kawan Syifa.

"Ham, mak ada hal nak bincang dgn kamu." tutur Mak Jijah.
Hamka merenung muka ibunya.Mak Jijah terus menyambung," Mak tahu kamu baru je balik.Mak tak pasti apa rancangan kamu selepas ni tapi mak teringin sangat nak lihat kamu dirikan rumahtangga. Kamu pun dah 27 tahun kan. Dah sampai waktunya."


Hamka terdiam seketika. Dari Iraq, dia sudah mengagak itu akan menjadi topic emaknya.Tak tahu apa yg sepatutnya patut di jawab.Dia menarik nafas panjang.
"Mak,mak ingat tak masa Ustaz Ghazali nak jodohkan Ham dengan adiknya, mak tak setuju.Tapi kenapa sekarang mak tiba-tiba nak lihat Hamka beristeri? Hamka belum sempat balas jasa mak dan ayah lagi.Kalau Ham berumahtangga, tanggungjawab Ham akan bertambah.Ham tak tahu kalau Ham mampu buat tu semua."


"Mak tak setuju dulu pasal mak tak kenal siapa calon kau tu dulu.Mak tak pernah minta anak-anak mak balas jasa mak dengan wang ringgit.Kamu dan adik kamu tu amanah Tuhan pada mak.Mak bersyukur bila lihat kamu berdua patuh dengan ajaran agama.Cuma Ham, mak berkenan betul dgn Syifa.Boleh kita jalinkan silaturrahim dengan keluarga mereka,kan?"Mak Jijah menyuarakan hasrat hatinya.


Hamka terkedu mendengar nama Syifa.Walaupun tinggal berjauhan, Hamka memang dah biasa dgn Syifa.Dia peramah dan ceria.Hamka terbayang wajah Syifa.Tapi dia tak pasti apakah Syifa masih seperti 6 tahun yang lalu.


"Hamka, mak tunggu kau ni,"celah Mak Jijah melihat anaknya hanya menyepi diri.


"Dia ke pilihan mak? Hamka tak pernah terfikir pasal ni.Elok juga niat mak untuk jalinkan hubungan ni dengan satu ikatan. Tapi kiat tak pasti apa perancangan keluarga Syifa.Entah-entah dah ada yg punya. Takkanlah budak tu sampai sekarang masih solo,mak.Dia dah dewasa dah,"

Hamka memandang wajah emaknya,”Mak?”

“Mmm…betul jugak apa yang Hamka cakapkan tu..”balas Mak Jijah.kenapalah dia tak terfikir benda tu.Betullah akal wanita ni pendek,fikirnya.

Pagi itu Mak Jijah sibuk menyediakan sarapan pagi yang bermacam-macam.Telatahnya hanya diperhatikan oleh Pak Mat, yang baru pulang dari masjid.

“Kenapa awak ni Jijah? Ntah-ntah si Syifa tu dah makan di luar.Kat Pudu tu bukannya tak ada tempat makan.Nanti kalau budak tu dah sampai, jangan pula awak paksa dia makan semua ni,”pesan Pak Mat.

“Saya tahulah, Bang Aji. Cuma dah lama tak jumpa si Syifa.Macam tak tahu nak sediakan apa untuk dia.Eh, abang balik seorang aje ke?Mana Hamka? Masih kat masjid lagi?”Tanya Mak Jijah bila tak nampak batang hidung anaknya.

“Mmm.Ada hal yang dia bincangkan dengan Yasin, anak Abang Manaf. Nanti baliklah tu,”jawab Pak Mat.


”Ayah, nak sarapan dulu ke nak tunggu Abang?”Tanya Nilam sambil menyediakan air minuman untuk ayahnya.

“Kita sarapanlah dulu.Ayah tak tahu abang kamu balik jam berapa nanti,”

“Hamka ni pun, baru je balik dah tak lekang kat rumah.Bukannya dia tak tahu yang Syifa nak datang,”rungut Mak Jijah.

Sedang mereka menikmati sarapan, terdengar bunyi kereta di halaman rumah.

“Hah, mesti Kak Syifa.Biar Nilam pergi lihat,”kata Nilam sambil mencapai tudungnya.

Mak Jijah dan Pak Mat mengikut dari belakang. Ada seorang gadis yang berdiri diluar sedang mengangkat bagasi kecil dari but kereta sewa.

“Assalamualaikum,” sapa gadis itu.Terserlah keayuannya disebalik selendang yang menutupi kepalanya.

“Waalaikum salam…Kak Syifa! Eee rindulah!Lama tak jumpa,”jerit Nilam.

Mak Jijah dan Pak Mat turut terpaku melihat gadis itu.Antara percaya dan tidak.Betulkah ini Syifa? Wajahnya sudah bertambah ayu, tambahan pula dgn tudung yang dipakainya.Cuma kelihatan kurus berbanding zaman remajanya.

Syifa bersalaman dengan Mak Jijah,”Apa khabar Mak Jijah?Apa khabar Pak Mat?”

“Subhanallah,Syifa.Hampir Mak Jijah tak kenal kamu.Dah kurus…diet ke ni”tanya Mak Jijah sambil di belek-beleknya Syifa seperti membelek kain di kedai. Masa kecil dulu, Syifa tembam dan berisi.Pipinya selalu jadi mangsa cubitan Nilam dan Mak Jijah.

“Dahlah tu, masuk dulu.Penat budak tu,Jijah.mari kita sarapan dulu,”ajak Pak Mat.

Selesai mereka bersarapan, baru Hamka pulang kerumah.Waktu itu, Syifa sedang berada didalam kamar Nilam.Hamka terus kedapur mendapatkan ibunya.

“Mak, Hamka dapat tawaran kerjalah Mak.Tadi Yassin ada cakap kat Hamka, tempat dia bekerja tu perlukan seorang lagi guru Bahasa Arab.Hamka setuju nak interview kat sana.Iyelah..cuba aje, mana tahu dapat,”dia memberitahu ibunya.

“Eloklah tu.Bila kau nak pergi interview,Ham? Berbual pasal kerja sampai tak ingat nak balik. Dah sarapan ke belum?”

“Belum.tadi Yassin ada ajak singgah rumah dia, tapi Hamka nak makan masakan maklah dulu,”usik Hamka.

“Ayah mana mak?”tanya Hamka bila dia tak melihat kelibat ayahnya di belakang rumah.

“Kat kebunlah…Dia kata dia tak buka kedai hari ini.”jawab Mak Jijah.

Hamka menarik kerusi di meja makan.Tangannya terus membuka tudung saji di atas meja.

“Mak Jijah, ini ada kiriman dari mama,”terdengar satu suara dari luar dapur.Hamka terpinga-pinga.Siapa pula yang ada di rumahnya?Apabila tabir di selak, dia terpegun melihat susuk di balik tabir itu.Menyedari ada orang lain di dapur, Syifa menundukkan pandangannya.

“Apa yang kamu bawa Syifa?” tanya Mak Jijah sambil menerima bungkusan pemberian dari ibu Syifa.

“Ini Syifa ke,Mak?”Hamka yang dari tadi terdiam mula bersuara.Mak Jijah mengangguk sambil tersenyum melihat reaksi anaknya.

“Dah dewasa dah…Dah banyak berubah, dah pakai tudung. Tapi kuruslah sikit, tak macam budak-budak dulu.tembam macam apam yg mak buat selalu,” tegur Hamka. Syifa masih lagi memandang lantai, tak berani untuk metatap wajah orang yang bersuara itu.

“Hah Syifa, ini abang Hamka.Ingat lagi tak?” celah Mak Jijah.Dalam hati, dia geram juga dengan Hamka kerana secara spontan menegur perubahan pada diri Syifa.

Syifa hanya tersenyum, pandangannya dituju pada Hamka,”Apa khabar Abang Ham? Syifa ingat ada tamu nak jumpa Mak Jijah.”

Mak Jijah membuka bungkusan tadi.Sehelai kain sutera berwarna hijau berada ditangannya,”Cantiknya Syifa, buat susah ajelah Mama kamu tu.”

“Mama dgn Papa tak dapat datang, jadi mereka kirim hadiah untuk semua. Untuk Abang Ham masih dalam beg, nanti Syifa ambilkan,”lembut dia bertutur.

“Wah bestlah.Apa agaknya hadiah Abang Ham eh?”Hamka mengenyit mata kearah emaknya. Siapa yg tak suka dapat hadiah.

No comments: