Wednesday, March 21, 2007

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya.....5

Part 5

Malam itu keluarga Pak Mat tidak lena tidur.Takut sesuatu berlaku pada Syifah.Mama dan Papanya sering menelefon.Pada jam Hamka 4 pagi, Hamka bangun untuk Qiam.Dah jadi lumrahnya, tradisinya, hiburannya untuk bangun diwaktu begini. Dia ke ruang tamu untuk bersolat.Maklumlah lebih nyaman kerana dia akan buka pintu dan embun pagi mula terasa.Hamka pasrah kepada Tuhan.Mungkin ada hikmah atas apa yang terjadi.Lama Hamka berteleku di atas sejadah putihnya itu.Terasa diri kerdil dihadapan Khaliqnya.Hamka didatangi rasa berdosa.

"Ya Allah, aku telah banyak berdosa. Sepatutnya aku berasa bersalah terhadapMu.Engkau yang sepatutnya aku cintai.Aku sepatutnya berasa cukup dengan kasih sayangMu.Ampunkan aku, wahai Tuhan.Dengan baroqah dan karomah guruku wahai Tuhan, berilah kesihatan pada hambaMu yang memerlukan.Ampunkanlah kami...."

Dia tidak menyedari ada sesusuk tubuh yang sedang duduk di belakangnya.Apabila Hamka menoleh, hampir dia terkejut.Syifah ada di belakangnya selama dia solat.Tubuh yang sudah siap bertelekung itu hanya tunduk sambil bertafakkur. Tenang sungguh wajah itu.

"Maafkan Syifah, Abang Ham.Syifah nak berniat mengganggu.Syifah memang selalu bangun waktu begini.Ini saja masa yang tenang untuk Syifah berbual-bual dengan Tuhan.Syifah tak sangka Abang Ham pun ada kat sini.Syifah takut kalau Syifah mengganggu Nilam kat dalam,"dia cuba memberi penjelasan.

Hamka menggangguk. Hamka membuka lampu memandangkan hampir masuk waktu Subuh.Pak Mat pun sudah keluar dari biliknya.Begitu juga Mak Jijah.

"Eh, Syifah.Dah sihat ke kamu?Kenapa tak rehat dulu?Nanti azan, Mak Jijah kejutkan.."tanya Mak Jijah, menghampiri Syifa.

"Alhamdulillah, Mak Jijah.Syifah nak solat dgn Mak Jijah, sebab tu Syifa siap awal.Lagipun Nilam sedang'cuti'kan?"

"Tunggu kejap,ye. Nanti kita jemaah kat sini je.Syifah jangan banyak bergerak.Badan tu masih lemah lagi,"pesan Mak Jijah.

Sewaktu Hamka dan Pak Mat hendak melangkar keluar, sempat Hamkah berpesan," Lepas solat tu nanti, pergi rehat, tak payah tolong mak kat dapur.Nilam ada.Dia boleh buat semua tu.Nanti apa-apa berlaku pada Syifah, apa Abang Ham nak cakap kat tuan doktor kamu tu..."

Syifah hanya tersenyum hambar. Bagi dia, Khairul Amri hanyalah seorang doktor yang merawatnya, tak lebih dari itu.Namun begitu, Syifah amat menghormati Khairul kerana keikhlasannya.

Beberapa hari selepas itu, Syifah hanya berehat di bilik. Mak Jijah melarang dia banyak bergerak. Plan utntuk ke Bandar bersama Nilam terpaksa dibatalkan.

“Abang Ham, lepas ni, takkan nak duduk macam niaje?”tanya Syifah pada satu pagi.

“Abang dah dapat kerja, kat tempat Yassin.Tapi belum mula lagi…”

“Ooo…ingatkan tak nak kerja, nak duduk dgn Mak Jijah je..”usik Syifa.

“Masih macam dulu,eh? Mengusik pandai, nanti kena usik, nangis…” balas Hamka.

“Mana ada…Syifah dah besar lah…”

Nilam pun mula menyampuk,”Tahulah dah besar, dah nak jadi isteri doctor…macam Sabariah, isteri Dr Ismadi dalam cerita Ibu Mertuaku…”

Serentak, mereka bertiga tertawa. Macam waktu kecil-kecil dahulu gaya mereka.

No comments: