Wednesday, March 21, 2007

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya.....4

Part 4

Hamka tidak pulang untuk makan tengahari.Suasana dirumah Mak Jijah pun tidak seceria pagi tadi.Mereka makan dengan sepi.Syifa pun hanya sedikit aje yang dijamah.sekejap-sekejap dia memegang kepalanya.Rasa mual mula menjengahnya tapi cuba dia buang rasa itu jauh-jauh.Dia tak mahu menyusahkan keluarga Pak Mat. Sementara Mak Jijah risau bila sudah jam tiga, tapi Hamka tidak kelihatan.

“Takkan dia dia nak duduk kat masjid aje.Tak lapar ke budak tu?”keluh Mak Jijah pada suaminya.

“Tulah awak.Memandai-mandai.Lihat apa dah jadi.Kita buat Syifa serba salah.Hamka pula, tak tahulah saya.Mungkin dia segan nak berdepan dengan budak tu.Syifa tu dah macam anak saya sendiri.Saya pun sayang kat dia.Tapi kita tak boleh ikutkan hati...”tegur Pak Mat tegas.

Mak Jijah akui kesilapannya.Dia masuk kebilik menjenguk Syifa.Tadi selepas makan, Syifa minta izin berehat. Syifah sedang berbaring di atas katil,Wajah nya pucat.Mak Jijah menjadi tidak keruan.Di ambilnya selendang di sebelah Syifa untuk menutupi rambut gadis itu.Lalu dia segera memanggil suami dan anaknya, Nilam yang sedang berkemas di dapur.

Melihat keadaan Syifa, Nilam terus menelefon Cik Asmah di Singapura.Pak Mat pula bergegas ke masjid mencari Hamka.

“Mak, Cik Asmah kata ada ubat dalam beg tangan Kak Syifa.Dia suruh suap aje kedalam mulut Kak Syifa.Ubat Homeopathy kata dia,”Nilam menyampaikan pesan Cik Asmah pada ibunya.Setengah jam kemudian baru Hamka pulang bersama Pak Mat.

“Apa dah jadi Mak?Dia tak apa-apa?” tanya Hamka cemas.

“Alhamdulillah, Ham.Tadi ada juga dia buka mata.Tapi lemah sangat budak tu.Kalau kau nak tengok dia, masuklah.Nilam ada kat dalam.Lagipun mak dah pakaikan dia tudung,”ujar Mak Jijah.

Perasaan bersalah pada Hamka masih bersisa di hati Mak Jijah..Hamka tidak terus menjenguk Syifa.Dia duduk diruang tamu. Mak Jijah mendekatinya.

“Kau marahkan Mak, Ham?”

“Apa mak ni.Ham tak salahkan sesiapa.Bukan jodoh Ham.Lagipun kan ham dah cakap, mungkin dia dah pilihan sendiri,”pujuk Hamka.

“Itulah, Syifa kata doctor tu yang beriya-iya.Cik Asmah pun serba salah.Mak rasa bersalah kat dia Ham.menyesal pula beritahu dia niat mak nak lihat korang berdua….” Mak Jijah bersuara. Hamka hanya mampu tersenyum kelat.

”Mak, Kak Syifa dah sedar.” Nilam memanggil dari biliknya.

Mak Jijah mengajak Hamka menjenguk Syifa.Wajahnya pucat, tapi masih mampu tersenyum.Dia cuba untuk bangun tapi tak terdaya.Nilam keluar mengambilkan air minuman untuk Syifa.

“Abang Ham dah makan? Kenapa tak balik tadi? Marah kat Syifa ke? Syifa macam nilah, selalu susahkan semua orang,”sayu saja suara Syifa.Mak Jijah mengusap-usap kepala Syifa.Hamka yang sedang berdiri di hujung katil hanya mengangguk-angguk.

“Dahlah tu Syifa, bukan salah kamu.Bukan salah sesiapa,”pujuk Mak Jijah.

“Abg tak marahkan Syifa tunang dgn doctor tu?”suara Syifa tersekat-sekat.Airmatanya mengalir. Masih terasa sakit dikepalanya.Hamka tak pernah lihat Syifa menangis.Masa kecil-kecil tu lainlah...Waktu itu Syifa dan Nilam masih disekolah rendah.Mereka jatuh sewaktu berkejar-kejaran.Hamka mengambil sapu tangan dari dalam kocek baju kurungnya lalu dia hulurkan pada Mak Jijah.Mak Jijah mengelap airmata Syifa.

“Syifa, Abang tak marahkan Syifa.Abang doakan yang terbaik untuk Syifa.Yang penting Syifa sihat dan bahagia.Dah jangan menangis nanti lambat nak sihat,”Hamka cuba memujuk Syifa.

“You are still my brother? My best of friend?”tanya Syifa.

Hamka mengangguk, tersenyum,”Yes., and you are still my puteri airmata, forever…”

Syifah gagahkan dirinya untuk tersenyum. Mungkin teringat sewaktu dia bergaduh dgn Hamka dulu. Bila Hamka mengajuk, dia pasti merajuk…hingga dipujuk dgn kata-kata”You are still my best friend ever..puteri airmata.”

Lega hati Mak jijah melihat Hamka dan Syifa begitu.

“Aduh…”keluh Syfa.

“Kenapa?”tanya Hamka.

“macam nak tercabut kepala Syifa rasanya,”dia mengadu lagi.

Bunyi telefon jelas kedengaran.Pak Mat menjawab panggilan itu.

“Syifa, ada panggilan.Katanya dari Singapore.Nama dia Khairul,”kata Pak Mat.Mak Jijah dan Hamka saling perpandangan. Khairul Amri, tunang Syifah…..

Syifa menyambut gagang telefon.

“Assalamualaikum,”teragak-agak Syifah memberi salam.

"Iya, Syifah dah sedar tapi masih tak larat nak bergerak."dia memandang wajah Hamka dan Mak Jijah.

"Tadi mak Jijah dah bagi ubat tu."

"Nak datang sini?Singapore dgn Selangor ni kan bukannya dekat. Don’t waste your time. Kan Dr banyak patients…You are one busy man. Emmm...tak apa, tak payah.Mak Jijah ada.Nilam pun masih cuti. Abang Ham pun ada…dia belum kerja lagi," Syifah seolah-olah memujuk tunangnya agar tidak bersusah hati tentang dirinya.

"Doctor, Syifah okay.Kalau keadaan masih tak berkurang, nanti Syifah minta Abang Ham hantar Syifah ke hospital je.Doctor jangan bimbang. Abang Ham will definitely call you."

“Iye..Syifa promise.I will. “

“Syifah pun, sayanglah…diri Syifah sendiri,kan.”

"Waalaikum salam."

Syifah menghulurkan telefon kepada Nilam yang baru duduk di sisinya.

"Siapa kak?"

"Doktor Khairul.Dia kata akak tak sayang diri sendiri,"jawab Syfah.

"Tunang akak kan?"

"Hmm.."

Nilam tergelak,"Kenapa masih panggil Doktor?Kenapa tak panggil abang?Kan lebih sesuai...."usik Nilam.

Syifah merenung Nilam,”Abang? Belum nikah lagi…”

Nilam tertawa lagi,”Sorry, My fault..Shouldn’t have said that….tak syariat.Tapi akak sayang dia tak?”

SYifa tak menjawab.Dia memandang Hamka yang masih tercegat di situ.Hamka melemparkan pandangan ke luar jendela.Dia tak sanggup memandang Syifah.Entah kenapa, dulu perasaannya terhadap Syifah tak macam ni. Dia selalu buli Syifah, sampai melalak-lalak budak tu.Apabila Syifah dah menangis, Pak Mat akan kejar Hamka dengan rotan.Bila dah kena rotan, Syifah juga yang akan memujuknya. Macam mana dia sayang Nilam,adiknya, macam gitulah dia sayang Syifah. Apa sayangnya kini dah berubah?

No comments: