Wednesday, March 21, 2007

Masihkah ada Cinta? Cinta tiada noktahnya.....6

Part 6

Keadaan Syifah semakin sihat. Dia kelihatan ceria seperti sedia kala. Syifah mula berkemas-kemas untuk pulang ke Singapura.

"Bila kita boleh jumpa lagi ye kak?"tanya Nilam.

"Nanti Syifah nikah, kita pergilah.."celah Mak Jijah.

"Awak ni, macamlah si Asmah dgn Kamal jemput kita.."sampuk Pak Mat

"InsyaAllah mesti jemput. Kalau tak jemput pun, saya tetap pergi."

Syifah dan Nilam tergelak melihat telatah orang tua itu.

"Abang Ham, nanti datang tak?"tanya Syifah.

Hamka yang sedang membaca Harian Metro tersedak.

"Apalah abang ni.Kak Syifah tanya pun tersedak,"tegur Nilam.Dia tahu apa yang dirasa oleh abangnya.Nilam turut simpati dengan Hamka.

"Syifah nak suruh Abg Ham datang ke?"tany Hamka

"Mestilah.Syifah tak ada abang, tak ada adik. Jadi Syifah mengharapkan Abg Ham dan Nilam.Syifah kan menumpang kasih selama ini..."jelas Syifah.

Sedang mereka berbual, telefon dirumah berdering.Pak Mat menjawab telefon.Mukanya mula berubah, berkerut seperti ada yang tak kena.

Mak Jijah mulalah panik, walaupun dia tak pasti apa yang berlaku.kemudian Pak Mat meletakkan gagang telefon.Dia duduk di kerusi tuanya.

"Syifah, ada berita untuk kamu.Tapi kamu mesti tabah. Dalam dunia ni, tidak ada apa yang kekal.Kita ni makhluk, amat lemah dengan kehendakNya."

Fikiran Syifah menerjah kepada mama dan Papanya.Apa yg berlaku pada mereka?

Tadi tu, ayah kamu yang telefon.Dia kata, Khairul,unang kamu, ditimpa kemalangan sewaktu hendak ke kliniknya.Kereta yang dipadunya, dilanggar oleh sebuah teksi.Khairul sempat dikejarkan ke hospital tapi Tuhan lebih menyayanginya.Doktor tak dapat menyelamatkannya.Khairul telah kembali ke tempat asal.Papa kamu tak sampai hati nak sampaikan berita itu.Mama kamu pula dah bergegas ke rumah tunang kamu untuk menguruskan pengkebumiannya."

Semua yang ada hanya terdiam.Syifah terbayang wajah tunangnya.Seorang doktor yang berkaliber, penuh dedikasi.Dia tidaklah setampan mana, tapi budinya, amat dikagumi Syifa.Walaupun Syifah tidak pernah mencintainya, tetapi perasaan sayang dan hormat mula bersemi selama mereka bertunang. Airmatanya mengalir juga mendengar berita itu."Ya Allah, Doktor Khairul seorang yang baik.Terimalah dia bersama orang-orang yang kau redhai."doanya.

"Syifah, Doktor tu tak ada keluarga ke?"Mak Jijah ingin kepastian.

Syifah menggelengkan kepalanya,"Doktor Khairul seorang anak yatim piatu.Dia dibesarkan dirumah tumpangan anak-anak yatim setelah ibubapanya meninggal kerana satu kemalangan jalanraya juga.Mereka tu parantau.Mereka berasal dari Indonesia.Keluarga expatriate.Arwah ayahnya seorang engineer dulu.Kasihan dia.Hidupnya keseorangan...perginya pun keseorangan...Syifah rasa bersalah, tak izinkan dia datang kesini lihat Syifah kelmarin..."

Hamka hanya memandang Syifah dengan perasaan simpati.Kebahagiaan Syifah berakhir disitu.Baru saja tadi mereka berbual mengenai pernikahan Syifah."Tuhan, Engkau yang mengatur segala-galanya.Jadikanlah yang terbaik untuknya.."cetus hati Hamka.

"Syifah, Abg Ham rasa elok Syifah pulang ke Singapura.Walaupun terlambat untuk menghadiri pengkebumiannya, Syifah sepatutnya ada di sana.Abg Ham bukan nak menghalau.Walaupun dia dah tak ada, dia pernah jadi tunang Syifah...Itulah yg terbaik..."Hamka memberi pendapat.

Malam itu, mereka sekeluarga menghantar Syifah ke Puduraya.Syifah pulang menaiki bas express consortium di temani Nilam.Mujur bukan musim cuti, jadi senang juga nak dapatkan tiket.Itulah kali terakhir Hamka melihat Syifah.

No comments: