Part 11
Setelah selesai menziarahi keluarga Syifah, Hamka meminta izin untuk pulang ke kampung.Puan Asmah dan Encik Kamal tidak dapat mengikut sama kerana tugasan syarikat yg perlu diuruskan.
"Syifah, di rumah Mak nanti, jaga diri.Jangan susahkan sesiapa.Ingat peasn Mama tau,"pesan Puan Asmah sebelum anaknya pergi.
Syifah memeluk Mamanya erat.,”Ye,Mam.Syifah tak akan malukan keluarga kita.”
Malam itu mereka bertolak ke Larkin, dihantar oleh Encik Kamal.Memang Syifah minta untuk bertolak malam.Tak panas dan tak perlu berhenti untuk solat di perhentian.Diajak ambil flight, dia menolak.Ajak naik keretapi dari Tg.Pagar, jawabnya, hanya makan masa yang lebih. Berkeras dia hendak naik bas saja untuk pulang kekampung mertuanya. Akhirnya hamka serta Mama dan Papanya terpaksa akur dgn permintaan Syifa.
"Syifah, betul ke Syifah dah buat keputusan untuk tinggal terus di kampung?"tanya Hamka sewaktu bas baru memulakan perjalanan.
Syifah mengangguk,"Kenapa, abang asyik tanya Syifah soalan ni?Tak yakin dgn Syifah ke?"
"Abang risau kalau Syifah tak sesuai di kampong,banyak nyamuk, panas, tak aircon."
"Tapi
"Itu waktu Syifah budak-budak.Ni dah jadi isteri abang.Lagipun, kampong tak sama dgn Spore, sayang."
“Abang, please.Singapore, ke
Perbualan itu mati disitu.Syifah tak tahu bagaimana nak yakinkan Hamka atas keputusannya itu.Takkan dia nak terus terang dgn Hamka bahawa dia tak sanggup berpisah dgn Hamka. Dia mula merasakan perasaan cinta terhadap lelaki disisinya itu.
“Abang, Syifah letihlah.”
“Syifah tidurlah, dah hamper satu pagi ni.Nanti demam pula,” Hamka menutup tubuh isterinya dgn jaket yang dibekalkan oleh Mama. Simpati dia melihat kesungguhan Syifah untuk menyesuaikan dirinya.
No comments:
Post a Comment