Tuesday, March 20, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu~Finale

Setahun berlalu.Berita kematian Hazwan, kelahiran anak-anak Syafiqah dan juga Kak Longnya, satu persatu mengambil tempat di minda Nabihah. Harta peninggalan Hazwan juga Syafiqah serahkan sepenuhnya pada Nabihah, Walaupun puas Nabihah dan keluarganya menolak,Syafiqah tetap berkeras. Nabihah teringat lagi peristiwa itu. Murni sungguh hati Syafiqah, tidak seperti ibunya sendiri. Wang peninggalan itu telah Nabihah niatkan untuk pembelajaran anak-anaknya juga anak-anak Syafiqah.

Dia amat gembira dgn kehadiran anak-anak saudaranya itu.Walaupun Syafiqah tinggal di Johor, hampir setiap bulan mereka bertemu.Kalau bukan Syafiqah yg datang ke rumah Nabihah, Hady akan drive keluarganya untuk bermalam di Johor. Suasana di rumah Pak Daud juga tidak kurang meriahnya dgn kehadiran 'Isyma Shofiyah. Aliff pula sudah semakin bijak. Anak itu amat bahagaia dgn abinya. Kemanjaan yang tidak dibuat-buat itu semakin ketara.

"Abang, kalau dia tahu yang abang bukan ayah kandungnya, macam mana agaknya ye?' tanya Haney Nabihahpada suatu hari.

"Bila dah besar nanti, kita terangkan, sayang. Anak-anak sekarang, by the time they are four years old, they are ready for this."jawab Hady.

Nabihah merangkul tangan suaminya.Hady memandangnya dengan penuh kasih sayang.

"Abang, abang sayang Bihah ke?" soalnya tiba-tiba.

"Hai...dah hampir dua tahun, masih nak tanya lagi ke?"Hady menciut hidung Nabihah.

"Tak lah...kadang-kadang bila Bihah duduk sendirian kat rumah, ada kalanya Bihah terfikirkan hal kita.Macam mustahil, ia berlaku"Nabihah berterus terang.

"Hal apa,Haney?kenapa fikir macam tu? Tiada apa yg mestahil didunia ini,kan,” ujar Hady.

"Siapa sangka kita sekarang jadi suami isteri, memadu kasih....tak pelik ke?"tanya Nabihah. Tangannya bermain-main dgn jemari Hady.

"Nak pelik apa? Bukannya kita memadu kasih dgn bunian..."lawak Hady.

"Macam fairytale lah, abang..."kata Nabiha lagi.

"Dah...dah...tu lah.Abang dah pesan, jangan selalu surf internet.Ni bila surf aje, terus ke teratak, baca cerpen...Tu yang jadi jiwa-jiwa tu....Bukan setakat baca, sempat pula sayang abang ni post entries kat teratak tu....."

"Mana ada?"

"You think I dont know??? Abang ada CCTV lah dalam bilik ni..."usik Hady.

"Abang marah ke?"tanya Nabihah. Hady menggelengkan kepalanya.

"Its better than idling your time without doing anything.Lagipun abang tahu Haney sejak kecil lagi, suka sangat mengarang.Abang tak halang Haney dgn hobi tu,”beritahu Hady.

Nabihah gembira mendengar kata-kata Hady.Dia teringat dulu sewaktu Hady mencuri baca cerpen cintanya sewaktu mereka disekolah menengah.Lama dia merajuk tak bersapa dgn anagahnya. Panik juga Hady waktu itu henadak memujuk Nabihah. Rajuknya hanya pulih bila Hady menghadiahkan Nabihah sebuah novel Sweet Dreams.

"Cuma...."sambung Hady

"Cuma apa, bang?"tanya Haney, takkan suaminya nak bagi syarat yang bukan-bukan.

"Cuma, please dont go to those blogs when I am around. Kalau nak baca cerita cinta, kita buat cerita kita sendiri." Hady mencubit pipi Haney.

Haney menjerit kecil,"sakitlah....tak sayang isteri..."rajuknya yang sekian kali.

"Laa, merajuk lagi?"usik Hady

"Tak....dah nak ubah.tak nak merajuk selalu..."Haney Nabihah membuat satu pengakuan.

"Kenapa?dah penat merajuk?"

"Tak lah...cuma takut orang kat dalam ni terikut-ikut pula.."perlahan haney bersuara.

Hady seperti tidak percaya apa yang didengarnya.

"Apa Haney cakap tadi,sayang?"Dia cuba membuat Habihah mengulangi kata-katanya.

"Haney cakap....abang nak jadi abi buat kali kedua....."balas Nabihah dgn wajah yang merona merah.

"Betul ke ni?" Hady menarik Haney ke sisinya.Tangan isterinya di genggam erat.

"Takkan nak bohong...Tadi waktu hantar Aliff buat immunisation, Bihah rasa mual.Itu yang Dr.Zainab suruh Bihah buat urine test. Positif katanya.Dah dua bulan.."

Hady tertawa riang. Di peluknya Haney erat.Bibirnya menyinggah setiap inci wajah isterinya itu. Hady memandang wajah isterinya penuh sayang. Sewaktu bibirnya hendak menyapa bibir Nabihah, Nabihah menolaknya perlahan.

"Janganlah, nanti orang kat dalam marah...."Nabihah berkata dgn nada bergurau.

"Thanks, sayang. Mak dan ayah dah tahu?"tanya Hady.

"Belum.Bihah nak abang tahu dulu.."

Terasa bahagia hidup Hady .Bukan saja dia bahagia menjadi suami Haney dan abi kpd Aliff, bahkan dia kini lebih bahagia menantikan kelahiran anak yang dikandung Haney....

No comments: