Tengahari itu, Nabihah menelefon pejabat agency tempat Hady bertugas. Dia bertanyakan mengenai rombongan yg diketuai Hady, namun tiada apa-apa yg dia dapat dari pegawai yg bertugas. Dia di beritahu, tiada apa pun yg di laporkan dari pegawai-pegawai di Tanah Haram. Nabihah meletakkan gagang telefon dgn berat hati.
"Apa dia cakap, Bihah?Hady okay ke?" tanya emaknya.
"Dia kata, mereka tak dapat laporan apa-apa pun.bererti, tiada apa-apa yg berlaku."jawab Nabihah.
"Sabarlah, Bihah... Esok lusa, baliklah. Hmm, kelmarin sedap mulut cakap kalau Tuhan amik, baru pergi jauh, tak kembali..ni, baru tak terima e-mel, dah menggelabah,"leter emaknya.
"Yelah, Bihah yg salah...Tak jaga mulut.tapi Bihah risau, abang Hady tiap-tiap malam sure e-mel Bihah. Bukannya Bihah rindu sangat."Nabihah
"Iya ke?tak rindu?"usik Shilah yg kebetulan pulang untuk makan tengahari.
"Akak ni,
"Eh, takkan tak rindu, rindulah.Dah mananya kita isteri dia.Betul tak mak?"
"Rindu tu fitrah,Bihah. Tak boleh nak elak. Mak harap Bihah jadilah isteri yg terbaik untuk Hady.Mak sayang sangat dekat dia..." balas mak Limah.
Nabihah hanya memandang emaknya sepi. Apa kahbar Hady pun dia tak ketahui.Apakah dia masih hidup lagi atau tak.....
Ketika Shilah hendak keluar semula ke tempat bertugas, dia mendapat satu pesanan di handphone nya.
"Eh, Bihah.Along kata tadi Angah mesej dia.Katanya, dia okay.Sekarang di Bahrain.Ada perubahan pada jadual penerbangan.Esok pagi bertolak dari
Nabihah agak terkejut dgn apa yg disampaikan oleh kakak iparnya.
"Kenapa dia tak emel Bihah terus? Kenapa melalui Along?"tanya Nabihah.
"Manalah Kak long tahu..."pintas Shilah.
"Dia marahkan Bihah ke?"fikir Bihah lagi.
Nabihah
--------------------
Pagi-pagi lagi, Mak Limah dan Nabihah dah sibuk didapur menyiapkan juadah kegemaran Hady.
"Baru sembilan hari, mak oi. Macam -macam mak sediakan untuk Angah. Kalau Along pergi reservist, tak pula mak sib
"Alaa, mak ni sebenarnya rindu kat anak kesayangan dia tu...."celah Nabihah.
"Iyelah tu. Apa korang nak cakap, mak tak kisah.Yg penting tolong mak siapkan ni semua cepat,"arah emaknya.
"Yes, puan!" kata Nabihah dan Lutfil serentak.
Tergelak Mak Limah melihat gelagat anak-anaknya itu. Teringat dia waktu semasa mereka kecil-kecil dulu. Mereka sentiasa bermain bersama-sama. Waktu itu Nabihah sangat rapat dgn Hady. Di mana ada Hady, di situ ada Nabihah.
Menjelang Zohor, barulah Hady menelefon rumah mengatakan dia sudah tiba di airport. Suaranya menandakan dia sangat rindu pada Nabihah. Namun seperti ada sesuatu disebalik suara kerinduan itu.
Nabihah seperti merasakan sesuatu yg tidak kena.Kenapa suaminya seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya? Apa yg
Selepas Haney Nabihah selesai solat Zohor, dia turun ke taman bersam Alif untuk menunggu suaminya. Terasa lama pula menunggu Hady sampai....
Begini agaknya seorang isteri tersiksa menunggu kepulangan suaminya diwaktu peperangan??Kata hati Nabihah.Siti fatimah, pernah tak dia ridukan Saiyidina Ali?
Tidak lama kemudian, kereta Along masuk keperkarangan rumah. Nabihah melihat Hady di sebelah tempat duduk pemandu. Girang hatinya tak terkata. Namun apa yg di lihatnya selepas itu meninggalkan seribu persoalan di hatinya.Hampir-hampir dia mahu tinggalkan taman mini milik emaknya. Namun langkah terhenti apabila Hady keluar dari kereta dan memanggil namanya.
"Haney, sayang," panggil Hady melihat langkah isterinya yang terhenti tadi.
Haney hanya terpaku di situ.Alif yg sedang didukungnya
"Anak Abi rindukan Abi, tak?" soalnya lembut.
Haney Nabihah masih terus kelu.Dia hanya meraih tangan suaminya lalu dikucupnya. Hatinya masih tertanya-tanya.
"Mari Haney, abang nak kenalkan Haney dgn seseorang yg sangat istimewa."kata Hady lalu membawanya ke kereta.
Lemah langkah Haney namun dituruti juga suaminya. Along yang sedang mengeluarkan begasi Hady dari but kereta hanya memerhatikan.
Gadis itu keluar dari kereta lalu bersalaman dengan Haney Nabihah. wajahnya ayu, penuh dgn ketenangan."Siapakah dirimu?"tanya hati Haney.
"Sayang, ni abang kenalkan...Nur Syafiqah Hazwani..."terang Hady.
"Syafiqah, ini isteri saya, Haney Nabihah."
"Abang...apa sebenarnya ni? Siapa sebenarnya gadis ini?"tanya Haney. Dia begitu keliru dgn keadaan seperti itu.Isteri baru Hazwan ke? Atau memang Hady dah kenali gadis ini sewaktu dia belajar di Madinah dulu?
"Sila duduk, Syafiqah,'jemput Haney dalam kekeliruan itu. Syafiqah duduk di sudut hujung sofa.
"Terima Kak Nabihah." ucapnya, penuh hormat.
Sebentar kemudian Mak Limah keluar dari dapur. Dia terus mendapatkan Hady. Hilang rindunya melihat Hady didepan mata. Kemudian Mak Limah bersalaman dgn Syafiqah Hazwani.Mak Limah seperti tidak terperanjat dgn kehadiran gadis itu. Sekali lagi, Haney Nabihah tertanya-tanya.
Hady duduk di sisi Haney sambil mengelus-elus rambut isterinya itu.Haney Nabihah
"Sayang, pertama sekali, abang minta maaf kerana tak jawab semua emel Haney. Abang bukan sengaja, tapi bersyukur bila dengar Haney risau juga bila tak terima emel dari abang.memang abang sibuk sangat sewaktu ada perubahan flight dan sebagainya. Maafkan abang,ye."
"Macam mana abang tahu Bihah risaukan abang?"tanya Haney.
Hady hanya tersenyum sambil memandang Lutfil.
"Tak apalah, yg penting, abang tahu Haney betul-betul sayangkan abang. Yamng kedua, abang nak perkenalkan Syafiqah ni pada Haney, kerana dia ada kena mengena dgn Aliff, anak kita."
"Bihah semakin tak fahamlah, abang.Apa kena mengena Syafiqah dan Aliff?" soal Nabihah.
No comments:
Post a Comment