Tuesday, March 20, 2007

Haney nabihah...disini kita bertemu~Part 7

“Haney, kalau abang tak ada nanti, Haney rindu tak?” tanya Hady sambil bermain-main dgn Alif sementara menemani Haney mengemas bagasinya.

“Entah…tak kot?” jawab Haney.

“Betulke ni?” tanya Hady lagi.

“Agaknya lah tu.Dah penat dgn si Ailff ni, sempat ke nak rindu merindu?”Haney sengaja tidak mahu memberi jawapan tepat. Dia mahu bermain teka teki dengan suaminya.

“Alif, nanti Abi tak ada, Alif jaga Umi okay. Kalau Umi sedih, rindu Abi, Alif pujuk umi.Buatkan Umi susu dalam botol…”kata Hady lagi, kali ini ditujukan kpd anaknya.

“Apalah Angah ni…Bihah bukan baby macam Alif…”sungut Haney.

“Angah lagi? Nanti ayah dengar, kena marah lagi isteri abang ni..”usik Hady.

“Oops..sorry,lah. Bihah tersasul.Lupalah, kadang-kadang rasa macam kita masih kecil-kecil dulu,kan.Main pondok2 sama-sama,”ujar Nabihah tersenyum.

“Abang tak nafikan hal tu.Kadang-kadang abang pun suka menyakat Haney pasal lupa Haney dah jadi isteri abang.”

“Abang, nanti kat sana, take care okay.Jangan asyik jaga hal jemaah sampai lupa kesihatan sendiri,”pesan Haney Nabihah.

“Sayang juga Haney kat Abang,ye?”

“Sayang memang untuk abang,tapi cinta hanya untuk Tuhan…”balas Haney Nabihah.

Hady menggenggam tangan Haney, lalu mengucupnya,”That’s my gal. Abang syukur kerana Haney tahu nak letak cinta itu pada tempat yg sepatutnya…”

“Dan Bihah juga akan didik Alif untuk mencintai Tuhan, sebagai Cinta Agung.Kerana apabila dia dah mendapat cinta Tuhan, barulah dia dapat menyayangi sesama makhluk…Betul tak bang?”

Hady mengucup jemari isterinya lagi. Alif pula merengek-rengek minta didukung Nabihah.

“Hai, bujang seorang ni.Young man, jealous ke Abi kiss your Ibu?”

“Dah…dua-dua gentlemen ni mengganggulah.Bila nak selesai ni…kalau Ibu di ganggu terus?Ajak Abi turun kat taman. Mak Long dgn Pak Long ada kat bawah tu..”

“Nak suruh Kak Shilah jaga Alif ke, sayang? Lepas tu Abang boleh naik temankan Haney.Kemas sampai malam pun tak apa….”usik Hady.

“Eee..jangan nak mengada-ngada. Ambil kesempatan pula.Mentang-mentang Kak Shilah suka jaga Alif…Dia anak Bihah tau. Malulah, selalu susahkan Kak Shilah..Lagipun, nak teman Bihah kemas nak buat apa? macam Bihah tak tahu kemas luggage?”

“Saja-saja…takut nanti kat sana, rindu kat Haney…”

“Cubit baru tahu…”

“Janganlah cubit, sakit tau. Kalau Haney cium abang kan bagus…”usik Hady lagi. Belum sempat Haney mencubit suaminya, Hady sudah bangkit membawa Alif turun ke taman.

Haney Nabihah tersenyum melihat telatah Hady.Tak di sangkanya Hady begitu penyayang. Selama ini pergaulannya dgn Hady amat dijaga, dibatasi batasan syariat.

No comments: