Tuesday, March 20, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu~Part 11

Gadis ayu itu bangun merapati Nabihah. Dia menghulurkan sekeping gambar pada Nabihah. Gambar sepasang kanak-kanak sedang berdiri bersama seorang lelaki.Nabihah kenal lelaki itu.

"Ini arwah ayah Hazwan. Siapa awak, Syafiqah?" tanya Nabihah.

"Kak Nabihah, akak mungkin tak mengenali saya, tapi saya dah lama dengar cerita tentang akak."

"Saya tak faham.Kenapa begitu mudah awak memanggil saya kakak,sedangkan ini kali pertama kita bertemu," tanya Nabihah lagi.

"Kak, budak dalam gambar tu adalah saya dan abang Hazwan. Saya kembar abang Hazwan.Sebab tu nama saya ada Hazwani."

"Tapi, kenapa selama saya menjadi isteri Hazwan, dia tak pernah ceritakan apa-apa tentang awak?"

"Dia terpaksa, kak. Demi kasihnya pada Mama. Dia seorang anak yg taat.Saya yakin kakak pun tahu tentang hal itu."

"Di mana Syafiqah selama ini?"

"Kak Nabihah, selama ini saya hidup terbuang.Mama tak sukakan saya sedari kecil lagi. Akhirnya Papa serahkan saya kpd Mak Long di Johor. Abang Wan akan bertemu saya secara senyap-senyap. Alhamdulillah, Mak Long jaga saya sesempurna mungkin. Saya terhutang budi dgn mereka. Sebenarnya, saya tak tahu Abang Hazwan dah ke Sydney. Setahun saya belajar di Madinah. Saya pulang ke Singapura ni untuk bertemu dgnnya. Tapi sayang...."

"Tapi macam mana Syafiqah boleh bertemu dgn suami saya?"

"Semasa di Bahrain, saya pun terkandas flight. Sempat pula berbual-bual dgn pegawai muslimah dari agency tempat Encik Hady bertugas tu. Entah kenapa, saya boleh bercerita tentang Abang Wan dan Kakak. Saya kata saya nak cari abang dan kakak ipar saya.Saya sebut nama kakak. Pegawai tu kata nama kakak ipar saya sama benar dgn nama isteri ketua pegawai operasinya. Itu yg dia kenalkan saya pada Encik Hady. Encik Hady yg ceritakan pada saya tentang apa yg berlaku di antara kakak dan Abang Wan. Saya tak sangka, selama ini, dia sering emel saya tentang betapa bahagianya dia mendapat kakak sebagai isteri. Sebenarnya saya tak percaya apa yg Encik Hady ceritakan. Pada awalnya, saya sangsi dgn kata-kata Encik Hady. Tapi bila saya dah berada di depan kakak, saya terpaksa mengaku bahawa sudah taqdirnya begitu. Cuma saya harap, kakak dapatlah memaafkan Abang Wan dan juga Mama saya. Siapa dan bagaimanapun, dia tetap Mama saya, kak."

"Syafiqah, apa yg berlaku adalah satu pengalaman. Kakak redha dgn taqdir itu. Maaf kalau akak bertanya, kenapa Mama begitu bencikan Syafiqah?"

Wajah ayu itu merenung Nabihah.Dia menghela nafas sedalam-dalamnya,"Kak, sebenarnya, arwah Papa telah membahagi-bahagikan hartanya semasa kami kecil.Dia tak nak kami gaduh adik beradik. Jadi, bahagian abang Wan dan saya dikatakan melebihi kakak-kakak yg lain. Mama tak puas hati. Kak, sedari kecil, saya ni amat hodoh, tak seperti Mama dan kakak-kakak yg lain. Sebab itu, Mama tak suka lihat wajah saya.Sedaya upaya, Mama nak Abang Wan ambil bahagian saya, supaya dia dapat agihkan pada yg lain. Itu perancangan Mama. Mungkin dia cuba nak porak perandakan rumahtangga kakak dan abang Wan kerana takut akak akan terima harta abang Wan tu..."jelas Syafikah.Matanya yg budar berkaca-kaca, menahan airmata dari membasahi pipinya.

"Ya Allah, begitu sekali jauh prasangka Mama Syafiqah?"celah Mak Limah yg sedang menyediakan air untuk tetamunya itu.

"Maafkan sekali lagi keluarga saya, Makcik," sopan betul gadis dihadapan Nabihah bertutur.

"Syafiqah, sekarang, bila Syafiqah dah tahu Hazwan tiada di sini, apa plan Syafiqah?" tanya Haney Nabihah.

"Saya akan terus pulang ke JB, kak."jawabnya.

"Sekarang juga? Takkan nak pulang sendiri? Tentu Syafiqah letih dgn flight yg lama tu,"pintas Nabihah.

"Iya, Syafiqah. Letih badan tu, belum hilang lagi..."celah Mak Limah,"rehat-rehatlah dulu."

"Tak apalah, makcik. Semasa di Bahrain, saya dah beritahu keluarga Mak Long
di JB. Mungkin sepupu saya akan datang menjemput,"ujar Syafiqah

"Kalau begitu, rehatlah dulu sementara menunggu, Syafiqah. Minumlah, nanti akak bawa ke bilik tamu di atas,"pelawa Nabihah.

Selepas Maghrib, ada sebuah Proton Waja berplet Malaysia berhenti di depan pagar. Seorang pemuda keluar dari kereta itu. Segak orangnya, berbaju Melayu moden, berkopiah dan berjambang sedikit. Dia memberi salam.

Lutfil keluar menjenguk tetamu yg datang.

"Maaf, encik, ini rumah Puan Haney Nabihah?" tanya lelaki itu.

"Ya, benar. Awak?"tanya Lutfil.

"Saya Zul Khairy, sepupu Hazwan. Tadi Hazwani ada beritahu saya agar menjemputnya disini...'terang pemuda itu.

"MasyaAllah....awak ni yg ditunggu-tunggu oleh Syafiqah dari tadi ye?
Masuklah...mereka semua ada di dalam..."jemput Lutfil penuh mesra.

Tetamu itu di sambut penuh mesra oleh keuarga Pak Daud. Syafiqah menghapiri pemuda itu dan mengucup tangannya hormat. Pelik juga mereka yg ada disitu ,melihat perbuatan Syafiqah.Bukankah pemuda itu hanya sepupunya? Itu bererti dia bukan muhrim dan tidak diizin syariat untuk bersentuhan?

Syafiqah seolah-olah mengerti apa yg di fikirkan keluarga bekas kakak iparnya.
Dia memandang pemuda itu dan kemudian berpaling kepada Haney Nabihah.

"Kak, Syafiqah rasa banyak yang akak tak tahu tentang saya.Keluarga saya pun banyak yg mereka tak tahu. Sebenarnya Zul Khairy adalah suami Syafiqah. Mama tak tahu akan hal ni. Kami bernikah selepas Papa meninggal, Abang Wan yg menjadi wali. Kami nikah syar'ii sahaja, kak." terangnya

Haney Nabihah tersenyum.Terjawab sudah persoalan tadi. Tapi kemudian tu, dia teringat bahawa arwah ayah mentuanya meninggal beberapa tahun yang lalu. Itu bererti...adik iparnya bernikah sebelum dia bernikah dgn Hazwan.

"Waktu tu, umur Syafiqah berapa tahun?"tanya Nabihah. Hady memandang wajah isterinya, agak terkejut dgn pertanyaan itu.

Syafiqah tersenyum. Namuni soalan itu di jawab oleh Zul Khairy," Arwah Pak Ngah meninggah waktu umur Wani 16 tahun.Khairy pula waktu tu baru 18 tahun. Beberapa bulan selepas tu, mak dan abah bercadang menyatukan kami untuk mengatasi masalah syariat. Kadang2, mereka tiada di rumah, terpaksa kami tinggal sendiri. Ada masanya bila mereka tak ada, terpaksa Khairy keluar dari rumah, duduk di surau."

" Takkan Abang Khairy kena duduk surau terus, kata mereka.Sebab tu, mereka satukan kami,kak. Abang Wan tak cerita kot, mungkin tak nak Mama tahu hal ni."sambung Syafiqah.

"Habis tu? Sekarang ni?" tanya Nabihah lagi. Lupa pada orang sekeliling yang mendengar.

"Kami hanya suami isteri pada syarak. Namun begitu, Khairy sayang kan Wani. Khairy akan jaga dia sampai bila-bila. Khairy beritahu akak ni pun, kerana Khairy rasa akak perlu tahu.Walaupun akak dah berpisah dgn Abang Wan, namun akak masih kami anggap keluarga, walaupun ini kali pertama kita bersua muka. Khairy harap, akak dapat terima Wani macam adik akak sendiri. Hanya kita yang dia ada sekarang ni...."jawab Zul Khairy.

Hady yang sedari hanya mendengar, menyampuk,"Cerita kita suami isteri ni, macam sama ye, Khairy. Abang ingat pernikahan abang ni paling unik, rupanya pernikahan korang lagi uniklah...."

"Yelah, siapa sangka Tuhan izinkan persamaan itu pada kita..."jawab Khairy dengan tawa kecil.

"Syafiqah dan Khairy tak mahu reportkan pernikahan kamu di ROMM ke?"tanya Pak Daud.

"Sebenarnya, dah lama saya bersedia, cuma tunggu isteri saya ni sahaja. Kalau Wani dah bersedia, kami akan reportkan pernikahan kami baik di Johor dan juga di sini, Pakcik."

"Eoklah tu.Benda baik, jangan dilengah-lengahkan.Cakap-cakap ni, mari ke ruamg makan, makcik dah siapkan juadah sikit,"ajak Mak Limah.


Malam itu, sewaktu menghantar Syafiqah dan Khairy ke kereta, sempat Nabihah memesan adik iparnya itu,"Syafiqah, Khairy, perkahwinan tu bukan untuk sehari dua.Ia untuk selamanya. Akak yakin sangat, Khairy dapat memberi kebahagiaan buat Syafiqah. Fiqah, jangan abaikan tangunngjawab sebagai isteri, ye dik...."

Syafiqah mengangguk, airmatanya mengalir perlahan,"Kak, waktu saya dapat tahu akak nikah dgn abang Hady, Fiqah terkilan.Tapi bila lihat bagaimana sayangnya dia pada akak dan Aliff, Fiqah bersyukur. Tuhan dah beri akak jodoh yang sebenarnya. Fiqah minta maaf atas semua kesilapan keluarga Fiqah terhadap Akak dan Aliff."

"Dah lah tu, jangan menangis....tak comellah adik akak nangis. Cerialah sikit, depan suami. Lama Khairy tak jumpa Fiqah, tentu rindu bukan main,tapi Fiqah sedih je....senyumlah dik,"usik Nabihah.

"Kakak, selalu-selalu hubungi Fiqah di Johor okay?"pinta gadis itu,manja.

"Insya Allah, mestilah. Kali ini, kalau belanja kat Johor, dah ada rumah nak singgah."balas Haney sambil menyeka sisa airmata dipipi bekas adik iparnya itu.

Syafiqah memeluk Nabihah erat. Aliff di ciumnya berkali-kali,
"Nanti datang rumah makcik, ye. Tapi makcik menumpang rumah orang..."

"Rumah siapalah yg Makcik Wani tumpang, ye Alif? Tapi tak apa, nanti Pakcik Khairy jadikan makcik Aliff sorang ni, permaisuri dalam rumah tu.Waktu tu, semua orang akan tahu, Nur Syafiqah Hazwani adalah permaisuri di hati Muhammad Zul Khairy...kan Aliff kan?" celah Khairy.Matanya mengerling kearah Syafiqah yang berdiri disisnya.

Nabihah tergelak melihat senario itu. Aliff dijadikan orang tengah perbualan Khairy dan adiknya itu. Sampai bilalah Syafiqah akan terus begitu, terlalu segan dengan suami sendiri...?


No comments: