Tuesday, March 20, 2007

Haney nabihah...disini kita bertemu~Part 9

Setiap hari, pasti Hady menghantar e-mail untuk isterinya. Ada saja pesanan yg di sampaikan.Setiap apa yg di laluinya pasti di maklumkan melalui e-mel nya.

"Dah tak payah nak tunggu dia balik, semua dia dah cerita,"kata Mak Limah apabila Bihah membacakan e-mel Hady kepada emaknya.

"Canggih, mak.Teknology hari ni,"celah Shilah.

"Secanggih mana pun, kita tak boleh belakangkan Pencipta akal kita tu..."kata Mak Limah lagi, mengingatkan Shilah dan Bihah.

"Memang betul tu.Tuhan jadikan akal untuk memudahkan kehidupan, tapi sekarang ni dah ramai yg gunakan akal yg Tuhan anugerahkan untuk menempah tempat di neraka.Entah apa-apa benda tak senonoh yg mereka buat dgn menggunakan teknologi moden macam ni,"sambut Bihah.

"Bila Angah sampai nanti, Bihah?'"tanya Mak Limah.

"Lusa, tapi dia kata tak payah jemput dial.Dia akan pulang sendiri..."balas Nabihah.

"Lusa ni, dah dapat jumpa buah hati,lah,Bihah.Kesian Kak Long dgn Bihah ni. Tak sempat pergi honeymoon lagi, buah hati dah pergi jauh."usik Kak Shilah.

"Mana jauh, masih boleh cari kat peta dunia, boleh email, dekat lah tu...Kalau Tuhan dah ambil nanti, baru jauh, kak."balas Bihah selamba.

"Hey, Bihah. Mulut tu tak tahu nak jaga. Apa cakap macam tu?"marah Shilah.

"Bihah tak niat apa-apa pun..Insya Allah, Abang Hady tak ada apa-apa.Bihah yakin sangat.Dia kan janji nak jaga Bihah seumur hidup..." Bihah memujuk kakak iparnya.Dia juga menyesal dgn kata-kata yg terkeluar dari mulutnya tadi.

"Lain kali nak cakap, fikir dulu..."pesan emak mereka.

-----------

Malam itu, selepas menidurkan Alif, Nabihah mengahantar e-mel kpd suaminya.

"Abang, Bihah harap abang jaga diri tau. Bihah dan Alif tunggu abang di rumah. Alif rindu abang. Setiap malam dia merengek cari Abi dia....Di Raudhah nanti, jangan lupa doakan Bihah dan Alif.."


Yang merinduimu,
Haney Nabihah."

Namun sehingga jam satu pun, Hady tidak membalas e-mel isterinya. Nabihah tak mampu menahan ngantuk, hanya untuk menunggu jawapan dari Hady.Walaupun hatinya resah, dia akhirnya terlena di sisi laptopnya.

Apabila Nabihah tersedar untuk solat Subuh, Hady masih juga tidak membalas emel itu.

"Takkan abang sibuk sangat. Atau sakit kah dia?"soal Nabihah di dalam hati. Nabihah berniat untuk menelefon agency tempat Hady bertugas tengahari nanti.

Tiba-tiba "Pranggg!!". Nabihah terdengar bunyi kaca berderai di dapur.Setelah memastikan baby's cot Aliff di kunci, dia bergegas turun ke bawah.

Nabihah mendapati Kak Shilah sedang membersihkan serpihan kaca yg bertabur di lantai.

"Kenapa, akak?"tanya Bihah sambil mengutip serpihan-serpihan yg masih ada.

Kak Shilah tertawa sendiri,"Kakak kan tukar ring tone hp akak.saja suka-suka tukar bunti bayi menangis.Dah tu akak buat tu sebagai bunyi alarm.Tu yang akak terperanjat bila alarm tu set off tadi.Meremang sekejap bulu roma.Hah, terlepaslah pinggan...!

"Laa..akak ni, ada saja..Sendiri buat, pas tu terperanjat."balas Bihah

Sebentar kemudian, Along turun dari bilik,"Ayang kenapa ni? Pagi-pagi dah pecahkan pinggan.Abang baru minta buatkan sarapan.Bukan minta izin kahwin lagi...."usik Along.

Baru Nabihah nak buka mulut cerita, Shilah dah menyampuk, "Tangan ayang licin.Tu yang terlepas...Siapa kata Ayang marah nak buat sarapan,ada saja.Nanti kalau mak dengar, dia ingat Ayang ni malas sangat. Yg pagi-pagi ni cakap pasal kahwin dua , kenapa...?"

"Saja, gatal..."jawab Lutfil.

"Menyampah, nanti ayang buat roti sapu butter je, nak?"tanya Shilah.

Nabihah terhibur melihat telatah along dan Kak Longnya.Terlupa sebentar dia tentang emelnya yg tidak di balas Hady.




No comments: