Tuesday, March 20, 2007

Haney Nabihah...disini kita bertemu~Part 13

Hari-hari yang dilalui oleh Hady dan Nabihah sentiasa ceria. Mohd Aliff pun sudah menjangkau setahun umurnya. Dia sudah pandai berjalan-jalan jatuh. Nabihah semakin sibuk menjaga anaknya. Aliff paling rapat dgn Hady.Pantang di lihat kelibat Abinya, pasti dia akan minta didukung.Sehingga semua keluarga melabelkan dia sebagai ‘Daddy’s boy’.

"Janganlah, Aliff. Abi penat tu,baru balik.Come, sayang,Ibu dukung.Kita main-main kat taman okay?"pujuk Nabihah.Dicuba untuk menarik minat anaknya agar tidak menganggu hady yang baru pulang dari bertugas.

"Tentulah dia manja, Haney..Lihat pada ibunya...dari kecil sampai sekarang, manja bukan main.Kalau merajuk, buruk.Bukannya senang nak pujuk,"usik Hady.

"Abang.... kalau tak usik Bihah, tak boleh agaknya.Does it make you happy kalau abang berjaya usik Bihah?"

Hady tergelak dan mengangguk-angguk,"Bukan setakat happy, I feel great!Macam dapat accomplish satu mission impossible!"

"Malas nak layan..."rajuk Nabihah. Dia merenggangkan duduknya dari Hady.

"Kan, betul tak abang cakap? Mesti sikit-sikit pun nak merajuk. Tak apalah, tak nak layan tak apa...tapi malam ni mesti layan.Ni malam Jumaat tau.." ujar suaminya.

Merona muka Nabihah diusik begitu.Nasib baik mereka berada di dalam bilik.Yang ada pun hanya Aliff.Anak kecil itu masih belum memahami perbualan ibu and abinya.

"Isyy...kalau orang dengar malu lah.." Nabihah mendukung Aliff dan berlalu keluar.Dia tak betah dudk lama didalam kamar itu bersama hady.entah apa-apa pula yang akan keluar dari mulut suaminya itu.

Along dan Kak Shilah juga ada di taman, baru pulang dari kerja. Wajah Shilah agak pucat.”Letih sangat dipejabat,”hati nabihah berkata.

"Kak Long, kerja teruk sangat ke? Pucat jer Bihah lihat.Tak makan lunch ye?"tanya Nabihah.

Shilah tersenyum, letih,"Tak lah Bihah. Bukan tak makan, tapi bila makan semua keluar.Loya semacam je."

Nabihah tersenyum penuh makna,"Ntah..entah..."Matanya memandang Alongnya yang sedang mengusap-usap belakang isterinya itu.

Lutfil yang faham kata-kata adiknya itumenyampuk,"Bukan entah-entah...dah confirmlah tu.."

"Betul ke ni? Alhamdulillah...at last. It was a long wait, wasnt it?Bihah dah cakap, mesti Tuhan beri punya.."ujar Nabihah.

Shilah mencubit pipi Nabihah, manja,"Samalah macam apa yg Kak Long cakap dulu...Kalau dah rezeki...Bihah mesti jadi isteri Hady punya..."

"Bila kak Long cakap?Setahu Bihah, tak ada pun?"balas Nabihah.memang setahunya, Shilah tak pernah berkata begitu padanya.

"Bukan kat Bihah, kat Hady.Sekarang ni, Tuhan memang rezekikan kedua-duanya sekali...."Lutfil memberitahu.


Sebentar kemudian, Hady turun membawa handphone Nabihah,Your call, sayang."

"Siapa?"tanya Nabihah.Jarang ada orang call ke handphonenya.

Dia mengambil handphone dari suaminya,"Waalaikim salam..."

"Akak sihat.Syafiqah?"

Nabihah tersenyum,"Oh...dah adalah tu...Berapa bulan dah?"

"Alhamdulillah.Fiqah jaga diri, jaga kesihatan.Ni kerja ke tak?"

"Oh...buat MLM je? Jgn malas-malas pula, nanti baby kat dalam tu pun ikut malas..."

Tiba-tiba wajah Nabihah berubah, tidak seceria awalnya.Entah apa yg dikhabarkan oleh adik iparnya di hujung sana....

"Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un." Kemudian tu handphonennya pun dimatikan.

"What's wrong?Mula-mula abang lihat, bukanm ain beri nasihat.Lepas tu terus mendung aje?"tanya Hady, prihatin dengan perubahan pada nada perbualan isterinya tadi.

Hany Nabihah mengelus rambut Aliff. Di kucup pipi anaknya itu,"Papa dia...dah tak ada."

Semua yang ada terdiam.Akhirnya Lutfil memecahkan suasana itu," Bila, Bihah?"

"Kata Syafiqah....semalam. Dia sakit kat Sydney.Heart attack, sedang drive.Mujur dia ada bersama kawannya."

"Teringat abang pada kata-kata dia kat Airport dulu.He told Aliff, he won’t get to see Aliff grow up." Kata-kata hazwan itu terngaing-ngiang ditelinga Hady.

"Rupanya...he knew his time is not long..." ujar Nabihah.

"Doakanlah arwahnya, banyak-banyak. Cuma abang kasihan budak ni, Aliff won’t get to see his father.Pusaranya pula jauh di Australia,"keluh Hady.

No comments: